Wednesday, January 18, 2017

Tanjung Piai . titik penghujung tanah besar Benua Asia

salam rakan2 blog ...
bertemu kembali didunia blog untuk tahun yang baru, 2017 ..
bila berpindah ketahun yang baru bertambah juga la umur blog ni ..
harap harap rakan2 blogger masih ingat lagi blog satuperlumbaan ni ..
lama juga menyepi ..

Ingin berkongsi coretan perjalanan ke Tanjung Piai, pada bulan december yang lepas.
tempat yang dikata titik hujung tanah besar benua Asia.

seperti biasa, perjalanan yg bermula dari RnR seremban tempat berkumpul semua rakan2 bikers..
sedikit taklimat dan membaca doa sebelum memulakan perjalanan .. 
program ride ni juga adalah sempena sambutan 1st aniversary ride utk club kami






berhenti selepas toll plaza ..
lupa plak toll plaza apa .. 
disini kami disambut rakan biker johor ..
bila bergabung jadi ramai  ..
lebih dari 100  buah moto ..



dari sini rakan johor ni membawa kami ke Tanjong Piai ..



sampai di kawasan parking Tanjung Piai ni ,,
rupanya rakan Johor ada menyediakan khemah utk program ni.


mcm biasa, klu ada program di johor mesti disambut dengan meriah ..


khemah , juadah keramahan kawan2 disini .. 


peluang utk beramah mesra dengan sedulur2 dsana ..



juadah spesel sama, masak lemak nangka campur daging, ikan cencaru masak kicap dan ayam ungkep.
yg menarik nya hidangan nasinya..
nasi di masak lembek ..
ala ala bubur nasi ..
bila nasi lembek yg panas  ni kena dengan masak lemak nangka..
ditambah dengan sambal belacan pedas ..
apatah lagi perut dah lapar ..
memang amat menyelerakan



lps makan2 dan berjalan beberapa program club ..
masa untuk berjalan ke Taman Negara Tanjung Piai ni





asalnya aby tk faham apa yg dimaksudkan dengan ayat penghujung tanah besar ni .
tapi bila diterangkan dan melihat kpd peta baru lah faham apa yang dimaksudkan dengan titik hujung tu ..



rupanya kt malaysia pun ada landmark yg hebat juga ..
landmark bertaraf global ..


hari tu tak ride dengan moto ijau seperti selalu ..
tp mengguna moto anak saudara .

Apapun walau sekadar ride ke tanjung yg malam tu dah kembali ke rumah, 
ride tu tetap enjoy ..