salam tahun baru rakan2 blog ..
hari ini kita melangkan ke tahun baru ..
Mengucap syukur dan ampun atas kesalahan dan kesilapan semasa berblog.
Masa lalu adalah sejarah, hari ini goresan dan hari esok adalah harapan ..
moga dihari yg mendatang ni ..
kita perbanyakan amalan sebagai bekalan kpd satu perjalanan yg panjang nanti
berita banjir dipantai timur ,
terutama yg melanda Temerloh,
agak memberi kesan dihati juga ..
kerap saya tulis dientri2 lps yg Temerloh tu mcm kampong kedua.
selain kerap membuat tugasan di hospital Temerloh,
klu ada appointment pg di Jerantut atau Bera,
sy akan bermalam diTemerloh dan pagi nya berlepas ke tempat appoinment tu ..
sbb bandar Temerloh tidak la jauh dari kedua2 tempat tu ..
bertanya khabar juga dengan kawan2 disana tentang perkembangan banjir,
dan gambar2 kt bawah adalah kiriman dari rakan ditemerloh ..
katanya gambar2 di di snap secara live sbb ketika meronda dengan bot ..
bayangkan kedalamnya nya ..
gambar atas adalah hari sebelumnya ..
manakala gambar yg bawah adalah hari selepas nya ..
gambar colonel Sander hanya nampak kepala shj
keadaan dalam bandar yg sering sy berjalan kerana mencari bahan dan barang kerja ..
moga yg telibat dengan bencana banjir diseluruh negara bersabar dengan ujian Allah swt ..
Berat mata memandang berat lg bahu memikul ..
namun kehidupan harus berjalan ..
Dalam keadaan musibah yg menimpa negara sekarang ,
nk buat entri yg hepi2 pun rasa kurang sedap ..
entri ke Hong Kong dah siap didraft cuma tk dipost sbb rasanya masa kurang sesuai ..
biarlah didalam draft tu dahulu ..
25 dec hari tu, saya dan kawan2 buat short ride ke selatan ..
melepaskan rindu ride bersama rakan2
gambar dibawah ni adalah ketika kami di masjid Gemas ..
hari ini juga,
Blog daif satuperlumbaan ni masuk ke tahun ke 5,
setelah posting pertama saya pd 31 dec 2009.
setelah empat tahun bersembunyi bila tiba gambar sendiri ..
utk entri ni, di berani kan meletak gambar sendiri,
utk rakan2 yg telah memberi sokongan kpd blog daif ni yg masih bertahan dan alhamdulillah masuk tahun ke 5 .. blh kenal sapa tuan blog ni
syukur ke hadrat mu ya Allah swt ..
disudahi
dengan Selamat Tahun Baru,
Selamat di Dunia
Selamat di Akhirat ..