Sunday, May 22, 2011

Tak Siuman ....

cari makan sebagai kontraktor hospital memang banyak mengajar erti kehidupan.
masuk dalam wad2 pesakit, termasuk la wad bersalin, forensik, bilek mayat, bilek post mertem, wad diraja, sekadar sebahagian jer, memang dapat menyedarkan kita maksud, sihat sebelum sakit ..
gunakan la nikmat semasa sihat dengan mencarik ilmu dan melakukan sebanyak ibadat sebagai persediaan seblm datangnya sakit.
sekadar intro psl hospital.

baru2 ni aby berkesempatan membuat kerja di wad psikaitri (betul ke ejaannya ), atau lebih mudah nya wad org sakit jiwa.
spesel sikit wad ni. kawalannya ketat. pintu masuk sentiasa berkunci. ketat juga peraturan bekerja.
sebagai pemegang sijil NIOSH dah biasa dengan taklimat keselamatan Niosh, Dosh, CIDB dan cara kerja di Oil n Gas. tp taklimat keselamatan di wad sakit jiwa ni lain sikit.

sentiasa jauhkan peralatan kerja dari pesakit, sentisa pastikan tingkap2 tertutup.
sempadan kerja kena jauh dari depa tu, semuanya dikuatiri kawasan kerja didekati dengan pesakit ni dan berlaku perkara2 yg tk ingini, disebabkan depa tu tk cukup
akal.



2 hari bekerja diwad ni dapat tengok depa ni dari dekat
dan cara terapi yg dijalan.
kerusi2 yg tersusun tu adalah sususan aby sebagai sempadan supaya depa tk melangkan melepasi kerusi tu yg mana tempat org aby memjalankan kerja.
yg menariknya adalah terapi depa, berkaraoke ...
lagu2 yg dinyanyikan mereka adalah lagu2 Jamal Abdillah ..
best juga mendengar nyanyian depa tu ..
yg jarak nya dengan aby cume beberapa depa jer.



bila tengok gelagat mereka teringat aby masa belajar solat ..

dalam Syarat2 wajib sembanyang.
syarat2 nya adalah,
Islam.
baligh
BERAKAL
suci daripada haid dan nifas
sejahtera pancaindera
sampai seru ...

berakal ni adalah yg siuman.
klu tk siuman tk jatuh wajib utk bersolat,
sama la dgn org pmpuan dalam uzur.
dan org tk siuman ni juga tk akan mendapat dosa jika membuat satu kesalahan,
juga tk akan dapat pahala sekiranya membuat kebaikan ..

dan golonggan ni juga antara golonggan Taklif,
spt yg dikata,

"Orang yang tidak mempunyai akal, ataupun akalnya masih tidak cukup untuk menilai keburukan dan kebaikan tidak akan ditaklifkan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diangkatkan taklif daripada tiga golongan: daripaa kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehinggalah dia jaga dan daripada orang gila sehinggalah dia sembuh”. Hadis riwayat Ahmad dll."

dan bila bercakap pasal akal, yg diumpama macam wadah ..
ilmu wahyu sebagai isinya ..
patut juga bila ada kecacatan pada akal,
ilmu juga akan terjejas pada tempatnya ..

tu yg jadi tk jatuh wajib selagi kita belum berakal ..



apapun seronok juga bila mendengar
pesakit ni nyanyikan lagu AZURA ..
terbuai juga aby mendengarnya ...

Azura
Ada Sinar Di Matamu
Lembut Hatimu Mesranya
Sayang

Azura
Senyummu ku Terbayang
Tanpa Mu ku Sepi
Rindu
........

memang best ...

12 comments:

  1. Assalamualaikum Wak,

    Kesiankan mereka.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum aby,

    Dlm keterujaan menjalankan duty terhibur dgn nyanyian org tak penuh. Kakak nampak macam ada yg sedang takbiratulihram. Mesti gila nak solat agaknya kan. Bayangkan yg gila pun nak bersolat yg penuh pulak macam tak takut dosa.

    Azura lagu kenangan aby dgn wife ke?

    Kakak paling wedik angger ketemu wong koyok ngene.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah...dalam tak siuman mereka...dapat juga menghiburkan aby.

    erm...kenduri tu tak jemput kembang ke....hehe...gurau je.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum

    pasti aby tidak terasa kesunyian dengan telatah mereka dan menyedarkan kita bahawa akal adalah nikmat yang paling bernilai untuk kita jaga

    ReplyDelete
  5. salam k hanim,
    yup, setuju.
    sbb mereka tu terkurung jer kt dalam wad tu ..

    ReplyDelete
  6. salam k zakie,
    klu depa tu boleh solat meaning dah ok la ..
    tau masuk waktunya .. he..he..
    lagu Azura tu sbb kenangan masa aby tengak galak bersuperbike dan beberapa kwn aby ada berlakon kt crita tu sebagai penunggang moto ..
    lagu kenangan dgn wife,
    MY ENDLESS LOVE,
    nyanyian lionel ritche dan diana ross ..

    wegek karo wong menyut yor ..
    ha..ha..

    ReplyDelete
  7. salam AH,
    tu yg buat terhibur, mendengar nyanyian org yg kurang bernasib baik ..

    nanti buat kenduri lg panggil kembang ...
    hu..hu..

    ReplyDelete
  8. salam sahrom.
    psl akal tu ..
    tu la yg membezakan antara kita dan haiwan ..
    sentisa isi akal dgn ilmu yg menfaatkan ..

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum aby

    agak lama kak tak komen.. kesihan kan kepada orang-orang begini, tak tahu apa yang mereka buat, namun selagi mereka belum sembuh tiadalah terbeban.. itulah hikmah buat mereka

    ReplyDelete
  10. salam
    perasaan saya bercampur..antara simpati dan kelakar...
    simpati dgn nasib mereka...terkurung,terpenjara ..entah bila akan keluar...
    kelakar dgn gelagat mereka..

    ReplyDelete
  11. salam k werdah,
    utk mereka, tiada terbeban dgn perbuatan sendiri,
    tp utk kita, akan terbeban dgn percakapan, kelakuan dan tingkah laku kita.
    ingatan utk kita ..

    ReplyDelete
  12. salam kamsiah ..
    yup, simpati dgn nasib mereka ..
    bukan sahaja mcm terpenjara,
    malah lawatah dari luar pun dihadkan ..

    harap keluarga depa tu sabar menerima ujian kehidupan ...

    ReplyDelete