Tuesday, March 15, 2011

Gegaran yang kian di Rasaii.....

menjelang 2 acara yg paling aby minati yg akan bermula pada lewat bulan ni ..
apalagi klu bukan F1 dan motogp ..

awal thn ni pastinya peminat ferrari dan ducati pasti teruja bila tengok gambar dibawah ni, pemandu2 ferrari di satu kan dengan rider Ducati ..
dalam function ni wlupun fernando alonso adalah anak emas Ferrari.
tp bila valentini rossi utk kali pertamanya memakai baju Ducati,
motor jenama italy, terus menenggelamkan fernando alonso.
Valentino rossi bersama Ducati menjadi pujaan rakyat italy ..



F alonso/F massa dari Ferrari bersama V Rossi dan N hayden ..
4 manusia yg akan membawa cabaran jentera jenama Italy utk kejohanan F1 dan Motogp ..



Alonso tk perlu dipertikaikan kewibawaan pemanduannya ..
sentiasa memberikan pemanduan dan keputusan yg baik ..



tp Rossi ni tk tau la musim ni.
thn pertama bersama Ducati,
dua pencabar yg menunggu nya,
rakan sepasukannya pada musin lepas,

J Lorenzo



dan hero Honda yg baru, Casey Styoner,



kedua2 rider ni pasti nak bagi rossi sengsara bersama Ducati.
pastinya menarik persaingan motogp 2011 ...

tk sabar menunggu the exciment begins ...

11 comments:

  1. salam aby,

    penyokong ferrari gak rupenye aby neh! boleh geng camni..tang EPL je takleh geng kan? :p

    saya slalu konpius loris cappirossi dengan valentino rossi... :)

    aby ada superbike ke?

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum aby

    jika ada anak bongsu di rumah bolehlah bersembang sedikit hal F1 ni. Kak cuma tumpang bila dia ada je. InsyaAllah bulan 5 ni dia balik sekejap.

    Tentang promote blog kak tu, rasa malu pula, kak sedang takut ni. Macam-macam perasaan datang mengganggu fikiran.

    ReplyDelete
  3. salam kelly ..
    betui tu boleh geng bila minat ferrari.
    aby tetap setia dgn ferrari wlupun ada masa2 yg ferrari tk perform sbb aby tau hanya Ferrari dan mclaren sahaja team yg berwibawa sedari dulu, sekarang dan akan datang. yg lain2 tu sekadar sesekali jer kt atas.
    psl loris capirosi dan valentino rossi, kedua dua dari italy. tp sekarang capirossi dan bawak motor yg mid runner jer. team utama dah tk ambik sbb dah perform top level, tp rossi sampai sekarang masih menjadi pencabar utama.
    klu kelly tau capirossi dan rossi, pasti tau seorg lg profilic italian Rider,
    max Biaggi. dalam diam2 thn lps dia juare SBK dgn Apprila ..
    psl superbike, last aby guna superbike thn 2003,
    sekarang !!! nanti aby buat posting psl motor ..
    psl EPL .. dari dulu sampai sekarang masih liverpool la ..
    ha..ha..

    ReplyDelete
  4. salam k werdah,
    wlu kitab2 tu keutamaan tp sesekali kena melayan juga perkara yg kita suka agar kita terus ceria ..
    k werdah pernah bercerita psl kegilaan anak k werdah kt ferrari juga. pastinya dia juga terkilan thn lps bila fernando alonso terlepas mejadi juara dunia.
    psl perasaan yg datang mengganggu fikiran ..
    aby percaya k werdah mempunyai kekuatan utk mengatasi perasaan tu..
    insyallah ..

    ReplyDelete
  5. nak cakap psl kucing sket.

    hari ni kucing aby yg nama Nash buat penggambaran iklan. dari pukul 8.00 pagi sampai 9.00 mlm.
    bayaran boleh tahan juga .. depa bagi cash bila abis shooting ..

    bila dapat gambo aby panjang kan kt blog kucing tuh..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum tn aby..

    mesti tn aby akan turun sepang kan hehehehee

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum aby,

    Kakak bab-bab ini tak berminat. Kekadang teman juga hubby menonton tv tapi tak kenal pun. Lebih makan/minum dari menonton. Ikut siapa yg dia sokong itulah yg kakak sokong...:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Wak,

    Akak pun kurang tentang hal gini.

    Wak kalau free singgah blog akak jap yer, ada something for you.

    ReplyDelete
  9. salam sahrom,
    klu tk ade aral insyallah akan berada di sana april ni,
    thn lps tk dapat pegi sbb ada disarawak ..

    ReplyDelete
  10. salam k zakie,
    mcm mana pula klu hubby bawak k zakie naik motor dan melipat mcm tu.
    pastinya thrill kan

    ReplyDelete
  11. salam k hanim,
    insyallah wak singgah

    ReplyDelete