dunia bagaikan litar... kita pelumba nye .. kita bersaing, bergesel, luka, melukai, ada kalanye tergelincir dan terbabas.. namum kita akan balik ke litar ... untuk mendapatkan kejayaan di garis penamat ... Husnul Khotimah
Thursday, April 21, 2011
Berapa $$$$ kita bagi org tua Kita ...
satu tengah hari tu aby berbual dgn macik yg menjual nasi tk jauh dari pejabat aby ..
masa tu org tk ada, sambil mengambil lauk sempat la bercerita ..
katanya dia tk mau jaga cucu2 dia.
cukup la dia dah membesarkan mereka.
sekarang dia dah tua, tenaga dan masa tk banyak.
tenaga yg ada di guna untuk berniaga makan ni ..
mana nak memasak dan mana nak pergi kepasar ..
anak2 ada, dah besar dan bekerja pula,
tp tk bagi duit kt dia.
tu yg dia kena menjual nasi utk meneruskan kehidupan ni.
katanya lagi,
kadang nangis dia kenangkan yg mcm mana anak2 bole abaikan dia dgn tk memberi duit setelah dia berabis utk membesarkan mereka ...
sedih juga mendengar ..
kedua2 org tua aby dah tk ada ..
anak sulung pula baru seminggu mula kerja ..
selepas tamat praktikal ..
adakah dia akan memberi duit kt aby bila dia dapat gaji nanti,
atau masih meminta dari aby disebabkan gaji yg tk akan cukup klu melayan kemahuan ..
klu di bagi duit kt aby pun aby akan simpan kt tabung khas yg akan aby bagi balik klu keadaan memerlukan ..
itu cerita klu kita masih kuat dan masih boleh bekerja ..
bagaimana klu kita dah tua dan tk larat dan duit tabungan dah habis,
yg akan hanya bergantung kpd pemberian anak2 ..
wktu tu baru kita akan terasa bertapa bantuan dari anak amat diperlukan ..
seperti macik tadi ..
terlanjur Ibu Mertua Ku duduk sekali dgn aby,
dan dia mejaga makan minum kami,
aby ingatkan kt wf,
peruntukan duit org gaji,
bagi kt mak, disamping tu kite bagi tambahan sebagai tanggung jawab kita sebagai anak kepada ibu, jgn dia kesempitan wang ..
tula yg mampu kami buat dalam menjaga kebajikan ibu kami ..
gitu la sebagai ibu bapa,
sanggup manahan nafsu2 kemahuan semata mata utk memenuhi keperluan membesarkan anak .. wlu berapa anak yg ada ..
namun anak2 yg ada,
adakah mereka terfikir bagaimana ibubapa berkorban ,,
kpd yg tk tau membalas jasa org tau ..
bila mereka dah ada anak yg membesar dan perlukan perbelanjaan yg berterusan ..
wktu tu baru mereka tau bagaimana ibu bapa mereka berkorban utk mereka ..
dan diharap wktu tu ibu bapa mereka masih ada utk dibalas jasa ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulillah aby..saya setiap bulan buat potongan gaji trus ke akaun tabung haji ibu saya...moga ia dapat digunakan untuk beliau mengerjakan haji kelak..insyAllah...
ReplyDeletesalam sahrom,
ReplyDeletesejuk rasa ibu mengandung.
semoga hidup sahrom sentisa dalam keberkatan allah swt ...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBantulah seikhlas hati. Beri beberapa ringgit dah memadai....Saya lak jaraaaannng sekali beri mak saya RM.
Hanya doa setiap masa moga Allah mengampunkan dosa-dosa saya, kedua ibu dan bapa saya, isteri saya, anak-anak saya...
Assalamualaikum Aby,
ReplyDeleteKenapalah ada lagi org tak ingat org tua ye. Kakak adik-beradik pulak berebut nak suruh bapak duduk dgn kami tapi dia tak nak. In-come dia pun beribu hasil dari kebun (org lain kerjakan). Kita bagi duit kat dia dia bagi balik kat anak kita.
Rasanya anak-anak mencontohi dari apa yg kita buat....Jadi kita lakukan yg terbaik moga anak kita juga begitu hendaknya....
Assalamu'alaikum aby
ReplyDeleteKak sokong apa yang kakzakie katakan.. sayugialah kita memberikan contoh yang baik kepada generasi muda.. mudah2an mereka menerima tunjuk ajar kita.
salam
ReplyDeletepada anak2...walau gaji kecil..hulur2kan seberapa yg mampu...bkn ibu ayah minta membalas apa yg telah diberi...
percayalah..duit yg dihulur mendapat berkat ALLAH
tak pernah miss kasi duit kat ibubapa, wpun kenkadang diri sendiri tak cukup duit dalam bulan tuh, ibubapa diutamakan. biar diri sendiri tak cukup duit, asalkan ibubapa,isteri dan meow dapat nafkah bulanan.
ReplyDeletetapi, bukanlah duit semata2 yang mereka mahukan. kasih sayang dan perhatian itu yg lebih penting sebenarnye... :)
salam AH,
ReplyDeletedisamping nafkah jasmani,
nafkah rohani pun tk boleh tinggal,
yg penting org tua jgn di lupa ...
tk gitu
salam k zakie,
ReplyDeletebetul tu,
berikan contoh yg baik pd anak2 kite,
semoga kebaikan kite pd org tua kite akan diikut oleh anak2 kita nanti ..
salam k werdah,
ReplyDeleteaby rasa k werdah paling berpengalaman dalam hal ni, sudah melalui zaman anak, ibu dan nenek pasti dah melalui alam memberi dan menerima ..
semoga k werdah sentiasa di ingat oleh anak2 dan cucu2 ..
salam kamsiah,
ReplyDeletebetul tu,
duit yg di beri kpd org tua kita wlupun sedikit,
tp penuh keberkatan ..
kita hulurkan semampu mungkin ..
salam mijoe,
ReplyDeleteaby memang cukup respek ngan sapa2 yg dapat mendahulukan budget utk org tua dulu,
sebagai mana org tua sentiasa utamakan budget utk anak2, begitu la juga kita sebagai anak .
utamakan mereka ..
Salam Wak,
ReplyDeleteakak ni dah ada anak menantu dan cucu. Susah nak cakap. Kita ada duit sendiri. Dan anak2 baru nak membina kehidupan.
Mereka juga struggle nak mengendalikan rumahtangga. Mana nak bayar loan rumah, loan kereta dan duit orang jaga anak. Rasa tak sampai hati nak ambik duit dia orang, sebab rasanya masih mampu dengan duit sendiri.
Tapi perasaan ni tak pernah beritahu pada anak-anak. Bila anak-anak beri, akak ambik. Dan duit sendiri pulak beri pada cucu-cucu bila mereka datang rumah atau hari raya.
Sentiasa berdoa dalam hati semoga mereka sayangkan kita sebagaimana kita sayangkan mereka dan semoga mereka tak biarkan kita kesusahan sebagaimana kita tak nak tengok mereka susah.
salam k hanim,
ReplyDeletemasa org tua wak masih ada, wak pun mcm yg dikata k hanim, membajet sendiri dulu seblm ke org tua,
tk ramai yg boleh membajet utk org tua dulu lps tu baru utk kehidupan sendiri. kwn2 wak yg sifat gitu dapat di hitung dgn jari ..
mungkin tu la yg membezakan tanggung jawab anak pd org tua dan tanggung jwb org tua pd anak2 ..
alhamdullillah k hanim dalam ketogori yg berkemampuan sendiri ..
dan wak pun mcm k hanim juga, berdoa semoga mereka sayangkan kita sebagaimana kita tk nak tengok mereka susah ..
salam
ReplyDeletemalam aby call hubby tu,kami sekeluarga dok mkn kat puncak mutiasa cafe,kg pelet...blk umah dah kul 10.30..anak2 dah tertido dlm keta...esok pg tu hubby kata aby nak check out kul 8 pagi...
next time kena bgtau 2,3 hari sblm datang ya hehe...check in la kat seri malaysia kulim...dkt ja dari rumah saya
salam kamsiah,
ReplyDeletepg tu kami pun check out pkl 9.30 pg,
biasala budak nak bangun pagi. apatah lg guna satu bilek air, tu yg lambat juga. tunggu juga encik Din telipon balik mlm tu, tp fon tk bunyi .
ok lain kali aby stay kt Seri Malaysia pula ..
tk jauh sangat pun dari Kulim inn tuh ..