Friday, February 25, 2011

Program Mentor Mentee

2 minggu berturut turut mengikuti program sekolah anak aby yg thn 6.
2 minggu lps program utk ibu bapa yg anak nya ditahun 6.
tujuan nya adalah utk memperlihatkan statistik keputusan pelajaran pd thn lps sbb anak2 ni akan menduduki peperikasaan UPSR pd thn ni.
di mana pelajaran2 yg membunuh yg perlu di pertingkatkan.
yg menarik adalah sekolah memperkenalkan program Mentor Mentee, semacam program Mentor di TV3, cume mentor mentee ni adalah mengambil beberapa murid utk satu kumpulan dibawah pengawasan seorg cikgu dan selepas peperikasaan pertama, membuat klas khas 15 murid utk digilap bagi penyumbang A's.
banyak atucara2 yg diperkenalkan boleh meningkatkan pembelajaran anak2..
cume dari 120 pelajar thn 6, kehadiran ibu bapa cuma 40 0rg sahaja...
yg lain ... tk tau lah ...
minggu lps plak, mesyuarat PIBG ..
kehadiran pun tk sampai 50 org ..
dalam ucapan aluan, guru besar berkata, kehadiran yg kurang mungkin disebabkan minggu lps sekolah dah buat program utk pelajar dan ibubapa thn 6,
tu yg mungkin ibubapa anak2 thn 6 ramai yg tidak menghadirkan diri.
banyak isi isi ucapan adalah ulangan program yg minggu sebelum nya ..

aby sendiri pun malas nak menghadirkan diri juga sbb dah datang keprogram minggu lps,
tp dek kerana nak tengok anak aby si Jee tu buat persembahan pd mesyuarat tu,
aby hadirkan diri juga.



teringat thn lps, masa hari penyampaian hadiah cemerlang, aby hadir tp terlepas saat ketika anak aby ambik hadiah sbb aby keluar sekejap.
kali ni aby tk nak ketinggalan melihat jee buat persembahan di pentas ...



dan ini la satu satu nya persembahan sempena mesyuarat PIBG sekolah tu....

12 comments:

  1. Assalamu'alaikum aby

    Masa mengajar dulu adalah juga diberikan mentee untuk kak, beberapa orang.. adakalanya bawa berjalan makan-makan dan ada yang kak bawa ke rumah bermalam (siap panggil mama).. tapi semuanya tu dah jadi kenangan..

    Jika betul-betul melaksanakan program mentor-mentee ni akan memberi kesan yang positif kepada hubungan guru-murid seterusnya insyaAllah meningkatkan pencapaian.

    ReplyDelete
  2. Salam Wak,

    Tengok gambar aktiviti-aktiviti anak2 semasa hari penerimaan hadiah ni, teringat zaman anak-anak kak ani semasa di sekolah rendah dahulu.

    Gembira dan bersyukurnya bila melihat mereka naik pentas ambik hadiah dan nama anak tertulis dalam buku cenderamata sekolah. Bersyukur sungguh bila Allah memberikan anak-anak dapat menerima pelajaraan dengan baik.

    Sekarang semua tu tinggal kenangan. Semua dah besar2 tunggu, sekarang tunggu hari konvolah pulak, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    memang bangga bila melihat anak-anak naik ke pentas, anak aby memang hebat, tahniah!...sehebat orang tuanya juga.

    ReplyDelete
  4. salam k werdah,
    baik hati kak mase jadi guru.
    klu dapat guru mcm k werdah yg dapat menyelami hati2 pelajar pasti ada kemajuan dalam pelajaran anak..
    zaman berubah, yg berlalu tinggal kenangan.

    ReplyDelete
  5. salam k hanim,
    kenangan yg lg umur kite meningkat lg jauh mase tu kita tinggalkan. sekurangnya sekarang adalah masa utk k hanim meraih atau meraikan penat lelah k hanim dalam memberi pelajaran ke anak2.
    anak bongsu wak baru thn 3,
    jauh lg perjalanan tu ...

    ReplyDelete
  6. salam AH,
    secara jujur memang bangga klu anak kita naik ke pentas, tp bukan la sebab bapanya hebat.
    bapa cume tumpang seronok ..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tak terlepas kali ini. Kalau tak Jee naik pentas papanya entah ke mana. Kakak suka kalau anak dapat naik pentas (bukan anak yg teruja tapi mamanya) kelakar bunyinya tapi itulah kakak.

    Cantik Jee berzapin. Tahniah....

    Penjaga yg tak hadir tu tak rasa apa-apa ke?

    ReplyDelete
  8. salam k zakie,
    sama la kita. teruja juga bila anak naik kepentas.
    zaman pak naik pentas dah lama berlalu ...
    sekarng klu nak rasa naik pentas, tunggu Cat Show jer..
    psl penjaga yg tk datang tu..
    tak tau nak kata ...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum aby..

    anak aby sekolah kat ne? selalu ternampak iklan PUNB mencari usahawan mentee untuk dilatih oleh mentor mereka..apa pandangan tn aby??

    ReplyDelete
  10. salam sahrom.
    anak aby sekolah kt SKK ( sekolah kebangsaan Klg).
    dalam ucapan beberapa kali guru beso kata kod sekolah tu 01, meaning sekolah tu yg pertama kt daerah kelang ni. dan bangunan utama pun dah dimasuk kan dalam bangunan warisan yg perlu dipelihara. klu ngikut lokasi, percaya juga sbb sekolah tu dekat dgn istana Alam Shah. mungkin dulu sekolah tu utk kerabat2 kot ...

    klu SKK no 1, STK no brape plak yer ..
    STK mase thn 1978 nyambut jubli emas dan aby masih jd pelajar kt sana ... klu sekarang dah brape umo STK tu...

    psl mentee PUNB,
    panjang klu nak ulas ..
    apakata sahrom bukak topik n sama2 nanti boleh buat pandangan ..

    ReplyDelete
  11. salam
    sama la kita..anak ke 3 saya pun nak amik upsr jugak th ni

    ReplyDelete
  12. salam kamsiah,
    anak no 2 sama SPM,
    no 3 pun sama UPSR,

    sama2 la kite bagi semangat kt anak2 kita disamping mendoakan agar depa tu berjaya..

    ReplyDelete