salam ramadan rakan2 blog 2 .
,
dalam satu N3 bertajuk,
dalam satu N3 bertajuk,
aby ada bercertla tentang pengumpulan al quran dari zaman saydina Abu Bakar hingga ke zaman saydina Usman, yg mana naskah quran masa tu belum lagi mempunyai tanda2 bacaan.
Memandangkan pada zaman saydina Ali, jajahan Islam telah membesar dan quran tidak lg dibaca hanya oleh orang Arab, maka satu kaedah perlu dibuat utk memudah dan menyeragamkan cara membaca al quran ...
terlanjur dalam bulan ramadan ni yg mana kita diminta utk membanyakan bacaan al quran ..
elok juga sama2 kita mengenali insan yg mengenalkan tanda2 titik di alquran supaya kita dapat membaca dengan betul .. nama beliau adalah Abu al Aswad al Du'ali ...
semoga dengan ilmu yg diturunkan nya, roh beliau ditempatkan bersama sama dengan para ambiyak yg lain ...
semoga dengan ilmu yg diturunkan nya, roh beliau ditempatkan bersama sama dengan para ambiyak yg lain ...
(aby copy/paste dr http://yazidothman.blogspot.com/)
Biografi Abu Aswad al-Du’ali
Tiga tahun sebelum Nabi Muhammad S.A.W. diangkat menjadi nabi lahirlah seorang tokoh yang terkenal di dalam ilmu Nahu iaitu Abu Aswad al-Du’ali, beliau dari kalangan keturunan kinanah. Nama penuh beliau ialah Zalim b. ‘Amru b. Sufyan b. Jandal b. Ya’mur b. Hils b. Nufathah b. ‘Adiyy b. al-Du’al b. Bakr b. Kinanah.
Sungguhpun Abu Aswad al-Du’ali lahir pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. namun beliau bukanlah dari kalangan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. tetapi beliau adalah dari kalangan tabiin. Ini adalah disebabkan beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, Abu Aswad al-Du’ali telah berhijrah ke Basrah dan menetap di sana. Sebuah masjid yang didirikan di sana dinamakan sempena nama beliau.
Hubungan Abu Aswad al-Du’ali dengan Saidina Ali bin Abi Talib sangat rapat dan beliau akan sentiasa menyebelahi Ali R.A di dalam apa jua situasi. Keakraban di antara Abu Aswad al-Du’ali dan juga Ali R.A. menyebabkan Mu’awiyah telah cuba mengambil hati Abu Aswad al-Du’ali untuk menyebelahinya namun disebabkan Abu Aswad al-Du’ali begitu setia dengan Ali R.A. maka usaha Mu’awiyah untuk memujuk beliau telah gagal.
Abu Aswad al-Du’ali pernah keluar berperang bersama-sama Ali R.A. di dalam peperangan al-Jamal dan Siffin. Ketika di dalam peperangan al-Jamal, Abu Aswad al-Du’ali telah dihantar oleh gebenor Basrah pada ketika itu iaitu Uthman b. Hanif untuk menjadi utusan perbincangan manakala Abdullah b. Abbas pula pernah melantik Abu Aswad al-Du’ali untuk mengetuai tentera Islam di dalam memerangi pihak Khawarij di kawasan Basrah.
Sumbangan Abu Aswad al-Du’ali Di Dalam Ilmu Nahu Bahasa Arab
Ali R.A. adalah merupakan guru kepada Abu Aswad al-Du’ali di mana Abu Aswad al-Du’ali telah mempelajari ilmu Fiqh, al-Quran serta ilmu Nahu dari Ali R.A. mungkin disebabkan ini jugalah menjadikan hubungan Abu Aswad al-Du’ali dengan Ali R.A. menjadi begitu rapat. Selain menuntut ilmu dengan Ali R.A. Abu Aswad al-Du’ali turut meriwayatkan hadis daripada beliau. Selain meriwayatkan hadis daripada Ali R.A., Abu Aswad al-Du’ali juga ada meriwayatkan hadis daripada Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan Abu Dhar al-Ghifari R.A.
Berkembangnya Islam menyebabkan berlaku percampuran di antara orang Arab dan juga bangsa-bangsa lain yang bukan berbangsa Arab (orang Ajam). Keadaan ini juga menyebabkan berlakunya percampuran bahasa di antara orang Arab dan juga bukan Arab yang mengakibatkan kerosakan di dalam bahasa Arab atau disebut lahn[1]( (لحن).
Situasi ini sekiranya dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada bahasa Arab yang juga merupakan bahasa al-Quran dan juga bahasa Hadis. Prihatin dengan perkara ini maka Ali R.A. telah meminta Abu Aswad al-Du’ali untuk menyusun ilmu berkaitan Nahu. Kisah ini telah diriwayatkan di mana pada satu ketika Abu Aswad al-Du’ali telah datang mengadap Ali R.A. pada waktu itu terdapat lembaran kertas di tangan Ali R.A., Abu Aswad al-Du’ali pun bertanya kepada Ali R.A. tentang kertas tersebut.
Situasi ini sekiranya dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada bahasa Arab yang juga merupakan bahasa al-Quran dan juga bahasa Hadis. Prihatin dengan perkara ini maka Ali R.A. telah meminta Abu Aswad al-Du’ali untuk menyusun ilmu berkaitan Nahu. Kisah ini telah diriwayatkan di mana pada satu ketika Abu Aswad al-Du’ali telah datang mengadap Ali R.A. pada waktu itu terdapat lembaran kertas di tangan Ali R.A., Abu Aswad al-Du’ali pun bertanya kepada Ali R.A. tentang kertas tersebut.
Kemudian Ali R.A. telah menjawab beliau berhajat untuk menyusun mengenai bahasa Arab supaya ia boleh menjadi rujukan dan panduan kepada orang-orang Arab yang mana bahasanya telah tercemar akibat pergaulan dan percampuran mereka dengan orang-orang yang bukan berbangsa Arab. Setelah itu Ali bin Abi Talib R.A. telah meminta Abu Aswad al-Du’ali untuk meneruskan tugas tersebut. Maka Abu Aswad al-Du’ali menjalankan tugas yang telah diarahkan oleh Saidina Ali R.A. di dalam menyusun kaedah Nahu demi menjaga keaslian bahasa Arab dari tercemar dan rosak. Kisah ini adalah merupakan hujjah yang mengaitkan Abu Aswad al-Du’ali sebagai tokoh pengasas ilmu Nahu.
Meletakkan Titik Pada Huruf al-Quran
Selain terlibat menyumbang bakti di dalam penyusunan kaedah Nahu bahasa Arab, Abu Aswad al-Du’ali juga terlibat di dalam meletakkan titik / nuqat pada huruf-huruf di dalam bahasa Arab / ayat-ayat al-Quran. Tulisan atau huruf-huruf bahasa Arab / ayat-ayat al-Quran yang mempunyai titik seperti yang kita lihat pada zaman ini pada asalnya huruf-huruf tersebut tidak mempunyai titik tetapi ia ditambah kemudian. Arahan untuk meletakkan titik / nuqat pada huruf Hijaiyah telah dibuat oleh Ziad bin Abu Ziad seorang pemimpin Basrah pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian.
Penutup
Abu Aswad al-Du’ali yang datang dari keturunan Kinanah memberi telah kelebihan kepada beliau sebagai individu yang fasih di dalam bahasa Arab. Kelebihan yang dimiliki oleh beliau telah menarik perhatian pemerintah pada zamannya untuk diberi kepercayaan di dalam urusan yang berkaitan bahasa.
Ketokohan Abu Aswad al-Du’ali di dalam bidang bahasa Arab turut telah melahirkan murid-murid di dalam bidang bahasa Arab. Antara murid-murid beliau adalah, Abdul Rahman b. Hurmuz, Nasr b. ‘Asim, Yahya b. Ya’mur, ‘Ata b. Abu al-Aswad, ‘Anbasah b. Ma’dan, Maymun al-Aqran, Qatadah b. Du’amah, Abu Nawfal b. Abu ‘Aqrab, Sa’d b. Syaddad dan lain-lain.
Setelah sekian lama menabur bakti di dalam ilmu bahasa Arab akhirnya pada tahun 69 Hijrah Abu Aswad al-Du’ali telah meninggal dunia di Basrah pada usia 85 tahun akibat penyakit taun. Abu Aswad al-Du’ali telah meninggalkan empat orang zuriat iaitu ‘Ata dan Harb berserta dua orang anak perempuan.
sesungguhnya jasa2 beliau dalam pengasasan ilmu Nahu Arab tercatat didalam sejarah pengajian ilmu Bahasa Arab dan akan terus dikenang selama lamanya.
u/p ....
aby sengaja boldkan peperangan Jamal dan Siffin kerana peperangan itu adalah peperangan antara nama2 besar sahabat, penulis wahyu, muawiyah bersama dengan isteri Nabi saw aisyah menentang saydina Ali, seorang amirul muminin dan juga menantu nabi saw.
sedih kisah tu bila tokoh2 islam tu berperang sama sendiri
sesungguhnya jasa2 beliau dalam pengasasan ilmu Nahu Arab tercatat didalam sejarah pengajian ilmu Bahasa Arab dan akan terus dikenang selama lamanya.
u/p ....
aby sengaja boldkan peperangan Jamal dan Siffin kerana peperangan itu adalah peperangan antara nama2 besar sahabat, penulis wahyu, muawiyah bersama dengan isteri Nabi saw aisyah menentang saydina Ali, seorang amirul muminin dan juga menantu nabi saw.
sedih kisah tu bila tokoh2 islam tu berperang sama sendiri
Salam Wak,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi sejarah penanda asas bacaan
alquran.
Kerana jasa Abu Aswad al-Du’ali ni kita orang-orang anjam (kalau salah betulkan yer, kak ani dah lupa) boleh membaca alquran. Kalau tidak mesti susah untuk kita yang tidak tahu berbahasa arab ni membacanya, dan mungkin orang arab sajalah yang boleh membaca alquran. Berterimakahlah kita kepada Abu Aswad al-Du’ali, dan usaha-usaha yang dilakukan oleh para Sahabat dalam usaha menulis Al Quran dari mereka yang menghafalnya.
Salam aby,
ReplyDeleteTerima kasih share sirah nabi dan para sahabat.ni br sy tau ttg Abu Aswad.tq
salam k hanim ..
ReplyDeletekita dipanggil org ajam ..
mcm kita belajar bahasa arab kak, mim nun klu tk ada baris, tk tau bunyi min aina anta atau man aina anta ..dengan ada baris tk la kita pening utk membaca ..apatah lg quran, tanda2 tu la yg mendatangkan nur dalam bacaan kita ..
memang cukup berterima kaseh kt Abu Aswad al Da'uli ni ..
salam Tj ..
ReplyDeletebila kita dah tau, jadi satu tanggung jawab juga utk menyebarkan kpd yg lain agar dapat dimanfaatkan bersama ..
apapun, sama2 ...
Assalamu'alaikum aby
ReplyDeleteJika tidak diusahakan oleh hamba soleh ini kita pun tak dapat nak membacanya kan..subhanallah, memang benar Allah memelihara al-Quran dgn mengilhamkan kpd Abu Aswad ni memberikan tanda2 bacaan, kmd diikuti pula dgn tanda waqaf..jika tidak kitapun tak tahu nak berhenti di mana..
Terima kasih aby..
Salam k werdah,
DeleteMmang betul, klu quran tk ada baris mungkin hnya d baca oleh org2 arab dan yg mngusai bhs arab. Alhamdulillah atas beliau sume org islam d atas muka bumi ni dpt mmbaca dgn penuh kesempurnaan
Haii.. salam kenal.. folow sini no. 40 yea..
ReplyDeleteDo follow me back? Heeee..
http://tengkubutang.blogspot.com/
Btw.. nice entri.. thanx sebab sudi share dgn kami..
Salam tenku butang.
DeleteFollower ke 40, menarik tu. Alhamdulillah brtambah follower.
Tq kerana sudi singgah. Insyaallah aby akan buat ziarah balas
Assalamualaikum Aby..
ReplyDeleteJalan-jalan kesini, salam kenal..
salam saridah ..
Delete(Betul ke bacaan nya )
tq ziarah blog aby ..
insyallah aby akan buat ziarahbalas nanti ..
Salam kakang. Menarik sungguh kisah nie. Memang setiap kali membaca, kita akan tertanya2 tentang perkembangan Al-Qur'an itu sendiri kan. Terima kasih atas pencerahan ini.
ReplyDeletesalam aziela ..
Deleteterlalu banyak perkembangan dalam ilmu quran ni .
insyallah, sedikit demi sedikit aby kongsikan utk menfaatkan bersama ..
Salam Bang..
ReplyDeletemenarik kisah ni.. kena cari Ensiklopedia Al-Quran lepas ni..makin menarik kisah Qalam Allah ni..:)
salam atie ..
ReplyDeleteblh carik ensiklopedia alquran tu ..
dapat menambah ilmu ..
insyallah akan aby kongsi kan lg kisah Qalam Allah lps ni ..