Friday, March 11, 2011

Peringatan utk yang baru keluar Dunia ...

Menjelang SPM tahun lps aby beli satu motor baru,
tujuan nya adah utk kegunaan anak aby yg mana bila habis SPM pasti nya dia akan berdikari. antara bekerja sementara atau ambik kursus2 pendek.
anak aby ni memilih utk bekerja. tak apala dari duduk kt rumah dan bangun lewat baik dia bekerja, sekurang dapat merasa alam dan kenalan baru.



baru baruni anak aby ni bertanya aby,
katanya ada seorang kwn kerja laki2 nak pinjam motor dia sbb hari tu kwn dia tk ada transport nak pegi kerja.
aby pun larang anak dari bagi pinjamkan motor pd kwn laki2 tu.
pesan aby, motor tu hanya utk dia dan kita tk tau utk apa kwn tu pinjam sbb laki2 klu dapat motor depa boleh lupa dunia. yg pasti kerakusan budak remaja lelaki bawak memang diketahui manakala pmpuan klu bawak memang terjaga. tambah aby lg, dia tu laki2, pandailah kwn tu fikir utk datang kerja.
akhirnya anak aby ni terima kata2 aby dan dia tk kan pinjamkan motor pada kwn nya.



bila ibunya tau yg ada kwn laki2 yg pinjam motor,
ibunya plak tambah peringatan kpd anak aby ni,
"jauh bercampurkan dgn laki2 yg suka minta belanja dgn perempuan"
"jangan bagi pinjam duit atau barang barang kt laki laki"

nampaknya ibu dan ayahnya bg nasihat yg berlainan.
mungkin pengalaman lalu dijadikan panduan utk anak2 kita.
aby dgn pengalaman yg budak2 remaja memang suka merembat motor,
dan wf pula dgn pengalaman pentingnya mengelakan dari laki2 yg suka meminjam minjam..

mungkin ini yg dia katakan
Peringatan utk anak aby yg baru melangkah dunia luar persekolahan ..

10 comments:

  1. Assalamu'alaikum aby

    Benar sangat nasihat aby kepada anak tu. Pernah anak saudara kak bagi pinjam kereta kepada kawannya, konon nak balik kampong, setelah tunggu beberapa hari tidak dipulangkan bertanyalah kepada peminjam, jawabnya kereta rosak hantar ke bengkel.. panjang kisahnya.. akhirnya rupa-rupanya kereta tu dijual potong-potng oleh kawannya, report polis pun tak selesai, anak sauadara kak menanggung hutang sebab insuran tak bayar kerana alasan kita yang bagi pinjam dan buktipun susah nak cari. Jadi waspadalah...

    ReplyDelete
  2. kalau kawan dia pinjam pastu guna motor tuh untuk pergi buat kerja2 tak elok such as meragut or menyamun, nanti anak aby dan aby jugak yang susah.

    macam kes adik saya baru2 ni, kereta dia dicuri, lepas tu digunakan utk buat 2 jenayah lain. lepas tu gara2 terlambat buat laporan polis, tak pasal2 adik saya yg kena tahan reman.

    ReplyDelete
  3. salam k werdah, kelly.

    kedua dua k werdah dan kelly ada persamaan jawapan. jawapan k werdah dan kelly jauh melangkaui apa yg aby fikirkan.
    aby cuma fikirkan yg klu remaja lelaki pinjam motor, dia akan ambik kesempatan utk join kwn2 dia dan akan merempit kesana kemari, tidak lebih dari tu, namun k werdah dan kelly telah menunjukkan kt aby jauh lagi perkara buruk boleh berlaku bila pinjam meminjam tunggangan ni berlaku.

    k werdah dgn pengalaman kenderaan anak saudara manakala kelly dgn pengalaman kenderaan adiknya.
    TQ aby ucap kan atas peringatan tu.
    mungkin tu yang dikata kan naluri wanita ni lebih halus dari lelaki ..

    ReplyDelete
  4. utk kelly,
    jenguk2 la blog k werdah,
    banyak mutiara ilmu yg boleh dikutip disana sebagai panduan bekalan utk satu perjalanan yg jauh kemudian nanti

    ReplyDelete
  5. utk k werdah,
    semalam, pembelajaran kt klas aby, tentang Hari Kebangkitan atau Al'Bath. banyak la soal jawab nya terutama dari pelajar2 wanita sbb ni adalah perkara ghaib. satu dua pelajar yg tanya prof kt mana nak dapatkan rujukan, lalu aby pun mencelah kt depa tu, dgn berkata, "klu nak rujukan Hari Kebangkitan, masuk la ke blogspot Bangkit Kembali. kt blog tu banyak tulisan2 berkenaan hari bekebangkitan"

    yg lucu nya lps tu banyak plak aby kena jwp psl penulis nya,pertanyaan adakan tuan punya blog tu org indon, tulisannya adakan berdasarkan nas quran dan hadis, mcm mana penulisnya ..

    tp aby bagi jawapan yg baik2..
    dan dapat la TQ for the info given dari mereka tuh ...

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum aby,

    Baguslah dia dengar nasihat ibu-bapanya. Salah parking, salah guna siapa nak tanggung. Bestnya anak dara aby dah besar dan boleh bawa motor.

    Kakak tak pandai. Nak belajar dah terlewat. Jeles juga tengok org perempuan pandai bawa motor.

    ReplyDelete
  7. salam k zakie,
    anak memang kena dengar nasihat mak bapak,
    klu tk dengar, kemudahan kena tarik balik ..
    he..he..
    masih tk boleh bawak Honda tu ke,
    teringat satu posting k zakie beli Honda tu,
    tk lama lps tu aby plak beli ..

    alon alon blajare..
    liri liri eso la ...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum aby...

    anak aby tue dulu sekolah convent ke?? ye la, STK takde pompuan kan hehehhe

    ReplyDelete
  9. salam sahrom,
    sekolah kt tempat aby jer ..
    zaman aby,
    STK,form 6 ada pmpuan ..
    sekarang tk tau plak ..

    ReplyDelete
  10. salam
    anak dara aby dok tunggu result spm jugak ke?

    ReplyDelete