Sunday, May 24, 2015

Bila sampai Waktunya ..

salam rakan2 blog ..

Walaupun sudah 2 minggu berlalu pemergian kakak, namun aby masih teringat2 saat2 menguruskan jenazahnya. Inilah pertama kali aby kehilangan saudara perempuan. 


semuanya bermula 3 minggu sebelum kakak menghembuaskan nafas yg terakhir.

masa tu aby di dalam klas. abang telepon dari kampong, kakak yg telah pun berada didalam hospital dah tidak sedarkan diri. abang minta balik utk menziarah kakak sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.
terus aby minta diri dan terus vroom ke hospital dikampong utk ziarah kakak.
ternyata wktu tu kakak dah koma. dh tidak sedar atau tidak tahu siapa yg menziarah.
bersama sama adik beradik yang lain yg mampu kami bantu adalah membacakan yassin supaya Allah swt permudahkan segala untuk kakak ..
habis waktu lawatan aby balik ke rumah malam tu.
beberapa kali ziarah selepas tu kakak masih mcm tu juga, 
tidak sedarkan diri. tidak tahu siapa yang datang ziarah.

simpati kt abang ipar. mereka tiada anak perempuan. lima anak2nya semua lelaki.

semua dah duduk diluar. abang ipar lah yg menjaga dan mengurus kakak sejak mula sakit akibat kencing manis . memasak, memberi makan, membasuh baju, mengemas rumah dan lain2, semua dibuat oleh abang ipar. blh rasa kepayahan abang ipar bila kakak mula sakit apatah bila terlantar di hospital. ternyata abang ipar adalah orang yg amat penyabar.

2 minggu lepas, dapat panggilan dari abang yg kakak telah menghembukan nafas yg terakhir ..


innalillahi wainnailaihi rojiun ..

"sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali".

kakak menghembuskan nafas terakhirnya di hospital pd pukul 3 pg.

Awal pagi tu terus balik kampong bersama anak2 ..
sempat buat solat jenazah dan ikut ke tanah perkuburan utk urusan pengkebumian.



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ..
sempat menghadiri kesemua tiga malam majlis tahlil arwah ..

walaupun kami 12 beradik arwah adalah kakak atas aby. pastinya banyak kenangan main bersama ketika alam kanak2 masih teringat. sebagai kakak yg atas, pastinya penjagaan terhadap aby semasa kecil seperti mencuci dan mengosak baju di buat oleh arwah.


Dari 12 beradik, dua telah pulang kepangkuanNya .. Abang yg sulong telah kembali pada tahun 2005.

abang sulong ni pun baik dengan aby. masa mula2 pindah dari penang, arwah abang ni bagi aby duduk di rumah sewanya, selalu la borak2 dgn arwah abang ni yg kebetulan masa muda2 dulu penunggang moto mcm aby juga , cuma wktu tu dia memilekki moto Norton. 
pastinya banyak dibualkan sbb dari dua masa yang berbeza.

ketika menziarah arwah kakak masa awalnya, sempat juga aby bercerita kpd Jee dan farish.

beza umo antara papa dan wak ipah (nama arwah) hanya  3 tahun, sama dengan jarak umo farish dan jee. mcm sekarang farish dan jee bermain mcm tu la papa dgn wak ipah tu bermain ..

teringat juga masa kakak sulung datang menziarah arwah abang yg masa sakit ketika tu.

aby nampak air mata kakak keluar ketika melihat adiknya yg sedang sakit tenat. Jarak usia mereka 3 tahun juga.
mungkin kakak teringat kenangan ketika bermain bersama arwah abang ketika dulu kot ..
punca abang sakit adalah disebabkan kemalangan motor ..
lepas tu ada masaalah saraf . sejak tu arwah abang tk boleh mengimbangkan badan.
klu berjalan mcm org di timpa sakit Parkinson ..

Entah tiba2 hati jadi hiba dan sedih. 

Allah lebih sayangkannya mereka berdua. 
Kembali lebih awal ke pangkuanNya.
begitu la putaran hidup, 
yang kecil membesar,
yg dewasa menjadi tua.
dan yg tua akan kembali kepada penciptaNya ..

surah al Mulk ayat 2

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

semoga roh kakak dan abang dicucuri rahmatNya.

alfahihah ..



"Setiap manusia pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat.Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dijauhkan daripad syurga,maka dia sesungguhnya telah beruntung.Kehidupan ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan."(Ali Imran:185.

Sesungguhnya kematian itu sangat mengerikan, tetapi yang lebih mengerikan lagi adalah perasaan anda hidup selama lamanya.

Kata2 dari Imam ghazali,
Mengingati mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber Tuhan dan taqarrub kepada Allah swt... 





Tuesday, April 21, 2015

Rombongan sekolah Sekarang

salam Rejab rakan2 blog ..
diam tak diam kita dah masuk bulan Rejab.
bila masuk bulan Rejab ni menandakan kita dah dekat dengan Ramadan ..
moga kita semua dapat bertemu Ramadan yg mulia utk tahun ni ..
insyaallah ..

entri ni psl trip rombongan anak ke 3, Jee yg sedang memasukki alam remaja ..

malam tadi dalam pukul 11mlm  hantar Jee ke sekolah utk mengikuti program rombongan yg dianjurkan sekolah nya ..
destinasi, Sibu, Sarawak ..
berhimpun disekolah dan bas bergerak menuju KLIA pukul 12 mlm ..
wlupn Jee pernah sampai Sarawak dulu ..
utk rombongan ni dia nak sangat ikut sbb nak berjalan dengan kawan2 sekolah nya


gambar Jee sebelum naik bas yg sempat papanya rakam kan ..


klu aby, anak dah naik bas kita balik jer la sbb anak dah dalam jagaan cikgu nya ..
tp mamanya nak tunggu sampai bas berlepas baru kami gerak balik rumah ..
tunggu la bas gerak ..


bertapa beza nya rombongan sekolah zaman aby dengan rombongan sekolah sekarang ..
zaman aby klu rombongan lawatan nya takat ke Muzium, Tugu Negara, Stadium Merdeka dan nk meriah lg, pergi Zoo Negara ..
klu nk tengok kapal terbang pun mungkin takat lawatan ke Lapangan Terbang Subang ..
Ia lah, masa zaman aby sekolah waterpark, pencakar langit, putra jaya belum ada lagi ..
klu ada mungkin lawatan akan terarah ke Sungei lagoon, Genting Highland atau Putra Jaya juga.

tp sekolah Jee ni buat rombongan bawa pelajar naik kapal terbang ..
belum pernah terfikir rombongan sekolah pergi naik kapal terbang ..

biasa la bila anak kita nak berjalan sendiri tanpa pengawasan orang tuanya ..
pasti berbakul pesanan2 disampaikan kpd anak nya ..

mesti tengah hepi Jee di sana sekarang ,,
moga sesemua yg didalam rombongan sekolah tu selamat pergi dan kembali ke pangkuan ibu bapa nya ,,


satu gambar lama Jee dgn ibunya dalam satu entri  awal  blog ni ..
bertapa masa cepat berlalu ..
dari seorg budak kecil sekarang dah masuk ke usia remaja ..

bagus juga ada blog ni ..
sedikit sebanyak dapat melihat proses pembesaran anak2 kita 


Friday, March 27, 2015

Bila tiket dh di Tangan

Salam rakan2 blog ..
Moga semuanya sihat dan dalam kerahmatan Allah swt ..

Mcm tahun2 seblmnya .
Tiket F1 Sepang 2015 dah dalam tangan ..
Tinggal tunggu hari Ahad ni
utk menyaksikan perlumbaan secara live 
di Litar Sepang ..



Siapa agaknya juara perlumbaan tahun ini .

Apapun moga perlumbaan tahun ni bertambah bilangan kehadiran penontonnya bg menyerikan suasana F1 litar Sepang ni ..
Mula dr 2013 dh nampak kemerosotan penonton. Tahun 2014 apatah lg la sbb ketika tu baru sahaja lps tragidi MH 370.

Jom !!!!
Sama2 kita kesana ..
Mcm biasa akan ditemani Nad ..




Sunday, March 8, 2015

KeMalengan

salam rakan2 blog ..
moga semua dalam keadaan sihat dan ceria dihari isnin ni ..

cerita ni berlaku minggu lps ..
kisah bermula bila jiran depan buat majlis kenduri kahwin ..
biasala duduk di taman perumahan, bila buat pemasangan khemah,
mesti kenderaan kita kena parking kt luar ..

begitu la dengan jiran depan kami,
majlis hari ahad, pada jumaat petang pemasangan khemah bermula ..
malam sabtu tu, memandangkan kerusi meja belum diletak,
wf ingat nak letak keretanya didepan rumah,
tp jiran kami kata jgn parking didalam sbb mereka nak turunkan barang2 ..
ok la, aby kata kt wife, park di luar dengan krete2 lain ..


pagi sabtu tu, wf  keluar,
tiba2 dia  kembali ke rumah dengan angin sangat ..
katanya lps dia start krete, masuk gear kerete tk bergerak,
tp terasa mcm kerete senget ..
bila dia keluar dan tengok2 kenapa kereta senget ..
didapati 2 roda sebelah kiri hilang ..
sebelah kiri ni menghadap kebun,
sbb tu bila ada org buat kerja penanggalan, 
orang lain tk akan perasan ..


pagi tu juga wf lepaskan kemarahannya kt jiran depan sbb 2 buah kereta jiran depan diletak dalam khemah tp kereta dia tidak dibenarkan masuk ..
menyebabkan 2 buah rim nya hilang ..

wlupun hati saya geram juga ..
tp kena bersabar la .. kwn tu nak buat kenduri ..
kereta pula hari ahad nk guna utk pergi kerja ..
esoknya hari ahad ..
hari sabtu tu juga kerja penggantian rim dan tayar harus diselesaikan ..

tu la kerja Maleng Bajingan ..
mengambil barang orang tnpa ada rasa belas ..
ni yang dikatakan wrong place at wrong time,
kali pertama park kt luar ..
terus kena kebas ..
utk maleng ni pula ..
mungkin dia round utk cari rim jenis krete ni ..
bila nmpak terus dah jd rezeki dia ..
sbb dalam banyak krete yg dipark sepanjang jalan tu ..
krete wf yg jadi sasaran ..

petang tu juga ..
penggantian rim baru di buat, terpaksa tukar 1 set, 4 unit sbb 2 unit utk model yg sama, tiada ..
kesimpulan nya ..
bersabar dgn ujian tu ..
wlupun kita blh berjumpa jiran dpn minta dia biayai setengah dari kos tu sbb kita beralah dgn majlis dia, dia harus bertanggung jawab juga dgn kesan yg diterima dari jiran2 yg beralah dgn dia ..
akhirnya ...
tanggung jer la sendiri



Wednesday, February 11, 2015

Di Restoran Tok Ki, Bentong, Pahang ..

salam rakan2 blog ..
ride ni adalah pada hari Ahad, 1 feb 2015 ..
Ahad terakhir sebelum semester bermula kembali pd 8 feb.
ride ni juga adalah ride yg sama ketika makan mertabak Mengkasar tu ..
cuma wktu ni adalah sebelah pagi, ketika sarapan ..

bertempat di Restoran Tok ki, Bentong Pahang ..
klu datang kesini seolah olah ada event moto ..
segala jenis dan jenama motor yg datang bertandang kesini,
Ducati, Harley Davidson, BMW dan motor2 jepun ..
semua ada, rata2 datang dari lembah Kelang ..
kesini hanya utk brekfes jer .


biar gambar berbicara tentang kunjungan mamat2 moto ni ..
moto hijau ni pun ada diantara banyak moto2 ..


ditepi moto hijau tu, moto BMW,
yg bawah ni grup Harley Davidson pula ..


suasanan restoran tu ..


penyunjung sedang menikmati sajian dikedai tu


ini la lemang Tok ki ..


lemang tok ki yg menjadi tarikan,
 disaji dimeja kami ..,



ayam bakar ..
utk menampong rider2 yg ramai tu ..
banyak ayam bakarnya ..


disamping lemang dan ikan bakar ..
ada juga nasi berlauk, mee dan kueh2 , kelaziman hidangan sarapan pg ..
kira memang hebat tarikan retoran tok ki ..
blh tarik org datang jauh2 dari KL melintasi karak hiway semata2 utk bersarapan ..


2 gambar ni sy terima dari wasap kwn pd ahad 8 feb yg lps ni,
klas pengajian dh bermula ..
saja kawan2 bakar dgn suasana di restoran Tok Ki ni ..
katanya hari ni lagi hebat,
mamat2 kereta sport pun datang berkunjung ke restoran tu ..


bila tengok gambar ni ..
bersabo jer la ...
dilain kesempatan blh pergi lagi ..


Thursday, February 5, 2015

Mertabak Mengkasar, Pekan Pahang

salam rakan2 blog ..
ahad lps sy berjalan lagi ke Rompin utk makan udang gajah,
tp disebabkan dh buat 3 entri tentang udang gajah Rompin,
tk perlu la buat lg.. sebaliknya yg ni pun menarik juga ..

kawan2 kata, klu ke Pekan jangan terlepas makan mertabak Mengkasar ..
sbb ia adalah Pekan speciality ..
bebrapa kali saya ke Pekan, Pahang ..
tp tk dapat makan mertabak Mengkasar ...
sbb nya kedai mertabak ni hanya buka selepas pukul 2.00 petang ..


selalunya klu datang ke Pekan atas urusan kerja, tengah hari bila selesai urusan terus balik ..
sbb klu lewat balik maka lewat la sampai ke rumah ..

lazimnya klu kami ke Rompin kami akan balik melalui Mersing, Kluang dan ke PLUS hiway utk blk keLembah Kelang ..
tp hari ahad aritu..
kami pusing balik ke Pekan .. tujuan nya nak makan mertabak Mengkasar, yg hanya dibuka sebelah petang ..


hajat kami kesampaian juga bila sampai ke sana,
kedai mertabak tu buka ..
ramai penyunjung ketika tu ..
namun nak merasa punya pasal,
wlu di bagi tau agak lambat mertabak tu sampai ,
kami sanggup tunggu ..

sempat tengok mcm mana depa tu buat,


akhir nya sampai juga mertabak tu ..
Mertabak Mengkasar,
dibuat oleh orang Mengkasar
dan dibuat di kampong Mengkasar juga


yg depan ni, mertabak Special, yg belakang tu Mertabak Biasa ...
kami cuba kedua2 , biasa dan special ..
wlu sedap, yg buat kurang best, biasa makan mertabak dgn kari,
tp bila tk ada kari cuma dibagi bawang sahaja jadi kurang umppph.

yg menariknya, sepanjang kami dikedai tu, pelanggan nya tk putus2 ..
semuanya kena menunggu ..

mcm mana pula mertabak di tempat saya ..
banyak kedai nasi kandar, setiap kedai nasi kandar ni mesti ada jual mertabak ..
mertabaknya pun ok juga ..

apapun .. hasrat utk makan Mertabak Mengkasar dah tercapai ..
dah tau macam mana rasanya


Monday, February 2, 2015

Nasi Ayam Gemas dan Mee Bandung Muar ..

Salam rakan2 blog ..
utk yg bercuti sempena Hari Thaipusam, selamat beristirehat ..
gunakan sebaik masa bersama keluarga ..

Rasanya mulakan entri tertunggak dengan sambungan aktivi pada entri yg lepas.
ride ni kami buat pd 25 dec, thn lps , bersamaan banyak kawasan dilanda banjir ..
memilih tarikh tersebut kerana beberapa kwn free pd waktu tu ..

memulakan perjalanan dengan mengikut Karak hiway,
dan bila sampai ke susur Karak, kami keluar utk mengambil jalan ke Kuala Pilah.
destinasi pertama kami adalah Gemas sbb kawan2 dr JB menunggu disana.
ride hari didalam hjan renyai2 .. tk la lencun sangat ..
wlupun agak basah ..

gambar bawah, masa kami di Jempol ..
hujan turun agak lebat juga ..
berhenti berteduh sekejap, terteduh bkn sbb takut basah tp sbb nak kemaskan balutan dompet,
handfon dan lain2 utk tidak terkena air .. kerja kemaskan bungkusan supaya lg rapi..
utk ride kali saya tk naik motor hijau spt yg lazim, tp naik moto putih yg kt tengah tu ..
moto anak saudara, saja nk bertukar cara ride .. 


tempat perjumpaan kami adalah di masjid pekan Gemas ..
bila jumpa kt masjid ni senang utk bersolat terus ..
masa kami sampai , jemaah tengah menunggu solat zohor ..
dpt berjemaah disana ..


lps solat, biasala masing2 lapar ..
dengar crita Gemas ni femes dgn nasi Ayam nya ..
misi mencari dilakukan ..
lps bertanya org, dapat la kedai tu ..



ini lah kedai nya .. 


memang spesel ..
dia tanya kita brapa org nak makan ..
kita jawab, ada 6 org ..
bila datang, seekor ayam utk 6 org makan.
biasanya klu di kedai nasi ayam lain
 akan datang sepinggan demi sepinggan ..


rasanya ..memang best..
memang sedap kena sambal dengan rempah ayam nya ..
rasanya blh setanding The Chicken Rice Shop laa ..


habis makan ..
vroom ke Segamat, Tangkak sebelum final stop ke kampong OKjer,
Muar .. 


berhenti sekejap bila melintasi jambatan sungei Muar tu ..
berbincang kemana nak di tuju bila di Muar ni ..


berhenti kat satu kedai Mee Bandung yg pernah kami datang dulu,
tp ada seorg kami  tk mau makan di sana sbb katanya masa makan kt sana dulu,
semuanya ter euukkkk euukk ..
kata kawan ni
"aku tk nak nanti masa ride balik asyik nk cari tandas jer"
tk apa la, mungkin bukan rezeki dari kami kpd kedai pada hari tu.


lps tu sambongkan ride kami ke Tanjung Emas ..
lepak di sana 



yang menarik pasti la pengantin baru ni ..
dalam kami leka tengok mereka tu bergambar ..
mereka pula datang kt kami minta izin utk bergambar di moto..
sempat juga saya ambik aksi mereka tu ..
bila berbual dengan pengantin, rupanya mereka duduk diPuchong dan bekerja di PJ,
balik kekampong kerana masjid perkahwinan tu ..



yg ni la klimax datang ke Muo ..
tk sah klu tak makan Mee Bandung nya ..
yg Special plak tu ..
memang sedap rasanya ..


wlupun sekadar day ride, puas juga berjalan,
selangor, wilayah perseketuan, pahang, negri sembilan, melaka, johor ..
itu lah negeri2 yg dilalui ..
mlm tu bila semua dah berpecah dan saya sendiri kearah kelang ..
hujan turun selebat lebat bermula dari Saujana Putra ..
disebabkan dah tk jauh dari rumah ..
wlu lebat, pun redah juga ...

alhamdulillah, finally home sweet home pkl 1.30 pagi ..