cuti sekolah dah masuk minggu kedua ..
dalam keadaan tugasan yg agak padat,
tk dapat nak berjalan dgn anak yg makan masa berhari ..
namun masa cuti Hari Agung, dapat juga luangkan masa bawak anak berjalan ..
tempat pilihan, Pusat Konsevasi Gajah,
di Lanchang, Pahang.
bawak budak2 tu tengok gajah dengan lebih dekat.
ramai penyunjung hari tu,
mungkin sbb public holiday dan cuti sekolah sekali,
ni depa kt tepi sungei utk menyaksikan sendiri mcm mana gajah mandi ..
masuk dalam sungei utk join gajah mandi pun boleh..
selalu dengar badak berendam.
tp kali ni tengok Gajah Berendam ...
having fun betul 2 ekoq anak gajah ni..
gamba 2 anak aby bersama gajah,
yg bertudung tu Jee,
dan yg berspec tu Sheila ..
aksi2 gajah,
mendengar kata gajah2 ni,
bila tuan kata duduk gajah tu duduk.
bila kata baring, gajah tu pun baring juga ..
memang pandai jurulatih tu,
gajah pun dia boleh bentuk mengikut kata.
tengok gajah ni minum susu,
makan ...
yg best tengok gajah dewasa,
baik la sikit dari tengok gajah kt zoo negara tu ..
bukan senang nak tengok gajah gajah didepan mata mcm ni.
Pusat konservasi ni yg kedudukan nya kt kawasan hutan,
memang sesuai utk pemuliharaan gajah.
yg best nya,
masuk free jer.
bila kuar dari kawasan tu,
tanya anak2,
"macam mane? best tk tengok gajah betul dpn mata!!"
sume kata "Bestttt, Lain kali datang lg papa"
insyallah ...
kira berjalan sambail belajar la ..
pembelajaran pemulihan Haiwan...
Assalamu'alaikum aby
ReplyDeleteKak belum sampai lagi ke sana.. ada juga keinginan nak pergi tapi mungkin tak berdaya.. ada antara anak-anak n cucu dah pergi.. memang best dia orang kata
mcm lawatan sambil belajar la kan...
ReplyDeletenama gajah2 tuh abg tak tanye ke? :)
ReplyDeleteassalamualaikum aby..
ReplyDeletebagus aktiviti yg aby buat untuk anak2 nie..asyik pergi shoppping complex je sesekali kne bawak tgk alam sekitar dan haiwan kan
salam k werdah,
ReplyDeletememang jauh kena berjalan kt sana,
hari tu bawak mak mertua sekali ..
dia pun tk larat nak berjalan jauh jauh ..
kami kena perlahan ikut langkah dia la ..
salam kamsiah,
ReplyDeletebetul tuu,
berjalan sambil belajar ..
Animal planet ..
he..he..
salam mijoe,
ReplyDeleteagaknya nama dia loris capirossi kot ..
ha..ha..
sbb 3 thn lps, pelumba2 A1 GP mase race kt sepang di bawa ke situ, lps tu pelumba2 motogp pun dibawa kesana juga ..
tengok kt tv loris capirossi tengah naik gajah tu ..
salam sahrom,
ReplyDeletesetuju sangat tu,
daripada bawak depa tu ke shopping komplek,
baik bawa ketempat2 mcm ni,
dapat tengok haiwan kawalan dgn lebih dekat lg
Assalamualaikum aby,
ReplyDeleteTak mandi dgn gajah-gajah tu k? Kakak tengok ada yg mandi dgn gajah. bayangkan kalau gajah tu membuang mandi dgn najis gajahlah ye :)
Kalau anak-anak happy kita pun rasa puas kan...
mandi sekali ngan gajah eh...mcm menakutkan je tiba2 naik minyak lak....
ReplyDeletesalam k zakie,
ReplyDeleteaby tk turun sungei tu ..
tp.. wlu gajah tu membuang,
ia tetap tk mengubah warna dan rasa air tu kan ...
kira masih air mutlak tu .
salam PM,
ReplyDeletetk risau gajah naik minyak.
sbb ramai petugas kt sana ...