Sunday, February 18, 2018

Sekitar majlis Pernikahan Anak ...

salam rakan2 blog ..
lamanya tak update blog.. agak2 ada tak yang dah tak ingat blog satuperlumbaan ni.
ialah , lama tengelam tanpa posting.
kira anggapla crita pertama utk 2018.
16 okt 2016 aby ada buat entri psl majlis merisik utk putri aby ni ..
alhamdulillah pada 7 januari 2018 aritu berlangsungnya majlis pernikahan ..
moment2 majlis tu aby kongsikan bersama rakan blog ..



lori yang membawa bahan2 utk membuat pemasangan pelamin nikah ..
cabaran dalam pemasangan khemah dihadapan rumah ..
hanya 3 khemah, satu diperkarangan rumah, dua lagi dihadapan rumah ..
terpakasa meminjam bahagian hadapan jiran.
kedua dua jiran bangsa lain ..
jiran kiri ada anak kecil .. payah utk mereka membawa anak kecil jika kereta jauh dari rumah ..
jiran kanan pula, menjaga nenek mereka, hari2 harus dibawa keluar untuk terapi ..
kereta harus ada dihadapan rumah ..
jiran depan .. rumahnya dibuat homestay ..hari tu dia menerima guest ..
jadi klu dpn rumah ada bloking .. susah guest membawa masuk kereta ..
hasil perbincangan dengan mereka semua ..
aby hanya minta dari pkl 9.30pg hingga pkl 6ptg  utk menggunakan ruang jalan ..
selepas waktu tu aby akan kemas kerusi meja yang bloking jalan ..
alhamdulillah mereka terima cadangan aby ..


                          pelamin nikah yang siap dipasang utk pengantin perempuan duduk




                                                         khemah yang siap dipasang




                                      

antara tetamu yang hadir .. kebanyakan yg hadir adalah saudara2 dekat sbb hanya majlis nikah


hantaran dari pihak aby ..


                                                       hantaran dari pihak lelaki


sireh gagang dari pihak aby





saat yang ditunngu tunggu ..
akad nikah .. anak minta aby yang baca akad tu ..
tp risau gugup dengan suasana tu .. nanti menantu jadi gugup juga ..
jadi yang paling baik, serah pada tok kadi ..
alhamdulillah , dengan sekali lafaz, sah akadnya ..
\

saat anak aby mendapat restu dari ayah dan tok kadi ..


bersama ibunya ...


wajah pengantin ..
tipu bila dikata tidak ada perasan sayu pada waktu ni ..
hanya Allah yg tahu perasaan sayu hati ini bila anak akan diserah kepada penjaga lain ..





                                         sekadar gambar2 tambahan kedua dua mempelai ni ..


alhamdulillah sekarang aby dah ada menantu ..
kena belajar2 sebut diri sendiri papa bila berbual dengan menantu ..

insyaallah ada masa ..
akan menyusul entri hari persandingan ..



Wednesday, January 18, 2017

Tanjung Piai . titik penghujung tanah besar Benua Asia

salam rakan2 blog ...
bertemu kembali didunia blog untuk tahun yang baru, 2017 ..
bila berpindah ketahun yang baru bertambah juga la umur blog ni ..
harap harap rakan2 blogger masih ingat lagi blog satuperlumbaan ni ..
lama juga menyepi ..

Ingin berkongsi coretan perjalanan ke Tanjung Piai, pada bulan december yang lepas.
tempat yang dikata titik hujung tanah besar benua Asia.

seperti biasa, perjalanan yg bermula dari RnR seremban tempat berkumpul semua rakan2 bikers..
sedikit taklimat dan membaca doa sebelum memulakan perjalanan .. 
program ride ni juga adalah sempena sambutan 1st aniversary ride utk club kami






berhenti selepas toll plaza ..
lupa plak toll plaza apa .. 
disini kami disambut rakan biker johor ..
bila bergabung jadi ramai  ..
lebih dari 100  buah moto ..



dari sini rakan johor ni membawa kami ke Tanjong Piai ..



sampai di kawasan parking Tanjung Piai ni ,,
rupanya rakan Johor ada menyediakan khemah utk program ni.


mcm biasa, klu ada program di johor mesti disambut dengan meriah ..


khemah , juadah keramahan kawan2 disini .. 


peluang utk beramah mesra dengan sedulur2 dsana ..



juadah spesel sama, masak lemak nangka campur daging, ikan cencaru masak kicap dan ayam ungkep.
yg menarik nya hidangan nasinya..
nasi di masak lembek ..
ala ala bubur nasi ..
bila nasi lembek yg panas  ni kena dengan masak lemak nangka..
ditambah dengan sambal belacan pedas ..
apatah lagi perut dah lapar ..
memang amat menyelerakan



lps makan2 dan berjalan beberapa program club ..
masa untuk berjalan ke Taman Negara Tanjung Piai ni





asalnya aby tk faham apa yg dimaksudkan dengan ayat penghujung tanah besar ni .
tapi bila diterangkan dan melihat kpd peta baru lah faham apa yang dimaksudkan dengan titik hujung tu ..



rupanya kt malaysia pun ada landmark yg hebat juga ..
landmark bertaraf global ..


hari tu tak ride dengan moto ijau seperti selalu ..
tp mengguna moto anak saudara .

Apapun walau sekadar ride ke tanjung yg malam tu dah kembali ke rumah, 
ride tu tetap enjoy ..

Wednesday, November 16, 2016

Main Parkour pulak Dia ..

salam rakan2 blog ..
musim persekolahan dah hampir melaboh tirai ..
musim cuti dah mula menggamit ..
dengan SPM sedang berjalan, banyak hari persekolahan pun dikorban sama.
budak2 pun ramai yg dh tk pergi skolah ..

minat hero aby yg seorang ni ..
sekarang dah berjinak2 dengan permainan Parkour.
mungkin ada yg tak tau pasal Parkour games ni.
ianya satu jenis permainan yg boleh meringan badan, berlari sambil melompat dan membuat summersault ..( betul ke ejaan tu ) 
kalau tk ada training gustinya atau tk pegi sekolah, pastinya sebelah petang berkumpul dengan kawan2 sepermainan dan praktis berparkour ni.
katanya berparkour ni lebih puas dari wrestling


parkour ni dapat dilihat dalam movie ketika adegan kejar mengejar ..
selalunya apabila mendekati pagar atau nak membuat satu lompatan merka boleh membuat dengan langkan yg sama tanpa berhenti , atau misal ketika berlari diatas tembok, ketika hendak turun dr tembok, mereka terus membuat summersault utk turun kebawah ..


sekadar letak sekali gambar2 hero ni yang tk reti sakit bila dilambong, melambong dan dihempas.


yang baju putih tu sifarish lah dalam event gusti nya tempoh hari


dua orang sekali menghempas dia kelantai , masih carry on juga .. 


ketika menerima terjahan terbang ...  demi beraksi didepan audient, ok jer ..
sakit semua boleh  serap ..
yang penting bagi performance sebaik mungkin
mungkin hero aby ni join parkour ni sbb nak mantapkan performance dia ketika di gelanggang kot.

satu yang menarik bila sihero ni join klub gusti,
athma nya dah tiada..
mungkin ada tapi dah kurang.
diawal blog ni ada beberapa entri yg sihero ni ditahan dalam wad sbb athma ..
bila baik selepas di Wad, 4atau 6 bulan sekali akan pergi hospital utk menyedut gas ..
rasanya terkini lebih setahun dia tidak kehospital utk menyedut gas tu ..
mungkin keaktifan dia training sedikit sebanyak membantu mengurangkan athmanya ,,


lucu juga bila tengok liputan ni di Harian Metro yang lepas ..
farish yg tengah pada gambar kecil tu .. 

apapun green light dari papa nya  ..
tanpa parent dia tak dapat ditraining dengan rakan2 nya ..
sebagai budak yg baru 14 tahun, kesemua pergerakan masih dalam bantuan parentsnya ..

Saturday, November 5, 2016

Selamat menduduki peperiksaan SPM


salam rakan blog 

Untuk anak ku Jee yang akan menduduki peperiksaan SPM esok, papa doakan agar dapat menjawab soalan dengan tenang dan senang. Moga dipermudahkan Allah swt sepanjang duduk di dalam dewan peperiksaan tu.
Diharap pengalaman mengatur langkah di dewan chansellor universiti akan membakar semangat utk mengatur langkah sekali lagi bagi menerima skroll yg lebih baik. Tidak ketinggalan doa ku kpd semua calon2 lain untuk buat yang terbaik ketika peperiksaan nnti. 




beberapa anak rakan2 blog pun akan menduduki peperiksaan SPM ni juga ..
sebagai ibu bapa kita dah sokong dengan masa dan kewangan.
tuisyen, buku buku tambahan dan program2 menghadapi SPM yg diatur sekolah dipusat2 pengajian tinggi ..
menyediakan makanan2 ringan semasa anak membuat ulangkaji pun dilakukan.
menghadirkan diri di program bacaan Yassin dan solat hajat perdana dh di buat ..
doa persendirian kita memohon kepadanya pun telah dilakukan .
diharap anak kita anak melakukan tugasan nya dengan cemerlang ..
selamat menduduki peperiksaan utk anak2 anda semua .

Goodluck, all the best and do your best .