salam rakan2 blog ..
semoga dipermudahkan dalam menjalankan ibadah puasa ..
apatah lg didalam 10 mlm terakhir ni .. lebihkan ibadat malam dalam mencari bekalan utk perjalanan panjang di alam yg lain nanti.
terawih td, masjid di tempat aby berimamkan seorang sheikh dari Palestin, siap beri tazkirah dibantu dengan seorg jurubahasa, bercerita tentang penindasan yg berlaku disana.
minggu lps terawih berimamkan seorg sheikh dari Syria, siap dengan tazkirah juga ..dengan bantuan seorg jurubahasa, dapat la kita tau crita2 dari sana ..
sekadar intro utk N3 ni ..
nak berkongsi satu pemenuan hadith yg sungguh indah didalam buku ni ..
jodol buku ni ialah Perbendaharaan Al Quran ..
yg menarik nya buku ini adalah, ianya diterbitkan MAIS bersama dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atas perkenan Sultan Selangor ..
Hadith riwayat Imam al Tarmizi dari al Harith ..
Maksudnya:
Dalam
al-Qur’an terdapat berita zaman dahulu dan zaman akan datang. Ia juga menjadi
peraturan (perlembangan sumber perundangan) di antara kamu. Ia adalah kata
pemutus (dalam pertelingkahan dan lainlain), bukannya sebagai gurauan. Sesiapa
yang meninggalkannya kerana kesombongan, nescaya Allah akan memusuhinya. Dan
sesiapa yang mencari petunjuk dari selain al-Qur’an, nescaya Allah akan
menyesatkannya. Al-Qur’an adalah tali Allah yang kuat, pengingat yang bijaksana
dan jalan yang lurus. Dan ia adalah kitab yang dapat memelihara hawa nafsu
supaya tidak menyeleweng dan lidah supaya tidak tersasar, ulama pula tidak akan merasa kenyang dengannya, ia tidak membosankan
meskipun dibaca berulang kali dan keajaiban-keajaibannya tidak akan habis.
Al-Qur’an itu adalah kitab yang apabila para jin mendengar bacaanya,
merekaberkata: Sesungguhnya kami mendengar
al-Qur’an yang ajaib, yang membawa kepada petunjuk, lalu kami beriman
dengannya (al-Qur’an itu). Barang siapa berkata dengan menggunakannya
(al-Qur’an itu) nescaya dia telah berkata benar, sesiapa yang mengamalkan
ajarannya, nescaya dia diberi pahala, sesiapa yang memberikan hukuman
berdasarkannya (al-Qur’an itu), dia pasti adil dan sesiapa yang
mengajak kepadanya (ajaran al-Qur’an itu), nescaya dia akan mendapat petunjukk
kepada jalan yang lurus.
sungguh indah isinya, yg aby boldkan tu ialah yg betul2 menyentuh hati ..
patut la kita tidak merasa bosan mengulang dan mengulang baca ..
hadith ni dibaca oleh pensyarah dalam klas aby yg terbaru ..
ketika dibaca, hati ini terus jatuh hati yg amat sangat dengan hadith tu ..
ingin tau dari mana dia dapat buku yg diguna sebagai rujukan tu ..
bila habis klas, terus jumpa pensyarah dan tanya dia buku apa yg dia guna ketika membaca hadith yg sangat indah tu ..
katanya, buku tu tiada dalam pasaran, tp klu hendak kena pergi ke KUIS, sbb buku tu adalah terbitan nya ..
katanya lagi ..klu saudara berminat, ambil la dulu, minggu depan pulang kan balik kt saya ..
alhamdulillah .. bagaikan orang ngantuk disorong, terus aby terima bila dia suakan buku tu ..
alhamdullillah, dapat juga membelek belek dan mencari khazanah dalam buku tu ..
semoga dengan paparan hadith tu, kecintaan kita terhadap Al Quran akan bertambah tambah lg ...
Assalam Bang..
ReplyDeletelah, tak jual plak buku ni kan?
klu ada, sy pun berminat nak beli..menambah ilmu pd Al-Quran..:)
salam atie .
Deleterase ada jual kot, sbb ada tanda harga kt belakang buku tu ..
cuma klu nak beli kena gi KUIS la ..
berminat ke?
Memang benar. Sangat banyak kisah dan panduan. Disebabkan itulah selain daripada mengaji, kita kena baca tafsir dan terjemahan juga. Baru boleh meresap dengan pantas ke dalam jiwa.
ReplyDeletesalam aziela .
Deleteyup, kena fahami dgn mempelajari terjemah dan tafsir ..
baru kita dapat menjiwai quran tu ..
Al Quran tu memang lengkap....
ReplyDeleteBeruntunglah kpd mereka yg terpilih diketuk hatinya untuk mencintainya
salam hainom ..
Deletesemoga kita adalah golonggan yg terpilih seperti yg hainom kata tu ..
Assalamu'alaikum aby
ReplyDeleteAl-Quran itu adalah manual yg dibekalkan oleh Pencipta kita..jika tidak digunakan manual tersebut sukarlah berada dalam keadaan yg sempurna..
Al-Quran berbeza dengan buku-buku lain kerana tidak ada sebuah bukupun yg boleh dihafal daripada ayat pertama hingga ayat akhir.
Al-Quran boleh dibaca dan dihafal oleh semua bangsa..indahnya al-Quran
salam k werdah ..
Deleteia juga umpama lampu suluh ketika kita berjalan dalam gelap ..tanpa cahaya dari lampu suluh tu nyata perjalan kita dalam gelap akan terlanggar atau tersasar dari haluan asal ..
beruntung kpd mereka yg dapat menghafal 30 juz alquran tu ..
Mukjizat yg jadi pedoman buat seluruh alam tak boleh dipertikaikan lagi. Kalau Al-Quran dijadikan sistem perundangan negara pasti tak ada huru-hara.
ReplyDeleteBaiklah lecturer aby dan beruntung jugalah dapat membaca apa yg tersirat di dalamnya.
salam kz ..
Deletebercakap psl mukjizat tu ..
memang rasul saw kita diberi 2 mujizat,
Hissi dan maknawi,
hissi adalah mukjizat yg dapat dilihat dan dirasa,
manakala maknawi pula ada pemberian khas seperti alquran dan israk mikraj ..
sebagai pencipta kepada manusia, pastinya Allah tau perundangan yg paling baik utk manusia sejagat ..
Assalamualaikum Wak,
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi hadith yang cantik kandungannya ni.
salam k hanim ..
Deletesebagai pencinta/pembaca quran ..
hadith tu adalah tersangat indah ..
terutama dalam kata2 yg ni
"ulama pula tidak akan merasa kenyang dengannya, ia tidak membosankan meskipun dibaca berulang kali"
semoga kita didalam golonggan yg tidak merasa kenyang dengan nya tu ..
salam singgah sabtu bang..
ReplyDeletemcm mana persiapan raya bersama anak2?? :)
salam kembali atie ..
Deletepersiapan raya yg pening sket ..
baru lps krete anak kedua enjinnya dioverhaul, kereta wf pula enjin masaalah, baru nak ambik ptg ni, kos repair 2 krete menjelang syawal ni blh lps baju2, kasut dan juadah2 raya ..
nampaknya kena peruntukan bajet lebih raya ni ..
mcm mana persiapan atie pula ..
Assalamualaikum aby.menariknya buku ni.tq atas pkongsian.tp sussh pula nak dptkan kat pasaran ye.terharu dgr hadith tu
ReplyDeletesalam TJ ...
Deletememang menarik buku tu ..
wlu pun susah dapat buku tu tp banyak juga buku2 lain yg kandungan nya hampir sama ..
yup.. terharu dgr hadith tu