Friday, February 18, 2011

Tertib Taufiqi



bile mengingat perlunya menjaga tertib taufiqi dalam solat,
mesti aby cuba mengelakan membaca surah an nas pada rakaat pertama.
namun jika terbaca surah an nas,
ustaz yg mengajar menyarankan,
utk rakaat pertama bila baca qul aeu zu bi rob bin nas ..
baca la 3 atau 4 ayat, dan habiskan ayat tu pd rakaat ke dua,

teliti sungguh ustaz ni dalam tertib taufiqi ..

tertib taufiqi adalah tertib turutan surah didalam alquran,
turutan yg bermula dari surah al baqaroh hingga ke surah an nas ..
didalam solat, klu pd rakaat pertama kita baca surah yg awal, pd rakaat kedua biarla kite baca surah yg kemudian,
klu kite baca tidak mengikut tuturan,
kite membaca seolah menyonsang ..

begitu la dgn kisah an nas yg aby mulakan,
sbb selepas an nas surah dah habis,
ambik balik yg atas bermaksud menyongsang ..
memang tepat saranan uztaz yg mengajar tu ..
pecah surah an nas kpd dua.

contoh yg paling dekat adalah ketika solat terawih,
wlupun sekadar surah lazim,
tp penjagaan turutan surah amat diambil berat,
supaya tidak menyongsang.
malah ada surau2 yg meletak poster besar surah2 bacaan semasa terawih ni supaya imam tk lari dari tertib taufiqi ni ...

walaubagaimana pun tertib taufiqi ni hanya diguna pakai ketika solat sahaja.
diluar solat kita bebas utk membaca mana2 surah tanpa terikat dgn tertib tersebut.
juga, tk batal atau cacat solat kite bila kita tk membaca surah mengikut tertib taufiqi ni sbb membaca surah hanya lah sunat, malah tk dibaca surah pun masih sah solat ...

cuma,
bila kita baca menyonsang rasanya kita tk mengambil berat kisah penurunan surah2 yg turun berperingkat peringkat sebagai taufiq, dan pengumpulan menghimpunkan ayat2 seperti yg ada di dalam alquran.
dan bila kita terkena menjadi imam segera,
penjagaan dari baca menyonsang adalah amat perlu,
sbb perbuatan tu dapat mendedahkan diri kita kpd dekatnya kita dengan ilmu quran ..

waullahuaklam ...

9 comments:

  1. Assalamu'alaikum aby,

    Sembahyang terawih lagi kena berhati-hati dalam soal memilih suroh. Kakak kalau guna jus Amma, baik sedia mukaddam, sebelum solat dah sediakan dulu suroh mana dak dulu dan urutannya....

    ReplyDelete
  2. salam k zakie,
    dalam soal solat terawih tu,
    bagus klu kita dapat ikut turutan nya.
    bertambah bagus klu dapat menghafalnya semua wlu pun surah lazim,
    satu perbuatan yg baik klu sedia muqaddam..
    sbb mendatangkan lebih yakin ...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tn aby...

    tn aby ada di klang ke hujung minggu ini..mungkin sekitar sabtu ke? minggu nie sy lik klang..mungkin kita leh mengeteh petang sabtu nie kat mana2 warong area klang...tolong bagitau no fon tn aby di sahromnasrudin@gmail.com

    ReplyDelete
  4. salam sahrom,
    sabtu hari kelas aby.
    selalu dalam 6.30 baru pai kelang.
    ( sbb sentiasa jem kt federal highway)
    blh gak klu nak mengeteh.
    boleh lepak kt secret recepe,
    kt bukit rajah ke ...
    nanti aby mel kan no pon ...

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum aby

    Lama tak datang sini sebab ada rasa tambah sakit jika duduk lama-lama.

    Alhamdulillah n masyaAllah dengan N3 aby ni mudah2an kita sentiasa ambil berat tentang perkara ini.

    Itu dalam bacaan solat antara surah dengan surah, jika kita kaji ayat demi ayat,(mengikut ustaz Kariman) huruf demi huruf dalam al-Quran (kemukjizatannya) memang Allah susun ada kaitan atau kesinambungan, jadi mustahak kita mempelajarinya. Alhamdulillah kita dapat belajar daripada orang-orang yang mengerti.

    ReplyDelete
  6. ok..sy tunggu emel tn aby ke??? ohhh..tn aby sambung belajar ya....

    ReplyDelete
  7. salam k werdah,
    mengikut riwayat, jibril yg menyuruh nabi meletakan ayat2 sekian sekian ke tempat sekian sekian dan tambahnya juga pd bulan ramadan nabi ada membaca keseluruhan alquran di hadapan jibril.

    sbb tu utk yg teliti,
    ketika dlm solat mesti mengelak dari membaca surah menyonsang ..

    sama samala belajar dari yg mengerti

    ReplyDelete
  8. salam sahrom ...
    aby dah sent e mel

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,

    sunat menampung yang wajib.
    Yang sunat juga pelu dilakukan mengikut tertib....siapalah kita untuk mempertikaikannya.

    ReplyDelete