Tuesday, November 20, 2012

Pulau Pinang .. mengamit kenangan Silam ..

salam rakan2 blog ...

cuti Deepavali dan Awal Muharram aby pergi ke Penang ..
tujuan pergi adalah utk menghantar 2 ekor kucing bagi penjaga baru disana ..
tp .. bila dah diPenang, pastinya kami akan mengimbau balik kenangan2 lama ..  


24 tahun duduk di utara, dalam mase tu, 7 tahun duduk didalam pulau sebelum pindah ke seberang.
pasti Pulau Pinang banyak meninggalkan kenangan2 yg menarik ...


bila sampai disini, anak2 ajak naik ke Bukit Bendera atau dikenali juga dgn Penang Hill ..


bila anak2 dah besar senang sikit  mak dan ayah ..
urusan beli tiket serah kat depa ..
yg berspek dan naked head tu Sheila, anak ke 2 ..
yg berturban tu anak yg ke 3, jee ..


sekarang naik ke Penang Hill dah menggunakan Tren baru ..
lagi panjang dan laju ..


ada masa tu bila nak berselisih tren mcm naik roller coaster rasenya ...


kt bawah ni gambar dari puncak Penang Hill ...
yg menariknya ..
baca Ther Star sabtu lps..
tren Penang Hill diberhentikan perkhidmatan sementara utk tujuan service maintenant mengejut pd hari jumaat.. ramai yg terkandas diatas bukit tu sbb tidak dapat turun atas ketiadaan perkhidmatan tren ..
bermakna kejadian tu adalah 2 hari selepas kami menaiki tren tersebut ...


klu sampai ke Penang .. mesti tk lengkap klu tk ke Batu Feringgi
tetap sentiasa cantik ..


jee nak berposing kt pantai ..
suka berfesyen bila pakai tudung,
siap beli majalah Hijab, nak tengok fesyen2 bertudung masa kini ..


The Ship ..
Steak Restaurant, kt sini selalu aby dan wf makan jika celebrate anniversary occasion


best suasana dalam dia ..
mcm berada dalam kapal ...



lambang stering kapal utk The Ship ni ..


mungkin yg paling menarik sekali adalah Hotel Sri Pantai ni  ..
terletak dihujung Tng Tokong dan awal Tng Bungah ..

disini la bermula sapaan aby ke seorg awek yg akhirnya menjadi isteri dan ibu kpd anak2 aby ..
kedua aby dan awek ni yg wktu tu datang dari selangor ,
kesini sbb ada function ..
seterusnya ....
Biarlah ianya jadi rahsiaaaaa ...
he..he.....

Friday, November 9, 2012

Nasi, kicap dan Telur ...


salam rakan..
pagi khamis lps , seperti biasa aby mesti pasang Sinar FM utk mendengar celoteh Raja Azura (KE), salih yakob dan krill. tk dengar celoteh dia org pagi2 rasa mcm ada kurang sikit masa drive ..
tp pagi tu KE tidak diudara, cuma SY dan Krill .. sinar FM tanpa KE atau SY rancangan paginya akan menjadi mcm biasa jer .. mcm makanan nampak sedap tp bila mkn rasa tawar ..

bila KE tk ada mula pasang stesen lain ..
tekan Hot FM .. seronok pula celoteh pg tu ..
psl makan nasi, berlauk kicap dan telur goreng ..

yg aby jadi terhenti kt stesen tu sbb anak ke 3, si jee tu pun menu makanan nya adalah nasi, kicap dan telur goreng .. dah tingkatan 1, tp makannya 3 benda tu .. kot nak makan lain, tom yam la .. tp masaalahnya tomyam yg dimakan adalah kuahnya sahaja, lauknya tetap telur dan kicap juga ..
nasib baik minuman nya adalah milo, bangun dari tido dan sebelum tido mesti nak kan milo yg papanya buat .. katanya papa buat sedap .. tk mau tido dia selagi papanya tk buatkan milo utk nya  ..

nasib baik badan dia OKjer ..
mungkin kesukaan dia minum Milo memberi dia sedikit keseburan dalaman badan..
tu yg klu datang senggugutnya bila uzurnya tiba ,
aby akan kata ..
"tu la asyik makan telur, nak menetas telur tu dalam badan, tu yg badan tk sedap"

apapun ..
cuti sekolah dah bermula ..
mcm biasa, klu cuti sekolah perkara pertama yg aby buat adalah penuhkan petiais dengan makanan2 frozen dan banyakan juga simpanan telur ..

kpd rakan2 yg lain ..
aby ucapkan selamat bersama anak2 dimusim cuti ni ..
musim hujan .. awasi juga anak2 kita bila diluar dalam cuaca yg tk menentu ni ...

Saturday, November 3, 2012

Sumbangan kecil ke industri Pelancungan ...

salam rakan2 blog ...
hari isnin ni pelajar2 tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan SPM ..
sama2 kita berdoa agar kesemua mereka dapat menjawab soalan2 dengan jayanya .


dua tiga hari ni terkejut juga aby ..
bila klik kt stat di blog nampak graf nya naik tinggi ..
heran juga tidak ada apa isu menarik tp graf tinggi ..
tp bila aby baca tajuk2 yg keluar,
sumenya tajuk2 percutian aby ..

Pulau Mabul, Telok Simpang Mengayau Sabah, Kenyir, Pulau Samosir Medan dan Pulau Kapas ..
bila nampak tajuk2 tu baru la nampak hubungkait nya ..
cuti sekolah hampir tiba,
so ramai la masuk googgle utk percutian yg menarik ..
tak sangka pula yg entri2 aby termasuk dalam search tesebut ...

terlanjur crita psl percutian ni ..
ada 2 tajuk yg aby tk letak disini,
sebaliknya diblog kucing aby ..
kpd sesiapa yg nak view, ni link nya ..
 http://dorobeescattery.blogspot.com/2012/09/sawadikap-krabi.html
dan
http://dorobeescattery.blogspot.com/2012/09/sawadikap-krabi-2.html

tak sangka juga ...
blog yg tk seberapa ni rupa nya ada menyumbang kepada sektor pelancungan ..
utk aby pula ..
tk berapa sangat merancang apa2 pd cuti ni ..
sebaliknya nak sunatkan satu2nya hero tu aby nanti ..

Thursday, November 1, 2012

Larangan Bergambaran ...

salam rakan2 blog ..
sudah seminggu hari raya haji meninggalkan kita ..

sekadar nak bercerita sedikit semasa kerja2 menyembeleh lembu2 kariah aby di jalankan .. 


masjid  tempat aby buat qurban 11 ekor lembu dan 2 ekor kambing ..
yg peraturan barunya utk tahun ini adalah,
tidak dibenarkan mengambil gambar sepanjang kerja2 korban dijalankan ..
ramai penyunjung yg datang bersama I pad, Tab, camera, hanfon dan sebagainya,
bila nak merakam kerja2 qurban, akan didatangi oleh anggota Rela yg bertugas ..
"Tidak dibenarkan mengambil gambar sama sekali"

aby bertanya juga anggota Rela tu yg juga kawan aby ..
kata nya, "jawatan kuasa kerja qurban tk mau gambar2 kerja qurban ni disebar sebarkan "
tambahnya, klu ada ambil gambar pasti akan berlaku sebar menyebar ..


aby pun tk nak komen2 apa atas larangan yg dibuat ..
ternyata nampak juga orang yg bertanya balas sbb2 larangan tu ..

biarla tidak ada gambar apa2 ketika kerja2 melapah dan memotong dilakukan ..
yg penting, majlis berjalan lancar ..
menjelang pukul 2 ptg majlis pun selesai ..

sampai ke hari ni banyak lg daging qurban dalam peti ais ..
tu pun dah di repack dan di hantar kpd saudara2 yg lain hanya dapat atas kupon awam ..
alhamdulillah ..
atas nikmat keamanan yg dilimpahkan pada bumi yg kita diami,
rakyat malaysia dapat menjalankan dan melalui ibadat qurban dengan aman dan selesa ..