Tuesday, March 8, 2011

Canopy Walk, Taman Negara...

ahad lps, atten satu temujanji di jerantut,
wktu temu janji pukul 8.30 pg..
dek kerana tk nak kelam kabut pagi tu,
pergila pd mlm sabtu dan terlanjur ahad tu adalah cuti sekolah dan temujanji aby pun kejap jer, bawa la wf dan anak2 yg kecik berjalan kejerantut ...

temujanji setengah jam sahaja ..
habis temujanji, bawa depa berjalan ke Taman Negara, Kuala Tahan,
yg memang Jerantut terkenal dgn Taman negara nya ...

cuma..
dari jalan beasr,
bila masuk ke jalan ke Jeti Kuala Tahan,
jaraknya 60km. melalui ladang2 kelapa sawit ...
hendak ke taman negara punya pasal,
teruskan la juga ...

sekadar paste gambo semasa disana.

Canopy Walk ..



titi yg nak pergi ketempat yg lagi tinggi



suspen juga berjalan kt titi ni,



berani juga depa ni,
kalah kita bergerak kt jambatan tu.



semasa dalam perjalanan, melalui perkampongan org asli



bila lalu tempat yg berarus kuat, suspen juga



my hero, duduk dibelakang



jee, duduk dihadapan



berhenti disatu lokasi di sungei Tembeling.
tempat utk bermandi.
seronok juga disini, dapat tengok bot2 panjang membawa pelancong dan orang2 asli yg hendak kejeti .



hati2 jee bila mandi sungei,
apatah lagi sungei Pahang ..
nanti ada Buayaaaa...
tp tk boleh kata, dalam tempat yg tercuruk gitu,
klu kita cakap2 nanti timbul betul ...





bila perjalanan balik,
jem di Kerdau ...
Pilihanraya Kecil ...



bila sampai umah ..
dengar BN menang ....

sekadar utk perbandingan ...
melalui jambatan gantung mana yg lebih suspen ...



jambatan gantung d gunung Mat Cincang Langkawi

10 comments:

  1. assalamualaikum,

    tinggal kenangan di taman negara sekitar tahun 1986....ketika itu tiada canopy walk lagi.

    ReplyDelete
  2. salam
    aby...canopy walk tu mcm kat sedim tu kan,tree top walk..
    hehe..saya surrender..tak mau naik lagi..gayat...

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum aby,

    Wah... appointment setengah jam, makan angin berjam-jam. Best juga sesekali jenjalan dgn anak-anak. Kakak paling suka bila lihat anak-anak gembira.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum tn aby..

    sy memang lum sampai lg tempat nie...

    tgk tempatnya mmg mencabar terutama bile harungi sungai tue kan huhuhhhh

    ReplyDelete
  5. salam AH,
    klu 1986 tu kene naik boat dari jetty Kuala Tembeling la yer..
    jauh perjalanan bot tu ..

    ReplyDelete
  6. salam kamsiah,
    sama dgn kt sedim tp kt sini tinggi lagi dan lg suspen sbb digantung dgn tali plastik jer ..
    bergoyang goyang la bila berjalan ..
    aby, wife dan anak2 sume ok jer ...

    ReplyDelete
  7. salam k zakie,
    tu yg dikata sambil menyelam minum air..
    ada kesempatan kita bawak famili sekali.
    buat depa hepi ..

    ReplyDelete
  8. salam sahrom.
    kt sungei tu memang mencabar,
    tp aby dah kata kt tekong tu siap2.
    kite naik bot bukan utk excitement,
    tp utk selamat. jgn nak lipat2 tk tentu pasal.
    takut budak2 tercampak keluar nanti ..

    sib baik dreber tu dengar kata ..

    direkomen utk didatang ...

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum aby

    Kak tak pernah ke Taman Negara tu, tapi ingin nak ke sana namun terpaksa tanamkan hajat tu.. titi gantung di Bukit cerakah tu adalah pernah naik sekali,

    dan di gunung mat cincang tu tengok sahaja selepas naik kabel..

    masa pergi ke gunung mat cincang ni dah sakit jadi apalah sangat boleh ditinjau.

    Apa-apapun syukur banyak nikmat yang perlu disyukuri.. terima kasih sharing

    ReplyDelete
  10. salam k werdah,
    kedua dua jambatan gantung ni klu nak kesana kena menapak anak tangga yg jauh juga la.
    bezanya utk canopy walk kita menapak naik tp kt gunung Mat Cincang kita menapak turun ..
    mcm mana pun lps melalui jambatan kt M Cincang tu kita masih kena menapak naik tangga juga.

    betul mcm k werdah kata,
    banyak nikmat perlu disyukuri..

    ReplyDelete