Friday, March 25, 2011

Peperiksaan yg tk kesampaian .....

hari ni seharus aby kene memasuki dewan peperiksaan.
mula peperiksaan pukul 3 petang.
kelas Pengajian Usuluddinn yg aby join kt UM 5 bulan lepas akan menguji sejauh mana aby tahap penbelajaran yg masuk dalam otak aby.

semalam masa balik dari pahang,
kaki rasa tertengkot tengkot.
mlm td bila tidor dekat buku lali jadi bengkak ..
tk dapat tidor sbb kesakitan yg teramat sangat.
pg ni tk boleh jalan. boleh jalan jika berpaut pada sesuatu.
dengan bantuan wf di bawa nya aby keklinik,
dengan susuah payah wf ambik kerusi roda utk membawa aby dari kereta ke klinik tersebut.

setelah menjelaskan apa yg telah berlaku,
doktor terus memberi satu jab bagi mempercepatkan bengkak dikaki aby menjadi kempes.
sambil memberi pain killer sebagai penahan sakit ..
memandang masuk pukul 2 pun masih jalan berpaut ...

aby call Unit Pengajian Islam, UM utk memberitahu yg aby tk dapat datang exam disebabkan kesakitan yg dihadapi ...

jawab petugas disana ..
"encik datang kesini bersama surat dan sijil MC, nanti akan aturkan bersama2 pelajar yg tk dapat hadir utk dibuat periksa pada hari kami beritahu kelak"

alhamdullillah ...
dapat buat juga wlu pd hari lain ...

memang ditunggu sangat2 hari ni ..
tp apakan daya ,
tk dapat aby penuhi ..

Tuesday, March 22, 2011

Couple ride to Kota Gelanggi ...

bermula dari pelawaan aby kt wf,
nak ke follow aby ride ke Hadyai..
sbb ada kwn ajak ride ke sana pada satu tarikh nih ..

wf pun ok,
kebetulan ada kwn buat kenduri kahwin kt Kota Gelanggi, Jerantut pd 13 march hari tu..
Gunakan kesempatan tu utk ajak wf ride.
sbb nak tengok masih berani tk dia layan koner kt Karak,
dan yg paling penting konsisten ride at 150 - 160 km dgn dia duduk kt belakang di LPT ..



gambo dirumah pengantin..
nampaknya dia lulus ujian pertama ..



biar nampak gemuk,
yg penting, no compromise on safety when came to two wheel high speed.
jacket mesti full pading, siku, bahu dan belakang ..

helmet wajib full face, sarung tangan jgn sesekali lupa ..



bergambar dgn pengantin. muda lagi couple ni,
keduanya baru 21 thn ..



ujian kedua ..
balik ikut bandar jengka dan keluar di persimpangan Chenor,
nak uji org belakang dgn mencelah celah kt jalan ladang Felda ...
dan kuar balik ke LPT ...
sebelum rest kt Hentian Temerloh...



sampai setesen minyak ni ada geng motor yg ride dari Kuantan nak balik KL ..
bila dah jumpa geng yg satu kepala pasti sembang lama ..
siap wf ambik gamba kt motor2 tu..




sembang2 hari pun senja ..
depa ajak ride balik sama,
tp aby tk ikut,
aby couple depa single,
pasti riding nya tk sama,
apatah lg depa tu sume muda2 ..
so bagi depa jalan dulu ..



goodbye .. sampai jumpa lagi utk ride sama ...


and finally .....

sape sangka cinta zaman crite Azura,
berkekalan sampai sekarang ...



gamba eklusif tuh..
ha..ha...

Saturday, March 19, 2011

Drama Wetan ....


cuti sekolah dah sampai penghujung ..
apa aktiviti cuti ni ..
tk ada apa ..
outstation seminggu penuh dari temerloh, jerantut, lipis dan raub ..
yg mampu dibuat adalah melayan TV bila malam tiba ..

satu malam tu aby tengok satu drama Jawa yg bertajuk Wetan, utk org timur ( gitu la lebih kurang tajuk). yg menarik nya dailog dia bertutur guna bahasa jawa. bahasa melayu hanya digunakan bila ada orang melayu datang bertandang kerumah org jawa.
menarik juga bila mendengar dailog2 jawa dituturkan dalam lakonan.

jamali shadat, jalil hamid dan lain2 memang menghidupkan watak2 tu.
dalam suasana yg bahasa jawa dah kurang dipertuturkan, wujudnya drama mcm ni pastinya dapat membanggakan orang2 jawa yg bahasanya masih ada komersial value.

bercakap psl Wetan ni,
Wetan adalah timur, Kulon adalah barat, kedol adalah utara dan elor adalah selatan.
kpd orang2 jawa, elok klu tengok drama ni,
setidak tidak nya dapat dengar bahasa ibunda digunakan dalam dailog drama ...
cuma tayangannya pada lewat malam.
klu bukan kerana outstation yg malam hanya tengok TV,
aby pun tk sedar wujudnya drama ni ...

terlanjur harini masih cuti lg ..
nak bawak budak2 pegi tengok pertujukan belon panas di putrajaya..
dan .. ada cat show juga di PJ.
boleh tengok sama ...

Tuesday, March 15, 2011

Gegaran yang kian di Rasaii.....

menjelang 2 acara yg paling aby minati yg akan bermula pada lewat bulan ni ..
apalagi klu bukan F1 dan motogp ..

awal thn ni pastinya peminat ferrari dan ducati pasti teruja bila tengok gambar dibawah ni, pemandu2 ferrari di satu kan dengan rider Ducati ..
dalam function ni wlupun fernando alonso adalah anak emas Ferrari.
tp bila valentini rossi utk kali pertamanya memakai baju Ducati,
motor jenama italy, terus menenggelamkan fernando alonso.
Valentino rossi bersama Ducati menjadi pujaan rakyat italy ..



F alonso/F massa dari Ferrari bersama V Rossi dan N hayden ..
4 manusia yg akan membawa cabaran jentera jenama Italy utk kejohanan F1 dan Motogp ..



Alonso tk perlu dipertikaikan kewibawaan pemanduannya ..
sentiasa memberikan pemanduan dan keputusan yg baik ..



tp Rossi ni tk tau la musim ni.
thn pertama bersama Ducati,
dua pencabar yg menunggu nya,
rakan sepasukannya pada musin lepas,

J Lorenzo



dan hero Honda yg baru, Casey Styoner,



kedua2 rider ni pasti nak bagi rossi sengsara bersama Ducati.
pastinya menarik persaingan motogp 2011 ...

tk sabar menunggu the exciment begins ...

Friday, March 11, 2011

Peringatan utk yang baru keluar Dunia ...

Menjelang SPM tahun lps aby beli satu motor baru,
tujuan nya adah utk kegunaan anak aby yg mana bila habis SPM pasti nya dia akan berdikari. antara bekerja sementara atau ambik kursus2 pendek.
anak aby ni memilih utk bekerja. tak apala dari duduk kt rumah dan bangun lewat baik dia bekerja, sekurang dapat merasa alam dan kenalan baru.



baru baruni anak aby ni bertanya aby,
katanya ada seorang kwn kerja laki2 nak pinjam motor dia sbb hari tu kwn dia tk ada transport nak pegi kerja.
aby pun larang anak dari bagi pinjamkan motor pd kwn laki2 tu.
pesan aby, motor tu hanya utk dia dan kita tk tau utk apa kwn tu pinjam sbb laki2 klu dapat motor depa boleh lupa dunia. yg pasti kerakusan budak remaja lelaki bawak memang diketahui manakala pmpuan klu bawak memang terjaga. tambah aby lg, dia tu laki2, pandailah kwn tu fikir utk datang kerja.
akhirnya anak aby ni terima kata2 aby dan dia tk kan pinjamkan motor pada kwn nya.



bila ibunya tau yg ada kwn laki2 yg pinjam motor,
ibunya plak tambah peringatan kpd anak aby ni,
"jauh bercampurkan dgn laki2 yg suka minta belanja dgn perempuan"
"jangan bagi pinjam duit atau barang barang kt laki laki"

nampaknya ibu dan ayahnya bg nasihat yg berlainan.
mungkin pengalaman lalu dijadikan panduan utk anak2 kita.
aby dgn pengalaman yg budak2 remaja memang suka merembat motor,
dan wf pula dgn pengalaman pentingnya mengelakan dari laki2 yg suka meminjam minjam..

mungkin ini yg dia katakan
Peringatan utk anak aby yg baru melangkah dunia luar persekolahan ..

Tuesday, March 8, 2011

Canopy Walk, Taman Negara...

ahad lps, atten satu temujanji di jerantut,
wktu temu janji pukul 8.30 pg..
dek kerana tk nak kelam kabut pagi tu,
pergila pd mlm sabtu dan terlanjur ahad tu adalah cuti sekolah dan temujanji aby pun kejap jer, bawa la wf dan anak2 yg kecik berjalan kejerantut ...

temujanji setengah jam sahaja ..
habis temujanji, bawa depa berjalan ke Taman Negara, Kuala Tahan,
yg memang Jerantut terkenal dgn Taman negara nya ...

cuma..
dari jalan beasr,
bila masuk ke jalan ke Jeti Kuala Tahan,
jaraknya 60km. melalui ladang2 kelapa sawit ...
hendak ke taman negara punya pasal,
teruskan la juga ...

sekadar paste gambo semasa disana.

Canopy Walk ..



titi yg nak pergi ketempat yg lagi tinggi



suspen juga berjalan kt titi ni,



berani juga depa ni,
kalah kita bergerak kt jambatan tu.



semasa dalam perjalanan, melalui perkampongan org asli



bila lalu tempat yg berarus kuat, suspen juga



my hero, duduk dibelakang



jee, duduk dihadapan



berhenti disatu lokasi di sungei Tembeling.
tempat utk bermandi.
seronok juga disini, dapat tengok bot2 panjang membawa pelancong dan orang2 asli yg hendak kejeti .



hati2 jee bila mandi sungei,
apatah lagi sungei Pahang ..
nanti ada Buayaaaa...
tp tk boleh kata, dalam tempat yg tercuruk gitu,
klu kita cakap2 nanti timbul betul ...





bila perjalanan balik,
jem di Kerdau ...
Pilihanraya Kecil ...



bila sampai umah ..
dengar BN menang ....

sekadar utk perbandingan ...
melalui jambatan gantung mana yg lebih suspen ...



jambatan gantung d gunung Mat Cincang Langkawi