Thursday, May 19, 2011

Jalan Jalan Cari Makan ...

masa ni,
Sambutan Hari Ibu,
kira dah banyak hari la berlalu.

petang tu anak2 pujuk papa dia sempena Hari Ibu ajak raikan mama depa tu satu restoran special ..
restoran yg pernah kuar kt rancangan Jalan2 Cari Makan ..
tempat nya di TTDI ..



agak awal la juga aby pegi sana .
solat magrib kt surau berdekatan dengan tempat tu,
selesai solat, terus pergi ke restoran tu ..
jadi belum la ramai org ..



aby difahamkan oleh anak,
restoran ni menyajikan 25 jenis Tomyam dan 50 jenis nasik goreng ..
letih juga tengok menu ..
lantak la depa yg pilih ..
papa sedia bajet jer ..



memang cantik dan sedap suasana dan makanan direstoran tu ..
tp bukan psl suasana dan kesedapan kt restoran tu yg menarik utk dikongsi ..
sbb tk la jauh beza dgn restoran yg lain ..





tk nak tunjuk sangat makanan sbb mase aby snap gambo ni kami dah mula mkn ..
tu yg berterabur tempat ..

yg menarik aby sampaikan nak buat N3 ni sbb,
tetiba pelayan tu bagi rantai ni kt meja kami ..
katanya, mlm special ni,
makan yg melebihi rm100/-
dihadiahkan rantai sempena Mothers Day ..



cantik juga rantai ..
tp sapa yg hendak pakai??
simpan jer di almari ..
sebagai kenangkan makan kt kedai,

Jalan Jalan Cari Makan ..

8 comments:

  1. pasni ada parent's day pulak. suh anak-anak abg pulak belanja parent diorang.. :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..

    pandai tokei kedai tue menghargai pelanggannya kan, aby...satu strategi baru dalam perniagaan ini...

    semoga usahawan bumiputra kite terus maju

    ReplyDelete
  3. salam mijoe,
    betul tu, setidak tidaknya hari bapa ...
    ganti depa belanja pula ...

    ReplyDelete
  4. salam sahrom,
    betul tu,
    bak kata org putih,
    caught by surprise juga la bila disua kan cendrahati tu ..
    semoga usahawan kita terus maju ....
    ameen ..

    ReplyDelete
  5. salam
    sekali sekala makan besar mcm tu,seronok kan...tiap2 ari..mau bangkrap...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wak,

    Seronok dapat berkumpul anak beranak, makan2. Tak lama hari bapa pulak.

    ReplyDelete
  7. salam kamsiah,
    betul tu, sesekali makan gitu ok la ..
    klu selalu, bajet utk budak2 tu kena kurang kan la ..

    ReplyDelete
  8. salam k hanim.
    tiada lain yg lebih menyeronokkan dari dapat berkumpul satu family dan keluar bersama ..
    bukan senang nak dapatkan semua bersama bila ada anak2 yg dah besar ..

    yup .. lps ni hari bapa pula ..

    ReplyDelete