Sunday, May 29, 2011

Gulai Tempoyak Patin Temerloh ...

kebelakangan ni banyak crita2 psl ikan patin temerloh ni ..
di surat khabar mahu pun di TV,
malah seingat aby, majalah 3, dua kali buat paparan crita pasar minggu temerloh yg femes dgn penjualan ikan Patin ni ..

aby plak yg kerap dgn tugasan kt Temerloh ni
memang tk lepas makan ikan Patin bila kt sana ..
dah tau kt mana nak makan Patin Buah atau Patin Sangkar,
dari yg sepotong rm8/ hinggala ke sepotong rm30/



bila bau jer gulai tempoyak patin ni ..
pasti tk sabar nak makan.
apatah lg depa ambik dari kuali besar yg memang sentiasa dipanas ..



nak ekor atau kepala ..
dua2 bahagian pun meliorkan ..



kita makan kepala dan ekor ..
yg menarik aby,
selalunya klu masak ikan,
bila nak sentiasa panas, depa akan keluarkan ikannya dan panaskan saja gulai.
bila ada org nak baru dimasuklan ikan dalam mangkuk bersama gulai,
tp aby perati ikan Patin ni sentiasa dalam kuali ni jer ..
tk pecah plak bila di kacau2 masa tengah memilih ikan tu ..

href="http://2.bp.blogspot.com/-Tx72zdPIdzE/TeGGDA7WgAI/AAAAAAAABCE/baRIbCW8AAc/s1600/Photo0710.jpg">

apapun bila dah depan mata,
tk yah fikir2 lain ..
pilih ulam2 yg kita rase sedap ..
cecah dgn tempoyak, budu dan sambal belacan ...
.. mangan sampek warek ...
he..he..



sambil2 tu tengok2 la permandangan sungai Pahang yg cantik tu ...



satu yg menarik tentang masakan Patin kt sini ..
sedapnya ikan2 tu boleh di ratah gitu saja wlu tanpa nasik ..

teringat plak dgn arwah Sudirman hj arshad bila kt sini ...
al fathihah kt arwah ...

Sunday, May 22, 2011

Tak Siuman ....

cari makan sebagai kontraktor hospital memang banyak mengajar erti kehidupan.
masuk dalam wad2 pesakit, termasuk la wad bersalin, forensik, bilek mayat, bilek post mertem, wad diraja, sekadar sebahagian jer, memang dapat menyedarkan kita maksud, sihat sebelum sakit ..
gunakan la nikmat semasa sihat dengan mencarik ilmu dan melakukan sebanyak ibadat sebagai persediaan seblm datangnya sakit.
sekadar intro psl hospital.

baru2 ni aby berkesempatan membuat kerja di wad psikaitri (betul ke ejaannya ), atau lebih mudah nya wad org sakit jiwa.
spesel sikit wad ni. kawalannya ketat. pintu masuk sentiasa berkunci. ketat juga peraturan bekerja.
sebagai pemegang sijil NIOSH dah biasa dengan taklimat keselamatan Niosh, Dosh, CIDB dan cara kerja di Oil n Gas. tp taklimat keselamatan di wad sakit jiwa ni lain sikit.

sentiasa jauhkan peralatan kerja dari pesakit, sentisa pastikan tingkap2 tertutup.
sempadan kerja kena jauh dari depa tu, semuanya dikuatiri kawasan kerja didekati dengan pesakit ni dan berlaku perkara2 yg tk ingini, disebabkan depa tu tk cukup
akal.



2 hari bekerja diwad ni dapat tengok depa ni dari dekat
dan cara terapi yg dijalan.
kerusi2 yg tersusun tu adalah sususan aby sebagai sempadan supaya depa tk melangkan melepasi kerusi tu yg mana tempat org aby memjalankan kerja.
yg menariknya adalah terapi depa, berkaraoke ...
lagu2 yg dinyanyikan mereka adalah lagu2 Jamal Abdillah ..
best juga mendengar nyanyian depa tu ..
yg jarak nya dengan aby cume beberapa depa jer.



bila tengok gelagat mereka teringat aby masa belajar solat ..

dalam Syarat2 wajib sembanyang.
syarat2 nya adalah,
Islam.
baligh
BERAKAL
suci daripada haid dan nifas
sejahtera pancaindera
sampai seru ...

berakal ni adalah yg siuman.
klu tk siuman tk jatuh wajib utk bersolat,
sama la dgn org pmpuan dalam uzur.
dan org tk siuman ni juga tk akan mendapat dosa jika membuat satu kesalahan,
juga tk akan dapat pahala sekiranya membuat kebaikan ..

dan golonggan ni juga antara golonggan Taklif,
spt yg dikata,

"Orang yang tidak mempunyai akal, ataupun akalnya masih tidak cukup untuk menilai keburukan dan kebaikan tidak akan ditaklifkan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diangkatkan taklif daripada tiga golongan: daripaa kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehinggalah dia jaga dan daripada orang gila sehinggalah dia sembuh”. Hadis riwayat Ahmad dll."

dan bila bercakap pasal akal, yg diumpama macam wadah ..
ilmu wahyu sebagai isinya ..
patut juga bila ada kecacatan pada akal,
ilmu juga akan terjejas pada tempatnya ..

tu yg jadi tk jatuh wajib selagi kita belum berakal ..



apapun seronok juga bila mendengar
pesakit ni nyanyikan lagu AZURA ..
terbuai juga aby mendengarnya ...

Azura
Ada Sinar Di Matamu
Lembut Hatimu Mesranya
Sayang

Azura
Senyummu ku Terbayang
Tanpa Mu ku Sepi
Rindu
........

memang best ...

Thursday, May 19, 2011

Jalan Jalan Cari Makan ...

masa ni,
Sambutan Hari Ibu,
kira dah banyak hari la berlalu.

petang tu anak2 pujuk papa dia sempena Hari Ibu ajak raikan mama depa tu satu restoran special ..
restoran yg pernah kuar kt rancangan Jalan2 Cari Makan ..
tempat nya di TTDI ..



agak awal la juga aby pegi sana .
solat magrib kt surau berdekatan dengan tempat tu,
selesai solat, terus pergi ke restoran tu ..
jadi belum la ramai org ..



aby difahamkan oleh anak,
restoran ni menyajikan 25 jenis Tomyam dan 50 jenis nasik goreng ..
letih juga tengok menu ..
lantak la depa yg pilih ..
papa sedia bajet jer ..



memang cantik dan sedap suasana dan makanan direstoran tu ..
tp bukan psl suasana dan kesedapan kt restoran tu yg menarik utk dikongsi ..
sbb tk la jauh beza dgn restoran yg lain ..





tk nak tunjuk sangat makanan sbb mase aby snap gambo ni kami dah mula mkn ..
tu yg berterabur tempat ..

yg menarik aby sampaikan nak buat N3 ni sbb,
tetiba pelayan tu bagi rantai ni kt meja kami ..
katanya, mlm special ni,
makan yg melebihi rm100/-
dihadiahkan rantai sempena Mothers Day ..



cantik juga rantai ..
tp sapa yg hendak pakai??
simpan jer di almari ..
sebagai kenangkan makan kt kedai,

Jalan Jalan Cari Makan ..

Sunday, May 15, 2011

Terima Kaseh atas kesabaran mu Cikgu ....

sempena Hari Guru yg akan disambut esok,
aby nak merakamkan Terima Kaseh kpd guru2 terhadap kesabaran mereka dalam mendidik anak2 bangsa.

selama 2 bulan aby dan guru2 sekolah SKK, tempat anak2 aby bersekolah bersabar menangani kerenah dan masaalah anak aby.
anak aby yg bongsu dalam thn tiga ni tiba2 tk mahu masuk klas. asalnya dia kena marah dengan cik gu bersama kwn lain. lps tu dia jadi mcm malu dan tk mahu masuk ke kelas.
kerenah dia tk masuk kelas bukan sekejap, tp dua bulan.

dalam masa ni lah cikgu dan aby pening. klu dipaksa masuk kelas dia akan menekupkan kepala diatas meja dari mula sampai la dia keluar. dia tk akan naikkan kepalanya.
pernah sekali cikgu panggil aby datang sekolah sbb anak aby ni menyembunyikan diri dalam almari. satu perbuatan yg membahayakan diri dan boleh menyusahkan kan guru2 sekolah sekiranya mereka terlepas pandang yg anak aby kt dalam almari.
sekali tu kena datang sekolah sbb anak aby buat perangai makan kapur, takut nanti dia keracunan.

dalam waktu tu, kelas dia hanyala dibilek kaunseling. baik cikgu kaunseling ni, nama dia cikgu Zaidon, kata nya dari anak aby ni pergi marayau rayau kt sekolah baik dia duduk dalam bilek dia sahaja. takut klu dia merayau rayau nanti kene buli dengan pelajar2 tahun lima atau enam.
itu la seharian kelas anak aby ketika tu ...

dalam perbincangan aby dengan guru2 yg terlibat dgn anak aby ni,
guru2 ni bercakap, depa semua dah abis akal dalam menangani massalah anak saya.
yg boleh memulihkan semangat anak saya adalah dengan melalui perjumpaan pakar saikologi atau carik org alim utk berubat. yg menariknya cikgu pun ada memberi no telipon org alim yg boleh dirujuk utk mengubat.

yg buat guru2 ni susah hati, anak aby ni tergolong dalam budak bijak. sebab dia kt kelas pertama. wlu tk masuk klas tp masa periksa penggal pertama dia nombor 12.
depa tk mahu budak2 mcm ni terlepas pembelajaran. tk masuk kelas bermakna dia tertinggal pelajaran.

namun saya tertarik dgn kata2 penolong kanan sekolah, menukar sekolah bukan jalan nya. menukar sekolah bermakna kita cikgu2 disini menolak masaalah pelajar ke cikgu2 di sekolah lain. nak buat lapuran ke PPD pun tk boleh, takut budak ni dibuang sekolah. namun kita tk boleh biarkan budak ni terlepas pelajaran, klu berpindah sekolah ni boleh membuat dia masuk balik ke kelas, berpindah sekolah adalah jalan yg terbaik....

kerana malu dengan guru2 disana, aby pun membuat pemohonan menukar sekolah. tp masaalah lain pula timbul anak aby tk nak tukar sekolah. menangis nangis dia tk kan ditukarkan sbb dia nak sekolah di SKK juga. tp dia masih tk boleh masuk kelas juga.

satu hari ni kt umah kampong aby buat kenduri, semua abang2 dan kakak hadir.
aby ceritakan masaalah anak aby kt depa tu, terus depa suruh aby jumpa pak kiyai kt satu tempat ni. berjumpa la aby kt kiyai ni.
kata nya bila menengok, aby kena kacau dengan makluk halus, kerana tempat tu bangunan baru. ( memang tempat tu bangunan baru )
dia bekalkan aby air. sebahagian utk anak minum dan sehagian lg utk di siram kt pintu kelas sambail berkata, "jangan ganggu anak saya sbb dia hanya datang utk belajar"
ibu mertua aby pun tak berhenti bagi air kt aby suruh di bacakan yassin, surah Toha dan beberape doa utk diberi kepada nya setiap hari.
manakala aby pula menggunakan suart penukaran sekolah utk menakutkan nya yg sekolah akan buang dia sekiranya dia tk berubah ...

setelah ketiga usha ni aby buat, aby berbincang lagi dengan guru2 sekolah tu,
aby minta anak aby diteruskan kt sekolah tu, dan minta cik gu bersabar dgn harapan yg anak aby ni akan masuk kekelas balik.
alasan aby misal bertukar sekolah, cik gu tk sekolah baru tk tahu akan masaalah dia.
takut misal dia membuat cik gu kt sana akan bertindak keatas dia disebabkan dia tk berdisplin. akhirnya guru2 setuju atas sbb dia budak bijak, sayang melepaskan budak budak mcm ni kesekolah lain .. dari segi pembelajaran aby pantau kt rumah dgn memberi kerja2 sekolah supaya dia tk tertinggal ..

alhamdillillah ..
pelan2 anak aby masuk ke kelas,
asal tu sekejap jer, lps tu lama sikit ..
dan dalam 10 hari ni, nampak nya dia masuk klas penuh.
lapuran aby dapat dari guru dan juga kakaknya yg juga pengawas disekolah tu ..

peristiwa ni masih baru.
anak aby ni membuat pada bulan march dan april.
bulan may ni baru dia berjinak jinak masuk klas balik ..

aby masih percayakan itu adalah salah satu ujian dalam membesarkan anak.
qadak adalah apa yg sudah tertulis utk kehidupan kita.
manakala qadar adalah perlaksaan perancangan allah terhadap hamba2 nya ..

dalam tiga iktiar yg aby buat,
air dari kiyai, air ibu mertua hulur kt aby selalu atau surat pertukaran sekolah
sebagai penawaran utk dia masuk kelas yg dapat membuat dia masuk kelas kembali ..
waullahuaklam ...

yg pasti, sempena hari guru ni aby ingin mengucapkan setinggi tinggi Terima Kaseh atas kesabaran cikgu2 menangani peel anak aby sehingga dia dapat masuk ke kelas balik ..
dan rasenya patut juga petang ni aby beli satu Greeting Card, Selamat Hari Guru, utk diberikan kpd cikgu sekolah SKK esok ...



ni la anak aby tu ...

Tuesday, May 10, 2011

Sambung belajar Lagi ..

lps tidak tersenarai dalam kemasukan IPTA 2011 yg dah di keluarkan pd 06.05.2011 hari tu, aby gunakan Plan B utk menyambungkan pelajaran anak ke 2 aby ni ..

plan A adalah IPTA, Plan B adalah IPTS yang ada kt Shah Alam.
dgn berbekalkan 4 B dan tiada A semasa SPM thn lps,
pastinya IPTA agak susuh di capai,
tu yg adakan Plan B,
Yg pasti bila kt Shah Alam, tk lari dari 3 pilihan, PTPL, Unisel dan MSU.
lps meneliti bidang2 yg ditawarkan,
tempat dan pilihan yg terbaik adalah di MSU,
sengaja pilih shah alam sbb tk jauh dari rumah,
dan boleh berulang ke kampus dari rumah ..



hari isnin yg baru ni,
pendaftaran dimulakan.
bidang yg diambil,
Event Management ..
galakan ambil event sbb berpeluang mengendalikan program VIP, VVIP, celebrity dan tk kurang juga alim ulamak ..



anak pun setuju bila papa dia bercakap psl event,
ditambah pula masa pendaftaran,
petugas berkata, event satu bidang yg menyeronokan sbb bila ada event kt kampus ni,
pasti org event yg akan kendalikan program ni ...
lg seronok budak ni ..



tertarik juga dgn kampus baru MSU ni..
cantik tempatnya dan mempunyai surau yg besar dan selesa ..



pemandangan dari tingkat 4. tempat klas pengajian dia.



ada juga hikmah nya bila anak aby tk tersenarai dalam IPTA,
dgn keputusan yg tk kuat, bidang tk diminta adalah bidang yg tk diminati,
cuma bidang yg sekadar hendak menapak di dalam IPTA tersebut ..

bile dah tk dapat, carikla bidang yg dirasa sesuai dengan jiwa di IPTS ..

pd pengamatan aby,
yg penting jaga pelajaran,
semasa final praktikal yg kene attach bersama syarikat utk bekerja,
tunjukan komitment yg tinggi dan jgn sesekali ponteng,
insyallah seblm tamat praktikal,
surat tawaran kerja akan diberi..
dan akan terus bekerja ..
tanpa perlu jadi penganggur ..

spt yg dilalui kakaknya yg baru 3 minggu kerja ..
hari ni abis praktikal, esok dah melapur diri utk bekerja ..

sebagai org tua,
aby panjatkan kesyukuran sbb anak sulung tk menganggur dulu ..

Saturday, May 7, 2011

Coretan Hari Ibu ...


sejak sebelum ramadan thn lps sampai sekarang memang banyak aby outstation.
tempat dia tk la jauh sangat dari tempat aby ni,
sekadar temerloh dan jerantut..
tp kekerapan dan kadang2 mengambil mase banyak hari memang banyak mase tidak ada dirumah. klu dah nak keluar beberapa hari pasti persiapan pakaian dan keperluan juga kena siapkan kan sama ..
yg pasti hujung minggu mesti balik kerumah sbb ada klas pengajian yg kena hadirkan diri .. sib baik ada klas tu, klu tidak boleh terlajak pada hujung minggu ..

tk sangka pula kekerapan aby outstation dapat perhatian dari ibu mertua, yg duduk sekali dgn aby,
baru2 ni wf bercakap dgn aby,
katanya, wf tk syak apa2 ke kekerapan aby keluar outstation.
behari hari plak tu. manala tau kot kot aby dah pasang satu lg kt belah sana,
yg buat aby selalu kena pergi.

bila dengar kata2 tu dari ibunya,
wf pun jawab,
"tk pela mak klu dia pasang satu lagi.
yg penting dia balik ujung minggu dan nafkah dia tak abaikan"

dan MIL pun sambung lg,
"jadi klu dia pasang satu lg enko rela la"
wf kata dia tk jawab tu ..

wlupun wf faham akan tugasan2 yg ada kt luar,
dalam melawak dia kata juga ..

"mcm mana klu kata mak tu betul"
dalam melawak juga aby kata,
"alhamdullillah klu betul"

naluri wanita,
klu crita2 gitu sedikit termakan juga ..
tk pa la ...

sekadar mencoretkan kisah2 rumah tangga sikit sempena yg dikata Hari Ibu yg disambut hari ni, kerisauan seorg ibu klu dalam diam anak nya dimadukan ..

ibu mertua yg banyak menolong kami menguruskan rumah,
serta menolong menjaga anak2 semasa ketiadaan kami.

dalam yg dikata Hari Ibu,
entah dari dulu lagi aby kata,
pd aby hari hari adalah hari ibu,
sbb ibu2 ni kena di muliakan.
jangan bantah katanya wlupun kita tk setuju.

klu ada perbuatan yg tk disenangi
kena bercakap dgn yg seselamat mungkin yg jangan buat hati nya terasa.
sbb kita mengharap doa2 yg terbaik dari ibu.
doa yg sentiasa utk kerahmatan dan keberkatan kita.

minta simpang jgn terkeluar doa yg boleh menjahanamkan kita ..

yg penting!!!
gembirakan ibu2 kita ...

apakah aby perlu mengucapan selamat hari ibu kt semua...

yg pasti aby Doa kan semua ibu2 dilindungi kerahmatan dan keberkatan Allah swt ..

bila mencarik asal usul Hari ibu ni,
tawar hati juga nak ucapkan happy Mothers' Day ...

The history of Mother's Day is centuries old and the earliest Mother's Day celebrations can be traced back to the spring celebrations of ancient Greece in honor of Rhea, the Mother of the Gods. During the 1600's, the early Christians in England celebrated a day to honor Mary, the mother of Christ. By a religious order the holiday was later expanded in its scope to include all mothers, and named as the Mothering Sunday. Celebrated on the 4th Sunday of Lent (the 40 day period leading up to Easter), "Mothering Sunday" honored the mothers of England.

During this time many of the England's poor worked as servants for the wealthy. As most jobs were located far from their homes, the servants would live at the houses of their employers. On Mothering Sunday, the servants would have the day off and were encouraged to return home and spend the day with their mothers. A special cake, called the mothering cake, was often brought along to provide a festive touch.

panjang lg artikel ni ..
cuma pastekan intro nye jer ...

Sunday, May 1, 2011

Coretan Hari Buruhh ...


semalam cuti hari buruh,
hari ni bersambung lg. kira dua hari ni hari ni adalah hari yg istimewa yg org2 yg berkerja.

teringat aby masa mencarik calon isteri.
aby nak calon isteri seorg yg berkerja.
sekurang kurang nya bila kwn2 bertanya,
"isteri engko kerja kt mana?"
adalah jawapan "dia kerja kt .... "
itu la pemikiran wktu tuu ,,,

bila dah berkahwin dan anak dah dua ke kiga org dan tengah mula membesar,
terasa isteri berkerja mcm susah pula.
klu boleh wktu tu bagi isteri berhenti kerja dan bagi tumpuan kat anak2 jer.
tapi tuntutan kewangan wktu tu agak tinggi,
rumah. kenderaan menjaga anak dan sebagai org muda mesti nak berjalan selalu,
menyebabkan keperluan utk isteri kene teruskan..
sekurang kurang boleh membantu ..

waktu ni,
bila anak2 dah besar dan ada yg mula kerja,
ekonomi pun dah mula kukuh sikit,
seharusnya isteri dah boleh benti kerja ..

tp masa dan keadaan masih memerlukan isteri berkeja lagi.
bile umo dah mula meningkat,
kita tk tau apa akan terjadi hari esok,
elok la teruskan kerjanya juga ..
sekurang kurang nya misal berlaku apa apa,
dia masih ada sesuatu utk berpegang ..

dan utk berlaku adil,
gembirakan hati nya dgn tk mengusik gajinya ..
buat la apa yg dia suka dgn gajinya tu ..
kali ni dia berkerja utk dirinya ...

dengan hari buruh baru berlalu,
berapa kali hari buruh lagi yg aby akan benarkan dia sambut dalam dia bergelar pekerja ...

sbb tu,
hingga sekarang aby suka suami2 yg memilih isteri yg tk berkerja..
keyakinan mereka menyara sebagai ketua keluarga
amat dikagumi ..
dan wktu ni klu boeh aby nak isteri jadi full time house ..
tp biar la sedikit wktu lg ...