Saturday, December 12, 2015

Bila My Hero dah in Action

salam hujung minggu rakan2 blog ..
hari Ahad yg free setelah pengajian habis minggu lepas ..
dah boleh menjalankan rutin hujung minggu biasa ..
 boleh ke pasar pagi serta brekfes bersama keluarga ..

soalan pertama farish pagi ni selepas subuh ..
papa tk ada kelas ke arini?? .. 
tau sangat kenapa dia bertanyakan soalan tu ...
sbb nak minta antar kan utk program WWE dia di Jump Street hari ni

bercerita psl hero aby ni , sejak dia masuk club WWE ni, mcm2 aktiviti dia dah ..
tiap sabtu ada ahad mesti ada program. tempat latihan dia dah di tukar dari Cheras ke kompleks MSN di Kampong Baru, KL .. selalunya bergilir dgn wife dalam mengurus pengangkutan farish n ..
tengah hari wife anta ke kampong Baru , petang lepas kelas, aby akan mengambil untuk balik ..
begitu la kita mak bapak ikut terlekat sama dgn program dia ..


sedikit aktivit My Hero ni ...
masa ni ketika membuat persembahan di Expo Komik Kon di MAEPS, Serdang.
show pertama yg mana farish mengambil bahagian ..


yang berseluar putih tu la dia ..
kira enjoy dia join club ni sbb ketika latihan, bantingan dan lambongan ke lantai adalah biasa..
bila dia dapat bertahan, ada tidak ada rasa serik dan sentiasa datang untuk latihan, 
dah kira baik sbb nampakan komitmen dan
dalam tempoh sekejap  dah boleh membuat show di hadapan audience ..


dalam show ni, yang dipangil handicap match,
2 orang lawan seorang .. yg pasti , yg seorang ni tentu lah yg sado dan yg dua org ni kecil2 supaya dapat imbangan nya ..


gamba atas dan bawah ni ketika farish dalam latihan ..
masa nak fetch utk balik aritu, sempat juga tengok farish berlatih ..
gambar atas, aksi farish dilambong ..
sebagai bapa, risau juga tengok aksi lambong tu sbb badan dia masih kecil lg .. 


sedikit pasal gambar paling atas ..hari selasa lepas, 
WWE superstar Daniel Byran didatangkan oleh Astro ke Kuala Lumpur ..
bertempat di One Utama, sesi bertemu peminat di jalankan..
sebagai ahli club , farish dapat pass utk ke majlis tersebut ..
seronok tak terkata la bila dapat bergamba dan sign autograph daniel Bryan tu ,
yang tag line nya ,
Yes, Yes, Yes









Tuesday, November 17, 2015

Bila ustazah kena buat Sembelihan

salam rakan2 blog ..
moga semua sihat dan sentiasa dalam kerahmatan Allah swt.

ingatan kembali ke tahun raya Cina 2013, hari aby pergi mengerjakan Umrah ..
pada waktu yg sama aby harus mendaftar di UM untuk memulakan pengajian yg di pohon.
sebelum berangkat ke tanah suci datang ke UM dulu utk memberitahu yg aby tak dapat mula pada hari yg ditetapkan tetapi akan mula bila balik dari umrah ..
dari tarikh itu dah hampir 3 tahun menimba ilmu di UM ..
penghujung nya dah semakin hampir ..
klu ikutkan jadual , ahad lepas kuliah dah berakhir hanya menunggu hari exam ..
tp di sebabkan ada satu hari yg pengajian di batalkan atas sebab teknikal maka hujung minggu ini di adakan klas gantian ...

seperti intake pengajian yang lepas2 .. apabila sampai ke penghujung pengajian mesti diadakan main event. tak terkecuali juga utk pelajar pengajian tahun 2013-2015.
program praktikal korban yang menggabungkan pelajar2 pengajian Usuluddin dan Syariah
program yang aby lihat sebagai serampang 2 mata. disamping mendedahkankan pelajar2 nya cara menyembelih dengan betul,  daging korban nya di masak dan disajikan utk menjamu pelajar2 ..
2 ekor kambing dan 30 ekor ayam disediakan utk sembelihan tu ..



bagi org lelaki , utk melapah kambing memang tiada masaalah sbb rata2 berpenglaman dalam kerja melapah semasa raya haji.


yang menarik utk dilihat ialah bila bakal ustazah ni kena menyembelih juga ..
dengan bimbingan bakal ustaz2 ni, kerja menyembelih menjadi mudah bg mereka ..




bakal ustazah menyembelih sendiri ayam2 ..


selesai kerja2menyembelih .. kerja2 membersih dan melapah dilakukan bersama ..




para ustaz dan ustazah dengan tugasan masing ..
ustaz membersih manakala ustazah dengan kerja2 potong memotong ..




akhir nya .. setelah selesai kerja memotong , daging dihantar ke kantin utk proses memasak ..
para pelajar pula , membersih diri dan berehat bersiap sedia utk menduduki peperikasaan ..

selesai peperiksaan ,
hidangan masakan daging kambing/ayam yg amat sedappppp menunggu dh  ..



program yg aby ingin kongsi bersama rakan blog .. 
tk banyak aby crita tentang pengajian sepanjang 3 tahun belajar ..
tp utk program ni, teruja pula utk membuat entri wlupun agak lewat ..

Masa : 7/11/2015
lokasi : Belakang bangunan Akademi Pengajian Islam UM ...


















Sunday, October 18, 2015

Bila dah terpengaruh WWE

salam rakan2 blog ..
entri kali ni nak crita psl My Hero yg sekarang dah makin membesar,
dah berusia 13 tahun.
rasanya bberapa kali aby bercerita yg My Hero, farish ni peminat fanatik WWE ...
dulu masa WWE datang ke Bukit Jalil dia pun berkunjung juga ..


baru baru ni kelab Peminat Gusti Malaysia membuat program persembahan di Danau Desa ..
Beriya si farish nak datang ke tempat tu untuk dia join program nya ..
pada Ahad tu, wife anta farish ketempat ni di sbb kan hari ahad adalah hari Klas utk aby ..
tidak la dapat menghantar ..

di program ni pastinya farish teruja dapat meletak kedua dua replika Championship Belt di atas bahu nya ..


bersama mentor nya ketika disana ..
sebagai salah seorg dari grup Peminat Gusti Malaysia pasti nya masing2 dah mengenali di alam maya.... 


belah petang lps abis kuliah, sempat la vroom ke Danau Desa tu ..
UM dengan tempat ni pun tk jauh .. dengan bermotor hanya mengambil 15 minit utk sampai ..
sempat la tengok suasana di dalam dewan tu ..
wlupun acara pesembahan nya dah habis ...


dalam ramai2 ni farish ada di celah peminat gusti ni ..


selepas balik kerumah hari tu, 
dia minta kebenaran utk join WWE pun training bersama sama dengan rakan2 yg buat persembahan haritu ..
masaalahnya tempat tu di Cheras , utk menghantar dari kelang ke Cheras pun agak jauh juga. 
Namun bila kenangkan minat dia, dan sebahagian utk membina kelasakan sebagai lelaki,
dibenarkan la juga utk join training di Cheras tu ...


gambar atas ngan bawah ni adalah image di gym tu ...
tengok masing2 dgn badan yg sado ..


zaman membina kelasakan dengan panjat pokok, mencangkul, menajak, memanjat pokok,
bemain parit dah tidak ada . misal dirumah pun cuma banyak leka dgn gadget2 telekomunikasi ni ..
sebagai anak bongsu yg berkakak kan 3 orang .. kuatan fisikal harus di ambil kira juga.
Pada aby menghantar ke tempat yg boleh membina kekuatan fisikal adalah satu jln yg baik ..
tak kira la program apa , yg penting budak tu minat dan berlatih atas kerelaan hati ..
tidak rasa terpaksa ...

tadi masa Berita TV, adapat khabar yg esok adalah hari cuti disebabkan jerebu ..
lapang sikit esok pagi sbb tk perlu menghantar budak sekolah ..
moga negara kita segera bebas dr Jerebu ni 

Wednesday, October 14, 2015

Cermin tingkap pula kena Pecah ...

salam maal hijrah rakan2 blog ..
agak lama juga tidak membuat entri baru.
terima kaseh kpd rakan2  yg masih sudi singgah dan menyapa walaupun agak lama tidak membuat entri baru .. kunjungan kalian memberi semangat utk aby menyambong dan menulis entri yg banyak juga tertangguh nya ..
kisah ni berlaku minggu lepas .. selasa malam rabu  ..
lebih kurang 3.30 pg aby terima panggilan telipon. ketika tengah lena tido, tiba2 masuk satu panggilan mesti mcm seolah olah mengganggu .. namun aby gagahkan juga bangun utk mengambil panggilan tersebut .. nama yg tertera, jiran depan rumah ..
satu panggilan meminta aby keluar dari rumah sbb dia nampak ada orang sedang membuat sesuatu kepada kereta kami .. 
tanpa melengahkan masa terus aby kepintu utk membuka grille, tp disebabkan yg tiada kunci  tergantung dipintu maka lambatlaah utk membuka pintu tersebut ..
dalam pada mencari cari kunci tu ..
aby jerit "Hoi" kearah kereta wlupun tidak nampak kelibat sesiapa ..
lepas tu nampak kelibat budak melarikan diri dari kereta tu ...
dalam hati rasa satu keputusan tepat sbb dapat menghalau pencuri dari membuat sesuatu kpd kereta tu.
namun bila mendekati kereta, didapati cermin tingkap belakang telah dipecah.
kereta digeledah sbb keadaan kereta yg tertaburan didalam nya .. .


masa kami dikereta tu .. pintu tidak dibuka.
pasti pencuri ni memasuki kereta melalui cermin tingkap. 
sbb klu pintu dibuka pasti alarm berbunyi ..
yg hilang, 1 unit GPS Garmin dan 1 beg berisi dokumen2 kerja wife ..
rasanya pencuri tu belum sempat menyelongkar beg tersebut..
mungkin dalam keadaan kelam kabut bila disergah dia terus melarikan diri bersama sama beg  ..
klu beg tu diselongakar tentu dia pun tk nak ambik sbb tiada apa yg berharga.
bila tengok keadaan kereta, rasa menyesal juga membuat segahan tu sbb klu aby keluar senyap2 pasti pencuri tu masih didalam kereta, sedang menyelongkar ..
mesti boleh berdepan dengan pencuri tu ..

 bila kami tengok kerete anak yg didalam rumah, kereta tu pun dah diselongkar,
siap bonet belakang terbuka .. kebetulan anak tidak mengunci pintu sbb kereta berada didalam rumah.
bermakna pagi tu 2 kereta kami di selongkar dan salah satu kena pecah cermin .


pagi tu juga kami panggil 999.
tidak lama lps tu datang la satu kereta peronda ..
setelah memberitahu apa yg berlaku, anggota tu minta esok paginya bawa kereta tu ke Balai utk buat report.
image bawah kereta dihadapan Balai Polis ketika laporan polis dibuat ..


selesai urusan report ..
cermin harus diganti .. apatah lg dengan kekerapan turunnya hujan pada waktu ini .. 


tengah hari tu .. selesai .. cermin pun dah diganti ... 


kesimpulan nya .. aby syak , kerja ni dari kwn2 budak sebelah rumah..
sbb selalu kawan sebaya melepak di hadapan rumahnya ..
yg aby kuat syak nya, masa kejadian tersebut anjing dirumah tidak kuat salakan nya ..
sedangkan dalam keadaan biasa bila ada org luar datang, termasuk posmen dan lori sampah ..
salakannya memang amat kuat dan berpanjangan ..
masa pagi tu kurang salakan ..
mungkin anjing ni dah biasa dengan bau orang nih ..
waullahuaklam ..

mungkin rakan2 masih ingat pd satu entri lps dengan tajuk Kemalengan ..
kerete ni juga yang hilang 2 buah rim masa parking diluar kerana memberi ruang kpd jiran yg buat memasangan khemah perkahwinan ..

bersabar jer la ..

apapun, sempena bermulanya tahun hijrah yg baru ..
harapan aby moga kesemua rakan2 blog akan didalam lindungan dan keberkatan Allah swt dan ibadat tahun ini akan bertambah tambah dr tahun sebelumnya.
aameen 









Wednesday, June 17, 2015

Bila diberi satu Talian Hayat ..

                                

salam ramadan rakan blog ..
selamat menjalankan ibadat puasa.
moga kesemua ibadat2 yg dijalankan sepanjang bulan ramadan ini diterima Allah swt ..

petikan kata2 Imam Ghazali yg indah saya jumpa dan elok utk dikongsi bersama,
apatah pada hari pertama ramadan ini ,

Ketika berada pada waktu pagi selepas sembahyang subuh, seseorang itu hendaklah menyedarkan dirinya dengar memikirkan. Hari ini adalah hari baru yang dikurnaikan kepadaku, dipanjangkan umutku dan disambungkan nikmat ku. Seandainya aku dimatikan, maka aku akan meminta dengan bersunggh sungguh supaya dikembalikan semula kedunia ini walaupun buat sehari sahaja, untuk melakukan amal soleh sepenuhnya. Maka anggaplah yang engkau dimatikan dan hari ini, engkau telah dikembalikan semula kedunia. Awas! Awas! Dari mensia siakan hari yang diberikan ini.Setiap orang mempunyai harga yang tidak ternilai. Janganlah ia dilenyapkan oleh perasaan malas dan mementing kerehatan. Maka, akan terlepaslah diri kamu dari mencapai darjat  yang tinggi bagi kamu, ketika itu ialah penyesalan yang tiada kesudahan.

dalam surah assajdah ayat 12 allah pun berfirman,

[12]Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

anggapla hari ni sebagai hari yg kita dikembalikan itu ..
gunakan sebaik mungkin masa yg ada untuk beribadat kepada Allah swt,
jangan mempersia siakan masa dan gunalah
sepenunuhnya dengan kerja kerja yang sesuai.

NB ..
minta maaf tidak berkunjung keblog rakan2 ..
selps balik dari Chiang Mai,
out station ke Port Dickson,
balik petang semalam dan akan kembali kesana isnin depan ..
final exam pada sabtu / ahad ni serta minggu depan ..
masa yg terluang diguna utk mengulang kaji ..

Friday, June 12, 2015

Bermulanya trip ke Chiang Mai, Thailand

 salam rakan2 blog ..
ramadan dah mangkin hampir ..
moga semua kita diketemukan dengan Ramadhan utk ini ..

sebelum ramadhan harap aby dapat kongsikan pengalaman ride aby ke Chiang Mai, Thailand ..

mcm biasa tempat berkumpul kami di RnR Rawang ..
seawal 8 pg kami telah berkumpul ..
bermula dengan 5 org ..
kawan2 dari JB akan menysul kemudian ..


sebelum memulakan perjalanan aby ambil milega pada mtor tu sbb nak tau berapa jauh kami berjalan nanti ..


ride ke utara hari tu banyak berjalan dalam hujan ..
sedari sebelum Bukit Gantang lg hujan dah turun ..
misal hujan turun ketika dh bergerak ..
memang teruskan perjalanan kecuali terlalu lebat yg penglihatan terbatas atau hujan bersama petir ..
dalam dua keadaan tu pasti berhenti utk berteduh ..


ketika berhenti utk mengisi minyak di RnR Juru.
hujan lebat diluar .. klu dah berhenti, nak sambong balik memang agak malas ..
tp disebabkan hujan tk berhenti ..
sambong juga di dalam hujan tu ..




perjalanan ke Bukit Kayu Hitam pun lebih banyak hujan dari reda ..
tp disebabkan perjalanan Ride baru bermula ..
teruskan juga ..


dalam hujan tu .. singgah di Restoran Joe Cendol di Changlun ..
mengisi perut di sini ..
sedap juga makan2 disini ..


sambong perjalanan .. di check point Sadao ..
gamba kurang elok ..


dalam perjalanan .. singgah di Hatyai ..
utk makan petang lg ..
masa ni kedengaran azan magrib ..


berhenti di gerai gerai jer sbb masakan nya sedap2 dan harga pun murah ..


masakan Siam ori ..


malam tu sampai destinasi pertama di Pathallung lebih kurang 9 mlm ..
gambar bawah ni aby ambil pada pagi nya ..
kawan2 dari JB pun bermalam di sini sekali gus berkumpul dengan grup kami. 


lobi hotel tersebut


gambar di bawah perjalanan hari ke 2 ..
berhenti di tepi sbb ada moto yg sebu ..
tk dapat nak laju .. rupanya punca dari salah mengisi gred minyak ..
membuat moto jadi sebu ..


ni la grup yg pergi tu ..



perjalan yg agak jauh dari destinasi pertama ke destinasi ke 2 membuat kita berhenti mengisi 
minyak beberapa kali ..
jarak ke destinasi ke 2 adalah 750 km


seperti biasa .. klu di Siam ni aby suka makan sup isi lembu ni ..
sedap rasanya ..


disini, ulam dan ice kosong di bagi free,
klu nk jimat, cuma beli nasi kosong,
duduk dimeja ..
makan ulam2 dan minum ice kosong yg tersaji di meja tu ..
terisi perut ..


kira pekedai siam ni lagi pemurah dari pekedai kita sbb di sini ais kosong pun dikenakan bayaran ..
sini kita boleh minum sepuas kita ..
free saja ..


sampai di destinasi ke 2 .. lebih kurang 150 km bawah Bangkok ..
di bandar Chaam ..
sampai pun malam juga ...


bila sampai sini baru perasan seorang tiada  ..
aduihh ... mana pergi kwn ni ???


insyallah sambung lagi nanti ..
dengan kisah yg lebih menarik bila perjalanan makin jauh dan keletihan mula terasa ..

NB .. 11 june baru ni ..
hari menyambut besday aby .. bertambah lg umo.
 tk sempat buat entir psl celebration yg anak2 buatkan ..

apapun sampai jumpa lg ..