Monday, September 12, 2011

UPSR ... Semoga mereka di permudahkan ....

salam 15 syawal.

rasanya awal tahun ni aby ada tulis mengenai program Mentor Mentee ..
satu program utk ibu bapa, anak2, bagi menghadapi peperiksaan UPSR yg akan diduduki pd thn ini ..



mlm jumaat lps,
bersama sama ibu bapa yg lain, aby mengikuti program bacaan Yassin dan sembahyang
hajat yg dianjur oleh pihak sekolah utk mempermudahkan anak menghadapai UPSR nanti ..yg menarik apa yg dikata oleh ustaz yg jadi pengurusi majlis,
"kpd sesiapa yg belum berpuasa 6 dan ada niat utk berpuasa 6, elok la berpuasa pd hari yg sama dengan anak yg mengambil UPSR, semoga berkat ibu ayah berpuasa pd hari tu akan dipermudahkan anak2 kita menjawab soalan peperiksaan nanti"





Hari yg ditunggu tunggu dah tiba ..
tuition dan bimbingan dah diberi ..
terpulang kt anak2 melakar kejayaan sendiri ..

malam tadi jee dah memohon maaf dan minta halalkan makan minum dan perbuatan nya dan memohon doakan kejayaan...

kpd rakan2 yg ada anak menduduki peperiksaan UPSR,
aby doakan semoga mereka dipermudahkan allah swt utk menjawab soalan...

utk papa jee pula ..
klas dah mcm biasa ..



1 oktober pula papanya masuk dewan peperiksaan ...
adusss ...

Monday, September 5, 2011

Mengekalkan pencapaian ...

salam syawal rakan2 blog ..
dah masuk 8 syawal ..
jadual kehidupan dah kembali biasa ..
sarapan pagi, makan tengah hari diselang seli dengan minum2 ..

jemaah masjid pun dah kemabali seperti sebelum ramadan ..
klu masa kuliah subuh ramadan penceramah jemputan sering memuji yg subuh mcm jamaah magrib sekarang dah mcm biasa balik ...

sekadar coretan bila sekolah di buka kembali ..

petang semalam masa ambik anak laki aby yg umo 9 thn tu dengan semangat dia becakap,
"papa!!! ayish dapat 100".
dalam kepala aby tergambar dia dapat duit raya rm 100,
lalu aby pun tanya, "siapa bagi"
dia jwb "cikgu sekolah pagi yg bagi"
aby tanya lagi "kenapa banyak sangat dia bagi"
dia jwb "sbb ayish tk de salah, sume jawapan periksa sains ayish betul, tu yg dapat 100 markah" senyum sendiri aby dengar jwpan tu, rupa nya yg 100 tu adalah keputusan peperiksaan sain dia ...
lps tu katanya lagi ..
"masa kertas BM, bila cikgu cakap markah ayish 85% cikgu suruh bagi tepukan, sbb ayish jer pelajar lelaki yg dapat 85% yg lain2 markah tinggi pempuan" ...

teringat masa penggal kedua hari tu yg anak aby ni mogok 2 bulan tk masuk kelas dan mcm iktiar aby buat utk dia masuk ke kelas balik sampai kan tuang air penawar pada pintu kelas dia kot2 kerana gangguan makhuk lain ..

mase ambik report card hujung penggal tu, cikgu yg mengajar dia masing2 nak tau pencapaian dia sbb 2 bulan tk masuk klas dan buat peperiksaan pun dan bilek kaunselling. wlupun sekadar no 22 tetapi jumlah murid adalah 36 dan klas pertama,
mase tu mata pelajaran sain dapat 94%. farish tetap mendapat pujian cikgu sbb wlu lama tk dalam kelas, dia masih dapat mengalahkan yg ada dalam kelas ..

begitu juga dgn semalam, kata farish .. cikgu bercakap kt murid lain supaya mcm farish wlu lama tk masuk klas tp mata pelajarannya tk jatuh ...

lanjutan dari farish ni masuk klas balik,
cikgu2 ada bertanya, amalan atau petua apa yg aby guna sampaikan farish dapat masuk klas balik, adik beradik pun tanya juga sbb ada anak2 kwn mereka menghadapi masaalah mcm mana aby pernah hadapi ..
jwpan aby, syukur kpd allah swt yg dapat membuka hatinya utk masuk keklas balik ..

kejadian tu pun dah berlalu,

melihatkan keputusan sain2 nya yg sentiasa baik,
aby kena fikirkan satu formula supaya minat nya ke mata pelajaran sains ni sentiasa berkekalan. mungkin minat nya kt rancangan National Geography dan animal Planet banyak membantunya memberi kefahaman dalam pembelajaran nya ...

sementara tengah raya ni ..
rasanya belikan kt dia sesuatu yg diminatinya,
sebagai penghargaan atas pencapaian nya ..
meminjam kata2 nya ..
"ayish seronok sbb kali pertama dapat 100%" ..
semoga pencapaian nya bekekalan ..

link kpd crita yg farish tk masuk klas 2 bulan ...

http://satuperlumbaan.blogspot.com/2011/05/terima-kaseh-atas-kesabaran-mu-cikgu.html