
pejabat aby tk jauh dari masjid Sultan Sulaiman ni ..
di gelar juga dengan nama masjid Sultan,
sbb masjid kt kaki bukit Istana Alam Shah,
kira masjid ni masjid rasmi Istana Alam Shah la ..
jarak antara masjid ni dengan pejabat aby pula hanya beberatus meter ..
yg aby nak bawak kali ni ialah bila waktu kita tengah kt pejabat,
terdengar pengumuman dari pembesar suara masjid,
"assalamualaikum warohmatullah hitaala wabarokatuh .."
"adalah dimaklumkan sifulan bin sipulan telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada pukul
sekian sekian.. mayat nya akan disemadikan diperkuburan .... pada wktu xxxx "
bila mendengar pengumuman tu,
akan tersebutla "innalillahi wainnailaikum rojiun"
sekali gus menghadiakan fathihah pada arwah ...
bila bercakap psl mati ..
teringat aby pembelajaran pengajian ..
bahawa manusia ni terbahagi pada 3 golongan dalam mengingati mati.
golongan pertama,
golongan yg tk takut mati.
manusia yg tengelam dalam dunia.
mereka ni tk takut mati sbb pada mereka lps mati tidak ada apa2 lg.
pada mereka kehudupan ni hanyalah semasa mereka bernafas,
tk perlu iman, taqwa atau beribadat utk belalan hari selepas mati .
mati adalah satu titik noktah satu kehidupan ..
tu yg golongan ni tk takut mati ..
golonggan kedua,
golonggon yg takutkan mati,
golonggan yg bertaubat dan memulakan amal untuk menuju keakhirat. mereka sentiasa memperbanyakan memperingati mati supaya hatinya sentiasa takut dan gementar kpd azab allah swt. golongan ni takutkan mati kerana takut ia datang sebelum mereka sempat melaksanakan tuntutan taubat sepenuhnya serta sebelum mengutip bekalan yang mencukupi
utk dibawa keakhirat.
golonggan ketiga,
golonggan yg tidak takut mati,
golonggan yg tahu tanggung jawab dan sentiasa cenderung ke akhirat.
golonggan ini sentiasa ingat kpd mati kerana ia merupakan janji allah swt yg tidak akan berubah.golonggan ini seperti amat mencintai mati disebabkan mereka sentiasa menanti nanti utk bertemu dgn orang yg dikasihi. golongganni menganggap mati sebagai melepaskan diri dari penjara dunia dan membolehkan dia berpindah kesisi org yg dicintai, nabi muhammad saw ..
mcm mana dengan kita,
adakah kita menggunakan akal dan sentiasa memerhatikan peningkatan usia yg berperingkat peringkat, dari zaman kanak2, zaman muda dewasa lps tu zaman tua yg lps tu pasti menemui maut.
bagaimana klu nama kita pun yg disebut dipengumuman masjid tu...
sudahkan kita mempersediakah diri kita dengan iman dan amal soleh utk kehudupan yg lebih kekal abadi didalam suasana yg penuh kenikmatan serta berusaha utk melepaskan diri daripada azab api neraka yang pedih ..