Wednesday, July 17, 2013

Asal-usul Sembanyang Dan Hikmat Ditentukan Waktu dan Bilangan Raka’at


salam rakan blog ...
N3 di bawah ini aby ambil dari kitab Munyatul Musolli ...


kitab asal nya adalah seperti bawah ini, karangan Tuan Syekh Daud bin Abdullah al Fatoni ..
sebuah kita yg nipis, tp telah berumur hampir 200 tahun .. wlupun telah lama dan tipis tp kitab ini masih diguna pakai utk pengajaran solat di serantau nusantara, malah pergerakan solat yg kita lakukan sekarang adalah mengikut tertib seperti yg diajar dikitab ini ..

alhamdulillah aby telah khatam mengikuti pengajaran kitab ini satu masa dulu ..


didalam salah satu lembar kitab ini ada asal usul  solat waktu serta bilangannya ..

Setengah Hukama’ mengatakan: 
Setiap sembahyang itu ditentukan kepada seseorang nabi daripada Anbia Allah menyembangkan pada waktunya.

Orang yang mula-mula bersembahyang Subuh itu ialah Nabi Adam a.s. tatkala keluar daripada syurga. Ketika itu dia melihat kegelapan dan fajar, beliau bersembahyang dua raka’at. Raka’at pertama untuk bersyukur kerana terlepas daripada kegelapan dan raka’t yang kedua untuk bersyukur kerana kembalinya siang hari.

 Orang yang mula-mula bersembahyang Zohor itu ialah Nabi Ibrahim a.s. tatkala Allah menyuruh menyembelih anaknya, yang kemudiannya ditukar kepada menyembelih kibas. Suruhan itu berlaku keita gelincir matahari (mula masuk waktu Zohor). Beliau bersembahyang empat raka’at. Raka’at pertama untuk bersyukur kerana anaknya ditebus dengan kibas, raka’at kedua untuk bersyukur kerana terbuang dukacita daripada anaknya. Raka’at ketiga, untuk menuntut keredhaan Allah dan keempat, untuk melahirkan perasaan amar gembira kerana mendapat penebus yang amat besar (kibas Habil dari syurga), seperti dalam firman Allah: (Dan Kami tebuskan dia dengan sembelihan kibas yang amat besar) ayat 107,surah as-Soffaat.

 Orang yang mula-mula bersembahyang Asar itu ialah Nabi Yunus a.s. tatkala Allah mengeluarkannya daripada perut ikan paus dalam keadaan seperti anak burung yang tidak berbulu. Beliau mengalami empat kegelapan malam dan keempat kegelapan perut ikan. Beliau keluar daripada perut ikan itu pada waktu Asar. Maka beliau sembahyang empat raka’at kerana bersyukur kepada Allah yang melepaskannya daripada empat kegelapan tersebut.

Orang yang mula-mula bersembahyang Mahgrib itu ialah Nabi Isa a.s. tatkala Allah mengeluarkan dia daripada kepungan kaumnya. Peristiwa itu berlaku sewaktu lenyap matahari. Raka’at pertama, untuk menafikan ketuhanan yang lain daripada Allah. Raka’at kedua, untuk menafikan tohmahan terhadap ibunya yang dituduh oleh kaumnya. Raka’at ketiga, untuk menyatakan bahwa tiada tuhan yang dapat member kesan melainkan Allah jua. Sebab itulah dua raka’at pertama berhubung dan raka’at terakhir tinggal bersendirian.

Orang yang mula-mula bersembahyang Isyak itu ialah Nabi Musa a.s. ketika sesat jalan, waktu keluar dari negeri Madyan (suatu daerah dalam negara Jordan berdekatan dengan Sinai dan Laut Merah). Beliau mengalami dukacita tentang isterinya, Harun saudaranya, Firaun seterusnya dan beberapa orang anaknya. Semua dukacita itu dilepaskan oleh Allah berpegang kepada janjiNya yang benar. Peristiwa ini berlaku pada waktu Isyak yang akhir. Maka beliau bersembahyang empat raka’at kerana bersyukur kepada Allah yang melepaskan dirinya daripada semua dukacita itu.


Menurut riwayat yang lain, sembahyang Subuh itu dimulai oleh Nabi Adam a.s. , sembahyang Zohor oleh Nabi Daud a.s. , sembahyang Asar oleh Nabi Sulaiman a.s. , sembahyang Maghrib oleh Nabi Yaakob a.s. dan sembahyang Isyak oleh Nabi Yunus a.s.

semoga dapat sama2 kita menambah ilmu solat kita ...

13 comments:

  1. Ceteknya ilmu diri ini Aby....Banyak lagi yg perlu dicari dan ditambah...
    Tq Aby kerana share benda ni.....

    ReplyDelete
  2. Salam hainom,
    Sama2 kita brkongsi agar dpt menambah ilmu kita yg sedikit tu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...banyak manfaat yag dapat kami kongsikan dengan kakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aziela,
      Alhamdulilah kerana mmbaca entri tu. Sama2 kita kongsi ilmu

      Delete
  4. Nasib baik hanya 5 kali aje sehari semalam difardhukan. Bayangkan kalau kena 50 waktu seperti ketika baginda rasulullah israk-mikraj dan tanpa nasihat nabi Ibrahim/Musa memang tak mampu kita.

    Apa pun setiap solat difardhukan indah asal-usulnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kz ..
      manarik sekali bila kak kaitkan dengan peristiwa israk mikraj tu .. dalam 5 kali pun ramai yg culas apatah lagi klu 50 kali .. agaknya aby pun culas sama .. klu 50 kali, campur bahdiah dan qobliah .. hampir 150 kali tuh ..

      Delete
  5. Assalamu'alaikum aby

    Kitab tu lama betul kan..dalam program ustaz selalu sebut nama syeikh daud ni..

    Betul lah kata kakzakie fu, nabi Musa dah berpengalaman, ya lah kaum bani Israel mmg diketahui suka melawan perintah Allah dan rasulNya. Syukurlah kita 5 diberikan pahala 50

    ReplyDelete
    Replies
    1. # Ustaz Don...tertinggal pula..

      Delete
    2. salamk werdah ..
      memang lama kitab tu ..masih di guna kt kuliah klu mengajar bab2 solat .. betul psl bani israel tu yg suka melawan perintah Allah ..
      klu pun diberi 5 waktu tp kita diberi banyak pilahan solat2 tambahan kan ..

      Delete
  6. salam aby..

    terima kasih atas perkongsian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam noe ..
      sama2 kita berkongsian dan manfaatkan yg kita tau ..

      Delete
  7. Salam bang..
    terima Kasih bang kongsi n3 ni..
    mmg betul2 berguna..
    sama2 memperbaiki ilmu dlm sholat...:)

    ReplyDelete
  8. Salam atie,
    Setidak tidaknya disebalik kisah2 nabi dgn apa yg berlaku keatas mereka terselit kisah solat yg jadi ikutan kita kan

    ReplyDelete