Monday, October 31, 2016

Graduan Tua

salam rakan2 blog ..
moga semua sihat dan ceria memulakan hari pertama dalam minggu baru...

musim konvo sana sini, anak2 tingkatan 5 pun turut merasa konvo, berjubah dan mengatur langkah di Dewan Chancellor Universiti.
aby pun tidak ketinggalan, pengajian lps sampai ke puncaknya apabila Majlis Konvokesyen diadakan pada sabtu lepas, 22/10/2016. sekadar ingin berkongsi hari yang menggembirakan bila dapat mengatur langkah di Dewan Chancellor Unversiti Malaya sekali lagi


graduan2 tua sedang mengambil tempat



sebahagian dari coursemate


bergambar bersama graduan2 lelaki


tk lupa gambar graduan perempuan,
harus diambil juga 


satu posing utk rakan2 blog .. bunga matahari pemberian dari anak amat bermakna sekali ..
bersama Nad dan Sheila, yg akan konvo degree nya tahun depan.
jee and farish tk ikut sbb kad jemputan hanya utk 2 org shj ..
wife pun mase ni di oversea 3 minggu ..
tu yg bertemankan 2 anak dara ni ,


selalu klu letak gambar mesti berjaket dan riding suit atau pakaian yg bersangkutan dengan permotoran
tp untuk kali ini dengan pakaian jubah plak ..
harap2 pencarian ilmu ini tidak terhenti takat disitu ..
moga diberi kekuatan untuk menambah lagi dengan 
kejayaan yang lebih gemilang

Sunday, October 16, 2016

Majlis menerima kunjungan Merisik

salam rakan2 blog ..
lama tak muncul dengan entri baru ..
agak menyepi juga, minta maaf klu agak kurang bertandang ke blog rakan2 semua.
entri menerima kunjungan merisik anak kedua, yg selalu aby panggil Sheila ..
satu majlis ringkas, atas permintaan Sheila yg tak mahu majlis yg besar ..
sekadar di hadiri oleh keluarga, saudara dekat.

majlis ini adalah lanjutan kepada kunjungan keluarga teman sheila pada Hari Raya Adilfitri lepas.
bila didatangi oleh keluarga lelaki utk berkenal kenalan antara kedua dua orang tua.
pastinya aby gunakan kesempatan tu untuk bertanyakan keperluan membuat satu ikatan utk kedua dua anak kami tu .. agak terkejut juga mereka dengan pertanyaan aby tu sbb mereka datang sekadar untuk berkenalan dan tidak ada persediaan dalam menjawab persoalan aby ..
alhamdulillah, mereka juga faham kehendak aby,
sheila pun dah bercouple dengan anak mereka agak lama juga ..
memang molek la klu selepas ni keluar bersama dah ada ikatan mukadimah ..


hari yang ditetapkan 10 september, 2 hari sebelum Hari Raya Haji ..
datang la rombongan keluaga lelaki berkunjng ke kediaman aby.
tak ramai rombongan mereka , sekadar 5 buah kereta.
memang itu la yg dijanjikan jumlah orang yg akan datang. 


duduk bersila lebih mudah untuk berbicara.
sebagai first timer buat majlis menerima rombongan merisik pasti la banyak kekoknya ..
yang penting, apa yang di inginkan sepakat tercapai .


cincin gelang rotan sebagai tanda mengikat anak aby ni ..
gambar bawah kakak kepada teman sheila ..


semua gambar2 yg  farish ambil. aby pesan kt dia suruh ambil gambar sbb aby tidak akan ada masa utk ambil gambar disebabkan akan berbual dan berbincang dengan rombongan berkenaan majlis merisik ini.
sempat farish ambil gambar sheila yg duduk disebalik dinding tu 


yg menyarungkan cincin ni adalah ibu angkat teman sheila  ..
ibu yang menjaga bakal menantu sejak dari kecil lagi.





yang di pula ibu kandung bakal menantu dan bakal besan  ..
bersalaman juga dengan adik beradik keluarga lelaki tu ..


hantaran ringkas yg d terima untuk majlis tersebut




menjamu selera, hidangan yang ala kadar .



hi Jee ni .. SPM tahun ni ,,
dia pun sibuk hari tu ..


sebelum bersurai, keluarga lelaki ajak bergambar dengan sheila ..
yg disebelah sheila tu la jejaka idamannya 


lama nk menulis entri ni tp tak berkesempatan ..
akhirnya dapat juga disiapkan ..
selalu tengok dan baca majlis orang.
akhirnya dapat juga menulis untuk majlis sendiri ..

Sunday, September 4, 2016

Merdeka Ride 2016

salam rakan2 blog ..
wlupun sambutan Merdeka dah 5 hari berlalu, namun disana sini masih banyak berbicara psl semangat Merdeka ..
banyak juga baca entri2 merdeka rakan2 blog ..
teringin nak buat entri Merdeka setelah mengikuti Merdeka Ride grup kami dengan jarak ride 900km ..
bermula dan berkumpul di BHP selepas toll gombak  


bergambar ketika berkumpul ..
memang semangat merdeka betul ..




yang selalu kepantai timur pasti tau tempat ini,..
penghujung hiway Gua Musang sebelum masuk ke jalan biasa ..






berhenti di sini sbb tertarik dengan pemandangan bukit2 tu


Merdeka Merdeka Merdeka ..


dari Gua Musang ambil jalan Dabong masuk ke Jeli ..


diJeli makan di kedai sebelum memasuki jalan ke grik ..
sedap ayam berempah disini .. harga pun murah 


dihentian lebuh raya Grik/ Jeli . berhenti untuk mengisi perut dah menunaikan kewajipan ..
selepas menempuh hujan sebelum sampai di situ, terasa kesejukan ketika disini




 masih d hentian ni lagi.
sempat merentang bendera lg utk Merdeka Ride ni ..


berhenti sebentar dijambatan Tasek Banding ..



sempat bergambar bersama ..


dari tasek banding, menuju ke Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar sebelum ke Kuala Lumpur ..
ketika perjalanan ke Kuala Kangsar, menempoh hujan lebat ..
banyak terpisah ketika ini sbb berhenti berteduh tidak ditempat yg sama ..
kegelapan selepas magrib dan dengan hujan lebat tidak perasan rakan memusing ketepi utk mencari tempat berteduh ..
alhamdulillah, bila hujan reda kesemua berkumpul di Hentian Sungei Perak sebelum gerak bersama utk pulang ke Kuala Lumpur 



Wednesday, July 27, 2016

Berita 1 Syawal

salam rakan blog ..
pagi 1 syawal farish dh minta belikan akhbar Berita Harian ..
kata nya cerita dia ada kluar dalam akhbar pada hari tu ..
lepas solat sunat eidulfitri ..
singgah kt kedai untuk membeli senaskah Berita Harian ..
selak selak ...
jumpa berita psl farish tu ..

hero yg bertopi tu ...


semua dewasa, dia jer yang seorg budak ...



sekadar berkongsi cerita perkembangan hero aby ni ..

Monday, July 25, 2016

Monyet pun Beraya ..

salam syawal rakan2 blog ...
masuk hari ni dah 21 syawal ..
bermakna dah 21 hari ramadan meninggalkan kita
dan 21 hari juga kita berziarah sesama kita dalam mengeratkan siratulrahim ..

banyak entri raya dari rakan2 blog dh di jengah ..
menarik dan meriah kisah2 raya yg dipaparkan ..
aby pula tk tau kisah apa nak buat utk memulakan post raya ni ...

memulakan dengan baby ni ..
nama panjang nya ramadan tp nama panggilannya Adan ..
dah hampir 2 tahun dengan kami .. 
yg menjaga mcm anak sendiri, anak no 2 yg nama sheila ..
berak kencing, makan minum serta menukar phempers semua dibuatnya .
tidor pun bukan saja sekatil malah satu selimut dengan Adan ni ..

gambar bawah ni aksi Adan semasa raya 2015 ...





Semasa Raya tu, kemana adan pegi misal ada budak kecik pasti budak2 tu akan bermain atau mengacah2 Adan ni ..
ada yg berani sentuh Adan dan tak kurang yg takut2 berani ..
tk berani nak sentuh ..
pernah sekali, masa kami brekfest di luar .. Adan kami tinggal dalam krete .
krete tu pun tk jauh dari kami duduk..
nampakla Adan panjat sana panjat sini dalam krete tu ..
lps tu ada beberapa famli datang kt krete tu minta izin kt kami utk bergambar dgn berlatar belakangkan Adan dalam krete tu ...


                                                           aksi Adan dalam Hari Raya 2016 ...


saiznya lebih kurang jer ..
walaupun dah besar sikit dari raya tahun lepas ..


Jee di sebelah Adan tu ...


satu hari kami menziarah rumah kakak ..
kat rumah kakak ni banyak pokok2 ..
letak kan Adan ni kt dahan tu ..
saja nk test .. yg pasti Adan tk berani nak panjat ..
yg dia buat adalah lari turun ..




gelagat adik kecil ni nak mendekati Adan ..


walaupun hanya seekor monyet (Gray monkey) atau lebih tepat di panggil Lotong,
yg hanya makan buah2 atau daun2 .. aksi, marah dan merajuknya amat mengusik hati ..
marah bila kita kacau dia makan, dia akan pegang tangan kita dan gigit ..
tp gigi yg mengigit buah buahan, tentu la lembut jer gigitan nya ,,
tidak terasa sakitnya ..

sekadar coretan syawal utk di kongsi ..
insyaallah ada masa buat entri raya yg berat sikit ,,,