Sunday, August 4, 2013

Solat Tasbih ... cabaran ketika Qiamulaill


salam rakan2 blog ..
sekejap sangat rasanya Ramadan akan meninggalkan kita ..
menjelang ketibaan ramadaan aby ada buat N3 atas tajuk..
Bila Ramadhan kian Menghampiri ..
N3 ni pula mcm Bila Ramadan kian menghampiri penghujung ..

kpd pembaca2 quran yg mula membaca seiring dengan ketibaan ramadan,
pastinya kebanyakan nya dah khotam ..
alhamdullillah, bagi aby, td baru berlangsungnya majlis khatam quran ..
selepas bacaan penutup surah2 lazim, seperti biasa majlis penyampian saguhati bagi peserta2 dan AJK masjid diadakan, tersentuh hati bila tengok farish kehadapan utk menerima saguhati bagi kategori kanak2 ..
seawal dia ikut tadarus hari tu memang aby rahsiakan yg peserta akan dapat sagu hati,
takut nanti dia ternanti2 akan saguhati dari program tu ..
tp semalam, farish pula yg bagi tau aby, katanya "papa .. mlm ni kena datang sbb kata ustazah, nak dapat duit raya" senyum sendiri aby, sbb dalam merahsiakan saguhati tu ustazah dia yg bagi tau ..
sekadar intro kpd N3 ini ..

Menjelang hari2 terakhir ramadan ni ..
yg menarik utk kita tertingkatkan lagi amalan kita adalah dengan berqiamulaill ..
bagaikan seorg pelumba lari,
bila menghampiri garisan penamat selalunya akan membuat sprint ..
begitu juga kita, dalam menghampiri penghujung Ramadan, elok juga kita membuat sprint ..
bersyiam dia siang hari dan ber qiam dimalam hari ..
dengan bahasa mudah, berpuasa disiang dan bersolat malam di lewat malam ..

bercakap pasal himpunan solat2 sunat utk qimulaill,
Solat Sunat Awwabin, Tahujud, Hajat, Taubat, Tasbih dan Witir ,
yg paling mencabar adalah solat sunat Tasbih ..
istimewa solat ni .. lain dari solat2 yg lazim kita kerjakan ..

dengan bacaan tasbihnya itu ialah :
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar"
Solat ini dilakukan 4 rakaat dua salam, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih

Jadi jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih
Niat Solat Tasbih

أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

yang memberi cabaran adalah disaat kita dalam rukuk dan sujud,
dalam kita melakukan qiamulaill dalam pukul 4.00 pg, bila kita ber rukuk panjang sebebabkan membaca tasbih 10 kali tk kena gaya boleh tumbang, gitu juga ketika bersujud, dengan bersujud lama disebabkan membaca tasbih 10 kali silap2 hari bulan kita boleh terlena kembali ketika dalam sujud tu ..selesai sekali solat (2 rakaat) kena buat sekali lg utk cukupkan 4 rakaat bersama 300 tasbih ..
itu la istimewanya solat tasbih ni ..
alim ulama berkata, hendaklah kita lakukan setiap hari, klu tk mampu, biarla seminggu sekali, tk mampu juga, buatlah sebulan sekali, tk mampu juga, buatlah setahun sekali dan jika tk mampu juga, buat la seumur hidup sekali ..

tertarik dengan ulasan  ustaz azhar idrus psl solat tasbih ni ..
katanya ramai yg mempertikaikan kesahihan solat tasbih ni sbb tidak ada nas sahih utk melakukan solat tasbih ni, nas yg ada adalah satu hadis hasan yg kuat ..tidak sahih ..
katanya .. yg mengusulkan solat tasbih ni ialah Imam Shafie, bukan ustaz shafie atau hj shafie pengusha kedai tom yam tu ..
apa apa ibdat yg dibawa oleh imam syafie adalah berdasarkan kpd sandaran ilmunya yg tinggi ..
siapa kita utk cuba menidakan apa yg dibawa oleh imam shafie tu ..
terpulang la kepada siapa2 yg tidak mahu melakukan disebabkan oleh ketiadaan nas yg kuat tu ..
dan tidak salah malah beruntung kita berbuat bersandarkan kpd ilmu yg ada pd imam shafie utk amalan ibadat kita ..

dengan berbaki 3 malam ni, sama sama la kita bangkit pada lewat malam utk menunaikan solat2 sunat qiamulaill tu, tk dapat buat semua, dapat satu atau dua solat sunat tu dah kira rahmat ..

surah al insan ..

[26]Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakansembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

dikesempatan ini juga .. aby ingin mengucapankan selamat berangkat pulang ke kampong masing2 dengan selamat kpd rakan2 yg  akan akan pulang beraya dikampong masing2 ...
berhati2 dan banyak sabar ketika memandu dalam kesesakan jalan raya disebabkan kepadatan kenderaan ...
tk lupa juga dengan ucapan Selamat Hari Raya ..

12 comments:

  1. Tak ramai yang tahu tentang solat tasbih ini. Tak ramai juga yang sanggup qiam dengan solat tasbih. Namun, kalau betul kasih kita kepada Allah begitu dalam, apa pun kita sanggup. Terima kasih atas perkongsian ini, kakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aziela ...
      dalam keadaan biasa, sekali buat solat tasbih ni masanya 20 minit, klu 2 kali bermakna 40 minit. 2 solat tasbih ni, masa nya lebih dari jumlah keseluruhan baki solat2 lain dalam tasbih ..
      worth doing, my friend ..

      Delete
  2. 1. Bagus tempat aby, walau dikata bimbang budak bertadarus kerana nak duit raya tak apa pada kakak biar dia belajar dari kecik, bila dah besar mereka akan tahu sendiri. Yg penting didikan bertadarus ada. Tahniah buat anakanda Farish...

    2. Alhamdulillah selagi kita sihat lakukan yg termampu aby. Bapak kakak memang sentiasa ingatkan anak-cucu dia utk solat tasbih ini terutama bila menjelang 10 hari akhir ramadhan. Kalau di arafah/muzdalifah musim haji solat tasbih paling disukai jemaah sementara menanti waktu nak beredar ke Mina kan..

    Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kz,
      harap2 thn ni pembuka kpd minat farish didalam tadarus, seperti remaja lain kt masjid tu, selalunya misal budak dah mula utk tahun tu, tahun2 berikutnya pasti depa terus jadi peserta ..
      teringat arwah bapak aby, masa kecil2 dulu dia kerap suruh baca ayat2 tasbih ni (masa tu tk tau yg tu tasbih, sekadar ikut bacaan bapak jer) katanya, sekali baca seolah kita tanam sepohon pokok kt syurga, klu nak pokok kita banyak, bacalah banyak2 .. tu yg kerap baca sedari masih kecil lg .. sekarang dah faham tasbih dan tau asal usulnya ..
      lebih mudah la utk diamalkan

      Delete
  3. Salam aby

    InsyaAllah peluh yg keluar semmasa solat sunat tasbih akan ada ganjarannnya dan nanti kuranglah peluh di mahsyar nanti..sementelah masih sihat dan bertenaga eloklah diamalkan tak boleh sehari sekali, seminggu sekali atau sebulan sekali spt yg aby katakan tu..selamat sambut 'Idul Fitri..maafkan segala kesilapan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k werdah ..
      di padang mashyar yg mana kita akan terasa kehausan yg amat sangat dan ditengelami air peluh ... beruntung jika kepenatan dalam membuat solat tasbih akan diberi ganjaran ketika disana nanti ..
      yup sementelah tengah sihat boleh la berjinak jinak dgn solat tasbih ni ..
      selamat menyambut Idul Fitri utk kak juga ...

      Delete
  4. Aby ...OKje tak kahatam khatam.... juzuk 4 je haha..... nampak sangat tak pulun baca ye hehe.....
    Apa pun Aby Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin....
    Balik kg nge dhino keyei...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hainom ..
      dapat sampai juz 4 pun dah kira kuat ..
      yg penting nya kita istiqomah dalam pembacaan nya ..
      pelan pelan tp berterusan adalah satu yg baik ..
      Selamat Hari Raya utk hainom juga ..
      ati ati neng dhalan ..

      Delete
  5. Tahniah utk aby dan farish sebab berjaya khatam quran di bulan puasa yg mulia ni.bagus sgt!
    Selamat hari raya nnmaaf zahir batin.sentiasa berhati2 walau dimana berada ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam TJ ..
      alhamdulillah dapat khatam, semangat sikit bila dalam kumpulan, dalam bertadarus, dapat bertukar2 ilmu tentang tafsir selepas membaca ..
      wah .. dah sampai kampong yer ..
      Selamat Hari Raya dan maaf zahir juga ..

      Delete
  6. Salam Aby,

    Saya tak khatam pun kali ni, tapi alhamdulillah, lebih banyak yang saya dapat dari Ramadan yang lalu. Tahniah buat Farish ye.

    Tentang Solat Sunat Tasbih tu, saya tak tahu pula ada pertikaian tentangnya, tapi alhamdulillah, seperti pesan mak, Solat sunat tasbih ni, sekurang2nya sekali dalam seumur hidup kita, buatlah kata mak.

    ReplyDelete
  7. salam mfm ...
    alhamdulillah mak berpesan tentang kebesaran solat tasbih tu ..
    lps ni giliran kita pula berpesan kpd anak2 kita bertapa besarnya solat tasbih tu ..
    dapat membaca alquran lebih banyak dari thn lalu bermakna puasa ni lebih baik dr thn sebelumnya tu ..

    ReplyDelete