Friday, February 25, 2011

Program Mentor Mentee

2 minggu berturut turut mengikuti program sekolah anak aby yg thn 6.
2 minggu lps program utk ibu bapa yg anak nya ditahun 6.
tujuan nya adalah utk memperlihatkan statistik keputusan pelajaran pd thn lps sbb anak2 ni akan menduduki peperikasaan UPSR pd thn ni.
di mana pelajaran2 yg membunuh yg perlu di pertingkatkan.
yg menarik adalah sekolah memperkenalkan program Mentor Mentee, semacam program Mentor di TV3, cume mentor mentee ni adalah mengambil beberapa murid utk satu kumpulan dibawah pengawasan seorg cikgu dan selepas peperikasaan pertama, membuat klas khas 15 murid utk digilap bagi penyumbang A's.
banyak atucara2 yg diperkenalkan boleh meningkatkan pembelajaran anak2..
cume dari 120 pelajar thn 6, kehadiran ibu bapa cuma 40 0rg sahaja...
yg lain ... tk tau lah ...
minggu lps plak, mesyuarat PIBG ..
kehadiran pun tk sampai 50 org ..
dalam ucapan aluan, guru besar berkata, kehadiran yg kurang mungkin disebabkan minggu lps sekolah dah buat program utk pelajar dan ibubapa thn 6,
tu yg mungkin ibubapa anak2 thn 6 ramai yg tidak menghadirkan diri.
banyak isi isi ucapan adalah ulangan program yg minggu sebelum nya ..

aby sendiri pun malas nak menghadirkan diri juga sbb dah datang keprogram minggu lps,
tp dek kerana nak tengok anak aby si Jee tu buat persembahan pd mesyuarat tu,
aby hadirkan diri juga.



teringat thn lps, masa hari penyampaian hadiah cemerlang, aby hadir tp terlepas saat ketika anak aby ambik hadiah sbb aby keluar sekejap.
kali ni aby tk nak ketinggalan melihat jee buat persembahan di pentas ...



dan ini la satu satu nya persembahan sempena mesyuarat PIBG sekolah tu....

Friday, February 18, 2011

Tertib Taufiqi



bile mengingat perlunya menjaga tertib taufiqi dalam solat,
mesti aby cuba mengelakan membaca surah an nas pada rakaat pertama.
namun jika terbaca surah an nas,
ustaz yg mengajar menyarankan,
utk rakaat pertama bila baca qul aeu zu bi rob bin nas ..
baca la 3 atau 4 ayat, dan habiskan ayat tu pd rakaat ke dua,

teliti sungguh ustaz ni dalam tertib taufiqi ..

tertib taufiqi adalah tertib turutan surah didalam alquran,
turutan yg bermula dari surah al baqaroh hingga ke surah an nas ..
didalam solat, klu pd rakaat pertama kita baca surah yg awal, pd rakaat kedua biarla kite baca surah yg kemudian,
klu kite baca tidak mengikut tuturan,
kite membaca seolah menyonsang ..

begitu la dgn kisah an nas yg aby mulakan,
sbb selepas an nas surah dah habis,
ambik balik yg atas bermaksud menyongsang ..
memang tepat saranan uztaz yg mengajar tu ..
pecah surah an nas kpd dua.

contoh yg paling dekat adalah ketika solat terawih,
wlupun sekadar surah lazim,
tp penjagaan turutan surah amat diambil berat,
supaya tidak menyongsang.
malah ada surau2 yg meletak poster besar surah2 bacaan semasa terawih ni supaya imam tk lari dari tertib taufiqi ni ...

walaubagaimana pun tertib taufiqi ni hanya diguna pakai ketika solat sahaja.
diluar solat kita bebas utk membaca mana2 surah tanpa terikat dgn tertib tersebut.
juga, tk batal atau cacat solat kite bila kita tk membaca surah mengikut tertib taufiqi ni sbb membaca surah hanya lah sunat, malah tk dibaca surah pun masih sah solat ...

cuma,
bila kita baca menyonsang rasanya kita tk mengambil berat kisah penurunan surah2 yg turun berperingkat peringkat sebagai taufiq, dan pengumpulan menghimpunkan ayat2 seperti yg ada di dalam alquran.
dan bila kita terkena menjadi imam segera,
penjagaan dari baca menyonsang adalah amat perlu,
sbb perbuatan tu dapat mendedahkan diri kita kpd dekatnya kita dengan ilmu quran ..

waullahuaklam ...

Saturday, February 12, 2011

as sajdah@al insan ...


cuti raya cina minggu lps semasa aby ke penang, sempat bersembahyang jumaat dimasjid kampong Ara Kuda, Penanti. cantik dan besar masjid nya.
yg menarik perhatian aby dalam masjid nya ialah surah as sajdah dan al insan tercetak pada jubin dinding dihadapan iman dengan jumlah keluasan utk kedua dua surah sebesar 24 kaki persegi. besar tuu...
kelaziman yg aby jumpa cume sekadar poster besar digantung dihadapan imam.

kelaziman di malaysia ni pagi hari jumaat imam2 surau atau masjid akan membacakan kedua dua surah ni, disebabkan yg kedua dua surah tu panjang ( sajdah 3 lembar, al insan dalam 2 lembar) mungkin antara faktor yg meletakan surah di hadapan imam adalah utk membantu mengingatkan balik sekiranya berlaku tersangkut dan makmum tk dapat membantu, dapat depa sambungkan berpandukan ayat yg di gantung tu ..

itu lah senario pagi jumaat di malaysia dan masjid khariah tempat aby duduk pun tk terkecuali. surah sajdah dan al insan macam dah wajib yg perlu dibaca pada jumaat pagi. kadang2 timbul juga sedikit masaalah pada jemaah surau bila ada seorg dua yg boleh baca surah as sajdah, tp bila depa tiada masing2 tk mau kehadapan utk menjadi imam sbb malu tk tau baca surah as sajdah tu.. wlu mereka ni boleh baca surah2 yg lain...

sekadar teringat kuliah ustaz kt masjid kami, ustaz ni tegur bertapa org2 kat malaysia lebih dari masjid kt arab, katanya kt arab pun tk tiap2 pagi jumaat baca surah as sajdah, tp kt malaysia ni setiap pg jumaat pasti as aajdah .. di syorkan la sesekali gantikan la dgn surah yg lain, supaya tk mcm nampak wajib .

utk aby, aby terima saja apa yg imam baca pd pagi jumaat tu,
klu baca as sajdah sekurang kurangnya dapat la buat sujud tilawah dan berdoa,
yg bermaksud,

"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".

dan ... sekiranya ditolak kedepan pd pagi jumaat insyallah dapat aby laksanakan kedua dua surah semasa solat, sbb masa duduk diutara banyak kali juga aby laksanakan .....

Thursday, February 10, 2011

1 Malaysia ....



arghhhhhh .....
Dum Dam Dum Dam ...
tk benti2 dari td ...

tu la klu berjiran dgn Cha ya nun alip ..
apetah jalan tempat aby duduk ni cina dan melayu sama banyak ...

1 Malaysia ...

sabo jer la ...
setahun 2 kali ..
tp mlm ni tk benti2 dr td ...

buat spoil mlm jumaat jer ...

hu..hu...

Sunday, February 6, 2011

Kebersihan ...... satu tuntutan ...

cuti raya cina baru2 ni sempat juga aby ke Penang ..
sekadar nak kongsi perbuatan lucu tp mulia...

Di Petronas Permatang Pauh,
mase sesudah solat isyak,
ada seorg budak muda mendekati aby ...
dia menyapa,
"abang! boleh tk pinjam kain"
jwb aby,
"tk pe, kain ni pun stesen ni yg punya. blh la guna"

aby perati,
kwn tu bukan guna kain utk ganti seluar,
tp guna kain sbb seluar nya pendek, seluar yg hanya bawah lutut ..
dalam hati berkata,
bagus budak tu,
utk menambah keyakinan wlu pun seluar yg dipakai masih menutup aurat...

dalam perjalanan balik ...
ketika di RnR Bukit Merah,
aby didekatai oleh seorg yg sama umor dgn aby,
sambil berkata,
"encik... boleh pinjam kain tk, kt sini tk ada kain dan saya tk yakin dengan kebersihan seluar saya"
jwb saya.. " guna la, saya tunggu di luar" sambil menguhulur kain yg saya guna.

mase menunggu tu,
teringat balik kata2 ustaz masa dalam kuliah,
bahawa islam ni amat mengambil berat dalam soal kebersihan,

kata nya 5 perkara yg perlu dijaga supaya sentiasa bersih ...
1. bersih tubuh badan .. sbb tu kita ada mandi hadas serta berwuduk bila nak beribadat
2. bersih pakaian .. sbb tu antara syarat sah solat adalah pakaian bersih dari najis
3. bersih tempat tinggal .. tempat tinggal perlu sentiasa bersih sbb allah suka tempat2 yg bersih ..



contoh kediaman bersih kot ..

4. pendapatan yg bersih ... biar duit yg diguna adalah dari sumber yg halal, jgn sesekali ambik yg haram ..
5. hati yg bersih .. bersihkan la hati dari sifat yg mazmumah ...

selesai solat kwn tu dia pun pulangkan balik kain ke aby ...

dalam hati,
bagus org ni ..
sanggup meminjam kain org semata mata hendak menjaga ibadatnye dari cacat ..

balik ke soal kebersihan ..
adakah dapat aby memenohi perkara dalam soal kebersihan tu ...
payah juga,

meminjam kata2 yg selalu Tun M kata,
Kita bukan hanya perlu bersih tp hendak juga di lihat bersih ...
mungkin sama maksud dgn apa yg ustaz tu katakan kot ...

Wednesday, February 2, 2011

Berhati hati dgn restoran nasi Kandar ..

baru ni masuk kt satu Restoran nasi Kandar..
agak popular juge restoran sbb selalu ramai pennyunjungnya,
apatah lg restoran ni dekat dengan satu pejabat kerajaan.



pada papan tandanya ada juga tulisan jawi.
memandangkan yg restoran tu sentiasa ramai penyunjung melayu,
aby pun masuk juge tanpa ada rasa was was ..

tengah memilih lauk aby bertanya kt pelayan tu,
"ini dagaing ka",
kata pelayan tu, " ini kambing, daging tk ada"
mase dengar jawapan tu,
terdetik kt hati aby,
"kedai hindu ke ni, selalu yg tk saji daging adalah kedai hindu"
tp kecurigaan tu aby letak tepi sbb tengok ramai org melayu kt dalam tu ..

bila selesai makan dan ke kaunter utk membayar,
aby tengok ada patung gajah kecil yg berkalung dan satu patung org berperut buncit dekat tepi mesin duit nye ..

beristigfar panjang aby ..
rupenya kedai ni milek hindu pekat ..
mcm nak diluah jer ape yg dimakan
tp apa nak buat,
ucap astarfirullah hal azim la yg mampu dibuat ..

bila kluar dari kedai,
baca balik tulisan jawi tu,
rupenya, tulisan berbunyi,
Kedai Nasi Kandar xxxxxxxx.
silap aby juga,
bila nampak tulisan jawi jer,
ingatkan kedai tu milek islam ...

kesimpulannya,
restoran nasi kandar milek hindu dan india muslim pada zahirnya nampak sama.
cara masakan, sususan dan kebersihan sama juge ..
jangan mudah terdedaya dgn tulisan jawi pd kedai nasi kandar tu..
kena baca apa tulisan nya sama..

sbb dalam makanan selain dari menjaga dari memakan yg haram,
yg syubhah pun kena jauhkan sama ..

satu peringatan utk diri aby sendiri ...