Saturday, October 30, 2010

TAQLID .... kesan kepada kite ..

TAQLID...
bermaksud seseorang itu mengikuti atau menuruti ape yg di katakan atau dilakukan org lain dgn kepercayan bahawa ia adalah benar, tanpa melihat atau mengkaji dalilnye...

dalam kehidupan, ramai yg bertaqlid pd ilmu yg datang kepada kite.
bile kite bertaqlid bute2, tu yg jadi kecelaruan dalam amalan. termasuk la menjadi pengikut ajaran sesat dan membuat khurafat.

contoh yg ustaz beri kan kpd kami org yg bertaqlid adalah spt kumpulan ayah pin,
mereka mengikuti ajaran ketuanye tanpa merujuk kpd dalil2 yg sahih ...

dalam erti kate mudah, taqlid ni same dengan Pak Turut,
klu dalam alquran,
dikate lebih suke mengikut perbuatan nenek moyang mereka dari mengikuti ape yg di perintahkan allah dan rasul.

seperti didalam surah al maidah

[104]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?



terlanjur kt goggle ni ade topik psl Taqlid.
aby paparkan utk kite renungkan bersame ...
semoga kite tk tergolong dalam kumpulan yg bertaqlid ni...

“Kiai-ku lbh pintar dari kamu!” “Imamku-lah yg paling benar!” ungkapan-ungkapan seperti ini sering kita dengar ketika ada nasehat disampaikan. Inilah antara lain gambaran taqlid dan fanatisme golongan penyakit yg telah lama menjangkiti umat.

Hancur kaum muslimin dan jatuh mereka ke dlm kehinaan tdk lain disebabkan kebodohan mereka terhadap Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam serta tdk memahami pengertian dan pelajaran yg terdapat pada keduanya.

Demikian pula yg menjatuhkan umat Islam ke dlm perbuatan bid’ah serta khurafat. Bahkan kebodohan terhadap agama ini merupakan faktor utama yg menumbuhsuburkan taqlid.

Berbagai kebid’ahan tumbuh dgn subur di atas ketaqlidan dan kebodohan yg ada di tengah-tengah kaum muslimin. Hal ini juga disebabkan ada para dajjal dari berbagai golongan yg menyandarkan diri kepada imam-imam madzhab yg telah dikenal. Padahal pengakuan mereka yg menyebutkan bahwa mereka adl pengikut para imam tersebut adl pengakuan dusta.

Kita dapati dlm kitab-kitab tentang tafsir fiqih tasawwuf ataupun syarh hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berbagai kebid’ahan bahkan khurafat yg ditulis oleh mereka yg menyatakan diri bermadzhab Fulani. Innaa lillah wa Innaa ilaihi raji’un.

Begitu hebat penyakit ini melanda kaum muslimin seakan-akan sudah menjadi wabah yg tdk ada obat di dunia ini. Dan akibat taqlid ini muncullah sikap-sikap fanatik terhadap apa yg ada pada diri atau kelompoknya. Sampai-sampai seorang yg bermadzhab dgn satu madzhab tertentu tdk mau menikahkan puteri dgn orang dari madzhab lain tdk mau pula shalat di belakang imam yg berbeda madzhab dan sebagainya. Bahkan yg ironis di antara penganut madzhab ada yg saling mengkafirkan.

Inilah sesungguh penyakit yg mula-mula menimpa makhluk ciptaan Allah. Iblis yg terkutuk makhluk pertama yg mendurhakai Allah tdk lain disebabkan oleh sikap fanatik di mana dia merasa unggul krn unsur yg menjadi asal dia diciptakan. Allah subhanahu wa ta’ala menerangkan hal ini:
“Aku lbh baik daripadanya. Engkau menciptakanku dari api sedangkan dia Kau ciptakan dari tanah.”

Definisi Taqlid

Taqlid secara bahasa diambil dari kata {} yg bermakna mengikatkan sesuatu di leher. Jadi orang yg taqlid kepada seorang tokoh ibarat diberi tali yg mengikat leher utk ditarik seakan-akan hewan ternak.

Sedangkan menurut istilah taqlid arti beramal dgn pendapat seseorang atau golongan tanpa didasari oleh dalil atau hujjah yg jelas.

Dari pengertian ini jelaslah bahwa taqlid bukanlah ilmu dan ini hanyalah kebiasaan orang yg awam dan jahil. Dan Allah subhanahu wa ta’ala telah mencela sikap taqlid ini dlm beberapa tempat dlm Al Qur’an. Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Atau adakah Kami memberikan sebuah kitab kepada mereka sebelum Al Qur’an lalu mereka berpegang dgn kitab itu? Bahkan mereka berkata: ‘Sesungguh kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguh kami orang2 yg mendapat petunjuk dgn jejak mereka.’ Dan demikianlah kami tdk mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatan pun dlm suatu negeri melainkan orang2 yg hidup mewah di negeri itu berkata: ‘Sesungguh kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguh kami adl pengikut jejak-jejak mereka.’ berkata: ‘Apakah sekalipun aku membawa untukmu yg lbh memberi petunjuk daripada apa yg kamu dapati bapak-bapak kalian menganutnya?’ Mereka menjawab: ‘Sesungguh kami mengingkari agama yg kamu diutus utk menyampaikannya.’ mk Kami binasakan mereka mk perhatikanlah bagaimana kesudahan orang2 yg mendustakan itu.”

Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah sebagaimana dinukil oleh Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullah mengatakan: “Ayat-ayat ini adl dalil terbesar tentang batil dan jelek taqlid. Karena sesungguh orang2 yg taqlid ini mengamalkan ajaran agama mereka hanyalah dgn pendapat para pendahulu mereka yg diwarisi secara turun temurun. Dan apabila datang seorang juru dakwah yg mengajak mereka keluar dari kesesatan kembali kepada al-haq atau menjauhkan mereka dari kebid’ahan yg mereka yakini dan warisi dari para pendahulu mereka itu tanpa didasari dalil yg jelas –hanya berdasarkan kata dan katanya- mereka mengatakan kalimat yg sama dgn orang2 yg biasa bermewah-mewah: ‘Sesungguh kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguh kami adl pengikut jejak-jejak mereka.’ Atau ungkapan lain yg semakna dgn ini.”

Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadah mereka sebagai Rabb selain Allah.”

Maksud mereka menjadikan para ulama dan ahli ibadah di kalangan mereka sebagai Rabb selain Allah. Arti ketika para ulama dan ahli ibadah itu menghalalkan utk mereka apa yg diharamkan oleh Allah mereka mengikuti penghalalan tersebut. Dan ketika mereka mengharamkan sesuatu yg dihalalkan oleh Allah mereka juga mengikuti pengharaman tersebut. Bahkan ketika para ulama dan ahli ibadah tersebut menetapkan suatu syariat yg baru dlm agama mereka yg bertentangan dgn ajaran para Rasul itu mereka juga mengikutinya. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Patung-patung apakah ini yg kamu tekun beribadat kepadanya? Mereka menjawab: ‘Kami dapati bapak-bapak kami menyembahnya’.”

Dan perhatikanlah bagaimana jawaban yg mereka berikan. Walhasil taqlid ini menghalangi mereka utk menerima kebenaran sebagaimana disebutkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala:
“Sesungguh kami mengingkari agama yg kamu diutus utk menyampaikannya.”

Dan para ulama menjadikan ayat-ayat ini dan yg semakna dengan sebagai hujjah tentang batil taqlid. Tidaklah menjadi halangan bagi mereka utk berhujjah dgn ayat ini meskipun ayat ini berbicara tentang orang2 kafir krn kesamaan yg terjadi bukan pada kekufuran satu golongan atau keimanan yg lain akan tetapi kesamaan adl bahwa taqlid itu terjadi krn kedua sama-sama mengikuti suatu keyakinan atau pendapat tanpa hujjah atau dalil yg jelas.

Demi Allah Yang Maha Agung sesungguh kaum muslimin itu ketika benar-benar sebagai kaum muslimin yg sempurna dan benar keislaman mereka keadaan mereka senantiasa mendapat pertolongan dan menjadi pahlawan-pahlawan yg membebaskan berbagai negara dan menundukkan di bawah kedaulatan muslimin. Akan tetapi ketika mereka mengubah-ubah perintah-perintah Allah mk Allah-pun memberi balasan kepada mereka dgn mengganti ni’mat-Nya kepada mereka dan menghentikan kekhalifahan yg ada di tangan mereka. Dan inilah kenyataan yg kita saksikan dan kita rasakan.

Al-‘Allamah Al-Ma’shumi mengatakan bahwa termasuk yg berubah adl ada prinsip dan kewajiban harus seorang muslim bermadzhab dgn satu madzhab tertentu dan bersikap fanatik meskipun dgn alasan yg batil. Padahal madzhab-madzhab ini baru muncul sesudah berakhir masa tiga generasi terbaik umat ini. Dan akhir dgn bid’ah ini tercapailah tujuan Iblis memecah-belah kaum muslimin. Kita berlindung kepada Allah subhanahu wa ta’ala dari hal itu.

Beliau juga menyatakan bahwa pendapat yg menyatakan harus seseorang bermadzhab dgn satu madzhab tertentu sesungguh dibangun di atas satu kepentingan politik tertentu dan ambisi-ambisi atau tujuan pribadi. Dan sesungguh madzhab yg haq dan wajib diyakini dan diikuti adl madzhab junjungan kita Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam yg merupakan Imam yg Agung yg wajib diikuti kemudian para Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Dan apa-apa yg datang dari Rasul kepada kamu mk ambillah dia dan apa yg kamu dilarang mengerjakan mk jauhilah!”

Dan adapun yg dimaksud dgn Sunnah Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin yg harus diikuti tdk lain adl jalan hidup mereka yg sesuai dgn Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Wallahu a’lam bish-shawab.

Sumber: www.asysyariah.com

Monday, October 25, 2010

Bile BerBlog di sebut dalam khutbah jumaat .....


Ada satu jumaat tu,
semase khutbah, khatib ade berckp psl blogger ...

asal tajuk nye adalah Zaman dakwah sudah berubah.
asalnye khatib bercakap care nabi2 yg dulu berdakwah,

dari dakwah nabi noh, nabi ibrahim, bagaimane nabi musa berdakwah dengan Firaun,
sehinggala care nabi muhammad dan sahabat2 berdakwah ..
khatib pun menyambung dengan dakwah mase kini,
bagaimane media cetak, eletronik dan komputer berperanan memainkan peranan yg besar dalam penyebaran dakwah ..
seterusnye khatib berkate lg, antara yg popular dalam penyebaran dakwah ni adalah menggunekan BLOG ..
khatib menyeru kpd penulis blog,
klu menulis tu, jgn la buat satu penulisan yg berunsur fitnah ..
biarlah tulisan tu menjurus kpd yg boleh menfaatkan utk kite beribadat ..
biarla tulisan2 tu berunsur ketuhanan ..
tulisan yg boleh memberi pahala kpd kite ...

bile dengar teguran berblog dalam khutbah jumaat ni ..
termenung juge aby ..
sbb tulisan2 aby tk la hebat dan padat psl ilmu ..
sekadar rutin kehidupan seharian ..

cume yg mampu aby berbangga ..
aby blm tergolong dalam penulis yg membuat fitnah, seperti yg tok khatib tu kate ..

Friday, October 22, 2010

AQIQAH ..... mase yang sesuai utk melakukan nye ...

gambar hiasan


Menjelang hari raye haji, ramai tengah mencongak utk melalukan ibadat qurban.
kelaziman, masjid atau surau akan mengumumkan kpd ahli kariahnye sape2 yg ingin melakukan ibdah qurban ni. care nye adalah dengan mempelawa seekor lembu di bahagi kepade 7 bahagian dan selalu nye harga sebahagian adalah dr rm 350 - rm 400, bergantung kpd saiz dan program khariah tersebut.

namun ade juge yg mengambil kesempatan utk membuat aqiqah bagi anak2 mereka sbb nye membuat aqiqah semasa hari raye qurban ni mudah dan menjimatkan.
sbb bg anak perempuan, kite hanya perlu mengeluarkan belanja utk satu bahagian binatang qurban manakala yg uruskan kan masakan adalah pihak masjid atau surau ..

bagi anak lelaki pula yg aqiqahnye perlu 2 ekor kambing atau 2/7 dari bahagian binatang qurban tu blh di buat secare ansur ansur, maksudnye, thn ni kite buat 1 bahagian manakala thn depan kite buat satu lg. tp care ni hanya yg kurang mampu.
yg mampu blh la buat 2 bahagian sekali ...

di bawah aby sertakan artikel berkenaan ibadat aqiqah,
semoga ada di antara kite ingin melakukan mendapat gambaran yg lebih jelas tentang aqiqah ni....

Menurut bahasa, AQIQAH ialah binatang yang disembelih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas kurnia-Nya memberi zuriat, tetapi yang lazim diertikan oleh ramai; aqiqah ialah ibadat menyembelih binatang (biasanya kambing) sebagai tanda kesyukuran kerana beroleh zuriat itu.

Rasulullah saw telah menyembelih dua ekor kambing bagi tiap seorang dari cucunya iaitu Saiyidina Hassan dan Hussain - pada hari ketujuh cucu-cucunya itu dilahirkan; mereka itu telah lahir kira-kira dalam tahun 3 Hijrah.

Adalah sunnat hukumnya: mencukur rambut bayi (samada lelaki atau perempuan) pada hari ketujuh bayi itu dilahirkan; sunnat pula bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu bersedekah dengan emas atau perak sebanyak yang sama berat dengan rambut bayi itu, atau dengan wang yang senilai dengan emas/perak yang seberat rambut bayi itu.

Adalah sunnat juga bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu mengaqiqahkan anak/cucunya itu dengan dengan menyembelih 2 ekor kambing jika anak lelaki dan seekor kambing jika anak perempuan. Sunnat bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu mengaqiqahkan anak/cucunya ketika bayi itu, berumur antara antara 7 hingga 40 hari, iaitu kira-kira darah nifas ibunya belum kering. Ada juga kaul yang mengatakan aqiqah boleh dilakukan selagi anak itu belum baligh.

Sebahagian ulama berpendapat bahwa apabila anak itu sudah baligh maka tidaklah sunnat lagi bapa atau datuk yang menafkahi anak itu melakukan amalan aqiqah itu.

Cara melakukan ibadat aqiqah itu samalah seperti melakukan ibadat qurban. Bezanya ialah bahawa qurban itu dilakukan pada hariraya Aidiladha atau/dan tiga hari tasyrik, manakala aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Binatang yang dijadikan aqiqah/qurban ialah kambing, unta atau lembu yang sihat, berumur antara 2 hingga 3 tahun, tidak cacat; Tidak sah binatang yang tempang, buta atau sakit dijadikan aqiqah/qurban. Aqiqah/qurban dengan kambing ialah aqiqah/qurban bersendirian, tetapi lembu atau unta boleh dijadikan aqiqah/qurban berkongsi.

Menyembelih aqiqah adalah sama dengan cara menyembelih binatang-binatang biasa tetapi hendaklah dengan niat aqiqah.

Daging aqiqah itu hendaklah dipotong-potong dengan tidak mematah atau memecahkan tulangnya. Adalah sunat jika daging itu dimasak dengan manisan (madu, misalnya) kemudian masakan itu dibahagi-bahagikan kepada fakir dan miskin.

Wednesday, October 20, 2010

Benar ke laki2 tk boleh nangis ...

Ayah ku selalu berkata pada ku,
laki laki tk boleh nangis ..

rangkap awal lagu " aku bukan la superman"

menarik senikate nye..
psl ayah dia marah sekirenye dia menangis ..

ramai juge yg kate,
klu laki nangis, nampak tk macho,
hilang kejantanan nye
malah org dewasa laki2 nak ngaku depa tu nangis memang jauh sekali,

tp menangis pun ade tahap2 nye ..

1. tangisan mate... adalah khusus bagi org2 yg nak bertaubat atau yg kembali ke jalan allah.
2. tangisan hati... adalah tangisan bagi yg nak menuju ke jalan allah.
3. tangisan batin ... adalah bagi yg terlalu mencintai allah ...

apabile kite berbalik ke kisah nabi2,

nabi adam di kate menangis selame 300 thn kerena terlalu malu dgn allah,
sehingga di kate air mate nye menjadi lautan.
nabi yakob pule, menangis sehingga bute sbb terlalu rindukan anak nye yusuf, yg pd firasatnye masih hidup wlu anak2 nye yg lain mengatakan yusof dah meninggal dunia.

begitu juge dengan sahabat2...
mereka ini dikatekan sebagai singa di siang hari, bertarung dalam peperangan bagi menegakan syiar islam namun pd mlm nye mereka umpama bayi yg menangis berqiamullai memohan keampunan allah ..

jadi nye tidak salah la klu lelaki menangis ..
sbb menangis pun di lalukan oeh para rasul dan sahabat,
malah allah pun menyukainye ,

"apabila d bacekan kpd mereka ayat2 Tuhan Maha Pengasih, mereka lalu merebah tunduk dgn bersujud dan menangis" maryam ayat 58.

sekadar menyatakan tingkatan dalam tangisan ..

1. tangisan kerana malu, umpama tangisan Nabi Adam as
2. Tangisan kerana kesalahan, umpama nabi Daud as
3. Tangisan kerana takut dan bimbang, umpama tangisan nabi yahya b zakaria as
4. tangisan kerane kehilangan sesuatu, umpama tangisan nabi Yakub as.
5. tangisan kerane merasakan kehebatan, umpama tangisan para sekian nabi as ....
6. tangisan yg terlalu merindui berjumpe allah, umpama tangisan nabi Syuib as ..

aby pun tk terkecuali ..
bebrape kali juge menangis .
namun tk salah sekirenye aby menangis ....

Sunday, October 17, 2010

Meminta Sedekah ....perluke kite selidik siape mereka...


saye tertarik kt satu Headline di akbar Utusan Malaysia yg d siar beberape hari lps.
psl kisah wartawan yg menyamar jd peminta sedekah.
di katakan rakyat malaysia pemurah tk bertempat.
pd tempat2 yg strategik, dalam mase 2 jam boleh dapat rm 200, dan senang senang boleh dapat rm 50 ditempat lain .. gitu mudah nye rakyat malaysia terdedaya ..

kite sering d datangi peminta sedekah.
di pasar pagi atau mlm, di tempat2 awan dan food court,
ade yg minta simpati atas sbb kecacatan fisikal, penjualan kitab2 atau sbb hendak membiayai madrasah.
yg pasti kite tk tau adakah mereka ni peminta sedekah yg memang golongan yg memerlukan atau peminta sedekah yg bersendikit atau part time

pade saye klu org datang utk meminte sedekah,
saye beri, tp memberi sekadar ikhlas dan tidak membebankan saye sendiri,
apetah lg memang sedekah tu adalah salah satu ibadat yg di sukai allah ..
pemberian kite juge atas kerana allah juge, rezeki yg di kurnaikan nye kite beri sedikit kpd yg memerlukan.
mane tau dengan sedekah yg sedikit tu dapat menolong kite semase hari pengadilan kelak .

kpd yg memita sedekah tu sekadar seronok2 utk menambah wang saku .. biar lah kite serah ke allah .. kite hanya ikhlaskan pemmberian dan perbuatan menipu nye ..itu urusan nye dgn allah ...

aby .. pernah jd peminta sedekah juge, utk pembiyaan surau taman ..

Monday, October 11, 2010

Motogp Sepang .. Catatan lensa ku

motogp sepang baru berlalu,
wlupun perlumbaan tk la menarik sangat tp thn ni mencatat kehadiran yg paling ramai.
sebagai peminat tegar perlumbaan motor ni, thn ni menampakkan tanda positf yg perlumbaan moto dah di terime ramai, wlupun blm ke tahap F1, tp cukup bagus utk dilihat negara2 yg yg menerime liputan secare live .. yg malaysia juge tidak ketandusan peminat motor ...

sekadar paste beberape gambar utk di kongsi bersama ....


sebagai pembuke image ....


dari parking kete ..
saje parking jauh sbb senang nk kuar bile abis perlumbaan. parking dekat, alamat tersangkut la kt jem bile abis race ..

jenuh nak jalan ke ke pintu main Grand Stand ..



dah sampai entrance ..
lega ..



suasane dalam grand stand



layan anak2 n wf nak berposing ..





ramai juge yg melilih utk tengok di layar gergasi yg disediakan ..
mereka di sekadar nak hadir kt litar sepang jer utk merasakan suasane ...



yg ni dgn yg dia atas tu yg tk blh tahan ..
wf asyik tanye jer .. ngape perlu ade pmpuan di letak kt motor2 yg d pamer ..
dah tu kene tunjuk pusat plak ..
kate negera kite negara islam,
tp tunjuk model2 gitu ..
berulang wf kate gitu, sampaikan kt kete masih balik pun masih mengulang tanya lg



gelagat penonton ...




suasane perlumbaan ...











dalam hepi2 psl motogp ni,
takziah juge kpd keluarga mangsa bas terbang,
semoga yg pergi rohnye di letak bersame same org yg soleh ..

alfathihah

Saturday, October 9, 2010

10.10.10 ... Sepang motogp Vs F1 Suzuka Jepun

10.10.10 ....
mungkin tarikh ni tarikh yg banyak diguna utk majlis kahwin.,
tp bagi saye tarikh ni adalah tarikh yg sangat2 di tunggu oleh peminat motor di negara ni.

Sepang motogp ..



Perlumbaan moto paling berprestig di muka bumi ..
penganjuran utk kali ke 20 .. amat jarang saye ketinggalan utk menonton secara live perlumbaan ni. mendengar kebingitan bunyi moto, menonton sendiri keberanian penunggang mengawal motor dalam kelajuan luar biasa... memang amat menyeronokan ..
di luar litar pula, deretan perbagai jenis motor dari yg kecil hinggala sebesar besarnye, dr negara kite, singapura dan termasukla moto2 dari luar negara ..
tk terkecuali la gelagat2 penonton yg ramai tu ...

tp motogp 2010 kt sepang kali ni kurang seronok,
anti klimax, lorenzo hanya tunggu utk di tabalkan sebagai juare,
kecederaan Rossi pd awal musin dan kecegeraan pedrosa di jepun tempoh hari menyebabkan dia begitu selesa mendahului dihadapan ..

mungkun penarik seri motogp sepang adalah kehadiran penunggang kite dalam klas 125, zulfahmi dan peserta wildcard zamri baba di motogp 2 .. tu yg ditunggu2 peminat tempatan utk menyaksi kehebatan tunggangan depa bersaing dgn pelumba luar.

lain pule dgn F1, perlumbaan yg telah 30 thn saye ikuti sebagaimane motogp.
F1 Suzuka Jepun, tengah memuncak. 5 pemandu memburu kejuaraan, Ferrari pule berada di tempat ke 2, klu jentera tk ade masaalah, rasenye boleh memintas tempat pertama ..



rasenye ini kali ke 3 atau ke 4 sepang motogp dan F1 suzuka pd hari yg same.
utk peminat motor atau F1 sahaja tk bermasaalah sbb mereka tk perlu memilih,
tp yg meminati kedua dua spt saye pasti bermasaalah memilih.

pergi ke sepang bererti tk dapat tengok F1,
dok di rumah tengok boleh tengok kedua dua perlumbaan di tv ...
pening juge memilih ..

sekadar paste gmbo2 mase mude saye ketka menjadi Mat Litar utk motor dan go kart ...


ketika jadi ahli klub KKS, menjadi pemandu go kart, saya yg beroverall biru

ketika jadi pelumba motor, di litar Padang Kota, saye yg di tengah.


ketika menjadi peserta di litar batu 3, salah seorg dari 10 org di taja boon Siew penang utk ke litar ni..


satu aksi di litar padang kota ....

Wednesday, October 6, 2010

Kecil Juge Dunia ni ......

baru ni wf ajak beraye kt rumah kwn dia. dia ni seorg pengemar dan pembiak kucing. tujuan dia jemput datang kerumah sbb dia nak ganti kucing yg kami beli dari beliau mati selps sebulan kt rumah.
kucing dia la juge yg PM beli mase Expo Beli Barangan Malaysia.




( jacky yg dah mati )

memang cantik2 koleksi kucing dia ni.
yg agak lame sikit dia ni bagi sbb nak bagi kitten ni putus susu dulu.
lps 3 bulan baru la dia boleh lpskan kucing ni kpd kami.



dapat ganti jenis exotic juge



bile dah berbual, biase la akan crite asal usul kite n mane kampung,

agak mengejutkan bile kwn wf ni satu kmpng dgn saye, malah rumah di kampung pun tk jauh, mungkin dia junior saye jd saye tk mengenali dia.
namun bile dia memanggil emak nye .. ternyata emaknye adalah kwn baik abang dan kakak saye yg sulung .. gelak panjang la lps tuu ..
sempat kwn wf saye kate .. "nasib baik U bawak hb U datang, klu tk, pasti tk tau yg kite ni sekampung"
rupenye, kecil juge dunia ni ...

kesimpulannye, klu kenal dgn org, kene tau la juge asal mane mereka tu ..
mane tau saudara kite ..

Friday, October 1, 2010

trauma di Karak Highway



karak hiway ..
rasenye lebuh raye yg paling banyak melibatkan kemalangan ..

thn lps, lebih kurang 2 bulan sebelum syawal,
lps membuat tugasan di hospital Temerloh, semase perjalanan balik ke KL, dalam keadaan hujan, kereta saye telah memusing di satu laluan turun bukit di lebuh raye tersebut.
dalam keadaan yg krete di luar kawalan, kreta saye jatuh kedalam parit dan merempuh sebuah titi konkrit dan menyebabkan tulang lengan saye patah.
memasuki ramadan dan syawal dengan tangan masih berbalut ..
yg menjadi penyedap hati, bukan saye seorg yg terlibat dalam kemalangan tersebut,
selps saye terperosok dalam parit tu, 7 buah kete yg lain berlanggar same sendiri.
jadi bukan la salah pemanduan saye .. tp disebabkan jalan berminyak ..

bulan ini, 4 hari seblm syawal,
ketika perjalan balik dr LPT ke KL,
ketika sampai di hentian Lancang, saye suruh kwn saye memandu sbb saye berase amat mengantuk dan hendak tido sekejap ..
bile terjaga dari tido, bile tengok diluar hujan, terus saye ckp kt kwn saye ,
"ok, tukar driver balik sbb saye dh segar..."
habis kate2 saye tu, saye perasan kwn saye masuk koner dah terlebih ..
bile dia menekan brek .. terus kereta memusing musing..
dan masuk kedalam parit sebelum kete tu tumbang ..

arghh .. cukup menakutkan wktu tu sbb terbayang rempuhan terakhir ..
namun alhamdullillah .. tiada merempun ape2 sbb tiada ape2 titi di parit tersebut.
saye dan kwn saye selamat cume krete saje yg banyak perlu di perbaik ..

nasib baik tindakan cepat polis, yg hari tu dah dalm Ops Sikap dan kedatangan awal kereta tunda MTD memyelamatkan saye dari mengambil kerete tunda cina .. sekadar bagi duit raye kt pemandu tow truck tersebut .. tk la perlu membayar dgn nilai tinggi ..

seminggu lps raye saye ke pantai timur lg ..
mase dalam perjalan balik, kebetulan hujan juge ..
entah kenape, jadi penakut dalam pemanduan,
bile sampai ke koner, sentiase buat early braking ..
bayangan 2 kali memusing di hiway Karak datang tiap kali menekan brek ..

klu seblm ni tiap kali masuk koner bayangan pemandu F1 tengah memainkan stering..
tp hari tu .. lori sayur pun boleh memotong saye ..

adekah kemalangan terbaru ni menjadi turning point care pemanduan saye
atau sekadar kejutan sementara yg akan hilang bersame mase ...

namun .. bile hujan, menuruni Genting Sempah menuju keGombak ..
memandu di jalan berliku liku, Trauma dari kemalangan tu tetap datang ..