Sunday, September 22, 2013

Antara penganut Paganisma, pengikut Hanif dan ajaran Islam ..

salam rakan2 blog ..
seminggu lebih juga aby tk buat entri baru ..
jadual kerja yg agak ketat membataskan masa utk buat entri baru tu  ..

nak crita sikit psl jalan2 di Bali ketika bersemuka dengan berhala2 di sana ..
sedari awal entri Bali, aby tk ada sebut patung tiap kali nampak ukiran2 batu ni ,tetap aby sebut sebagai berhala ..



sejujurnya .. semasa disana ketika tengok sendiri ukiran2 berhala yg berbagai rupa tu ..
kisah2 rasul masuk dalam dalam aby  .

kisah rasul yg pertama, nabi Nuh as..
diriwayatkan nabi nuh sebagai rasul yg pertama adalah kerana sebelum Nabi Nuh, Nabi Idris dan nabi Adam, manusia belum ramai lg .. tuntutan dakwah belum dikenakan keatas mereka lg ..
bila zaman nabi Nuh, manusia mula ramai dan ramai yg menyembah berhala,
tuntutan dakwah keatasnya bermula dan nabi nuh juga adalah salah seorg nabi yg bergelar ulul azmi ..
pd zaman nabi Nuh berhala yg pupular adalah Wadd, Suwa', Yaghulth, Ya'uuq dan Nasr ..
dikatakan nama berhala yg disembah tu asalnya adalah orang yg alim dan soleh, tetapi setelah kematian mereka, syaitan telah membisikan kt manusia pd zaman tu, utk mengenang orang2 soleh yg dah tiada tu adalah dengan membuat patung atau berhala yg menyerupai org soleh yg dah tiada tu ..
maka kerja2 membuat patung2 pun bermula dan masing2 menyimpan didalam rumah .. setelah generasi berganti, patung2 yg asalnya disimpan sekadar utk mengenang dijadikan utk disembah ..
maka bermula la manusia menyemnah berhala ..
dan tugas nabi Nuh utk mengembalikan umat manusia ni supaya meninggalkan sembahan berhala utk mentauhidkan Allah, tuhan yg satu ...



dari kisah nabi Ibrahim as ..
salah seorg nabi ulul azmi juga ..
nabi ibrahim juga sinomin dengan ajaran Hanif ..
iaitu, ajaran yg lurus, menyembah tuhan yg satu, tidak mensyirik atau menggandakan allah ..
beliau diutus ketika kaum pada masa itu tengah hebat menyembah berhala ..
atau dipanggil dengan golonggan paganisma ..
ayah nabi ibrahim sendiri yg digelar aazar, adalah seorg pembuat berhala ..
setelah nabi ibrahim mendapat wahyu, beliau berdakwah kepada bapanya ..
yg pasti jawapan dari bapanya .."adakah engkau hendak meninggalkan ugama yg telah dianuti oleh nenek moyang engkau" yg mana dakwah nabi Ibrahim utk menyuruh kaumnya meninggalkan menyembah berhala dan menyembah allah ditentang keras ..

pasti ramai yg tau cerita nabi ibrahim yg popular ..
yg mana pd satu hari, ketika masyarakat ditempat nya mengadakan satu pesta diluar ..
nabi Ibrahim dalam diam telah masuk kedalam dewan berhala, dengan berbekalkan sebilah kapak,
dipecahkan kesemua berhala2 kecil dan ditinggal berhala yg paling besar dengan diselitkan kapak tu ditangan berhala yg paling besar tu ...
bila habis pesta dan org2 tu balik dan masuk kedalam dewan,
dilihat kesemua berhala2 yg ada telah hancur, yg tinggal hanya berhala yg paling besar ..
maka mereka semua tahu ini mesti kerja Ibrahim yg memang menentang mereka menyembah berhala tu ..
diringkaskan cerita ..
lalu ditangkap nya .. dan ditanya ibrahim, adakah kerja2 itu angkara nya ..
maka jawab nabi Ibrahim ..
"kamu tanya lah berhala tu .. sbb dia yg menyaksikan semua tu, mungkin dia yg memecah kesemua berhala2 ni" maka jwb mereka .. "mana mungkin berhala tu boleh bagi tau sebab berhala tu tidak boleh bercakap"

yg menarik tentang dialog ni ialah ..
dalam keadaan biasa, nabi ibrahim seorang pembohong, sbb dia tidak mengakui perbuatan nya ..
tp atas uslub dakwah .. bagi menerangkan tentang kewujudan dan kekuasan Allah, berbohong seperti itu dibenarkan ..
dan ketika itu juga nabi ibrahim menyuruh merka meninggalkan menyembah berhala tu kerana ternyata berhala2 tidak dapat mendatangkan apa kebaikan atau kemudaran .. sebaiknya sembah lah Allah yg satu,
yg maha pencipta dan tuhan semesta alam ..
namun mereka tetap sombong
pasti semua pun tahu kesudahan kisah tu yg mana nabi Ibrahim telah dibakar hidup2 ...

ketika zaman jahiliyyah arab ..
ketika zaman nabi Muhammad saw,
di tepi Kaabah pun didirikan patung2 berhala ..
Latta, Uzza, Hubbal ..sekadar beberapa nama ..
semasa nabi Muhammad saw membebaskan mekah dari pengaruh2 jahiliyyah ..
nabi juga merobohkan kesemua berhala hala yg berada disekeliling kaabah tu ...

itu la kisah yg masuk dalam kepala ketika melihat berhala2 yg ber keperbagaian ketika disana ..

mungkin sekarang kita sudah tiada kekuatan seperti nabi2 yg dahulu ketika berdepan dengan penyembah2 berhala ..
namun sebagai orang islam, Nabi Muhammad adalah penutup segala rasul dan alquran adalah pembimbing kita, Allah swt melalui Nabi Muhammad telah menyampai firman nya utk kita berdamai dengan ugama2 lain ..
surah al kafirun ..

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

lakom di nukom waliyadin ..

[6] “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


wlupun menyembah berhala itu adalah kesesatan yg paling besar ..
bila kita berdepan dengan rakan yg beribadat dengan begitu ..
kita ambillah pendekatan ..
lakom dinukom waliyadin ..

P/s .. kpd yg sudah mengetahui kisah2 ni,
anggap la sebagai satu revision jer ..

16 comments:

  1. Tapikan Aby ...masa dikelilingi berhala gitu tak rasa seram ke? Terasa mcm ada penunggu pulak!

    ReplyDelete
  2. salam hainom ..
    memang rasa suspen juga ..
    terutama masa solat subuh ..dengan dikelilng berhala kt hotel tu ..kita nak sembah Allah tp dikelilingi dengan benda2 yg mensyirikan .. kuatkan hati, pasang niat ..
    yg berhala2 tu tidak mendatangkan apa2 kebaikan atau apa2 kemudaran .. Allah jua yg berkuasa atas sesuatu ..

    ReplyDelete
  3. Pendekatan kita sekarang jauh dan terlalu beza kalau nak dibandingkan dgn rasul-rasul Allah. Sungguh memang kita tak mampu. Namun yg sedihnya bila patung-patung begini bagaikan satu yg indah utk dijadikan persinggahan kerana sinonim dgn pelancungan. Sebaiknya buat org Islam tak payahlah ada rasa suka melihat ini semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kz ..
      seindah mana berhala pun, utk org islam ia adalah simbol kesesatan yg nyata .. memang perlu dielak jika mampu ..
      teringat masa aby masuk ke Uluwatu .. yg anak2 kena pakai kain biru dan aby kena pakai bengkung kuning ..
      ketika tu hati berkata, "ya Allah, perlukah aku hinakan diriaku dengan memakai bengkung ini" dan hati tetap berkata .. jangan lah aku mati ketika bengkung ini dipinggang ..takut aku tergolong dalam org yg syirik ..alhamdulillah, tidak berlaku apa ..
      cuma bila ada kwn2 yg akan pergi ke Bali ..
      aby akan nasihat kan, seboleh2nya jgn buat lawatan ke Uluwatu ..
      wlupun digula2 kan dengan permandangan sunset yg cantik ..

      Delete
  4. teman tengok pun rasa seram n rasa takut kot tergugat iman lak.. mana lea tahu kot tiba2 terkagum dengan ukiran n bentuk berhala tu.. nauzubillah.. jauhkanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sekali kali terpegum dengan ukiran dan bentuk berhala ..
      takut timbul rasa terkagum nanti ..
      minta dijauhkan

      Delete
  5. Salam aby

    Syukur kan kita bukan di kalangan mereka..tetapi biarpun kita tak sembah berhala kadang-kadang ada juga amalan yang boleh menyebabkan kita syirik kepadaNya. Mudah-mudahan kita berhati-hati daripada tergelincir aqidah kita. Na'uzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k werdah ..
      syirik ni halusnya seumpama menarik rambut ditepung ..
      rambut tk putus tepong tk rosak ..
      tanpa kita sedari, kadang2 perbuatan kita boleh membuat kita jadi syirik kan

      Delete
  6. Bila tgk benda2 ni semua rasa takut pun ada...
    moga2 iman & akidah kita terjaga..kan bang..amin! :)

    ReplyDelete
  7. salam atie ..
    semoga iman & akidah atie sentiasa teguh ..
    jgn terpesona dengan benda yg diukir ...

    ReplyDelete
  8. salam aby,

    bila tengok berhala di batu caves tu .. gerun..besar yg amat...rasanya byk berhala2 besar akan muncul kt malaysia ni...terima kasih aby atas perkongsian ilmu yg amat berguna ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam noe ..
      rasanya banyak berhala besar2 dah muncul kt negara kita ni, apatah kt selangor ni .. banyak kuil2 baru dibina... bertambah la berhala tu ..

      Delete