Wednesday, March 6, 2013

Semporna yang Sempurna ...

salam rakan2 blog ....

seharusnya aby sambung crita umrah, di masjidilharam pula  ..
tp perkembangan perwira2 kita yg sedang menggadai nyawa dalam mendaulatkan negara kita dari penceroboh harus dihargai juga ...


N3 ni pernah aby buat diblog kucing ..
psl kunjungan aby ke pulau Mabul ..
tetapi sebelum ke p Mabul kena bermula dari jeti Semporna dahulu ...
perjalanan dari lapangan terbang Tawau ke Semporna,
berbanding perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang tempat gunung kinabalu tu,
perjalanan dari KK ke Kundasang dipenuhi dengan gereja2 bersaiz masjid dan surau ..
rasanya (klu tk silap )cuma terdapat satu atau dua masjid ke yg jer dilaluan tu ..
tp perjalanan dari Tawau ke Semporna ni ..
tidak nampak kelibat gereja .. semuanya masjid ..
bermakna org2 di kawasan ni kebanyaknya adalah Islam ..


inilah jeti semporna ..
memang tk dinafikan ramai org philippine disini ...
petugas2 yg bawak bot kami pun org phppine juga ..



menjamu mata dengan keindahan semporna ..


keindahan pantai dan kejernihan airnya memang tiada tandingan ..


sekadar memaparkan bebrapa gambar2 di jeti semporna ..




menikmati permandangan laut yg begitu menenangkan ...


mamat ni org philipine ..
satu bot dengan kami ..
dia nak ziarah saudara dia di P Mabul ..
rupanya rumah saudara dia dibelakang hotel yg kami duduk ketika di mabul ..
tidak pandai bertutur bahasa Malaysia ...




perairan laut Sulu ..
ketika baru berlepas dari semporna ...


Doa aby agak kemelut di Semporna, Lahad Dato dan yg sewaktu dengan
akan berakhir secepat mungkin ..
simpati dengan anak2 yg kehilangan bapa, begitu juga isteri yg kehilangan suami ..
gara2 pencerobahan yg terlampau ...
semoga semua anggota keselamat disana selamat kembali disamping keluarga dan menyambung kehidupan yg biasa kembali ...

Kuatkan semangat Barisan Kita ...
sayu dengar suara Jamaluddin Alias menyanyikan lagu tu yg selalu dikeudarakan di TV 3 ..
klu tidak hanya masa perarakan Merdeka jer dengar lagu tu di mainkan ..

14 comments:

  1. nampak menarik rumah-rumah atas air tu...berjalan sakan en Aby..

    sama-sama berdoa keamanan kembali pulih di sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam noe ..
      memang best pemandangan rumah2 atas air sbb satu pemandangan baru buat kitakan!! .. lagi best klu kita berjalan jalan kt atas titi kayu nya

      Delete
  2. Takut pulak nak gi Semporna kalau macam ni....Agaknya secara diam2 diaorang dah mengatur strategi nak menakluki tempat tukan...... hanya tunggu masa dan ketikanya...dah pun berlaku...
    Hish jadi kucar kacir jadinya....cepatlah berakhirnya benda ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hainom ..
      tk perlu takut ke semporna ..
      kawasan Naib Presiden Umno Dato Shapie Apdal,
      Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tu .. tentu dia akan jaga kuat kawasan dia.
      alhamdulillah suasana kucar kacir dpt dikurangkan dalam masa yg cepat ..semoga cepat berakhir kemelot ni ..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum aby

    Pernah melihat anak-anak sabahan yang tinggal di rumah pesisiran pantai (dalam laut) berhampiran SK Gaya kalau tak silap, seronok je mereka menyelam.

    Tak pernah kita menjangkakan kemelut di Sempoerna dan Lahad Datu tu akan berlaku. Lebih sedih bila ada yang terkorban, kedua-dua pihak pula Islam. Mudah-mudahan kemelut ini segera berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k werdah ..
      sayang sekali, sama2 islam kita berbunuh bunuhan ..
      tk salahakn pemimpin kita, bila kedaulatan negara diceroboh .. psti nya mereka tidak rela ..
      semoga balu2 anggota yg terkorban tabah dalam kehidupan dan bangga atas pengorbanan suami2 mereka tu

      Delete
  4. Bila hal begini terjadi tuding-menuding pulk kan aby. Apa yg hairan ramai Filipinos yg dah ada kerakyatan M'sia. Bahkan penduduk sabah yg asalnya PATI sudah ada IC. Bila hal begini terjadi yg susah wira-wira kita. Kalau mereka menyorok dalam rumah saudara meraka pun siapa tahu? Dah pakai baju sama macam kita, jalan depan tentera kita pun tak siapa sangka.. Lebih membimbangkan dikatakan Nur Miswari akan membantu bersama tenteranya. Kalau betul mesti berpanjangan jadinya.

    Doa kita moga kemelut ini segera berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kz ..
      yg kak ulas tu buat aby sedikit meluat ..
      kt semenanjung yg diatas asyik berebut Putra Jaya ..
      sebelah nak merebut dan sebelah lg sedang mempertahankan ..
      dalam depa berebut, kt tanah Borneo berlaku kebolosan ..
      dalam keadaan huru hara tu .. kt sini masih tuding menuding jari juga .. nasib baik anggota tentera kita tidak berpihak dalam politik .. sentiasa sedia berkhidmat utk negara ..
      klu memihak kt politik .. alamat ada yg enggan pergi ke lokasi pergolakan ...
      yup ..doa kita moga kemelut ini segera berakhir

      Delete
  5. perairan sekitar semporna memang sangat cantik... semoga kemelut itu berakhir dengan baik... pertahankan apa yang menjadi hak kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nor J ..
      nampaknya lps ni harga rumpai laut kolagen semporna tu akan naik harga la kot ..
      yup .. pertahankan apa yg menjadi milek kita ..
      jgn biarkan walau seinci pun bumi kita di kuasai mereka ..

      Delete
  6. Semoga semua nya cepat berakhir..
    kami yg di Lahad Datu ni mmg risau & sentiasa berjaga2 bang..
    Semporna plak bukan jauh jarak nya di LD.. dekat2 je semua nya..
    apa pun doa kan pejuang2 kita agar mreka dpt memperjuangkan tanah Sabah ini...amin! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam atie ..
      nampaknya utk beberapa minggu ni tempat atie jadi bahan berita ..sama2 kita doa kan agar bumi Sabah khususnya dikawasan atie kembali aman seperti kala dan semoga anggota2 kita yg sedang berjuang disana sentiasa dilindungi allah swt ..

      Delete
  7. Cantiknya pemandangan kat jeti tu, dari gambar pun dah namapk cantik, kalau ada rezeki ingin juga ke sana.

    Iye lah, ketepikan dulu politik, hambat biar abis org2 jahat tu, moga tiada lagi perwira kita yang kehilangan nyawa dalam mempertahankan negeri Sabah. :)

    ReplyDelete
  8. salam mFm ..
    klu kt gambar cantik, depan mata pastinya lg cantik kan ..
    alhamdullillah ..
    sejak ATM ambik alih ..
    baru depa tu jumpa buku dengan ruas ..semoga perajurit2 kita dapat mengakhirkan pergolakan tnpa kehilangan nyawa dari pihak kita ..

    ReplyDelete