Tuesday, August 30, 2011

coretan 1 syawal ...

salam syawal kepada rakan2 blog ..

Ramadhan dah berlalu,
1 syawal pun dah berlalu,
cepat masa berlalu,
yg tk puas berpuasa masa bulan ramadhan,
masih ada peluang menyambung puasa dalam bulan syawal ni,
yg dikata sebagai puasa enam.
kata riwayat puasa ramadhan bersamaan 10 bulan puasa,
manakala puasa 6, bersamaan dua bulan berpuasa,
bermakna klu kita berpuasa dalam bulan ramadhan dan berpuasa enam
kita seperti berpuasa sepanjang tahun ..

sekadar coretan 1 syawal ..

hati lembu didalam rendang daging yg dibuat terpaksa diambil keluar dan dibuang.
sbb bila makan rendang terasa sangat yg hati tu dah mcm berbau.
silap aby tk cium dulu masa beli,
tu yg bila masak tersa kelat bila dikunyah ..

nak dibuang semua sayang sbb hanya hati saja yg kelat
yg lain ok, so yg terbaik, pilih hati hati tu dan buang sebelum org lain termakan yg boleh menghilangkan selera makan mereka ...
alhamdullillah beres ...

cuma terdetik kt hati,
mcm mana penjual tu menjual dalam bulan ramadhan dengan menjual hati yg dah tk fresh .. ahh... biarla tu urusan dia dengan allah swt...

syawal masuk hari yg kedua ...
banyak rumah yg nak di ziarah lg ....

kepada rakan2 berhati hati dijalan raya ketika kita membuat ziarah ..
malang tidak berbau ..

maaf zahir batin dari aby sekeluarga ....



ini la putera dan puteri puteri ku ...

Tuesday, August 2, 2011

Hadith sebagai sumber Ilmu ..

salam ramadhan kpd semua yg membaca tulisan ni,
sebelum memulakan tulisan,
sekadar memberitahu yg teks N3 ni adalah petikan penuh dari Blog Kunang Kunang@ K hanim@ Kerdipan Rohani Blogspot yg bertajuk Lakukan Segalanya dengan Tenang.
aby sekadar nak memanjangkan topik ni apatah lg pada bulan yg mulia ni ..

ketika rasullullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuk seorang lelaki ke dalam
Masjid. Lelaki itu pun mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w., kemudian berdiri dan melakukan sholat. Ketika lelaki itu selesai melakukannya, ia pun menghampiri Rasulullah s.a.w. yang kemudian bersabda kepadanya. "Kembalilah untuk mengerjakan sholat, sebab engkau belum mengerjakannya".

Ia pun pergi menjauh dan melakukan sholat. Setelah selesai bersholat, lalu ia kembali lagi menghampiri Raulullah s.a.w., Rasulullah bersabda lagi kepada lelaki itu "kembalilah mengerjakan sholat, sebab engkau belum mengerjakannya". Lalu lelaki itu kembali pergi melakukan sholat. Setelah selesai medirikan sholat ia menghampiri Rasulullah s.a.w. lagi. Namun Rasulullah s.a.w. tetap bersabda,"Pergilah untuk mengerjakan sholat sebab engkau belum mengerjakannya!"

Lelaki itu akhirnya berkata. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan kebenaran, saya tidak boleh mengerjakan yang lebih baik dari ini. Ajarilah saya, wahai Rasulullah!".

Rasulullah s.a.w. pun bersabda "Jika engkau mengerjakan sholat, maka mulailah dengan bertakbir, lalu bacalah beberapa ayat Al quran yang mudah, kemudian lakukan rukuk sampai kamu betul-betul rukuk dengan muthmainnah (tenang); lalu lakukan i'tidal sampai kamu betul-betul telah berdiri; lalu lakukan sujud sampai kamu betul-betul sujud dengan tenang, kemudian lakukan duduk sampai kamu betul-betul duduk dengan tenang; selanjutnya kembali lakukan sujud sampai kamu betul-betul sujud dengan tenang. Biasakan ini dalam setiap (rakaat) sholat mu!" (HR. Al-Bukhari).

Begitulah Rasulullah s.a.w. megajarkan bagaimana seharusnya kita mengerjakan sholat!. Mudah-mudahan kita dapat praktikkan nasihat ini ketika kita mengerjakan sholat dan tidak lupa menjaga thuma'minah (ketenangan) dalam sholat kita.


selain dari tuntutan solat yg sempurna,
jauh lebih penting adalah sabdaan Nabi saw yg harus ditaati..

banyak ayat quran menyuruh kita mengikut dan mentaatai rasul saw,
antaranya adalah,

Wahai orang yg beriman! taatilah Allah dan Rasulnya .. (al anfal ayat 20 )
dan juga, Barang sesiapa yg mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati allah..
(An Nissa ayat 80 )

ayat2 yg membawa maksud,
ketaatan kpd allah swt terhadap perkara yg dinaskan dalam alquran dan ketaatan kpd rasul dalam setiap perintahnya yg tiada terdapat perintah allah didalam alquran ..

allah swt telah berfirman bahawa rasul swt adalah penjelas dan penerang kpd alquran.
seperti dalam firman nya ..
an nahl
[44]
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

penjelasan tersebut yg juga dipangil Hadith, Segala sesuatu yg disandarkan kpd nabi muhammad saw daripada perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat samaada sifat fisik atau akhlak, sirah samada sebelum atau sesudah menjadi rasul ..

hadith pula terbagi kepada 5 bahagian,

1.Hadith qawli, perkataan nabi atau sabdaan nya,
2. Hadith fi'li, iaitu perbuatan2 rasullullah, sebagai contoh, spt sabdaan baginda, Solatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat..
3.Hadith taqriri, iaitu perakuan nabi, sebagai contoh apabila ada org datang kepada nabi utk mengadu dan nabi diam tidak berkata apa apa, Diam nabi itu dianggap taqrir sbb yg pasti akan membantah sekiranya aduan tu tk mengikut tuntutan syariat.
4.Hadith Wasfi Khilqi, sifat fisikal nabi
5. Hadith Wasfi Khuluqi, berkenaan akhlak nabi saw ..

peranan hadith terhadap alquran pula,

1. Menjelaskan hukum2 yg datang secara umum.
alquran memerintahkan solat puasa, zakat dan haji secara umum tanpa keterangan lengkap. tidak dijelaskan syarat2 nya, bilangan rakaat, kadar zakat, jenis harta yg dikenakan zakat, bagaimana perlaksanaan haji, sebagaimana tidak dinyatakan fakta lengkap mengenai puasa. Semua penjelasan2 dapat di rujuk kpd Hadith ..

2. Membataskan Hukum yg mutlak .
contoh ada firman allah yg bermaksud, mencuri hukuman nya potong tangan..
hadith la yg akan membataskan bahagian2 mana yg harus dipotong jika disabit kesalahan nya ..

3. Mengkhususkan yg umum ..
contoh pembahagian harta pesaka utk anak lelaki, perempuan serta perinciannya.

4. Menjelaskan yg samar,
contoh, terhadap ayat yg pd zahir nas adalah perkataan yg keras,
tetapi bila dalam hadis tafsir, perkataan tu tidak seperti yg digambarkan tetapi membawa maksud yg lain.

5. Menguatkan apa yg telah terdapat dalam Al Quran,
contoh, spt kefardhuan solat, Al Quran dan hadith menyebut perkara yg sama .

6. Menetapkan hukum yg didiamkan oleh al quran,
contoh,pengharaman mengkahwini seorang wanita bersama dengan ibu saudara samada sebelah ibu atau bapanya. Pengharaman emas dan sutera bagi lelaki dan pengharaman memakan binatang buas yg bertaring dan sebagainya ..

sekadar sedikit catatan bertapa pentingnya hadis,
sumber hukum kedua selepas alquran. sama seperti alquran, ketentuan hukum, halal, haram, harus,wajib dan sunat boleh di thabitkan dengannya. sebagai umat islam wajib beramal dengannya, berhukum dgn nya dan tidak boleh sama sekali menyanggahi nya.

ingatan allah terhadap ketaatan yg dinaskan dan sabdaan nabi terkandungan dalam firmanya,

Maka kpd mereka yg mengingkari perintahnya, allah juga memberi peringatan dalam surah al Ahzab,
[36]
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

cume yg sedikit mengecutkan adalah firman allah,
daripada surah baqarah,
ayat [159]
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu diLAKNAT oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

perkataan Laknat tu selalunya bila kita membuat dosa2 besar atau yg mungkar ..
tp menyembunyikan ilmu atau tidak menyebar ilmu,
adakah dalam laknat yg sama??

sekurang kurang nya,
tulisan aby kali ni terlepas dalam ketogori
menyembunyi ilmu ..

waullahhuaklam ..