Friday, July 29, 2011

Jumpa Tamparuli ingat Marsha AF3 .....

seharusnya aby sambung crita dan image masa di Sabah minggu lps sbb lebih 400 shot aby buat masa kt sana, tp dek kerana tugasan yg menyebabkan aby di luar kawasan beberapa hari lps, tk berkesempatan aby buat.. lagi pun lusa, insyallah kita mula puasa, so cerita2 puasa lebih menarik ..

walau bagaimana pun aby nak share sikit masa jumpa tempat ni ..
Tamparuli ..

semasa nak pergi ke Kundasang/Ranau tempat gunung Kinabalu,
ternampak tulisan Tamparuli ..
Tamparuli ni fames sbb dipopularkan oleh Marsha AF 3,
tahun yg ada Mawi,
disamping Felix dari Kota Belud dan Adam dari KK,

masih ingat lg aby yg dalam satu persembahan konsert AF waktu tu,
marsha ada nyanyikan lagu Jambatan Tamparuli ..
dan banyak dia bercakap pasal jambatan Tamparuli tu ..



jadi nya bila nampak sign Tamparuli,
keinginan nak tengok jambatan yg sering di cakap oleh Marsha tu agak kuat juga ..
akhir nya kami jumpa juga ..





apalagi, tk nak lepaskan la naik kejambatan ni ..
suspen juga masa berjalan,
bergoyang goyang ..



agaknya,
kt jambatan ni juga,
remaja2 Tamparuli ngurau mengurat kot ..
termasuk la marsha ni,
sebelum dia femes ...



suasana di atas jambatan tu ..



gambar agak gelap sbb hari dah masuk senja ..
kami datang sini on the way balik dari Kudasang utk ke hotel di KK ...

apapun ..
sempena Ramadan yg akan sampai lusa,
aby ucapan selamat Berpuasa kpd semua yg membaca N3 ni,
semoga kita mendapat keberkatan sepanjang kita menjalani ibadat disepanjang bulan ramadan nanti ...
ameen ...

Sunday, July 24, 2011

Tanjung Simpang Mengayau, Tips of Borneo ....

minggu lps aby bercuti dengan anak2 ke Sabah ..
destinasi utk jenjalan disana dah plan awal awal,
buat goggle search utk tempat2 yg menarik ..

sampai di KKIA T2 ..



tengah tunggu kereta sewa ..
dah buat arrangement seblm datang sini ..



Destinasi pertama yg dituju selepas check in kt home stay,
Tanjung Simpang Mengayau,
satu tempat di Kudat, 190 km dari kota Kinabalu,
tp nak menyampaikan kesana jalan raya nya bukan la mcm hiway PLUS kt sini,
letih juga la melalui jalan2 bukit yg rosak rosak ..

sebagaian jalan menyampaikan ke tempat tu...





pemandangan rumah2 mcm ni adalah pemandangan biasa dalam perjalanan tu,



sampai ke tempat yg dituju,
dari jauh dah nampak globe Tips Of Borneo ..
di kata,
tempat ni bukan saja titik paling atas dibumi Borneo,
malah disini juga adalah pertemuan antara Laut Cina Selatan disebelah Barat dan Laut Sulu di sebelah Timur.



berjalan menuju kearah globe



Cantik pantai dia dan air lautnya juga amat jernih,
nampak batu batu didasarnya





globe penanda yg kita berada di titik paling atas dibumi Borneo






WE ARE HERE,
tu yg dimaksudkan tempat yg paling penghujung tu ..



yg menariknya,
ada beberapa pondok menjual cengkerang2 siput dan batu2 karang ..
bila tanya pada penjual ni dapat kt mana,
depa jwb, dapat dari penyelam2 kt kawasan tu..





utk hari pertama,
kesini saja destinasi kami disamping ke pekan Kudat,
on the way balik, dalam keadaan yg dah gelap,
singgah di satu kedai usang kt satu kampung,
sbb nak beli mineral water,
masuk masuk kekedai tu,
depa tengah makan jagung rebus,
masih panas lg sbb baru keluar dari periuk,

masa berbual bual dgn tuan kedai dan mengetahui kami dari semenanjung,
dengan murah hati depa tawarkan aby jagung yg kt dalam pinggan tu ..
katanya, "tak perlu bayar, ambik saja, ambik untuk semua yg ada dalam kereta tu"
namun aby nak bayar juga,
tp depa tetap tk ambil duit ..
so, terima kasih jer kt depa tu ...

mulia sungguh hati pekedai tu wlupun sekadar kedai usang ..

sampai umah dah hampir jam 10 mlm ..
tk kemana lg ..
habis jalan hari pertama ..

Saturday, July 16, 2011

Liverpool/Malaysia vs Malam Nisfu Syaaban ..

masa sampai kt rumah petang semalam,
sempat tengok pasukan Liverpool melawan Malaysia kt TV.
kedudukan baru 1 utk liverpool 0 utk malaysia.
tk lama lps tu tendangan cantik Syafiq rahim mengeggar gawang liverpool plak,
menjadikan 1 sama ..
boleh tahan juga permainan malaysia ..

masuk separuh masa kedua ..
liverpool ledak 3 biji lagi menjadikan 4 -1,
waktu tu, baik aby mandi jer ..
sbb magrib dah hampir ..
selesai mandi dan bersalin ..
bila tengok kt TV,
keputusan dah 4-3 ..

wah ... malaysia dah ledak lagi 2 gol ..
sape yg score plak tu ..
permainan dh masuk ke minit 85 ..
game tengah memucak ni ..

Haiya alas solah pun dah kedengaran ...
bola atau magrib ..

malam ni malam Nisfu Syaaban ..
lps solat ada tahlil dan doa mlm nifsu syaaban ..
kata ustaz,
islam hendak lah di terima pd hati dan dizahirkan pada perbuatan dan dilafazkan dengan percakapan ..

so.. tutup TV,
tinggalkan perlawanan liverpool/malaysia ..
aturkan langkah utk bersama sama mengaminkan doa nisfu syaaban ..

dikata juga malam nifsu syaaban adalah malam yg mana buku amalan atau pun annual report kita diangkat kelangit. jadi aby nak pada akhir buka tu tercatat aby berada di masjid dan dikata juga pada mlm tu pintu2 kerahmatan dibuka seluas luasnya ..
seperti dalam riwayat ..

Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

sekadar teringat awal muharam awal thn lps,
mase tu final bola, cuma terlupa piala suzuki atau final sukan SEA,
kemuncak finalnya adalah waktu magrib..
dan mlm tu adalah malam awal muharam,
yg mana imam akan membacakan doa awal thn selepas magrib,
tp ramai terpacak di TV sbb meraikan malaysia menang pada mlm tu ..

berbalik pada perlawanan malaysia Liverpool ...
bila tengok keputusan mase Buletin Akhir,
liverpool 6 malaysia 3 ..
bermakna mase magrib, liverpool dapat mengiburkan penonton dengan jaringan 2 gol lg ..
pasti bersorak keriangan penonton ..

yg pasti, bile malaysia score, kite bersorak sbb negara kita buat jaringan tp bila liverpool score pun bersorak sbb liverpool adalah pasukan yg dimanati dan perlawanan tu adalah sekadar satu perlawanan persahabatan ..

cuma tk buat terkilan,
kenapa penganjur perlu buat kemuncaknya pada waktu magrib ..

sebagai negara Islam
yg mana perlembagaan islam adalah teras nya ..
seharusnya penganjur kena lebih sensitif dengan adat dan cara hidup malaysia apatah lagi bila melibatkan umat islam ...

apapun..
jaringan 6 gol dari liverpool mungkin tk hairan ..
tp ledakan 3 gol dari anak2 malaysia,
pasti akan diperkatakan utk tempoh yg lama ..
sebagai satu kehebatan ..

dan setelah berlalu malam nisfu syabaan ..
menandakan ramadan dah semakin hampir ...

innamaakmalubinniat ..
setiap perbuatan bermula dengan niat ..
dengan kedatangan ramadhan ni,
pasanglah la niat yg pengisian ramadan kali akan jadi lebih baik dari ramadhan2 yg lepas ...
insyallah ...

Wednesday, July 13, 2011

Bravo Ferrari ....

seperti manusia lain yg ada kecendrungan meminati sesuatu,
aby juga tk terkecuali,
termasuk ni rasanya dah 4 kali aby buat N3 pasal F1 dan Ferrari,

keterujaan terjadi bila utk kali pertama musim ini setelah 9 perlumbaan berlalu, ferrari dapat no 1 dalam perlumbaan British GP di Silverstone Ahad lps.
yg bestnya pasti perlumba faberet aby, Fernando Alonso yg drive ..



wlupun utk kejuaraan thn ni nampak dah tk dapat dicapai,
dgn musim yg baru masuk second half,
pasti menarik sbb ferrari dah mula dapat rentak ..
perkembangan yg kurang menyenangkan Red Bull ..



melihat pemandu Ferrari menerima hadiah di podium tertinggi,
adalah sangat2 dinanti nantikan bukan saja oleh aby malah jutaan peminat Ferrari di seluruh dunia.



F Alonso, diapit pemenang ke 2 dan ke 3, vettel dan webber dari Red Bull ..



jeng .. jeng..jeng ..
aby pun ada ferrari juga ..
2 model ferrari ,
model utk Michael Schumacher dan Eddie Ervine ...
ngapa jadi togel gitu !!!!

Hero aby si farish ni masa dia baru lahir aby panggil sebagai Kimi Raikonnen,
(mase tu bawak McLaren sebelum bawak Ferrari )
aby minat betul dgn kimi raikonnen nih ..
sampai Farish ni aby panggil raikonnen ..
beberapa kwn aby pun bertanya juga,
adakah nama Raikonnen tu yg tertulis di surat beranak,
dan aby jwb, ya ..
tp bila nak buat aqiqah, kena bagitau la nama hero yg sebenar ..



yg jadi masaalah nya ..
bila dia mula membesar, dia tk nak main kete mainan biasa,
dia nak main kete F1 yg dalam almari hiasan ..
tk dapat kete tu dia akan berguling guling nangis ..
Demi sayangkan the only Hero ni ..
bagi la dia main kete tu ..
dapat kt budak ..
jahannam kete2 tu jadi ..
kete Ferrari dan Williams plak tu ..
yg buat terguris sikit,
kete tu ori punya,
dari NIKKO bukan dari Hot Wheels ..



utk aby plak ..
poster Ferrari ni dah tergantung kt satu sudut ruang tamu sejak thn 2000,
meaning dah 10 thn poster tu tergantung kemas ..
gamba keraian sempena MS berjaya menjadi juara dunia pd thn tu ..



namun ada juga kete ferrari yg masih tersimpan cantik sampai sekarang,
kete Ruben Barichello ..
michael schumacher punya team mate ...



utk kete Kimi Raikonnen, Massa dan Alonso tk ada dalam koleksi sbb sekarang harga nya dah melambung tinggi ,
dan bajet plak dah kene salurkan ke mieow mieow ..
so .. no more F1 car models ...


gambar kimi Raikonnen, sebagai tambahan hiasan ..
hensem mamat nih ...

Saturday, July 9, 2011

Hargai keamanan yang Ada ...

assalammualaikum rakan2 blog ..
lama aby tk buat entri.

TQ buat sahrom kerana sapaan kemana menghilangnya aby.
sebagai jawapan,
3 minggu aby outstation,
balik cuma hujung minggu disbbkan kena attend klas,
pas tu isnin pergi balik kebandar Ikan Patin ..
menerukan tugasan utk diselesaikan ..
tu yg lama tk muncul ..

pembuka entri kali ni ..
tarikh, 8 july
masa, Pagi jumaat ..
tempat, di hadapan hospital temerloh ..



sekumpulan warga yg menghargai dan mensyukuri keamanan,
berkumpul dihadapan hospital temerloh dgn kenderaan pacuan 4 roda utk membuat expedisi masuk dalam hutan ..



ramai yg join,
rasenya lebih dari 100 kenderaan,
rasenya, mereka tk kisah yg esoknya akan berlaku kekocohan di KL ..
sementara kt sana aman, buat la altiviti yg sepatutnya ..



petang tu, pukul 6.30 ptg bergerak balik ke kelang,
pada awalnya perjalanan lancar biasa,
sampai diBentong, dah sangkut dalam kesesakan,
dah tau pasti ada sekatan jalan raya.
betul tekaan, sebelum toll bentong ada sekatan ..



memasukki Karak Hiway dgn selesa dan lancar,
tp bila hampir ke gombak ..
lebih kurang 5 km dari toll,
dah berlaku kesesakan,
kesesakan yg amat sangat...
dari mula tersekat hingga melepasi sekatan polis adala dalam 3 jam.

seronok juga melihat gelagat pemmandu pemandu ni,
bila dekat dgn toll dan tk jauh dari sekatan,
masing2 membunyikan Hon,
bukan saja kereta, bas dan lori pun tekan Hon sama..
memang mcm pesta waktu tu ..



kereta aby pun kena ketepi utk dibuat pemeriksaan sebab ada bag2 di tempat duduk belakang, tp bila aby jelaskan yg aby dalam perjalanan pulang dari tugasan luar sambil menunujukan bukti dokumen, aby dibenarkan menerukan perjalanan ..

bercerita sikit psl perhimpunan yg buat org2 biasa mcm aby dan ribuan yg lain kena tempias akibat kesesakan kan ..
aby masih percayakan sistem undi utk mengubah sesuatu dari berkonfrantasi di atas jalan. banyak dikata yg SPR tidak telus, banyak penyelewengan.

tp bila balik kpd pegangan akidat,
beriman kepada qada dan qadar,
apa yg terhasil tu adalah yg terbaik dari allah utk ciptaan nya ..
dgn Kun fa ya Kun, Allah swt mampu menzahirkan apa yg tk terfikir dan tergambar dengan pancaindra kita, ini kan utk mengubah hati manusia dengan hanya mengerakan tangan masa memangkah semasa pilihan raya, masakan dia tk mampu ..
mungkin SPR membuat lencongan,
tp lencongan tu terhasil atas izin allah juga ..
tanpa izin allah, sesuatu perancang tk akan terjadi ..

kita bukan lah qodariyyah yg tidak beriman kpd allah swt,
yg mana semua hasil adalah atas usaha kita,
dan tidak la spt jabariyyah yg hanya mengharap semuanya dari allah, yg kita sebagai lalang mengikut angin, namun usha dan iktiar tetap ada di mazhab asyaariah, pengasas sunnah wal jamaah.

mungkin disebabkan didalam sunah wal jamaah terkandung usha dan iktiar boleh mengubah qadar, adakah perhimpunan semalam sebagai usha dan iktiar dalam mengambil alih kerajaan, namun, wlu perbuatan iktiari dah dibuat, kita masih belum terlepas dari idtirari, iaitu satu perbuatan yg terhasil bukan dari usha dan iktiar,
contoh, ditahan polis ketika berarak ...

namun alhamdullilah,
dgn Qadar Allah,
allah swt telah menentukan kadar yg datang utk perhimpunan tersebut,
sama spt kadar air hujan dan banjir yg ditimpakan ke sesuatu tempat ..
kadar yg diizin allah cuma sekadar kuku hitam pada tubuh manusia ..
yg lain nya masih menghargai dan mencintai keamanan yg ada ..

akhirnya ..
wama karu wamakarallah, waulahhu khoirul makiren,
manusia merancang, allah juga yg melaksanakan rancangan ..

atau dalam bahasa org putih ..
[we plan, Allah plans, and THE BEST planner is Allah's]

apa yg terhasil,
adalah atas izin allah ...