sempena Hari Guru yg akan disambut esok,
aby nak merakamkan Terima Kaseh kpd guru2 terhadap kesabaran mereka dalam mendidik anak2 bangsa.
selama 2 bulan aby dan guru2 sekolah SKK, tempat anak2 aby bersekolah bersabar menangani kerenah dan masaalah anak aby.
anak aby yg bongsu dalam thn tiga ni tiba2 tk mahu masuk klas. asalnya dia kena marah dengan cik gu bersama kwn lain. lps tu dia jadi mcm malu dan tk mahu masuk ke kelas.
kerenah dia tk masuk kelas bukan sekejap, tp dua bulan.
dalam masa ni lah cikgu dan aby pening. klu dipaksa masuk kelas dia akan menekupkan kepala diatas meja dari mula sampai la dia keluar. dia tk akan naikkan kepalanya.
pernah sekali cikgu panggil aby datang sekolah sbb anak aby ni menyembunyikan diri dalam almari. satu perbuatan yg membahayakan diri dan boleh menyusahkan kan guru2 sekolah sekiranya mereka terlepas pandang yg anak aby kt dalam almari.
sekali tu kena datang sekolah sbb anak aby buat perangai makan kapur, takut nanti dia keracunan.
dalam waktu tu, kelas dia hanyala dibilek kaunseling. baik cikgu kaunseling ni, nama dia cikgu Zaidon, kata nya dari anak aby ni pergi marayau rayau kt sekolah baik dia duduk dalam bilek dia sahaja. takut klu dia merayau rayau nanti kene buli dengan pelajar2 tahun lima atau enam.
itu la seharian kelas anak aby ketika tu ...
dalam perbincangan aby dengan guru2 yg terlibat dgn anak aby ni,
guru2 ni bercakap, depa semua dah abis akal dalam menangani massalah anak saya.
yg boleh memulihkan semangat anak saya adalah dengan melalui perjumpaan pakar saikologi atau carik org alim utk berubat. yg menariknya cikgu pun ada memberi no telipon org alim yg boleh dirujuk utk mengubat.
yg buat guru2 ni susah hati, anak aby ni tergolong dalam budak bijak. sebab dia kt kelas pertama. wlu tk masuk klas tp masa periksa penggal pertama dia nombor 12.
depa tk mahu budak2 mcm ni terlepas pembelajaran. tk masuk kelas bermakna dia tertinggal pelajaran.
namun saya tertarik dgn kata2 penolong kanan sekolah, menukar sekolah bukan jalan nya. menukar sekolah bermakna kita cikgu2 disini menolak masaalah pelajar ke cikgu2 di sekolah lain. nak buat lapuran ke PPD pun tk boleh, takut budak ni dibuang sekolah. namun kita tk boleh biarkan budak ni terlepas pelajaran, klu berpindah sekolah ni boleh membuat dia masuk balik ke kelas, berpindah sekolah adalah jalan yg terbaik....
kerana malu dengan guru2 disana, aby pun membuat pemohonan menukar sekolah. tp masaalah lain pula timbul anak aby tk nak tukar sekolah. menangis nangis dia tk kan ditukarkan sbb dia nak sekolah di SKK juga. tp dia masih tk boleh masuk kelas juga.
satu hari ni kt umah kampong aby buat kenduri, semua abang2 dan kakak hadir.
aby ceritakan masaalah anak aby kt depa tu, terus depa suruh aby jumpa pak kiyai kt satu tempat ni. berjumpa la aby kt kiyai ni.
kata nya bila menengok, aby kena kacau dengan makluk halus, kerana tempat tu bangunan baru. ( memang tempat tu bangunan baru )
dia bekalkan aby air. sebahagian utk anak minum dan sehagian lg utk di siram kt pintu kelas sambail berkata, "jangan ganggu anak saya sbb dia hanya datang utk belajar"
ibu mertua aby pun tak berhenti bagi air kt aby suruh di bacakan yassin, surah Toha dan beberape doa utk diberi kepada nya setiap hari.
manakala aby pula menggunakan suart penukaran sekolah utk menakutkan nya yg sekolah akan buang dia sekiranya dia tk berubah ...
setelah ketiga usha ni aby buat, aby berbincang lagi dengan guru2 sekolah tu,
aby minta anak aby diteruskan kt sekolah tu, dan minta cik gu bersabar dgn harapan yg anak aby ni akan masuk kekelas balik.
alasan aby misal bertukar sekolah, cik gu tk sekolah baru tk tahu akan masaalah dia.
takut misal dia membuat cik gu kt sana akan bertindak keatas dia disebabkan dia tk berdisplin. akhirnya guru2 setuju atas sbb dia budak bijak, sayang melepaskan budak budak mcm ni kesekolah lain .. dari segi pembelajaran aby pantau kt rumah dgn memberi kerja2 sekolah supaya dia tk tertinggal ..
alhamdillillah ..
pelan2 anak aby masuk ke kelas,
asal tu sekejap jer, lps tu lama sikit ..
dan dalam 10 hari ni, nampak nya dia masuk klas penuh.
lapuran aby dapat dari guru dan juga kakaknya yg juga pengawas disekolah tu ..
peristiwa ni masih baru.
anak aby ni membuat pada bulan march dan april.
bulan may ni baru dia berjinak jinak masuk klas balik ..
aby masih percayakan itu adalah salah satu ujian dalam membesarkan anak.
qadak adalah apa yg sudah tertulis utk kehidupan kita.
manakala qadar adalah perlaksaan perancangan allah terhadap hamba2 nya ..
dalam tiga iktiar yg aby buat,
air dari kiyai, air ibu mertua hulur kt aby selalu atau surat pertukaran sekolah
sebagai penawaran utk dia masuk kelas yg dapat membuat dia masuk kelas kembali ..
waullahuaklam ...
yg pasti, sempena hari guru ni aby ingin mengucapkan setinggi tinggi Terima Kaseh atas kesabaran cikgu2 menangani peel anak aby sehingga dia dapat masuk ke kelas balik ..
dan rasenya patut juga petang ni aby beli satu Greeting Card, Selamat Hari Guru, utk diberikan kpd cikgu sekolah SKK esok ...

ni la anak aby tu ...