Thursday, June 16, 2011

Bila Masjid membuat Pengumuman



pejabat aby tk jauh dari masjid Sultan Sulaiman ni ..
di gelar juga dengan nama masjid Sultan,
sbb masjid kt kaki bukit Istana Alam Shah,
kira masjid ni masjid rasmi Istana Alam Shah la ..
jarak antara masjid ni dengan pejabat aby pula hanya beberatus meter ..

yg aby nak bawak kali ni ialah bila waktu kita tengah kt pejabat,
terdengar pengumuman dari pembesar suara masjid,

"assalamualaikum warohmatullah hitaala wabarokatuh .."
"adalah dimaklumkan sifulan bin sipulan telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada pukul
sekian sekian.. mayat nya akan disemadikan diperkuburan .... pada wktu xxxx "

bila mendengar pengumuman tu,
akan tersebutla "innalillahi wainnailaikum rojiun"
sekali gus menghadiakan fathihah pada arwah ...

bila bercakap psl mati ..
teringat aby pembelajaran pengajian ..

bahawa manusia ni terbahagi pada 3 golongan dalam mengingati mati.

golongan pertama,
golongan yg tk takut mati.
manusia yg tengelam dalam dunia.
mereka ni tk takut mati sbb pada mereka lps mati tidak ada apa2 lg.
pada mereka kehudupan ni hanyalah semasa mereka bernafas,
tk perlu iman, taqwa atau beribadat utk belalan hari selepas mati .
mati adalah satu titik noktah satu kehidupan ..
tu yg golongan ni tk takut mati ..

golonggan kedua,
golonggon yg takutkan mati,
golonggan yg bertaubat dan memulakan amal untuk menuju keakhirat. mereka sentiasa memperbanyakan memperingati mati supaya hatinya sentiasa takut dan gementar kpd azab allah swt. golongan ni takutkan mati kerana takut ia datang sebelum mereka sempat melaksanakan tuntutan taubat sepenuhnya serta sebelum mengutip bekalan yang mencukupi
utk dibawa keakhirat.

golonggan ketiga,
golonggan yg tidak takut mati,
golonggan yg tahu tanggung jawab dan sentiasa cenderung ke akhirat.
golonggan ini sentiasa ingat kpd mati kerana ia merupakan janji allah swt yg tidak akan berubah.golonggan ini seperti amat mencintai mati disebabkan mereka sentiasa menanti nanti utk bertemu dgn orang yg dikasihi. golongganni menganggap mati sebagai melepaskan diri dari penjara dunia dan membolehkan dia berpindah kesisi org yg dicintai, nabi muhammad saw ..

mcm mana dengan kita,
adakah kita menggunakan akal dan sentiasa memerhatikan peningkatan usia yg berperingkat peringkat, dari zaman kanak2, zaman muda dewasa lps tu zaman tua yg lps tu pasti menemui maut.
bagaimana klu nama kita pun yg disebut dipengumuman masjid tu...

sudahkan kita mempersediakah diri kita dengan iman dan amal soleh utk kehudupan yg lebih kekal abadi didalam suasana yg penuh kenikmatan serta berusaha utk melepaskan diri daripada azab api neraka yang pedih ..

15 comments:

  1. salam
    ramai antara kita yg takut mati...tak bersedia..tp berapa ramai yg sentiasa mempersiapkan diri utk kesana...sedangkan sakaratulmaut mengintai kita setiap masa,setiap ketika...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum aby,

    Rasanya ramai yg takut mati kerana masih belum banyak persediaan jika dipertmukan dgnNya. Hanya segelintir yg telah bersedia kerana merasakan amal yg mencukupi dan beban dunia yg kian mencengkam.

    Kakak masih belum cukup amal untuk dijemput Izrael. Takut jugalah maknanya....

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum aby

    Pada tahun 2008, kak warded di Pusrawi, bedah tulang belakang kali kedua, kerap juga pengumuman dari surau hospital tersebut seperti itu.

    Mati! pasti, sebab itu kita diminta ingat mati, betul kan? Disebabkan kita tak boleh lari daripadanya kita kena berada dalam kategori kedua atau ketiga tu.

    ReplyDelete
  4. dosa sangat banyak, yang disedari, dan yang tak disedari...

    semoga Allah beri kesempatan kepada kita semua utk bertaubat dan menambah amalan sebelum bertemu denganNya..Amin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wak,

    Semoga wak sihat selalu.

    Semenjak usia meningkat akhir 50'an ni, ingatkan mati sentiasa kerap. Yerlah kalau dipanjangkan umur seperti nabi muhammad s.a.w. 63 tahun kalau lebih subsidi. Sapa tak takut, amalan masih tak cukup.

    Wak, cuba semak balik ejaan tajuk wak tu, silap ejaan rasanya, sori eeh..

    ReplyDelete
  6. salam kamsiah,
    itu la yg sebaiknya,
    wajib mempersiapkan diri utk kesana ..
    dan persiapan adalah wktu kita masih bernafas ..

    ReplyDelete
  7. salam k zakie,
    kpd sesipa yg beramal dgn rukun iman,
    memang mati adalah menakutkan,
    sbb kita tau apa yg akan kita lalui sekiranya bekalan kita tk mencukupi ..

    itu belum lg diambil pahala kita utk diberi kt seseorg sekiranya kita ada membuat salah kpd seseorg tuu ..

    ReplyDelete
  8. salam k werdah,
    aby pernah buat satu kerja di hsp Kajang..
    kerja dalam wad, sbb kerja tu urgent aby suruh org aby buat kerja berterusan. tiba org aby kata doktor suruh benti kejap sbb tempat yg kami buat tu ada pesakit tengah nazak ..
    tk lama lps tu, pesakit tu meningal dunia ..

    gitu la keadaan kita,
    bila dah datang sakit2,
    kita anggap ia nya sebagai satu amaran ..
    satu peringatan utk diri aby tu ...

    ReplyDelete
  9. salam mijoe,
    sbb tu dalam doa lps solat,
    klu diterjemahkan dalam bahasa melayu,
    kita minta ampun terhadap dosa yg nyata dan tk nyata, yg terang dan tersembunyi, sengaja dan tk sengaja ...
    tujuan nya tk lain dan tk bukan, kita mengharap kpd pengampuannya yg dapat meringankan azab kita selps kita mati nanti ..

    ReplyDelete
  10. salam k hanim,
    wak pun berasa sama,
    klu tengok akhbar, kemalangan kematian melibatkan umo yg lagi muda2 ..
    hanya dengan musibah tg kecil, hatta seekor nyamuk boleh melayang nyawa ..

    yg penting, kita persiapkan diri kita seblm dijemput ...

    TQ psl ejaan tuh ...
    boleh wak tk perasan ..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum aby...

    semoga kita sentiasa mempersiapkan amalan kita untuk menghadapi mati kerana mana tahu kenderaan yang kita naiki sebentar lagi akan membawa kita ke liang lahad...

    ReplyDelete
  12. salam sahrom.
    itula yg sebaik baiknya..
    mempersiapkan amalan utk menghapi kematian ..
    cuma mengikut fitrah ..
    perjalanan hidup sahrom panjang lg..
    sempat mengumpul bekalan secukupnya utk dibawa kedepan ..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Saya dalam golongan manakah?

    ...terima kasih atas ingatan.

    ReplyDelete
  14. salam AH,
    yang pasti bukan dalam golongan pertamakan ..
    sama sama kitaa mempersiapkan diri utk hati kemudian ...

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum aby..

    lama menyepi dr blogging...sibuk ke?? semoga semua urusan dipermudahkan ya :-)

    ReplyDelete