Saturday, July 16, 2011

Liverpool/Malaysia vs Malam Nisfu Syaaban ..

masa sampai kt rumah petang semalam,
sempat tengok pasukan Liverpool melawan Malaysia kt TV.
kedudukan baru 1 utk liverpool 0 utk malaysia.
tk lama lps tu tendangan cantik Syafiq rahim mengeggar gawang liverpool plak,
menjadikan 1 sama ..
boleh tahan juga permainan malaysia ..

masuk separuh masa kedua ..
liverpool ledak 3 biji lagi menjadikan 4 -1,
waktu tu, baik aby mandi jer ..
sbb magrib dah hampir ..
selesai mandi dan bersalin ..
bila tengok kt TV,
keputusan dah 4-3 ..

wah ... malaysia dah ledak lagi 2 gol ..
sape yg score plak tu ..
permainan dh masuk ke minit 85 ..
game tengah memucak ni ..

Haiya alas solah pun dah kedengaran ...
bola atau magrib ..

malam ni malam Nisfu Syaaban ..
lps solat ada tahlil dan doa mlm nifsu syaaban ..
kata ustaz,
islam hendak lah di terima pd hati dan dizahirkan pada perbuatan dan dilafazkan dengan percakapan ..

so.. tutup TV,
tinggalkan perlawanan liverpool/malaysia ..
aturkan langkah utk bersama sama mengaminkan doa nisfu syaaban ..

dikata juga malam nifsu syaaban adalah malam yg mana buku amalan atau pun annual report kita diangkat kelangit. jadi aby nak pada akhir buka tu tercatat aby berada di masjid dan dikata juga pada mlm tu pintu2 kerahmatan dibuka seluas luasnya ..
seperti dalam riwayat ..

Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

sekadar teringat awal muharam awal thn lps,
mase tu final bola, cuma terlupa piala suzuki atau final sukan SEA,
kemuncak finalnya adalah waktu magrib..
dan mlm tu adalah malam awal muharam,
yg mana imam akan membacakan doa awal thn selepas magrib,
tp ramai terpacak di TV sbb meraikan malaysia menang pada mlm tu ..

berbalik pada perlawanan malaysia Liverpool ...
bila tengok keputusan mase Buletin Akhir,
liverpool 6 malaysia 3 ..
bermakna mase magrib, liverpool dapat mengiburkan penonton dengan jaringan 2 gol lg ..
pasti bersorak keriangan penonton ..

yg pasti, bile malaysia score, kite bersorak sbb negara kita buat jaringan tp bila liverpool score pun bersorak sbb liverpool adalah pasukan yg dimanati dan perlawanan tu adalah sekadar satu perlawanan persahabatan ..

cuma tk buat terkilan,
kenapa penganjur perlu buat kemuncaknya pada waktu magrib ..

sebagai negara Islam
yg mana perlembagaan islam adalah teras nya ..
seharusnya penganjur kena lebih sensitif dengan adat dan cara hidup malaysia apatah lagi bila melibatkan umat islam ...

apapun..
jaringan 6 gol dari liverpool mungkin tk hairan ..
tp ledakan 3 gol dari anak2 malaysia,
pasti akan diperkatakan utk tempoh yg lama ..
sebagai satu kehebatan ..

dan setelah berlalu malam nisfu syabaan ..
menandakan ramadan dah semakin hampir ...

innamaakmalubinniat ..
setiap perbuatan bermula dengan niat ..
dengan kedatangan ramadhan ni,
pasanglah la niat yg pengisian ramadan kali akan jadi lebih baik dari ramadhan2 yg lepas ...
insyallah ...

8 comments:

  1. biasa la bang,

    ni semua perancangan teliti org2 yang memusuhi Islam. Memang dia nak tgk org Islam hancur sehancur2nye. Mungkin dia boleh bagi alasan kita nak kena ikut jadual Liverpool tour yang padat tuh, diorang dah booking ticket flight etc, so nak tak nak, game tu kena start di senja kala menjelang malam nisfu syaaban tuh.

    wallahuaklam..

    Safiq Rahim punye freekick makin menjadi2 plak skrg ni... :)

    ReplyDelete
  2. salam mijoe,
    negeri selangor ulul amrinya adalah yg dikata memperjuang dan menegakan islam.
    klu kes kes mcm ni tk dapat nak tepis atau hanya pandang sebelah mata,
    tk mustahil nanti umpama guru kencing berdiri anak murid kencing berlari ..

    setuju dgn mijoe,
    syafiq rahim free kick makin menjadi skrg,
    banyak tengok cara beeckam buat kot ..
    cume kepandaian dia blm cukup utk menolong selangor menjadi juara liga la ..

    tengok mlm tu Dirk Kuyt pun main bersungguh sungguh ...

    ReplyDelete
  3. Kakak dgn keluarga selepas solat maghrib bersama membaya suron yAsiin dan diikuti doa nisfu syaaban... Moga amalan kita diterima oleh Nya.

    Liverpool kakak tak mengikuti sangat, kalau tanya papa dia org mesti tahu punya...

    ReplyDelete
  4. nasib baik kami sefamily bkn kaki bola hehe..kaki bangku ada la..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum aby....

    sy akui sy sendiri tewas dgn godaan bola ini..ia sangat mengesani hhuhuhuhhh

    ReplyDelete
  6. salam k zakie,
    maaf lambat reply,
    aby bercuti kt luar kawasan,

    bagus la klu mlm tu baca yassin n doa nisfu syaaban, sbb amalan tu la yg lazim dibuat ..

    psl liverpool tu sesekali tnya la perkembangan dari papanya ...

    ReplyDelete
  7. salam kamsiah,
    biar kaki bangku,
    jagn mata bangku,

    kaki tk boleh main bola tk pe jgn mata tk boleh tengok main bola ..
    rugi tk dapat tengok pemain malaysia yg pakai baju Kuning BERSIH nanti .. hu..hu..

    ReplyDelete
  8. salam sahrom,
    tewas dgn bola tk bermaksud kita lemas dalam iman ..
    yg penting, biar pun gama mcm mana,
    sampai wktu, kewajipan menjadi utama ..
    tk gitu ..

    ReplyDelete