assalammualaikum rakan2 blog ..
lama aby tk buat entri.
TQ buat sahrom kerana sapaan kemana menghilangnya aby.
sebagai jawapan,
3 minggu aby outstation,
balik cuma hujung minggu disbbkan kena attend klas,
pas tu isnin pergi balik kebandar Ikan Patin ..
menerukan tugasan utk diselesaikan ..
tu yg lama tk muncul ..
pembuka entri kali ni ..
tarikh, 8 july
masa, Pagi jumaat ..
tempat, di hadapan hospital temerloh ..
sekumpulan warga yg menghargai dan mensyukuri keamanan,
berkumpul dihadapan hospital temerloh dgn kenderaan pacuan 4 roda utk membuat expedisi masuk dalam hutan ..
ramai yg join,
rasenya lebih dari 100 kenderaan,
rasenya, mereka tk kisah yg esoknya akan berlaku kekocohan di KL ..
sementara kt sana aman, buat la altiviti yg sepatutnya ..
petang tu, pukul 6.30 ptg bergerak balik ke kelang,
pada awalnya perjalanan lancar biasa,
sampai diBentong, dah sangkut dalam kesesakan,
dah tau pasti ada sekatan jalan raya.
betul tekaan, sebelum toll bentong ada sekatan ..
memasukki Karak Hiway dgn selesa dan lancar,
tp bila hampir ke gombak ..
lebih kurang 5 km dari toll,
dah berlaku kesesakan,
kesesakan yg amat sangat...
dari mula tersekat hingga melepasi sekatan polis adala dalam 3 jam.
seronok juga melihat gelagat pemmandu pemandu ni,
bila dekat dgn toll dan tk jauh dari sekatan,
masing2 membunyikan Hon,
bukan saja kereta, bas dan lori pun tekan Hon sama..
memang mcm pesta waktu tu ..
kereta aby pun kena ketepi utk dibuat pemeriksaan sebab ada bag2 di tempat duduk belakang, tp bila aby jelaskan yg aby dalam perjalanan pulang dari tugasan luar sambil menunujukan bukti dokumen, aby dibenarkan menerukan perjalanan ..
bercerita sikit psl perhimpunan yg buat org2 biasa mcm aby dan ribuan yg lain kena tempias akibat kesesakan kan ..
aby masih percayakan sistem undi utk mengubah sesuatu dari berkonfrantasi di atas jalan. banyak dikata yg SPR tidak telus, banyak penyelewengan.
tp bila balik kpd pegangan akidat,
beriman kepada qada dan qadar,
apa yg terhasil tu adalah yg terbaik dari allah utk ciptaan nya ..
dgn Kun fa ya Kun, Allah swt mampu menzahirkan apa yg tk terfikir dan tergambar dengan pancaindra kita, ini kan utk mengubah hati manusia dengan hanya mengerakan tangan masa memangkah semasa pilihan raya, masakan dia tk mampu ..
mungkin SPR membuat lencongan,
tp lencongan tu terhasil atas izin allah juga ..
tanpa izin allah, sesuatu perancang tk akan terjadi ..
kita bukan lah qodariyyah yg tidak beriman kpd allah swt,
yg mana semua hasil adalah atas usaha kita,
dan tidak la spt jabariyyah yg hanya mengharap semuanya dari allah, yg kita sebagai lalang mengikut angin, namun usha dan iktiar tetap ada di mazhab asyaariah, pengasas sunnah wal jamaah.
mungkin disebabkan didalam sunah wal jamaah terkandung usha dan iktiar boleh mengubah qadar, adakah perhimpunan semalam sebagai usha dan iktiar dalam mengambil alih kerajaan, namun, wlu perbuatan iktiari dah dibuat, kita masih belum terlepas dari idtirari, iaitu satu perbuatan yg terhasil bukan dari usha dan iktiar,
contoh, ditahan polis ketika berarak ...
namun alhamdullilah,
dgn Qadar Allah,
allah swt telah menentukan kadar yg datang utk perhimpunan tersebut,
sama spt kadar air hujan dan banjir yg ditimpakan ke sesuatu tempat ..
kadar yg diizin allah cuma sekadar kuku hitam pada tubuh manusia ..
yg lain nya masih menghargai dan mencintai keamanan yg ada ..
akhirnya ..
wama karu wamakarallah, waulahhu khoirul makiren,
manusia merancang, allah juga yg melaksanakan rancangan ..
atau dalam bahasa org putih ..
[we plan, Allah plans, and THE BEST planner is Allah's]
apa yg terhasil,
adalah atas izin allah ...
Assalamualaikum Wak,
ReplyDeleteKak Ani di rumah jer semalam seharian.
assalamualaikum,
ReplyDeletealhamdulillah,
....kita adalah apa yang kita fikirkan.
Assalamu'alaikum aby
ReplyDeleteMungkin aman jika tidak ada sekatan jalan raya.. harus fikirkan juga sebagaimana mereka kawal lalu lintas semasa thaipusam atau acara-acara lain begitulah mereka harus kawal keadaan semasa perhimpunan ini diadakan.
Ini pendapat kak, tentang qadar dan Qadha' Allah, sememangnya Allah telah mengetahui sejak azali apa-apa yang akan berlaku dan apa pengakhirannya contoh jika telah tertulis / ditakdirkan seseorang itu ke syurga atau ke neraka, bukanlah Allah memaksa tapi Allah mendedahkan bahawa akhir orang itu ke syurga atau neraka adalah akibat amalannya. Seperti seorang guru memberitahu pelajarnya bahawa dia tak akan lulus atau dia lulus berdasarkan guru itu mengetahui bentuk-bentuk jawapan peperiksaan yang biasa pelajarnya buat, jadi jika pelajar itu lulus atau tak lulus bukanlah kerana pengetahuan guru tadi tetapi kerana bentuk jawapan yang diberikan pelajarnya.
Usaha dan ikhtiar manusia ini pelbagai ragamnya. Mudah2an akhirnya dapat keamanan yang mana rakyat dan kerajaan saling suka menyukai sesamanya dan tidak saling membenci, semoga KDNK semakin baik dan ekonomi semakin mapan.
salam k hanim .
ReplyDeletebagus juga kt umah, dpt rehat,
aby plak guna kesempatan klas di batal utk mengulang kaji sbb 10/july (semalam) periksa ulangan yg aby tk hadir dulu ..
tp bila gi kt dewan periksaan semalam, adala 5 org, pastu tu tunggu punya tunggu, tk de sapa datang.. pastinya peperiksaan di tunda juga .. kami berlima balik gitu ...
gerammmmm jer ...
salam AH,
ReplyDeletenasib baik sekadar mcm embun pagi yg hilang bila timbul matahari ...
alhamdullillah ...
salam k werdah ..
ReplyDeletetq atas ulasan panjang tu ..
kesimpulan yg aby rasa,
nak ambik alih pemerintah ada jalan yg kelaziman dibuat, kena banyak bersabar insyallah tk mustahil blh berlaku, tp klu nak ambik jln yg menyongsang dan ikut rasa sendiri, tu yg kena banyak kerahan dan pengorbanan ..
setuju dgn ayat ni ..
"Usaha dan ikhtiar manusia ini pelbagai ragamnya"
assalamualaikum..
ReplyDeletebenar itu tn aby...setiap perkara yang Allah tentukan ada hikmah di sebalik semua ini..terimalah dengan hati yang terbuka...janganlah nak cetuskan sesuatu...
Assalamualaikum aby,
ReplyDeleteKalau suara selalu tidak dihirau, surat dihantar dibakulsampahkan, ketulusan dipertikaikan, permit diminta tidak diluluskan pastilah itu semua mengundang akibat.
Manusia semakin hari kian celik ilmu berpolitik....as what yo said wamakaru wamakarollah.... insya-allah perancangan allah adalah sebaik-baik perancang....
salam sahrom,
ReplyDeletesetuju dgn sahrom,
terima dgn hati terbuka,
perbaik kelemahan yg ada,
insyallah.. dgn izin allah,
sampai juga wktu nya ...
salam k zakie,
ReplyDeletedalam surah al Nahl, ayat 125
allah berfirman,
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Dia bukan saja minta menyeru dgn hikmah malah membantah pun dengan dengan hikmah ..
banyak sasaran yg boleh dituju,
klu kena dengan jalan, dan dapat menangi hati sasaran, insyallah tk payah2 nak anta momorandum,
sbb allah dah memberi ingatan dalam surah izaja,
[1]
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2]
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
yakin dgn allah,
pertolongan utk kemenangan akan sampai,
tp bila kita engkar,
dengan mengambil org yg kufur sebagai ketua ..
tu yg jadi huru hara ..
sapa kepala Bersih tu klu bukan org yg kufur ..
temerloh..bandar ikan patin...apa beza rasa ikan patin yg dibela dgn yg ori punya..saya kurang menyukai ikan patin..jarang makna..tak tau beza...
ReplyDeletesalam kamsiah,
ReplyDeletekt tmlh ni klu tk biasa,
kt kedai yg ada hidangan ikan patin tu kena tanya dulu brapa harga sepotong, tk la terkejut bila membayar bill nanti.
ikan patin ori, ikan bebas yg di tangkap dalam sungai.
ikan patin sangkar, yg dibela dalam sangkar,
tp kt tmlh ni, sangkar dia dalam sungai pahang,
kira masih ok sbb ikan ni hidup dgn air dan makanan sungei pahang. cuma makanan ikan sangkar ni la seori ikan yg bebas di sungei,
sbb tu ikan bebas yg ditangkap harga nya mahal,
sbb yg oasti lagi sedap ..
patin kelang pula di bela dalam kolam poly tank.
guna air biasa , nak guna sungei kelang!!!!!
alahai, faham2 jer la pencemaran kt sungei kelang tu ...
nak rasa,
datang la ke tmlh ..