Wednesday, November 16, 2016

Main Parkour pulak Dia ..

salam rakan2 blog ..
musim persekolahan dah hampir melaboh tirai ..
musim cuti dah mula menggamit ..
dengan SPM sedang berjalan, banyak hari persekolahan pun dikorban sama.
budak2 pun ramai yg dh tk pergi skolah ..

minat hero aby yg seorang ni ..
sekarang dah berjinak2 dengan permainan Parkour.
mungkin ada yg tak tau pasal Parkour games ni.
ianya satu jenis permainan yg boleh meringan badan, berlari sambil melompat dan membuat summersault ..( betul ke ejaan tu ) 
kalau tk ada training gustinya atau tk pegi sekolah, pastinya sebelah petang berkumpul dengan kawan2 sepermainan dan praktis berparkour ni.
katanya berparkour ni lebih puas dari wrestling


parkour ni dapat dilihat dalam movie ketika adegan kejar mengejar ..
selalunya apabila mendekati pagar atau nak membuat satu lompatan merka boleh membuat dengan langkan yg sama tanpa berhenti , atau misal ketika berlari diatas tembok, ketika hendak turun dr tembok, mereka terus membuat summersault utk turun kebawah ..


sekadar letak sekali gambar2 hero ni yang tk reti sakit bila dilambong, melambong dan dihempas.


yang baju putih tu sifarish lah dalam event gusti nya tempoh hari


dua orang sekali menghempas dia kelantai , masih carry on juga .. 


ketika menerima terjahan terbang ...  demi beraksi didepan audient, ok jer ..
sakit semua boleh  serap ..
yang penting bagi performance sebaik mungkin
mungkin hero aby ni join parkour ni sbb nak mantapkan performance dia ketika di gelanggang kot.

satu yang menarik bila sihero ni join klub gusti,
athma nya dah tiada..
mungkin ada tapi dah kurang.
diawal blog ni ada beberapa entri yg sihero ni ditahan dalam wad sbb athma ..
bila baik selepas di Wad, 4atau 6 bulan sekali akan pergi hospital utk menyedut gas ..
rasanya terkini lebih setahun dia tidak kehospital utk menyedut gas tu ..
mungkin keaktifan dia training sedikit sebanyak membantu mengurangkan athmanya ,,


lucu juga bila tengok liputan ni di Harian Metro yang lepas ..
farish yg tengah pada gambar kecil tu .. 

apapun green light dari papa nya  ..
tanpa parent dia tak dapat ditraining dengan rakan2 nya ..
sebagai budak yg baru 14 tahun, kesemua pergerakan masih dalam bantuan parentsnya ..

Saturday, November 5, 2016

Selamat menduduki peperiksaan SPM


salam rakan blog 

Untuk anak ku Jee yang akan menduduki peperiksaan SPM esok, papa doakan agar dapat menjawab soalan dengan tenang dan senang. Moga dipermudahkan Allah swt sepanjang duduk di dalam dewan peperiksaan tu.
Diharap pengalaman mengatur langkah di dewan chansellor universiti akan membakar semangat utk mengatur langkah sekali lagi bagi menerima skroll yg lebih baik. Tidak ketinggalan doa ku kpd semua calon2 lain untuk buat yang terbaik ketika peperiksaan nnti. 




beberapa anak rakan2 blog pun akan menduduki peperiksaan SPM ni juga ..
sebagai ibu bapa kita dah sokong dengan masa dan kewangan.
tuisyen, buku buku tambahan dan program2 menghadapi SPM yg diatur sekolah dipusat2 pengajian tinggi ..
menyediakan makanan2 ringan semasa anak membuat ulangkaji pun dilakukan.
menghadirkan diri di program bacaan Yassin dan solat hajat perdana dh di buat ..
doa persendirian kita memohon kepadanya pun telah dilakukan .
diharap anak kita anak melakukan tugasan nya dengan cemerlang ..
selamat menduduki peperiksaan utk anak2 anda semua .

Goodluck, all the best and do your best .