salam rakan2 blog ..
lama tak bercerita psl riding aktiviti..
sekadar merakam detik ride ke Parit Jayus, Batu Pahat, Johor, hari Sabtu 7/05/2015
Ride yg divediokan sepanjang perjalanan ..
bersama crew Melodi, membuat ride tu menjadi meriah wlupun sekadar tunggangan yg perlahan disebabkan pembikinan penggambaran ..
Detik2 peristiwa yg bermula dari RnR Seremban tempat berkumpul, hentian pertama di Jejentas Ayer Keroh dan di satu stesen Shell menghala ke Muar
seawal 7.00 dah berkumpul di RnR seremban
ride yang akan dimulakan pada 7,30 pg
sebelum memulakan ride, menerima taklimat serta membaca doa musafir agar selamat dan dlm lindungan Allah swt ..
membuat formation sebelum memulakan ride.
hentian pertama di RnR Air Keroh Melaka,
3 buah moto spyder ikut sama ..
sebuah moto tu lady rider ..
berehat sekejap di RnR tu ..
jom .. cuba teka sapa awek rugged nih ..
kathy aziah ... masa muda dulu berlakon drama famili Opah ..
tp sekarang bila berlakon , banyak watak mak ..
watak berubah mengikut usia ..
team production yg mengikuti trip kami utk tujuan shooting tu
2nd stop .. di stesen Shell Sungei Mati, Muar ..
jemputan pertama, singgah ke satu rumah di kampong Sungei Nibong, Muar ..
Tuan rumah yg kami panggil wak Jasmon ..
undangan untuk brekfes pagi sebelum seblm kami ke Parit Jayus..
sajian yg menunggu nasi lemak rendang ayam kampong, beserta sambal petai ..
memang menyelerakan .. apatah lg kesemuanya tengah kelaparan serta dahaga yg amat sangat ..
suasana dirumah wak jasmon ...
bergambar ramai ramai seblm bersurai ..
apa yang menarik ketika dikampong sungei Nibong ni ..
kami diraikan dengan kehadiran ketua kampong dan tok penghulu ..
dalam ucapan ringkas nya,
dia sangat berterima kaseh dengan kesudian rider2 ni singgah ke kmpongnya ..
umpama hari ini dalam sejarah,
itu la kali pertama kampong tersebut di kunjungi oleh grup moto besar ..
mesej terbaru ..
kami diundang sekali lg ke kampong ni ..
kali ni , tunggu musim durian gugur besama manggis berbuah ..
kali li majlis mereka akan melibatkan seluruh kampong,
berbanding dgn lawatan yg telah dibuat yg mana adalah undangan peribadi ,,
kabarnya sekarang durian baru berbunga ..
wlu sekejap berada di kampong sungei nibong ni ..
tp keramahan dan sambutan yg diterima amat menyentuh hati ...
Sedulur sesama Jowo tetap Utuh ...
insyaallah akan di sambong di Parit Jayus pula ..
















































