Tuesday, July 15, 2014

SePetang di Rumah Anak Yatim ..

salam rakan2 blog ..
sabtu lepas aby mengikuti konvoi bermotor berkunjung ke Rumah Anak Yatim ..
sempena sumbangan bulan Ramadan ni ..


sambutan dari rider pun bagus juga ..
ramai yg turut serta  ..
berkumpul dan bermula dari kedai ni ..


tempat yg dituju adalah Rumah Anak Yatim di Kancung Darat, Banting ..
yang kebetulan kampung aby juga ..
tu yang teruja nak ikut serta .. 


dah sampai di Rumah Anak Yatim tersebut ..


macam2 jenis moto datang ke sini ..


nak bagi adik2 kt sini seronok kot ..
tu yg ramai hadir menyeri majlis ..


motor hijau mesti kene tunjuk juga ..


bersama sama dengan adik2 disini ..


acara utk petang tu ..
membawa adik2 bersiar siar dengan moto ..
peraturan nya mudah saja ..
adik2 perlu pergi kemoto yang di sukai ..
lepas tu tuan moto akan bawa adik2 tu bersiar siar ..




moto2 bersama dengan adik2 yg akan dibawa bersiar siar ..




moto hijau tu pun ada pasenger juga ..
sampai 7 trip moto hijau tu bawa penumpang ..
tiap kali turunkan penumpang .. adik yg lain plak minta di bawa ..


sebelum berbuka puasa ..
bikers juga di jemput masuk kedalam dewan solat utk mendengar tazkirah ..


utk program sebelah malam ..
sumbangan duit raya utk adik2 disini dari Dato' Chear ..
towkey kedai yg kt gambar atas tu .. 


yang ni pula sumbangan collection dari bikers ..
tidak tahu berapa jumlah nya sbb tidak sempat dikira .. 


sumbangan terakhir dari dato' chear kepada pengetua rumah tu ..


yg seronok nya semasa jumpa pengetua tu ..
aby sapa dalam bahasa jawa ..
dengan mengatakan yg aby ini anak kampong itu juga ..
sambil memberitu aby anak siapa dan adik siapa ..
wak ni jadi tau sangat ..
sbb dalam satu entri yg lepas ketika rumah kami dikampong buat kenduri,
penghuni dari rumah sini menjadi tetamu kami sambil wakil mereka yg membacakan tahlil tersebut ..

apapun pengalaman membawa adik2 tu bersiar siar amat manis sekali ..
rata2 yg umur mereka seusia Farish .. 

moga kunjungan kami membawa kegembiran utk adik2 disitu juga ..

Thursday, July 10, 2014

Kenali sifat2 Allah dalam diri Kita

salam jumaat rakan2 blog ..
pejam celik puasa utk tahun ni dah hampir 2 minggu  ..
mcm mana puasa rakan2 semua ..
baru ada kesempatan utk menulis didalam blog ..



renungan utk jumaat ..
mengenali sifat2 Allah didalam diri kita ..

Allah itu sebersifat qadim dan kita bersifat hamba ..
namun sebagai hamba, kita diberi sedikit sifatnya dalam menjalani kehidupan sebagai manusia,
qudrat, iradat, ilmu, hayyat. sama', basar dan qilam, 7 sifat yg diberi pinjam kpd kita buat sementara.

untuk menggerakan kita Allah berikan Qudrat, tenaga atau upaya,
keupayaan utk kita bergerak sebagai manusia ..
qudrat pula tidak cukup kalau tidak ada Iradat, hasrat atau keinginan,
bila dah boleh bergerak dan ada keinginan, boleh dan pasang angan2 apa yg nak dimileki atau kemana nak dituju ..
ada qudrat dan iradat pula masih belum cukup tanpa Ilmu ..
maka Allah berikan kita ilmu pengetahuan, iaitu kelebihan untuk kita berfikir ..
bila 3 perkara dah ada, Hayyat perlu ada,
tiada Hayyat bererti kita tak hidup atau bernyawa ..
perlu ada nyawa .. dalam menjalankan satu kehidupan ..

bila dah ada qudrat, iradat ilmu, hayyat ..
itu baru utk suata perbuatan .. masih belum sempuran lagi kehidupan ..

lepas tu . Allah swt beri kita pinjam, Sama' atau penglihatan ..
untuk melihat apa yg diinginkan ..
beri kita Basar atau pendengaran untuk mendengar apa yg diperkatakan kepada kita ..
lepas boleh melihat dan mendengar ..
Allah beri kita Qalam, kebolehan utk berkata kata ..

sbb itu kita boleh bergerak bercakap mendengar dan melihat ..
baru lah sempurna kejadian kita sebagai hambNya yang dikasihi ..

Namun bila diambil balik kesemua itu ..
yang tinggal pada kita hanyalah tulang, kulit, darah, daging lendir, otak dan bulu2 roma ..
yg akan reput dan kembali semula ke tanah, asal kejadian kita ..

sekadar renungan jumaat ..
selamat meneruskan ibadat puasa kepada semua rakan2

blog ..