Thursday, April 21, 2011

Berapa $$$$ kita bagi org tua Kita ...



satu tengah hari tu aby berbual dgn macik yg menjual nasi tk jauh dari pejabat aby ..
masa tu org tk ada, sambil mengambil lauk sempat la bercerita ..

katanya dia tk mau jaga cucu2 dia.
cukup la dia dah membesarkan mereka.
sekarang dia dah tua, tenaga dan masa tk banyak.
tenaga yg ada di guna untuk berniaga makan ni ..
mana nak memasak dan mana nak pergi kepasar ..

anak2 ada, dah besar dan bekerja pula,
tp tk bagi duit kt dia.
tu yg dia kena menjual nasi utk meneruskan kehidupan ni.
katanya lagi,
kadang nangis dia kenangkan yg mcm mana anak2 bole abaikan dia dgn tk memberi duit setelah dia berabis utk membesarkan mereka ...
sedih juga mendengar ..

kedua2 org tua aby dah tk ada ..

anak sulung pula baru seminggu mula kerja ..
selepas tamat praktikal ..

adakah dia akan memberi duit kt aby bila dia dapat gaji nanti,
atau masih meminta dari aby disebabkan gaji yg tk akan cukup klu melayan kemahuan ..
klu di bagi duit kt aby pun aby akan simpan kt tabung khas yg akan aby bagi balik klu keadaan memerlukan ..

itu cerita klu kita masih kuat dan masih boleh bekerja ..
bagaimana klu kita dah tua dan tk larat dan duit tabungan dah habis,
yg akan hanya bergantung kpd pemberian anak2 ..
wktu tu baru kita akan terasa bertapa bantuan dari anak amat diperlukan ..
seperti macik tadi ..

terlanjur Ibu Mertua Ku duduk sekali dgn aby,
dan dia mejaga makan minum kami,
aby ingatkan kt wf,

peruntukan duit org gaji,
bagi kt mak, disamping tu kite bagi tambahan sebagai tanggung jawab kita sebagai anak kepada ibu, jgn dia kesempitan wang ..

tula yg mampu kami buat dalam menjaga kebajikan ibu kami ..

gitu la sebagai ibu bapa,
sanggup manahan nafsu2 kemahuan semata mata utk memenuhi keperluan membesarkan anak .. wlu berapa anak yg ada ..

namun anak2 yg ada,
adakah mereka terfikir bagaimana ibubapa berkorban ,,
kpd yg tk tau membalas jasa org tau ..
bila mereka dah ada anak yg membesar dan perlukan perbelanjaan yg berterusan ..

wktu tu baru mereka tau bagaimana ibu bapa mereka berkorban utk mereka ..
dan diharap wktu tu ibu bapa mereka masih ada utk dibalas jasa ..

Sunday, April 10, 2011

F1 sepang ... Catatan lensa Ku....

F1 di Sepang kelmarin ..
thn ni pegi bertemankan wf ...

sebagai peminat tegar sukan ni,
lebih 200 shot aby ambik ..
sekadar berkongsi dgn rakan2 blog kunjungan aby ke sana ...

Selamat Datang ke Malaysian GP 2011 ...



menaiki bas transit dari tempat parking ke Loby Sepang Circuit ..



yg menarik perhatian mesti la tengok kibaran bendera ferrari ...



peminat Ferrari tempatan ..



mat salleh pun suka juga ..
jenuh grup ni melayan peminat nak ambik gambar depa ..
ramai plak mat salleh nak tumpang sama ...



Gerai Ferrari ...



cendrahati yg dijual ..
yg pasti banyak dijual adalan baju ..
harga tk yah kata la ..
main ratus jer ..




Gerai Petronas Mercedes ...



yg pasti depa pamirkan kete lumba mereka ..




suasana di Lobby Sepang Circuit ...


memang ramai yg datang ...



suasana di Hill stand ..
tempat aby tengok ...



memang ramai kt sini ..
almaklum la tiket ekonomi ..
thn ni kena beli tiket sendiri sbb tk dapat free tiket..
dan terpaksa beli tiket ekonomi sbb wife ikut sama ..
tk la perlu membayar tinggi ...



thn ni Sepang Circuit agak terpukul bila Grand Stand kurang laku ..
banyak tempat kosong,
agaknya rakyat malaysia memikir bajet kot ..
tk perlu buang hampir rm 1000 klu boleh dari rm 100 lebih ...




sekadar muatkan gambo gambo semasa perlumbaan ..
dgn Sony Cybershot ..
ala ala mcm pro tu ..
hu..hu..

banyak gambo snap masa race ni ..
tp cukup la muat yg ni ...





gambo ferrari in action mesti tk lupa punya ...






pasukan tajaan malaysia ..

Mercedes Petronas ...



Lotus air Asia , Tony Fernandez punya ...



apapun F1 thn ni aby puji sangat sangat ..
ketika pemenang naik ke dewan menunggu sebelum menerima tropy..
barisan wanita2 yg meraikan perjalanan depa tu,
berkain sampai bawah ..
rasanya ni la kali pertama dibuat sejak aby tengok F1 ..
baik di malaysia mahupun negara lain ..
selalunya .. mesti dedah kaki punya ...

mmm... negara islam ..
hendaknya gitu la edisi seterusnya ...

Friday, April 1, 2011

Poco poco = ESQ 165

beberapa hari lepas baca berita yg Perak mengharamkan tarian Poco poco.
alasan nya kerana ada unsur2 pemujaan roh dan banyak pengaruh kristian dalam tarian.
berita tu tk la mengejutkan malah aby sambut baik sbb banyak cara lain utk membentuk masyarakat sihat selain mengikut tarian poco poco.

tp bila membaca akhbar harini,
dr Mashita berkata tarian poco poco masih lg boleh diamalkan dinegeri lain sbb pengharaman tu hanya di Perak sahaja asalkan terian tu tk menyeleweng dari tujuan asal ..
Buat dah depa ni ..
satu kata boleh satu lg tk boleh, jap lagi akan ada rentetan muzakarah berkenaan poco poco ni ...



teringat aby akan kegemparan psl ESQ 165 yg diharamkan oleh mufti wilayah.
muzakarah mufti kebangsaan mendapati ajaran ESQ tidak menyeleweng hanya pendapat dari wilayah saja yg mengatakan ESQ menyeleweng. wlu bagaimana pun ESQ di kehendaki memperkemas module pengajaran supaya lebih sesuai dengan masyarakat malaysia.
berita tidak haram kursus ESQ memberi berita baik utk aby dan ribuan yg pernah mengikuti kursus ESQ ni.



begitu la 2 kes ni,
dalam terlena kita dah terima mcm satu cara hidup,
tau tau di sentap dengan fatwa yg perbuatan tu haram.

berbalik pada tarian poco poco,
pendapat peribadi aby,
tunggu keputusan fatwa kebangsaan.
klu depa putuskan haram,
tk yah la kita nak panjang2kan
terima dgn hati terbuka ...