salam rakan2 blog ..
diharap sume sihat seadanya .
secara jujur aby kurang gemar ride masuk ke KL,
pertama, jem di KL tu teruk sangat .. letih badan membongkok pegang handel,
kedua, cukup malas ride guna laluan Federal highway atau pun Kesas ..
sbb kedua2 hiway tu kena guna laluan motor ..
bukan tk boleh membeset di laluan kereta ..
tp hati tk sedap sbb kita melanggar undang2 yg bukan utk laluan motor ..
tp ... bila guna laluan NKVE, laluan Bukit Raja / Damansara dan ke Utara ..
anytime aby guna motor sbb tk guna laluan motor disini .. ride bebas ..
yg kurang sedapnya bila nak ke KL guna laluan jalan Duta ..
tiap kali sampai ke toll plaza, motor kena guna laluan lencongan ..
hati mesti berkata...
"harini JPJ atau Polis buat block kat jalan lencongan ni"
kerap sangat kena kluar lesen klu kena tahan ..
semata mata depa tu nak tengok adakah kita pemegang lesen B full
tengah hari semalam tk terkecuali ..
ketika memasuki toll jln Duta dan dijalan lenocongan tu ..
ada block juga ..
tp kali ni dari Jabatan Alam Sekitar ..
depa tu tk cek lesen ..
sebaliknya , depa suruh berhenti, freekan gear ..
depa nak cek pelepasan gas carbon monoxide ..
selepas dibuat pemerikasan ..
berkata la pegawai tu ..
"ekzoz ni dah ubahsuai kan?"
jwp aby .."Ya"
sambung nya "patut la .. klu ekzoz original, bacaan pd meter adalah One point something ..
tp bacaan dari ekzoz encik adalah Two point something .. masih dalam selamat, sbb menjadi kesalahan klu bacaan nya adalah Four point something ..wktu tu kami kena keluarkan saman .. yg terbaiknya .. encik jaga enjin, servis tepat pd masa supaya carbon monoxide tu tk banyak di keluarkan .."
aby pun ucapkan terima kasih atas info dan ilmu yg diberi tu ..
sebelum masuk gear, sempat aby tanya soalan sbb aby pemegang sijil Authorise Gas Tester@AGT ..
taula sedikit sebanyak psl gas2 di udara ni ..
"Encik, dalam keadaan bawah pokok ni , dapat tk bacaan oxygen 21% (kelaziman kandungan oxygen diudara adalah 20.9%)"
jwp depa .."minta maaf .. kami cuma ambil bacaan udara pencemaran saja .. tk ambik reading2 yg lain"
sekadar tersenyum mendengar jawapan dari pegawai tu ..
aby masuk gear dan terus pergi yg kebetulan dalam pocket aby ada gas dectector ..
sbb nak kena buat reading kandungan oxygen sebelum membuat satu kerja ni ..
bagus juga, sekarang dah tau berapa had kandungan pelepasan carbon monoxide dari kenderaan ...