Friday, September 27, 2013

Bila imam baca ayat 158, surah Al Baqoroh ..

salam hujung minggu rakan2 blog ..
dengan  hari utk mengerjakan haji yg kian mendekat,
saban malam berita di TV sentiasa membuat liputan terkini suasana dan keadaan jemaah haji di Tanah Suci Mekah  .. semoga kesemua jemaah yg telah berada disana dapat mengerjakan ibadat2 dengan tenang dan segala galanya dipermudahkan oleh Allah swt ,
utk yang akan menyusul, semoga selamat pergi dan kembali dengan haji yg mabrur ..

sekadar nak bercerita tentang imam dimasjid tempat aby ..
masa solat subuh, imam suka baca ayat dibawah ni hingga keakhir lembaran tu, dari surah al baqaroh, ayat 158 ...
  
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

kpd sesiapa yg telah mengerjakan haji atau umrah pasti kenal dan tau sangat dengan ayat diatas ..

ayat yg dibaca ketika mengerjakan saie ...
selps tawaf jemaah akan memasuki pintu yg bertanda anak panah tu utk pergi ketempat bersaie ...

                                   

kepada yg telah mengerjakan haji atau umrah psti akan teruja melihat gambar dibawah ..
berjalan dan berlari anak yg ditetapkan dilaluan tu ..
seronok tengok jemaah dari indonesia ..
mereka satu hati, bergerak dalam kumpulan, berpaut sesama mereka ..
dengan satu suara mereka membaca doa doa saie ..

satu ketika bila jemaah indon ni lalu terasa nak tumpang mereka sbb seronok tengok mereka dalam kumpulan ..tp bila mendengar bacaan doa yg dibaca tk sama, bermakna pusingan mereka dengan kita tidak sama .. berjalan la sendiri ..

bila sampai di kedua dua penghujung ni la kita akan membaca ayat yg diatas tu ..
rasanya utk yg banyak kali mengerjakan umrah ..
dari tk pandai ayat tu, bila balik ke kampong, pasti boleh hafal ayat tu ..

                                            
(image google)

mengerjakan saie ni memang agak fisikal ..
klu terasa haus .. air zam zam disediakan di tepi laluan saie tu ..
boleh minum sepuas puasnya ..
sbb bila balik Malaysia, tk mudah utk dapatkan air zam zam ni .. 

     

yg seronok ketika bertahalul,
bila kita ada gunting ditangan, 
akan datang ramai yg sua kan kepala utk minta diguntingkan ..
ngikut mutawif .. sebelum kita gunting rambut org, kita kena gunting kan rambut kita dahulu ..
baru dikira sah umrah kita tu ..
teringat aby mengunting sekumpulan jemaah ..
masa berbual dan bertanya ..
aby kata, I am from Malaysia ..
mereka pula jawab, we are from Afganistan ..
sambung mereka, Malaysia!!!! ohhh !!! syukrunn2 ...
"mahathir, mahathir, very good " ..

rupanya mereka sinonim Malaysia dengan Mahathir ..
dalam hati berkata ... diluar, negara yg dikenali dengan semangat mujahiddin,
menghormati dan mengenali Tun M ..
tp disini ketika zaman kegemilangan nya , Tun M juga digelar dengan MahaFiraun@Mahazalim ..
alahaiii ...

           

bila selesai mengerjakan saie ,,
boleh la relax kt kedua dua bukit Safa dan Marwah tu ...
mengimbau balik kesulitan yg dihadapi Siti Hajar menjaga Ismail ketika di tinggal kan nabi Ibrahim ..

(image google)

sekadar catatan notalgia ringkas ketika di sana ..
mengamit kembali setiap kali tengok lapuran dari tanah suci ..

Sunday, September 22, 2013

Antara penganut Paganisma, pengikut Hanif dan ajaran Islam ..

salam rakan2 blog ..
seminggu lebih juga aby tk buat entri baru ..
jadual kerja yg agak ketat membataskan masa utk buat entri baru tu  ..

nak crita sikit psl jalan2 di Bali ketika bersemuka dengan berhala2 di sana ..
sedari awal entri Bali, aby tk ada sebut patung tiap kali nampak ukiran2 batu ni ,tetap aby sebut sebagai berhala ..



sejujurnya .. semasa disana ketika tengok sendiri ukiran2 berhala yg berbagai rupa tu ..
kisah2 rasul masuk dalam dalam aby  .

kisah rasul yg pertama, nabi Nuh as..
diriwayatkan nabi nuh sebagai rasul yg pertama adalah kerana sebelum Nabi Nuh, Nabi Idris dan nabi Adam, manusia belum ramai lg .. tuntutan dakwah belum dikenakan keatas mereka lg ..
bila zaman nabi Nuh, manusia mula ramai dan ramai yg menyembah berhala,
tuntutan dakwah keatasnya bermula dan nabi nuh juga adalah salah seorg nabi yg bergelar ulul azmi ..
pd zaman nabi Nuh berhala yg pupular adalah Wadd, Suwa', Yaghulth, Ya'uuq dan Nasr ..
dikatakan nama berhala yg disembah tu asalnya adalah orang yg alim dan soleh, tetapi setelah kematian mereka, syaitan telah membisikan kt manusia pd zaman tu, utk mengenang orang2 soleh yg dah tiada tu adalah dengan membuat patung atau berhala yg menyerupai org soleh yg dah tiada tu ..
maka kerja2 membuat patung2 pun bermula dan masing2 menyimpan didalam rumah .. setelah generasi berganti, patung2 yg asalnya disimpan sekadar utk mengenang dijadikan utk disembah ..
maka bermula la manusia menyemnah berhala ..
dan tugas nabi Nuh utk mengembalikan umat manusia ni supaya meninggalkan sembahan berhala utk mentauhidkan Allah, tuhan yg satu ...



dari kisah nabi Ibrahim as ..
salah seorg nabi ulul azmi juga ..
nabi ibrahim juga sinomin dengan ajaran Hanif ..
iaitu, ajaran yg lurus, menyembah tuhan yg satu, tidak mensyirik atau menggandakan allah ..
beliau diutus ketika kaum pada masa itu tengah hebat menyembah berhala ..
atau dipanggil dengan golonggan paganisma ..
ayah nabi ibrahim sendiri yg digelar aazar, adalah seorg pembuat berhala ..
setelah nabi ibrahim mendapat wahyu, beliau berdakwah kepada bapanya ..
yg pasti jawapan dari bapanya .."adakah engkau hendak meninggalkan ugama yg telah dianuti oleh nenek moyang engkau" yg mana dakwah nabi Ibrahim utk menyuruh kaumnya meninggalkan menyembah berhala dan menyembah allah ditentang keras ..

pasti ramai yg tau cerita nabi ibrahim yg popular ..
yg mana pd satu hari, ketika masyarakat ditempat nya mengadakan satu pesta diluar ..
nabi Ibrahim dalam diam telah masuk kedalam dewan berhala, dengan berbekalkan sebilah kapak,
dipecahkan kesemua berhala2 kecil dan ditinggal berhala yg paling besar dengan diselitkan kapak tu ditangan berhala yg paling besar tu ...
bila habis pesta dan org2 tu balik dan masuk kedalam dewan,
dilihat kesemua berhala2 yg ada telah hancur, yg tinggal hanya berhala yg paling besar ..
maka mereka semua tahu ini mesti kerja Ibrahim yg memang menentang mereka menyembah berhala tu ..
diringkaskan cerita ..
lalu ditangkap nya .. dan ditanya ibrahim, adakah kerja2 itu angkara nya ..
maka jawab nabi Ibrahim ..
"kamu tanya lah berhala tu .. sbb dia yg menyaksikan semua tu, mungkin dia yg memecah kesemua berhala2 ni" maka jwb mereka .. "mana mungkin berhala tu boleh bagi tau sebab berhala tu tidak boleh bercakap"

yg menarik tentang dialog ni ialah ..
dalam keadaan biasa, nabi ibrahim seorang pembohong, sbb dia tidak mengakui perbuatan nya ..
tp atas uslub dakwah .. bagi menerangkan tentang kewujudan dan kekuasan Allah, berbohong seperti itu dibenarkan ..
dan ketika itu juga nabi ibrahim menyuruh merka meninggalkan menyembah berhala tu kerana ternyata berhala2 tidak dapat mendatangkan apa kebaikan atau kemudaran .. sebaiknya sembah lah Allah yg satu,
yg maha pencipta dan tuhan semesta alam ..
namun mereka tetap sombong
pasti semua pun tahu kesudahan kisah tu yg mana nabi Ibrahim telah dibakar hidup2 ...

ketika zaman jahiliyyah arab ..
ketika zaman nabi Muhammad saw,
di tepi Kaabah pun didirikan patung2 berhala ..
Latta, Uzza, Hubbal ..sekadar beberapa nama ..
semasa nabi Muhammad saw membebaskan mekah dari pengaruh2 jahiliyyah ..
nabi juga merobohkan kesemua berhala hala yg berada disekeliling kaabah tu ...

itu la kisah yg masuk dalam kepala ketika melihat berhala2 yg ber keperbagaian ketika disana ..

mungkin sekarang kita sudah tiada kekuatan seperti nabi2 yg dahulu ketika berdepan dengan penyembah2 berhala ..
namun sebagai orang islam, Nabi Muhammad adalah penutup segala rasul dan alquran adalah pembimbing kita, Allah swt melalui Nabi Muhammad telah menyampai firman nya utk kita berdamai dengan ugama2 lain ..
surah al kafirun ..

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

lakom di nukom waliyadin ..

[6] “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


wlupun menyembah berhala itu adalah kesesatan yg paling besar ..
bila kita berdepan dengan rakan yg beribadat dengan begitu ..
kita ambillah pendekatan ..
lakom dinukom waliyadin ..

P/s .. kpd yg sudah mengetahui kisah2 ni,
anggap la sebagai satu revision jer ..

Sunday, September 15, 2013

Bali .. final Entry

salam Hari Malaysia dan selamat bercuti, rakan2 blog ..
nak sambung balik crita jalan2 ke Bali ..
kata orang, klu panjang sangat cuba ringkas kan ..
tu yg aby cuba buat, ringkaskan trip tu dan cuba habiskan dalam entri ni ..

kata org yg dah sampai ke Bali ni,
tk lengkap jalan2 kita disana klu tak sampai ketempat2 yg dibawah ni ..

Kuta, yg femes dgn Kuta Beach nya ..


Hard Rock cafe dengan Hard Rock Hotel dekat jer dengan pantai Kuta tu ..
hanya dipisahkan dengan jalan besar ...


kt sini, sume anak2 dan wife membeli T shirt,
semata mata nak dapat yg bergambar Hard Rock Bali ..


Papa nya tk berminat langsung utk membeli,
tp klu ianya baju bertemakan Litar,
pastinya papanya beli ..


Kuta Beach, dikata pantai Hawai sebelah Timur
indah pantainya ..


sampai kt Kuta beach ni, battery camera habis,
sbb charger battery camera tk bawak,
dah ratus gambar diambil sebelum sampai kesini,
Tab wf pun battery low sbb dia ingat camera aby ok, tu yg dia tk charge Tab dia ..


jadinya, tkbanyak gambar disini ..
bila berjalan ke sebelah tengah pantai, memang suasana nya mcm di gambar yg dibawah tu,
pemandangan mat/mnah salleh baring berbikini sambil diurut oleh orang2 tempat adalah pemandangan biasa .
curi2 pandang juga ..
hu..hu...


farish bergambar dengan replika penyu gergasi ni ...


     
gambar diatas dan bawah ni, aby ambil dr google ..
mmg mcm ni suasana di pantai Kuta ni ..

dalam kemeriahan penyunjung berhepi hepi ditepi pantai,
ada juga kumpulan yg masih beringat, beribadat, meratib ditepi pantai ..
kuat juga depa tu meratib, dapat didengar dari tempat kami duduk ..
klu tengok mcm orang Islam,
tp mereka berugama lain ..


gambar kt bawah ni aby ambik dari depan Hard Rock cafe ..
perhatikan pagar tembok dibelakang kuda2 tu ..
pagar tembok tu didirikan sepanjang pantai Kuta ..
yg terbuka hanya pada sebelah pintu sahaja ..
mungkin tujuan nya bagi mengelak pengguna jalan raya menoleh noleh
penyunjung2 yg ditepi pantai tu ..
apatah lg kebanyakan penyunjungnya pakai baju yg yg cukup kain ...
so, dengan pagar tu tk dapat la nak tengok2 aktiviti tepi pantai dari jalan raya .. 


Tanah Lot ...
tempat yg harus didalam lawatan ..


salah satu dari beberapa kuil tepi pantai,
di perbuat dari pembetukan dan ukiran batu batu pantai utk dijadikan kuil .. 


diantara kuil2 didalam Tanah Lot tu ..



kuat dan tinggi ombaknya ..


utk menyampaikan satu satu kuil ke satu kuil yg lain kena jauh berjalan,
jarak antara satu kuil dengan satu kuil bukan saja agak jauh, jalan nya pun membukit juga ..
tu yg buat letih sket .. 


gamba kt bawah ni aby ambik dari google.. 
biar gambar tu cantik sket ...

                                       

Uluwatu ...
salah satu kuil tepi laut mcm Tanah Lot juga ..
tp ditempat lain ...

                                                        

kt sini, ada peraturan ..
wanita, yg mana pakaian bawah nya tk cukup panjang, kena pakai kain biru mcm digambar tu ..
tp klu panjangnya cukup, sekadar pakai bengkung kuning jer ..
laki2 pun kena pakai bengkung kuning juga ..
utk memasukki kawasan ni ..


mcm di Tanah Lot ..
kawasan ni juga tempat beribadat depa ..


tempat ni juga diatas bukit yg tinggi ...



Sheila kena pakai kain biru tu .. 

     

nad pun sama juga ...
                                             
   

image dibawah ni ambik dari google utk gambar uluwatu ni ..

 

                                         uluwatu ni terkenal dengan pemandangan Sunsetnya ..
                       memang datang sini sebelah petang utk menyaksikan sendiri sunset disana ..



sebelum mengakhiri entri Bali ni ..
satu posing dari sheila ..


sekadar berkongsi sebahagian perjalanan jalan di Bali ..
satu tempat yg menarik utk dilawati ..
tang makanan halal tu, insyallah dengan bantuan tour guide,
pastinya kita akan dibawa ke tempat yg halal ..

Tuesday, September 10, 2013

Berjalan jalan di Bali ...

salam rakan2 blog ..
sambung crita jalan2 di Bali ..

Lapangan Terbang Antarabangsa Ghurah Rai, Denpasar, Bali ..
besar lapangan terbangnya .. rasanya lebih besar dari lapangan terbang Bayan Lepas, Penang ..
sekarang depa tengah sibuk dengan persiapan Lapangan Terbang barunya yg lebih besar, di tepi lapangan terbang yg sedia ada.
persediaan utk menyambut ketibaan pelancung sbb pertandingan Miss Universe akan diadakan dalam bulan september ni di samping Apec Meeting selepas tu ..

(image google)

selepas pertunjukan Barungan tu kami dibawa ke perkampungan padi bukit ...
cantik tempat ni .. sbb menanam padi dilereng bukit ..
klu larat boleh jalan hingga ke kaki bukit dan disepanjang sawah padi tu klu mau ..



masing2 tk nak lepas peluang utk berposing berlatar belakangkan suasana padi bukit tu .. 


lps tu perjalanan di sambung di tempat yg tinggi ..
utk melihat gunung berapi dan tasek Batur ..
sejuk tempat ni ..


disini juga kami di bawa utk makan tengah hari sbb restoran tersebut adalah restoran Islam ..
ada kemudahan Musollah sekali ..


diatas ni la restoran nya ..
dibawah adalah suasananya didalam restoran tersebut ..
makan secara buffer ..
yg menariknya sepanjang kami disana, tiap kali berhenti utk makan, pasti supir akan membawa kami ketempat yg standard tempat tu lebih kurang tempat ni ..
bila dia dah berhenti kt tempat2 mcm ni, tk kan nak suruh dia cari yg biasa2 ..
masuk jer la ... 
alasan nya .. tempat yg halalan thoiyiban ..
terima alasan tu ..


bila dah buffer .. pesan kt farish dan jeeha ..
makan biar banyak .. klu tidak rugi nanti ..
dah la jeeha tu cuma makan telur goreng, kicap dan nasik jer ..
sib baik, kt sini, dia nak mencuba makanan2 yg disedia ..


ini la Tasik Batur
terletak dikaki Gunung Batur ..
sejuk tempat dia mcm Cameron Highland ..


Gunung Barapi Batur .. tk nampak sbb berkabus .. 


ambik dari googgle utk image  Gunung Batur ni yg tidak berkabus ...

 
suasana ditempat kawasan tinjau Batur tu ..
rumah2 nya mcm di Fraser Hill ...


dibawa ke ladang kopi utk merasa kopi luak ..
kopi luak ni adalah kopi yg dihasilkan dari luakkan musang ..
buah2 kopi ni yg dimakan musang .. kemudian setelah didalam perutnya, diluakan, (pasti dari kemaluan belakang)  kemudian buah kopi yg tk hazam tu dikutip, dijemur, dan diproses menjadi serbok kopi ..
mahal plak kopi tu ..


tengok mcm mana depa tu sediakan kopi luak ni ..
mcm dalam makmal plak utk menghasilkan air kopi tu ,,,
serbok kopi diletak sebelah atas .. 
air dibawah, bila dibakar pasti wapnya keatas dan bercampur dengan kopi tu ..
lalu menghasilkan kopi luak ..
tambah gula dan minum ..
mahal harganya .. disini dijual dengan belas ringgit ..
klu diluar boleh mencecah puluhan ringgit ..
yg dalam gelas2 kecil tu adalah sampel kopi perasa lain ..
klu suka .. kita boleh order kopi tu ..


klu berjalan di Bali ni,
pandangan kita tk kan terlepas dari berjumpa berhala .. 


disetiap jalan raya, memang pandangan2 di tepi jalan akan terarah pd tempat2 berhala ..




yg dibawah ni,
diluar restoran yg kt atas tu ..
wlu dikata restoran muslim dan mempunyai musollah, tp diluar tetap diletak berhala  


berjalan2 di Kuta pd belah malam ..


belah malan memang cukup hidup kawasan Kuta,
masa ni pukul 10 lebih .. tp masih sibuk dan meriah ..
masa ni bukan hujung minggu ..
difahamkan klu hjung minggu ..
lagi sesak ... 


kt tepi tu ..
family aby tengah berjalan jalan ...


next entry  ..
kita masuk Hard Rock Hotel/cafe 


dan menyusuri Kuta Beach ..

     (gambar dari googgle)

ps 
sapa2 yg dengar carta Suria kendalian Halim Othman dan Linda Onn yg baru ni,
yg mana artis jemputan nya adalah Kotak Band dari Indonesia,
depa ada bercerita psl kopi Luak ni ..
linda onn kata, proses kopi luak ni adalah jenis Haiwanese ..
sbb dari dalam perut musang ..
seronok dengar celoteh mereka psl kopi luak ni .. sbb baru rasa ketika disana ..

dengar rancangan ulangan Suria FM masa driv balik dari Sunday Klas  ..