salam rakan2 blog ..
ahad yg baru lps keluarga kami berkumpul dirumah pusaka kami utk majlis kenduri arwah disamping perhimpunan keluarga sempena syawal ..
kelaziman nya, himpunan keluarga serta kenduri dibuat pd bulan syaaban,
semasa buat kenduri menjelang ketibaan ramadan,
tp thn ni, sempena 20 thn arwah ayah kembali menyahut panggilannNya, dan tarikh arwah ayah kembali adalah pd 20 Ogos,
tu yg utk kenduri thn ni, kami buat pd bulan syawal, sekali gus buat perhimpuan keluarga Raya ..
ini lah rumah tempat arwah ibu bapa membesarkan, menjaga dan mendidik kami ..
klu dihitung dari emak/bapak, anak2 (abang2 kakak2 dan adik2 aby ), anak saudara, cucu dan cicit saudara, jumlah kesemua mungkin mencapai 200 org ..
klu buat kenduri atau majlis, jika dihadiri oleh kesemua kelaurga, pun dah ramai majlis tu ..
tu belum sepupu dari belah arwah emak atau bapak lg ..
bertambah tambah ramai lah ..
utk majlis tahun ni .. kami jemput lebih kurang 60 anak2 yatim dari satu Rumah Bakti bersebelahan kampung kami .. bacaan tahlil kali ni dibacakan oleh salah seorang anak yatim ni ..
selalunya juga, setiap yg adik beradik/saudara yg hadir bebas memberi nama arwah2 yg hendak dikirimkan doa semasa bacaan tahlil .. biar la berpuluh nama sbb yg mengimamkan selalunya seorg abg kami ..
cuma kali ni jer kami serah kt tetamu yg di jemput utk membuat bacaan tahlil tu ..
(majlis bacaan tahlil sedang berjalan)
pandangan dari tingkat atas rumah kami ..
yg dikiri tu stor, yg kanan tu rumah abang ..
motor ni pun menyemak juga kt sini ,
biasa la hari ahad, hari kelas ..
bila masuk jer brek tengah hari .. aby terus vrooommm ke kampung ..
1 jam jer dah sampai rumah,
bacaan tahlil pun belum bermula
sempat la join bacaan tahlil tu ..
minta wf/anak2 datang dulu ke rumah arwah Tok mereka ..
aby join depa tu lps klas ..
ni la anak2 saudara ...
klu didalam rumah tu .. biasa la pastinya orang perempuan ..
laki2 pastinya diluar rumah ..
jamuan makan dimulakan ..
selepas bacaan tahlil .. hepi jer tetamu kami ni menjamu selera ..
yg berkopiah dan jambang tu, Pengetua sekolah bakti tu ..
jarang aby papar gambar2 makan dalam entri2 aby ..
tp utk majlis ni .. aby paste kan gamba2 makanan ketika kenduri tu ..
masakan 'rewang adik beradik'...
diakhir majlis tu ..
tidak lupa wakil keluarga memberi sedikit sumbangan,
salah seorg kakak iparjuga turut memberi bungkusan angpau sendiri kpd tetamu cilik ni ..
utk adik2 lelaki..
adik2 perempuan pun tk dilupa ...
petang tu. sheila nak balik awal sbb kata nya hari isnin ada exam, nak buat revision ..
posing dari Nad dan Jee ..
Jee dah lebih tinggi dari Nad ..
apapun ..
semoga bacaan doa dari kita yg hidup kepada arwah2 yg telah kembali lebih awal drpd kita sampai kepada mereka , semoga dengan doa doa tu kesemua mereka yg di khususkan termasuk ahlil kubur yg lain mendapat keringanan dan dimudahkan didalam menjalani kehidupan dialam sebelah sana..
ameenn ..