Sunday, October 18, 2015

Bila dah terpengaruh WWE

salam rakan2 blog ..
entri kali ni nak crita psl My Hero yg sekarang dah makin membesar,
dah berusia 13 tahun.
rasanya bberapa kali aby bercerita yg My Hero, farish ni peminat fanatik WWE ...
dulu masa WWE datang ke Bukit Jalil dia pun berkunjung juga ..


baru baru ni kelab Peminat Gusti Malaysia membuat program persembahan di Danau Desa ..
Beriya si farish nak datang ke tempat tu untuk dia join program nya ..
pada Ahad tu, wife anta farish ketempat ni di sbb kan hari ahad adalah hari Klas utk aby ..
tidak la dapat menghantar ..

di program ni pastinya farish teruja dapat meletak kedua dua replika Championship Belt di atas bahu nya ..


bersama mentor nya ketika disana ..
sebagai salah seorg dari grup Peminat Gusti Malaysia pasti nya masing2 dah mengenali di alam maya.... 


belah petang lps abis kuliah, sempat la vroom ke Danau Desa tu ..
UM dengan tempat ni pun tk jauh .. dengan bermotor hanya mengambil 15 minit utk sampai ..
sempat la tengok suasana di dalam dewan tu ..
wlupun acara pesembahan nya dah habis ...


dalam ramai2 ni farish ada di celah peminat gusti ni ..


selepas balik kerumah hari tu, 
dia minta kebenaran utk join WWE pun training bersama sama dengan rakan2 yg buat persembahan haritu ..
masaalahnya tempat tu di Cheras , utk menghantar dari kelang ke Cheras pun agak jauh juga. 
Namun bila kenangkan minat dia, dan sebahagian utk membina kelasakan sebagai lelaki,
dibenarkan la juga utk join training di Cheras tu ...


gambar atas ngan bawah ni adalah image di gym tu ...
tengok masing2 dgn badan yg sado ..


zaman membina kelasakan dengan panjat pokok, mencangkul, menajak, memanjat pokok,
bemain parit dah tidak ada . misal dirumah pun cuma banyak leka dgn gadget2 telekomunikasi ni ..
sebagai anak bongsu yg berkakak kan 3 orang .. kuatan fisikal harus di ambil kira juga.
Pada aby menghantar ke tempat yg boleh membina kekuatan fisikal adalah satu jln yg baik ..
tak kira la program apa , yg penting budak tu minat dan berlatih atas kerelaan hati ..
tidak rasa terpaksa ...

tadi masa Berita TV, adapat khabar yg esok adalah hari cuti disebabkan jerebu ..
lapang sikit esok pagi sbb tk perlu menghantar budak sekolah ..
moga negara kita segera bebas dr Jerebu ni 

Wednesday, October 14, 2015

Cermin tingkap pula kena Pecah ...

salam maal hijrah rakan2 blog ..
agak lama juga tidak membuat entri baru.
terima kaseh kpd rakan2  yg masih sudi singgah dan menyapa walaupun agak lama tidak membuat entri baru .. kunjungan kalian memberi semangat utk aby menyambong dan menulis entri yg banyak juga tertangguh nya ..
kisah ni berlaku minggu lepas .. selasa malam rabu  ..
lebih kurang 3.30 pg aby terima panggilan telipon. ketika tengah lena tido, tiba2 masuk satu panggilan mesti mcm seolah olah mengganggu .. namun aby gagahkan juga bangun utk mengambil panggilan tersebut .. nama yg tertera, jiran depan rumah ..
satu panggilan meminta aby keluar dari rumah sbb dia nampak ada orang sedang membuat sesuatu kepada kereta kami .. 
tanpa melengahkan masa terus aby kepintu utk membuka grille, tp disebabkan yg tiada kunci  tergantung dipintu maka lambatlaah utk membuka pintu tersebut ..
dalam pada mencari cari kunci tu ..
aby jerit "Hoi" kearah kereta wlupun tidak nampak kelibat sesiapa ..
lepas tu nampak kelibat budak melarikan diri dari kereta tu ...
dalam hati rasa satu keputusan tepat sbb dapat menghalau pencuri dari membuat sesuatu kpd kereta tu.
namun bila mendekati kereta, didapati cermin tingkap belakang telah dipecah.
kereta digeledah sbb keadaan kereta yg tertaburan didalam nya .. .


masa kami dikereta tu .. pintu tidak dibuka.
pasti pencuri ni memasuki kereta melalui cermin tingkap. 
sbb klu pintu dibuka pasti alarm berbunyi ..
yg hilang, 1 unit GPS Garmin dan 1 beg berisi dokumen2 kerja wife ..
rasanya pencuri tu belum sempat menyelongkar beg tersebut..
mungkin dalam keadaan kelam kabut bila disergah dia terus melarikan diri bersama sama beg  ..
klu beg tu diselongakar tentu dia pun tk nak ambik sbb tiada apa yg berharga.
bila tengok keadaan kereta, rasa menyesal juga membuat segahan tu sbb klu aby keluar senyap2 pasti pencuri tu masih didalam kereta, sedang menyelongkar ..
mesti boleh berdepan dengan pencuri tu ..

 bila kami tengok kerete anak yg didalam rumah, kereta tu pun dah diselongkar,
siap bonet belakang terbuka .. kebetulan anak tidak mengunci pintu sbb kereta berada didalam rumah.
bermakna pagi tu 2 kereta kami di selongkar dan salah satu kena pecah cermin .


pagi tu juga kami panggil 999.
tidak lama lps tu datang la satu kereta peronda ..
setelah memberitahu apa yg berlaku, anggota tu minta esok paginya bawa kereta tu ke Balai utk buat report.
image bawah kereta dihadapan Balai Polis ketika laporan polis dibuat ..


selesai urusan report ..
cermin harus diganti .. apatah lg dengan kekerapan turunnya hujan pada waktu ini .. 


tengah hari tu .. selesai .. cermin pun dah diganti ... 


kesimpulan nya .. aby syak , kerja ni dari kwn2 budak sebelah rumah..
sbb selalu kawan sebaya melepak di hadapan rumahnya ..
yg aby kuat syak nya, masa kejadian tersebut anjing dirumah tidak kuat salakan nya ..
sedangkan dalam keadaan biasa bila ada org luar datang, termasuk posmen dan lori sampah ..
salakannya memang amat kuat dan berpanjangan ..
masa pagi tu kurang salakan ..
mungkin anjing ni dah biasa dengan bau orang nih ..
waullahuaklam ..

mungkin rakan2 masih ingat pd satu entri lps dengan tajuk Kemalengan ..
kerete ni juga yang hilang 2 buah rim masa parking diluar kerana memberi ruang kpd jiran yg buat memasangan khemah perkahwinan ..

bersabar jer la ..

apapun, sempena bermulanya tahun hijrah yg baru ..
harapan aby moga kesemua rakan2 blog akan didalam lindungan dan keberkatan Allah swt dan ibadat tahun ini akan bertambah tambah dr tahun sebelumnya.
aameen