Friday, July 12, 2013

Hadith Jibril.... asas akidah Islam ...




salam rakan2 blog ..
aby tertarik pada hadis yg dibawah ni, diberi nama Hadith Jibril ..
hadith Jibril ni adalah ibu segala hadith, taraf nya adalah sama dengan surah Al Fathihah utk Al Quran.
hadith ini juga adalah asas kepada akidah umat Islam ..
menggenggam rapat hadith ini bermakna bermakna akidah kita adalah sangat teguh ..

Dikatakan juga hadith yg amat tinggi martabatnya, yg merangkumi semua bentuk amal yg zahir dan batin. Malah hadith ini juga  adalah tempat cabang2 ilmu, kerana hadith ni mencakupi semua makna yg terdapat dalam keseluruhan hadis ..


Hadiths - Islam, Iman dan IhsanMafhum hadiths: Daripada Saiyidina 'Umar juga, RadiALLAHuanhu beliau berkata:


”Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.Lalu dia duduk menghampiri Nabi Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lamlalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.”Lalu Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lam bersabda: “lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu utusan ALLAH, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya“Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau.” Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: “Terangkan kepadaku tentang lman.” Baginda bersabda: “(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada ALLAH, para MalaikatNYA, kitab-kitabNYA, para RasulNYA, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau. Dia berkata lagi: “Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.” Baginda bersabda: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNYA. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNYA, maka sesungguhnya DIA melihatmu.” Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.” Baginda bersabda: “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda:“(Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: “Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku berkata: “ALLAH dan RasulNYA lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”


ulasan aby ..

islam merupakan agama yg mewajibkan pengkuan dengan lidah dan disertai dengan amalan,
maka dengan pengakuan 5 rukun islam tu lengkaplah seseorg itu utk menjadi seorang Islam, agama terkhir yg diturunkan Allah swt kpd Nabi MUhammad saw.
keingkaran terhadap mana mana rukun seperti didalam hadith tu maka seseorang itu boleh terkeluar dari Islam ..
Iman pula, 
6 rukun iman yg menjadi tunjang dalam kepercayaan dimana seseorg islam tu wajib menghadirkan kesemua perkara yg diimami itu didalam hatinya tanpa sebarang keraguan dan syak wasangka.
setiap satu perkara perlula difahami dengan jelas dan yakin berasaskan nas2 al quran dan as Sunnah sementara tafsiran atau kefahaman yg timbul dari pengunaan akal perlulah dipastikan tidak mencanggahi maksud2 kedua dua sumber wahyu tersebut .. 

bila hubungkan kan kedua duanya ..

islam sebagaimana yg disebut adalah pengkuan syahadah dengan lidah sementara iman pula ialah mengakui kebenaran Allah dan Rasulnya didalam hati dengan penuh keyakinan, tidak ragu2 atau teragak agak atau berpura pura atau dipaksa, keyakinan kuat yg berpahat didalam hati ini dapat melahirkan semangat utk beramal, berjihad dan berqurban kerana Allah swt.

manakala beriman dengan kewujudan Allah swt ..

Wajib mempercayai kewujudan dan keesaan Allah swt, mempunyai sifat2 Nya yg sempurna dan bersih dari segala bentuk kesamaan, kekurangan dan kelemahan.
"Dia tidak dilahirkan dan Dia tidak ada baginya sekutu, begitu juga Allah yg tiada blh dibanding dengan apa sekali pun .
(al ikhlas 3-4)  

surah Al an'am [59]

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

mcm aby nyata di atas ..

hadith tersebut adalah asas kepada akidah kita ..
ianya umpama satu akar tunjang ..
dari nya keluarlah dahan2, ranting2 dan daun utk kita menfaatkan supaya beroleh al insan al kamil atau seorang Islam yg sempurna ..

8 comments:

  1. Sebagai umat Islam kalau bersandar pada 5 rukun islam dan 6 rukun iman pasti perjalanan kehidupan akan lebih indah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kz ..
      betul tu .. selagi kita dalam landasan 5 rukun islam dan 6 rukun iman tu .. kita sentiasa dalam landasan yg betul

      Delete
  2. Bila Aby kata lutut Jibrail bertemu dengan lutut baginda....macam pernah ku dengar cerita ini.....tapi dimana ye! Macam biasalah manusia mudah lupa....bila diceritakan balik, baru memori tu recall...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hainom ..
      kita pernah dengar crita hadith ni ..
      cuma yg aby nak highlight kan bertapa tinggi nya hadith yg diatas tu agar sama2 kita mengetahuinya ..
      dalam bahasa jawa,
      dengkol ketemu dengkol yor ...
      he..he..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum aby

    ihsan itu memerlukan usaha yg bersungguh-sungguh. Kdg2 kita terlupa yg satu ini menjadikan kita boleh persoalkan diri, ikhlaskah aku ini? Kita sendiri boleh tahu sama ada kita ni ada ihsan atau tidak kan? Dalam solat, dalam berpuasa dan ketika kita bersendirian..Allahu Rabbi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k werdah ..
      setuju dengan kak berkenaan dgn ihsan tu .. terlalu panjang bila diperkatakan .. cuma dalam N3 ni, mcm comment aby yg kt atas tu, lebih memperkenalkan ibu segala hadith ..
      setidak tidaknya klu kita tau fathihah adalah ibu kpd ayat2 quran .. gitu juga hadith ada ibu hadith nya ..
      selamat meneruskan ibadat puasa kak ..

      Delete
  4. salam aby..

    maksudnya di sini..dengan hadith ni la terhasilnya rukun islam dan rukun iman?? ilmu noe ni amatlah cetek...tima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  5. salam noe
    gitu kot .
    bila kita mempelajari akidah, hadith ini la yg mula dikenali, sbb dalam nya dah ada sume utk kita ikuti sebagai org islam

    ReplyDelete