Wednesday, July 31, 2013

Indahnya Perbendaharaan Al Quran ...



salam rakan2 blog ..
semoga dipermudahkan dalam menjalankan ibadah puasa ..
apatah lg didalam 10 mlm terakhir ni .. lebihkan ibadat malam dalam mencari bekalan utk perjalanan panjang di alam yg lain nanti.

terawih td, masjid di tempat aby berimamkan seorang sheikh dari Palestin, siap beri tazkirah dibantu dengan seorg jurubahasa, bercerita tentang penindasan yg berlaku disana.
minggu lps terawih berimamkan seorg sheikh dari Syria, siap dengan tazkirah juga ..dengan bantuan seorg jurubahasa, dapat la kita tau crita2 dari sana ..
sekadar intro utk N3 ni ..


nak berkongsi satu pemenuan hadith yg sungguh indah didalam buku ni ..
jodol buku ni ialah Perbendaharaan Al Quran ..
yg menarik nya buku ini adalah, ianya diterbitkan MAIS bersama dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atas perkenan Sultan Selangor ..


Hadith riwayat Imam al Tarmizi dari al Harith ..

Maksudnya:


Dalam al-Qur’an terdapat berita zaman dahulu dan zaman akan datang. Ia juga menjadi peraturan (perlembangan sumber perundangan) di antara kamu. Ia adalah kata pemutus (dalam pertelingkahan dan lainlain), bukannya sebagai gurauan. Sesiapa yang meninggalkannya kerana kesombongan, nescaya Allah akan memusuhinya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk dari selain al-Qur’an, nescaya Allah akan menyesatkannya. Al-Qur’an adalah tali Allah yang kuat, pengingat yang bijaksana dan jalan yang lurus. Dan ia adalah kitab yang dapat memelihara hawa nafsu supaya tidak menyeleweng dan lidah supaya tidak tersasar, ulama pula tidak akan merasa kenyang dengannya, ia tidak membosankan meskipun dibaca berulang kali dan keajaiban-keajaibannya tidak akan habis. Al-Qur’an itu adalah kitab yang apabila para jin mendengar bacaanya, merekaberkata: Sesungguhnya kami mendengar  al-Qur’an yang ajaib, yang membawa kepada petunjuk, lalu kami beriman dengannya (al-Qur’an itu). Barang siapa berkata dengan menggunakannya (al-Qur’an itu) nescaya dia telah berkata benar, sesiapa yang mengamalkan ajarannya, nescaya dia diberi pahala, sesiapa yang memberikan hukuman berdasarkannya (al-Qur’an itu), dia pasti adil dan sesiapa yang mengajak kepadanya (ajaran al-Qur’an itu), nescaya dia akan mendapat petunjukk kepada jalan yang lurus.

sungguh indah isinya, yg aby boldkan tu ialah yg betul2 menyentuh hati ..
patut la kita tidak merasa bosan mengulang dan mengulang baca ..

hadith ni dibaca oleh pensyarah dalam klas aby yg terbaru ..
ketika dibaca, hati ini terus jatuh hati yg amat sangat dengan hadith tu ..
ingin tau dari mana dia dapat buku yg diguna sebagai rujukan tu ..

bila habis klas, terus jumpa pensyarah dan tanya dia buku apa yg dia guna ketika membaca hadith yg sangat indah tu ..
katanya, buku tu tiada dalam pasaran, tp klu hendak kena pergi ke KUIS, sbb buku tu adalah terbitan nya ..
katanya lagi ..klu saudara berminat, ambil la dulu, minggu depan pulang kan balik kt saya ..
alhamdulillah .. bagaikan orang ngantuk disorong, terus aby terima bila dia suakan buku tu ..

alhamdullillah, dapat juga membelek belek dan mencari khazanah dalam buku tu ..

semoga dengan paparan hadith tu, kecintaan kita terhadap Al Quran akan bertambah tambah lg ...

Sunday, July 28, 2013

Doa ...antara Ijabah dan Istijabah ..



salam 10 mlm terakhir ramadan rakan2 blog ..
baru2 ni kak zakie@Titisan Nurani ada buat N3 atas tajuk 'Mengapa Doa tidak Maqbul'
aby ada buat reply dengan berkata, akan membuat satu N3 bagi comment N3 tu ..
dibawah ni aby paste kan N3  kz utk sama2 kita refresh kembali N3 tu 
  • Tahu akan kebesaran dan kekuasaan Allah tetapi tidak menunaikan suruhanNya
  • Mulut berkata cintakan rasul Allah tetapi tidak mengamalkan sunnahnya
  • Membaca Al-Quran sekadar membaca namun tidak mengamalkannya
  • Tahu syaitan itu musuh tetapi bagaikan bersahabat kerana tidak memeranginya
  • Tahu mati itu pasti tetapi tidak pernah bersedia untuk mencari bekalan
  • Menceritakan aib orang jadi amalan sedangkan aib sendiri tidak disedari
  • Mempercayai syurga dan neraka tetapi cara hidup bagaikan dunia inilah syurga tanpa ingat neraka
  • Menziarahi kubur tetapi tidak mengambil iktibar dari kematian
  • Memperolehi segala nikmat dari Allah tetapi tidak pernah bersyukur
sebelum aby mulakan psl doa elok juga kita mengetahui sifat Allah yg ar rahman ar rahim ..
sifat yg pemurah lg mengasihani ..
klu org yg pemurah bermakna org yg suka memberi atau menderma ..
apatah lg klu org tu lg maha mengasihani .. akan lebih dermawan sifat dia utk org2 yg memerlukan ..
begitu lah dgn Allah swt ..
sifatnya yg pemurah lg mengasihani, Dia memberi segala  keperluan manusia, dari yg dipinta mahu pun yg tidak dipinta . dari org yg kafir yg tidak menyembahnya atau orang islam yg engkar dengan suruhannya, semuanya dibagi sama rata bersama org2 islam yg mengingati dan menyembahnya ..
tidak sedikit pun nikmat di tarik dari org2 yg kufur dgn nya .. udara yg di sedut tetap sama dengan org yg beriman .. malah sesetengahnya rezeki mereka lebih melimpah ruah dari kita yg beriman dgn Allah swt ..
sekadar intro ..

berbalik kpd mengapa doa kita tidak maqbul ..
aby tertarik kpd topik ni sbb baru2 kami ada buat perbincangan psl topik doa diklas ..
kata pensyarah,
apabila kita berdoa, seumpama kita baru mengisi borang bagi satu permohonan ..
lps tu baru kita hantar .. bila permohonan tu sampai ke jabatan tu, permohonan tu akan diletak dan dicop tanda terima .. disitu kita tk akan tahu berapa lama permohonan kita akan diluluskan ..
atau adakah ia tidak akan diluluskan   ..
begitu la juga dengan doa .. bila sampai ke atas .. kita tk akan tahu berapa lama doa kita akan diluluskan ..

namun dalam proses meluluskan doa tu ada 2 konsep ..
ijabah, doa yg dilulukan 100% apa yg dipinta ..
istijabah, doa yg diluluskan sedikit kurang atau dibagi lebih ...

dalam ijabah ni pun ada 4 perkara ..
1. Allah swt memberikan segala apa yg dipinta orang yg berdoa tu.
2. Allah swt mengijabah dan memaqbulkan doa orang tu, namun kerana Allah swt suka mendengar suara orang berdoa maka dia menangguhkan dahulu permintaan orang tu.
3. Allah memaqbulkan dan menijabah doanya, namun hasilnya ialah dengan berupa pembersihan dan penebusan dosa2 yg pernah dilakukan org yg berdoa ..
4. Allah mengabulkan doanya dan disimpan utk diberikan kpd org yang berdoa tu di hari kiamat kelak .

begitu la sedikat kesimpulan apabila  rasa doa kita seperti tidak dimaqbulkan ..
ianya di maqbulkan cuma kita tidak tau bila kita akan terima doa kita ..
seperkara lagi ..
apabila doa kita dimaqbulkan ..
belum pasti doa tu adalah hasil dari doa kita sendiri ..
mungkin doa tu adalah hasil dari ibu/bapa atau saudara2 kita ...
atau dari doa awam yg dibuat dimasjid2 atau dari orang2 alim utk kesejahteraan semua umat muslimin ..

sekadar contoh....

 tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau yg mati ..
semasa PRU 13 yg lps ..

sume org berdoa ..rasanya beratus ribu doa dipohon ..

ada yg berdoa, Tukar/kekal
ada yg berdoa, kekal/tukar
ada yg berdoa,Tukar/tukar
adayg berdoa Kekal/kekal ..

mungkin ada kumpulan yg doa mereka tulus mulus maka doanya utk kekal dimaqbulkan ...    


apapun ..

menjelang 10 hari terakhir ramadan ni dimana kita disaran utk mempertingkatkan amal ibadat kita,
elok juga kita perbanyakan berdoa kpd Allah swt ..mcm2 kita boleh pohon utk kesejahteraan keluarga kita serta manusia sejagat ..
wlupun kesemua manusia diatas muka bumi ini berdoa  serentak dan Allah maqbul kan kesemua doa2 manusia, tidak sedikit pun khazanah Allah akan berkurangan ..
malah Dia suka klu manusia berdoa, berdoa berdoa dan berdoa ..

 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).


P/s .
nak standardkan background colour asyik tk jadi ..


Thursday, July 25, 2013

Sembang malam Nuzul Quran ...

salam rakan2 blog ..
jam menunjukan 1.30 pg ..
malam nuzul alquran .. malam alquran diturunkan ..

td masa tadarus .. grup kami saja yg melepasi pukul 12,00 ..
nak ambil barokah peristiwa nuzul quran ..
thn ni istimewa sikit program tadarus aby ..
hero aby, farish ikut sama, dia join grup kanak2
kadang kesian dia, grup kanak2 habis awal ..
tp dia kena tunggu aby sampai pukul 12 tiap2 malam utk balik sama ..
bila balik, tidur .. pukul 4.30 pg kena bangun bersahur .. pg pegi sekolah ..
petang sekolah juga .. tu yg kadang klu dia tk larat, minta izin kat papanya utk tk pergi sekolah petang .
aby izin kan ..biar dia reserve tenaga.. sbb malam dia kena berjaga utk bertadarus ..

mlm ni dia tidur kt masjid ..
sbb nak join qimulail pagi ni .. kata farish .. sapa2 yg tk ikut qiamulail dalam grup dia, nanti akan diboikot ..
tu yg dia minta bawakan bantal dan selimut kecil utk dibagi pd nya ..
sekadar intro ...

berbalik kpd peristiwa Nuzul Quran ..

Alquran yg diturunkan pada satu malam yg disifatkan sebagai malam yg penuh keberkatan dan dinamakan Malam Qadr iaitu malam malam dibulan ramadan ..
alQuran diturunkan dalam 3 peringkat,
diturunkan serentak/sekali gus dari luh mahfuz ke bait al Izzah dilangit dunia ..
mengikut riwayat ayat2 quran singgah di bait al Izzah tu kerana nak menunjukan kehebatan qalam Allah kpd penghuni langit ..
dari langit dunia ni atau bait la Izzah ni la ayat2 quran diturunkan sedikit demi sedikit, beransur ansur kpd nabi muhammad saw dalam tempoh 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinh ..

antara sebab Al Quran diturunkan adalah utk memberi petunjuk kpd manusia kejalan yg lurus, menggariskan dasar2 kehidupan yg mulia berdasarkan kpd keimanan kpd Allah swt serta mengamalkan segala ajaran nya .

umumnya alquran dibahagi kepada dua bahagian ..
satu bahagian, ayat2 yg diturunkan tanpa sbb2 tertentu, bahkan ia diturunkan bertujuan semata mata sebagai petunjuk kpd manusia kejalan yg benar dimana inilah yg paling banyak terdapat dalam alquran ..
sebahagian lg adalah meliputi ayat2 yg diturunkan berdasarkan sebab2 tertentu,
dalam kata2 mudah, bila berlaku sesuatu kejadian lalu turun la ayat2 quran,
atau utk memudahkan nabi menjawab pertanyaan golonggan kafir ..
allah turunkan ayat quran bagi memudahkan nabi saw mematahkan hujah2 golonggan kafir tersebut ...
ayat2 yg turun kerana bersebab juga dikenali As bab Al Nuzul ..
yg bermaksud sbb penurunan ayat  ..

sekadar menyenaraikan bagaimana rasul menerima wahyu dari Allah swt ..

1. dimasukan terus kedalam hati
2. Perantara dari Malaikat
3. Perantara dari malaikat yg menyamar sebagai manusia ..
4. Menerusi mimpi yg benar ..
5 . Cara2 lain yg hanya diketahui oleh nabi/rasul sahaja ...

sekadar N3 ringakas sempena peristiwa Nuzul Quran ..
dah pukul 2 lebih ..
nanti kena tengok farish kt masjid ...

wassalam rakan ..
Bismikaullah humma ah ya wa a muttt ...
arek turuuuu ...

Monday, July 22, 2013

Mengenali Ayat2 Madaniyyah dan Makiyyah ..



salam rakan2 blog ..
terlanjuran didalam ramadan, bulan diturunkan ayat al quran .. elok juga bersembang sembang psl qalam Allah ni ..
klu dientri lps aby menulis psl siapa pengasas tanda tanda didalam alquran,
utk N3 ni kita berkongsi mengenal ayat2 Makkiyyah dan Madaniyyah ..

mungkin ramai yg dah tau membezakan kedua ayat tu ..
kpd yg dah tau, anggap la N3 ni sebagai ulang kaji, .. manakala utk yg belum mengenali ..
semoga selepas ni ketika membaca alquran dapat tau membezakan ayat2 tu diturunkan dimana .. wlupun kita tidak memahami bahasa arab, tp dari zahir teks dapat di ketahui perbezaan nya ... 

Ayat2 makkiyah adalah ayat2 yg diturunkan kepada Nabi saw ketika di mekah.
manakala ayat2 Madaniyyah pula diturukan kepada Nabi saw ketika beliau di Madinah ..

ayat Makkiyah kebiasaanya dimulakan dengan ayat " yaa ayyuhannaas" ..
ayat ditujukan utk semua manusia ,, ayatnya pendek2, ayat nya sering membangkitkan perasaan takut dan gementar berhadapan dgn kehebatan kekuasaan illahi. kebanyakan surah2 nya menentuh psl akidah ..
setiap surah yg bermula dengan Kalla .. adalah surah makiyyah ..
conton yg paling mudah adalah surah At Takasur ..
surah pertama dibaca ketika solat terawih, sekarang.
ayat2 makiyyah juga lebih bersifat membimbing jiwa rasul saw agar bersabar dalam menghadapi penyiksaan kaumnya kerana semua ini merupakan sunnah perjuangan yg telah dilalui oleh org2 yg terdahulu apabila berhadapan dengan musuh2 Allah yg keras kepala, ia juga bersifat membimbing Rasul saw kearah istiqomah didalam perjuangan ..

ayat Madaniyyah pula lebih panjang, nadanya selalunya lembut, tenang dan sering menjanjikan org2 islam dengan kemenangan dan kejayaan ..
dimulakan dengan "yaa ai yuhal lazi na  amanu" 
ditujukan kpd org2 yg beriman .. sbb kebanyakan org yg diMadinah adalah org2 yg beriman ..
disamping org2 Madinah yg telah mempelajari islam dari nabi ketika diMekah, Madinah juga adalah tempat tinggal org islam Mekah setelah meraka berhijrah ke Madinah ..
ayat2 madaniyyah juga mempunyai keistimewaan nya tersendiri, iaitu dengan seruan jihad dan bimbingan sewaktu peperangan sedang berlangsung atau selepasnya ..
pada ayat2 madaniyyah juga mengandungi ayat2 perdebatan tentang ahli alkitab, tentang hudud, pusaka dan undang2 sivil dan antarabangsa ..

dengan penerangan yg ringkas dan sedikit tu ..
diharap ketika lidah agak payah nak menyebut ayat2 pendek semasa membaca Quran tu ..
senyum dalam hati sambail berkata .. ayat2 Makiyyah ni ..
ketika membaca dengan lancar pada ayat2 yg panjang .. senyum dalam hati juga ..sbb dapat mengenali ayat2 Madaniyyah .. 

Friday, July 19, 2013

Kenali Abu Aswad al Du'ali .. Pengasas tanda2 bacaan dalam Al Quran

salam ramadan rakan2 blog 2 .
,
dalam satu N3 bertajuk,
aby ada bercertla tentang pengumpulan al quran dari zaman saydina Abu Bakar hingga ke zaman saydina Usman, yg mana naskah quran masa tu belum lagi mempunyai tanda2 bacaan.



Memandangkan pada zaman saydina Ali, jajahan Islam telah membesar dan quran tidak lg dibaca hanya oleh orang Arab, maka satu kaedah perlu dibuat utk memudah dan menyeragamkan cara membaca al quran ...

terlanjur dalam bulan ramadan ni yg mana kita diminta utk membanyakan bacaan al quran ..
elok juga sama2 kita mengenali insan yg mengenalkan tanda2 titik di alquran supaya kita dapat membaca dengan betul .. nama beliau adalah  Abu al Aswad al Du'ali ...
semoga dengan ilmu yg diturunkan nya, roh beliau ditempatkan bersama sama dengan para ambiyak yg lain ...
(aby copy/paste dr http://yazidothman.blogspot.com/)

Biografi Abu Aswad al-Du’ali
Tiga tahun sebelum Nabi Muhammad S.A.W. diangkat menjadi nabi lahirlah seorang tokoh yang terkenal di dalam ilmu Nahu iaitu Abu Aswad al-Du’ali, beliau dari kalangan keturunan kinanah. Nama penuh beliau ialah Zalim b. ‘Amru b. Sufyan b. Jandal b. Ya’mur b. Hils b. Nufathah b. ‘Adiyy b. al-Du’al b. Bakr b. Kinanah.

Sungguhpun Abu Aswad al-Du’ali lahir pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. namun beliau bukanlah dari kalangan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. tetapi beliau adalah dari kalangan tabiin. Ini adalah disebabkan beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, Abu Aswad al-Du’ali telah berhijrah ke Basrah dan menetap di sana. Sebuah masjid yang didirikan di sana dinamakan sempena nama beliau.

Hubungan Abu Aswad al-Du’ali dengan Saidina Ali bin Abi Talib sangat rapat dan beliau akan sentiasa menyebelahi Ali R.A di dalam apa jua situasi. Keakraban di antara Abu Aswad al-Du’ali dan juga Ali R.A. menyebabkan Mu’awiyah telah cuba mengambil hati Abu Aswad al-Du’ali untuk menyebelahinya namun disebabkan Abu Aswad al-Du’ali begitu setia dengan Ali R.A. maka usaha Mu’awiyah untuk memujuk beliau telah gagal.

Abu Aswad al-Du’ali pernah keluar berperang bersama-sama Ali R.A. di dalam peperangan al-Jamal dan Siffin. Ketika di dalam peperangan al-Jamal, Abu Aswad al-Du’ali telah dihantar oleh gebenor Basrah pada ketika itu iaitu Uthman b. Hanif untuk menjadi utusan perbincangan manakala Abdullah b. Abbas pula pernah melantik Abu Aswad al-Du’ali untuk mengetuai tentera Islam di dalam memerangi pihak Khawarij di kawasan Basrah.

Sumbangan Abu Aswad al-Du’ali Di Dalam Ilmu Nahu Bahasa Arab
Ali R.A. adalah merupakan guru kepada Abu Aswad al-Du’ali di mana Abu Aswad al-Du’ali telah mempelajari ilmu Fiqh, al-Quran serta ilmu Nahu dari Ali R.A. mungkin disebabkan ini jugalah menjadikan hubungan Abu Aswad al-Du’ali dengan Ali R.A. menjadi begitu rapat.  Selain menuntut ilmu dengan Ali R.A. Abu Aswad al-Du’ali turut meriwayatkan hadis daripada beliau. Selain meriwayatkan hadis daripada Ali R.A., Abu Aswad al-Du’ali juga ada meriwayatkan hadis daripada Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan Abu Dhar al-Ghifari R.A.

Berkembangnya Islam menyebabkan berlaku percampuran di antara orang Arab dan juga bangsa-bangsa lain yang bukan berbangsa Arab (orang Ajam). Keadaan ini juga menyebabkan berlakunya percampuran bahasa di antara orang Arab dan juga bukan Arab yang mengakibatkan kerosakan di dalam bahasa Arab atau disebut lahn[1]( (لحن)

Situasi ini sekiranya dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada bahasa Arab yang juga merupakan bahasa al-Quran dan juga bahasa Hadis. Prihatin dengan perkara ini maka Ali R.A. telah meminta Abu Aswad al-Du’ali untuk menyusun ilmu berkaitan Nahu. Kisah ini telah diriwayatkan di mana pada satu ketika Abu Aswad al-Du’ali telah datang mengadap Ali R.A. pada waktu itu terdapat lembaran kertas di tangan Ali R.A., Abu Aswad al-Du’ali pun bertanya kepada Ali R.A. tentang kertas tersebut. 

Kemudian Ali R.A. telah menjawab beliau berhajat untuk menyusun mengenai bahasa Arab supaya ia boleh menjadi rujukan dan panduan kepada orang-orang Arab yang mana bahasanya telah tercemar akibat pergaulan dan percampuran mereka dengan orang-orang yang bukan berbangsa Arab. Setelah itu Ali bin Abi Talib R.A. telah meminta Abu Aswad al-Du’ali untuk meneruskan tugas tersebut. Maka Abu Aswad al-Du’ali menjalankan tugas yang telah diarahkan oleh Saidina Ali R.A. di dalam  menyusun kaedah Nahu demi menjaga keaslian bahasa Arab dari tercemar dan rosak. Kisah ini adalah merupakan hujjah yang mengaitkan Abu Aswad al-Du’ali sebagai tokoh pengasas ilmu Nahu.


Meletakkan Titik Pada Huruf al-Quran
Selain terlibat menyumbang bakti di dalam penyusunan kaedah Nahu bahasa Arab, Abu Aswad al-Du’ali juga terlibat di dalam meletakkan titik / nuqat pada huruf-huruf di dalam bahasa Arab / ayat-ayat al-Quran. Tulisan atau huruf-huruf bahasa Arab / ayat-ayat al-Quran yang mempunyai titik seperti yang kita lihat pada zaman ini pada asalnya huruf-huruf tersebut tidak mempunyai titik tetapi ia ditambah kemudian. Arahan untuk meletakkan titik / nuqat pada huruf Hijaiyah telah dibuat oleh Ziad bin Abu Ziad seorang pemimpin Basrah pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian.

Penutup
Abu Aswad al-Du’ali yang datang dari keturunan Kinanah memberi telah kelebihan kepada beliau sebagai individu yang fasih di dalam bahasa Arab. Kelebihan yang dimiliki oleh beliau telah menarik perhatian pemerintah pada zamannya untuk diberi kepercayaan di dalam urusan yang berkaitan bahasa.
Ketokohan Abu Aswad al-Du’ali di dalam bidang bahasa Arab turut telah melahirkan murid-murid di dalam bidang bahasa Arab. Antara murid-murid beliau adalah, Abdul Rahman b. Hurmuz, Nasr b. ‘Asim, Yahya b. Ya’mur, ‘Ata b. Abu al-Aswad, ‘Anbasah b. Ma’dan, Maymun al-Aqran, Qatadah b. Du’amah, Abu Nawfal b. Abu ‘Aqrab, Sa’d b. Syaddad dan lain-lain.
Setelah sekian lama menabur bakti di dalam ilmu bahasa Arab akhirnya pada tahun 69 Hijrah  Abu Aswad al-Du’ali telah meninggal dunia di Basrah pada usia 85 tahun akibat penyakit taun. Abu Aswad al-Du’ali telah meninggalkan empat orang zuriat iaitu ‘Ata dan Harb berserta dua orang anak perempuan.

sesungguhnya jasa2 beliau dalam pengasasan ilmu Nahu Arab tercatat didalam sejarah pengajian ilmu Bahasa Arab dan akan terus dikenang selama lamanya.

u/p ....
aby sengaja  boldkan peperangan Jamal dan Siffin kerana peperangan itu adalah peperangan antara nama2 besar sahabat, penulis wahyu, muawiyah bersama dengan isteri Nabi saw aisyah menentang saydina Ali, seorang amirul muminin dan juga menantu nabi saw. 
sedih kisah tu bila tokoh2 islam tu berperang sama sendiri





Wednesday, July 17, 2013

Asal-usul Sembanyang Dan Hikmat Ditentukan Waktu dan Bilangan Raka’at


salam rakan blog ...
N3 di bawah ini aby ambil dari kitab Munyatul Musolli ...


kitab asal nya adalah seperti bawah ini, karangan Tuan Syekh Daud bin Abdullah al Fatoni ..
sebuah kita yg nipis, tp telah berumur hampir 200 tahun .. wlupun telah lama dan tipis tp kitab ini masih diguna pakai utk pengajaran solat di serantau nusantara, malah pergerakan solat yg kita lakukan sekarang adalah mengikut tertib seperti yg diajar dikitab ini ..

alhamdulillah aby telah khatam mengikuti pengajaran kitab ini satu masa dulu ..


didalam salah satu lembar kitab ini ada asal usul  solat waktu serta bilangannya ..

Setengah Hukama’ mengatakan: 
Setiap sembahyang itu ditentukan kepada seseorang nabi daripada Anbia Allah menyembangkan pada waktunya.

Orang yang mula-mula bersembahyang Subuh itu ialah Nabi Adam a.s. tatkala keluar daripada syurga. Ketika itu dia melihat kegelapan dan fajar, beliau bersembahyang dua raka’at. Raka’at pertama untuk bersyukur kerana terlepas daripada kegelapan dan raka’t yang kedua untuk bersyukur kerana kembalinya siang hari.

 Orang yang mula-mula bersembahyang Zohor itu ialah Nabi Ibrahim a.s. tatkala Allah menyuruh menyembelih anaknya, yang kemudiannya ditukar kepada menyembelih kibas. Suruhan itu berlaku keita gelincir matahari (mula masuk waktu Zohor). Beliau bersembahyang empat raka’at. Raka’at pertama untuk bersyukur kerana anaknya ditebus dengan kibas, raka’at kedua untuk bersyukur kerana terbuang dukacita daripada anaknya. Raka’at ketiga, untuk menuntut keredhaan Allah dan keempat, untuk melahirkan perasaan amar gembira kerana mendapat penebus yang amat besar (kibas Habil dari syurga), seperti dalam firman Allah: (Dan Kami tebuskan dia dengan sembelihan kibas yang amat besar) ayat 107,surah as-Soffaat.

 Orang yang mula-mula bersembahyang Asar itu ialah Nabi Yunus a.s. tatkala Allah mengeluarkannya daripada perut ikan paus dalam keadaan seperti anak burung yang tidak berbulu. Beliau mengalami empat kegelapan malam dan keempat kegelapan perut ikan. Beliau keluar daripada perut ikan itu pada waktu Asar. Maka beliau sembahyang empat raka’at kerana bersyukur kepada Allah yang melepaskannya daripada empat kegelapan tersebut.

Orang yang mula-mula bersembahyang Mahgrib itu ialah Nabi Isa a.s. tatkala Allah mengeluarkan dia daripada kepungan kaumnya. Peristiwa itu berlaku sewaktu lenyap matahari. Raka’at pertama, untuk menafikan ketuhanan yang lain daripada Allah. Raka’at kedua, untuk menafikan tohmahan terhadap ibunya yang dituduh oleh kaumnya. Raka’at ketiga, untuk menyatakan bahwa tiada tuhan yang dapat member kesan melainkan Allah jua. Sebab itulah dua raka’at pertama berhubung dan raka’at terakhir tinggal bersendirian.

Orang yang mula-mula bersembahyang Isyak itu ialah Nabi Musa a.s. ketika sesat jalan, waktu keluar dari negeri Madyan (suatu daerah dalam negara Jordan berdekatan dengan Sinai dan Laut Merah). Beliau mengalami dukacita tentang isterinya, Harun saudaranya, Firaun seterusnya dan beberapa orang anaknya. Semua dukacita itu dilepaskan oleh Allah berpegang kepada janjiNya yang benar. Peristiwa ini berlaku pada waktu Isyak yang akhir. Maka beliau bersembahyang empat raka’at kerana bersyukur kepada Allah yang melepaskan dirinya daripada semua dukacita itu.


Menurut riwayat yang lain, sembahyang Subuh itu dimulai oleh Nabi Adam a.s. , sembahyang Zohor oleh Nabi Daud a.s. , sembahyang Asar oleh Nabi Sulaiman a.s. , sembahyang Maghrib oleh Nabi Yaakob a.s. dan sembahyang Isyak oleh Nabi Yunus a.s.

semoga dapat sama2 kita menambah ilmu solat kita ...

Monday, July 15, 2013

Mengenali insan bernama Uwais AlQarni

salam rakan2 blog ..
alhamdullillah ramadan dah masuk minggu kedua ..
semoga rakan2 sume diberi kekuatan utk meneruskan ibadat didalam bulan yg penuh keberkatan ini ..

kisah hidup insan ini timbul masa kami buat discussion tokoh tokoh istimewa utk dijadikan contoh ..
terpanggil aby utk berkongsi kehebatan insan ini ..

nama insan ni tk sehebat saydina Abu Bakar, Umar, Usman atau pun saydina Ali,
dan tidak juga sehebat nama pentafsir2 zaman Rasul saw spt Abdullah bin Mas'ud, Abudullah bin Abbas, Zaid bain Thabit, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah ..
wlupun hidup dizaman nabi, insan ni bukan seorg sahabat sbb tidak berkesempatan berjumpa nabi ..
hidup nya di Yaman, yg jaraknya 400 km dari Madinah, memang payah utk nya berjumpa Nabi saw ..
disatu kesempatan insan ini berpeluang ke rumah Nabi saw, tetapi Nabi saw tidak ada dirumah sbb pergi berperang .. maka dengan hati yg berat insan ni pulang balik ketempatnya sbb kena menjaga ibu yg uzur ..

namun nabi tau tentang kedatangan  insan ni yg bernama Uwais Alqarni ..
walaupun hanya seorg gembala yg miskin tp nabi sempat berpesan kpd sahabat2 baik nya ..
Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin
berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai
tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau
SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan
bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah
do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni
bumi”.

sekadar intro kepada crita insan hebat yg bernama Uwais al qarni ..
beliau tidak dikenali dibumi disebabkan kemiskinan nya ..
tp dikenali dilangit disebabkan amalan nya ..
sehinggakan masa dia meninggal dunia ..yg menguruskan nya adalah penghuni langit yg turun menyamar sebagai manusia ...
semoga dengan membaca dan mengenali insan ni ..nama kita akan tercatat di langit sebagai salah seorg dibumi  yg mengenali beliau ..

nak taip sendiri panjang crita nya ..
alhamdullillah dapat artikal ni di fisan wordpress.com ...

sama2 kita manfaatkan artikal ini ..
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru,
rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan,
kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada
tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli
membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut
yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan,
tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan
tetapi sangat terkenal di langit.
Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti
ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru
dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata
Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah
dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan
karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang
dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan
menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai
macam umpatan dan penghinaan lainnya.
Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya,
memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik,
karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya
seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari
mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari
mencuri”.
Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili
kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya
penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya
sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang
diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama
Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya
yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.
Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh
dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan
puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar
seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.
Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati
Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera
memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya
kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke
Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung.
Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan
cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru
datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan
kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk
bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang
cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu
yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.
Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera
dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini
akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu
hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada
beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan
musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk
bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya
dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah
beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat
membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya
selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi
hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi
menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa
terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan
Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di
rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.
Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa
menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan
kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.
Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju
Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir,
bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan
begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari,
semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras
baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni
di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu
rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah
r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi
yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di
rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang
perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada
di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan
Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan
masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan
sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas
pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah
mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa
dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada
sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya
menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan
perasaan haru.
Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang
kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa
Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni
langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda
Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun.
Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang
mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya
sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan
ibunya terlalu lama. Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin
berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai
tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau
SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan
bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah
do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni
bumi”.
Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga
kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan
Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda
Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera
mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak
itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu
menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka.
Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya
yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan
kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan
mereka.
Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju
kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman,
segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan
menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan
bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di
perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi
menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada,
Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya
Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais
menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu
berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar !
Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban
itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah,
yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais
kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”. Dalam pembicaraan
mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah
sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat
itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan
mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:
“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan
Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan
istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni
akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang
negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera
saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya
hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya,
biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar
beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh
Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab
bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus
dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami
sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin
berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan
selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami
memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di
atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai
waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu
kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah,
tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang
terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan
dihantam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !
“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal
dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal
satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami
lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam,
sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu
orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban
asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah
nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di
kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim
oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah
kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?”
tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat
di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam,
tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya
dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan
seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang
tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah
pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan
tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan
ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada
orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika
orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada
orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan
dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan
untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari
mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat
penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah
tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah
orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa
pemerintahan sayyidina Umar r.a.)
Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman.
Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya
orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan
pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan
orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan
ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap
melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang
tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba
dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan
penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah
kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya
mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk
mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman
mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi
tapi terkenal di langit ..

Friday, July 12, 2013

Hadith Jibril.... asas akidah Islam ...




salam rakan2 blog ..
aby tertarik pada hadis yg dibawah ni, diberi nama Hadith Jibril ..
hadith Jibril ni adalah ibu segala hadith, taraf nya adalah sama dengan surah Al Fathihah utk Al Quran.
hadith ini juga adalah asas kepada akidah umat Islam ..
menggenggam rapat hadith ini bermakna bermakna akidah kita adalah sangat teguh ..

Dikatakan juga hadith yg amat tinggi martabatnya, yg merangkumi semua bentuk amal yg zahir dan batin. Malah hadith ini juga  adalah tempat cabang2 ilmu, kerana hadith ni mencakupi semua makna yg terdapat dalam keseluruhan hadis ..


Hadiths - Islam, Iman dan IhsanMafhum hadiths: Daripada Saiyidina 'Umar juga, RadiALLAHuanhu beliau berkata:


”Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.Lalu dia duduk menghampiri Nabi Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lamlalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.”Lalu Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lam bersabda: “lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu utusan ALLAH, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya“Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau.” Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: “Terangkan kepadaku tentang lman.” Baginda bersabda: “(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada ALLAH, para MalaikatNYA, kitab-kitabNYA, para RasulNYA, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau. Dia berkata lagi: “Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.” Baginda bersabda: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNYA. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNYA, maka sesungguhnya DIA melihatmu.” Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.” Baginda bersabda: “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda:“(Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: “Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku berkata: “ALLAH dan RasulNYA lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”


ulasan aby ..

islam merupakan agama yg mewajibkan pengkuan dengan lidah dan disertai dengan amalan,
maka dengan pengakuan 5 rukun islam tu lengkaplah seseorg itu utk menjadi seorang Islam, agama terkhir yg diturunkan Allah swt kpd Nabi MUhammad saw.
keingkaran terhadap mana mana rukun seperti didalam hadith tu maka seseorang itu boleh terkeluar dari Islam ..
Iman pula, 
6 rukun iman yg menjadi tunjang dalam kepercayaan dimana seseorg islam tu wajib menghadirkan kesemua perkara yg diimami itu didalam hatinya tanpa sebarang keraguan dan syak wasangka.
setiap satu perkara perlula difahami dengan jelas dan yakin berasaskan nas2 al quran dan as Sunnah sementara tafsiran atau kefahaman yg timbul dari pengunaan akal perlulah dipastikan tidak mencanggahi maksud2 kedua dua sumber wahyu tersebut .. 

bila hubungkan kan kedua duanya ..

islam sebagaimana yg disebut adalah pengkuan syahadah dengan lidah sementara iman pula ialah mengakui kebenaran Allah dan Rasulnya didalam hati dengan penuh keyakinan, tidak ragu2 atau teragak agak atau berpura pura atau dipaksa, keyakinan kuat yg berpahat didalam hati ini dapat melahirkan semangat utk beramal, berjihad dan berqurban kerana Allah swt.

manakala beriman dengan kewujudan Allah swt ..

Wajib mempercayai kewujudan dan keesaan Allah swt, mempunyai sifat2 Nya yg sempurna dan bersih dari segala bentuk kesamaan, kekurangan dan kelemahan.
"Dia tidak dilahirkan dan Dia tidak ada baginya sekutu, begitu juga Allah yg tiada blh dibanding dengan apa sekali pun .
(al ikhlas 3-4)  

surah Al an'am [59]

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

mcm aby nyata di atas ..

hadith tersebut adalah asas kepada akidah kita ..
ianya umpama satu akar tunjang ..
dari nya keluarlah dahan2, ranting2 dan daun utk kita menfaatkan supaya beroleh al insan al kamil atau seorang Islam yg sempurna ..