Monday, October 31, 2016

Graduan Tua

salam rakan2 blog ..
moga semua sihat dan ceria memulakan hari pertama dalam minggu baru...

musim konvo sana sini, anak2 tingkatan 5 pun turut merasa konvo, berjubah dan mengatur langkah di Dewan Chancellor Universiti.
aby pun tidak ketinggalan, pengajian lps sampai ke puncaknya apabila Majlis Konvokesyen diadakan pada sabtu lepas, 22/10/2016. sekadar ingin berkongsi hari yang menggembirakan bila dapat mengatur langkah di Dewan Chancellor Unversiti Malaya sekali lagi


graduan2 tua sedang mengambil tempat



sebahagian dari coursemate


bergambar bersama graduan2 lelaki


tk lupa gambar graduan perempuan,
harus diambil juga 


satu posing utk rakan2 blog .. bunga matahari pemberian dari anak amat bermakna sekali ..
bersama Nad dan Sheila, yg akan konvo degree nya tahun depan.
jee and farish tk ikut sbb kad jemputan hanya utk 2 org shj ..
wife pun mase ni di oversea 3 minggu ..
tu yg bertemankan 2 anak dara ni ,


selalu klu letak gambar mesti berjaket dan riding suit atau pakaian yg bersangkutan dengan permotoran
tp untuk kali ini dengan pakaian jubah plak ..
harap2 pencarian ilmu ini tidak terhenti takat disitu ..
moga diberi kekuatan untuk menambah lagi dengan 
kejayaan yang lebih gemilang

Sunday, October 16, 2016

Majlis menerima kunjungan Merisik

salam rakan2 blog ..
lama tak muncul dengan entri baru ..
agak menyepi juga, minta maaf klu agak kurang bertandang ke blog rakan2 semua.
entri menerima kunjungan merisik anak kedua, yg selalu aby panggil Sheila ..
satu majlis ringkas, atas permintaan Sheila yg tak mahu majlis yg besar ..
sekadar di hadiri oleh keluarga, saudara dekat.

majlis ini adalah lanjutan kepada kunjungan keluarga teman sheila pada Hari Raya Adilfitri lepas.
bila didatangi oleh keluarga lelaki utk berkenal kenalan antara kedua dua orang tua.
pastinya aby gunakan kesempatan tu untuk bertanyakan keperluan membuat satu ikatan utk kedua dua anak kami tu .. agak terkejut juga mereka dengan pertanyaan aby tu sbb mereka datang sekadar untuk berkenalan dan tidak ada persediaan dalam menjawab persoalan aby ..
alhamdulillah, mereka juga faham kehendak aby,
sheila pun dah bercouple dengan anak mereka agak lama juga ..
memang molek la klu selepas ni keluar bersama dah ada ikatan mukadimah ..


hari yang ditetapkan 10 september, 2 hari sebelum Hari Raya Haji ..
datang la rombongan keluaga lelaki berkunjng ke kediaman aby.
tak ramai rombongan mereka , sekadar 5 buah kereta.
memang itu la yg dijanjikan jumlah orang yg akan datang. 


duduk bersila lebih mudah untuk berbicara.
sebagai first timer buat majlis menerima rombongan merisik pasti la banyak kekoknya ..
yang penting, apa yang di inginkan sepakat tercapai .


cincin gelang rotan sebagai tanda mengikat anak aby ni ..
gambar bawah kakak kepada teman sheila ..


semua gambar2 yg  farish ambil. aby pesan kt dia suruh ambil gambar sbb aby tidak akan ada masa utk ambil gambar disebabkan akan berbual dan berbincang dengan rombongan berkenaan majlis merisik ini.
sempat farish ambil gambar sheila yg duduk disebalik dinding tu 


yg menyarungkan cincin ni adalah ibu angkat teman sheila  ..
ibu yang menjaga bakal menantu sejak dari kecil lagi.





yang di pula ibu kandung bakal menantu dan bakal besan  ..
bersalaman juga dengan adik beradik keluarga lelaki tu ..


hantaran ringkas yg d terima untuk majlis tersebut




menjamu selera, hidangan yang ala kadar .



hi Jee ni .. SPM tahun ni ,,
dia pun sibuk hari tu ..


sebelum bersurai, keluarga lelaki ajak bergambar dengan sheila ..
yg disebelah sheila tu la jejaka idamannya 


lama nk menulis entri ni tp tak berkesempatan ..
akhirnya dapat juga disiapkan ..
selalu tengok dan baca majlis orang.
akhirnya dapat juga menulis untuk majlis sendiri ..