Sunday, July 28, 2013

Doa ...antara Ijabah dan Istijabah ..



salam 10 mlm terakhir ramadan rakan2 blog ..
baru2 ni kak zakie@Titisan Nurani ada buat N3 atas tajuk 'Mengapa Doa tidak Maqbul'
aby ada buat reply dengan berkata, akan membuat satu N3 bagi comment N3 tu ..
dibawah ni aby paste kan N3  kz utk sama2 kita refresh kembali N3 tu 
  • Tahu akan kebesaran dan kekuasaan Allah tetapi tidak menunaikan suruhanNya
  • Mulut berkata cintakan rasul Allah tetapi tidak mengamalkan sunnahnya
  • Membaca Al-Quran sekadar membaca namun tidak mengamalkannya
  • Tahu syaitan itu musuh tetapi bagaikan bersahabat kerana tidak memeranginya
  • Tahu mati itu pasti tetapi tidak pernah bersedia untuk mencari bekalan
  • Menceritakan aib orang jadi amalan sedangkan aib sendiri tidak disedari
  • Mempercayai syurga dan neraka tetapi cara hidup bagaikan dunia inilah syurga tanpa ingat neraka
  • Menziarahi kubur tetapi tidak mengambil iktibar dari kematian
  • Memperolehi segala nikmat dari Allah tetapi tidak pernah bersyukur
sebelum aby mulakan psl doa elok juga kita mengetahui sifat Allah yg ar rahman ar rahim ..
sifat yg pemurah lg mengasihani ..
klu org yg pemurah bermakna org yg suka memberi atau menderma ..
apatah lg klu org tu lg maha mengasihani .. akan lebih dermawan sifat dia utk org2 yg memerlukan ..
begitu lah dgn Allah swt ..
sifatnya yg pemurah lg mengasihani, Dia memberi segala  keperluan manusia, dari yg dipinta mahu pun yg tidak dipinta . dari org yg kafir yg tidak menyembahnya atau orang islam yg engkar dengan suruhannya, semuanya dibagi sama rata bersama org2 islam yg mengingati dan menyembahnya ..
tidak sedikit pun nikmat di tarik dari org2 yg kufur dgn nya .. udara yg di sedut tetap sama dengan org yg beriman .. malah sesetengahnya rezeki mereka lebih melimpah ruah dari kita yg beriman dgn Allah swt ..
sekadar intro ..

berbalik kpd mengapa doa kita tidak maqbul ..
aby tertarik kpd topik ni sbb baru2 kami ada buat perbincangan psl topik doa diklas ..
kata pensyarah,
apabila kita berdoa, seumpama kita baru mengisi borang bagi satu permohonan ..
lps tu baru kita hantar .. bila permohonan tu sampai ke jabatan tu, permohonan tu akan diletak dan dicop tanda terima .. disitu kita tk akan tahu berapa lama permohonan kita akan diluluskan ..
atau adakah ia tidak akan diluluskan   ..
begitu la juga dengan doa .. bila sampai ke atas .. kita tk akan tahu berapa lama doa kita akan diluluskan ..

namun dalam proses meluluskan doa tu ada 2 konsep ..
ijabah, doa yg dilulukan 100% apa yg dipinta ..
istijabah, doa yg diluluskan sedikit kurang atau dibagi lebih ...

dalam ijabah ni pun ada 4 perkara ..
1. Allah swt memberikan segala apa yg dipinta orang yg berdoa tu.
2. Allah swt mengijabah dan memaqbulkan doa orang tu, namun kerana Allah swt suka mendengar suara orang berdoa maka dia menangguhkan dahulu permintaan orang tu.
3. Allah memaqbulkan dan menijabah doanya, namun hasilnya ialah dengan berupa pembersihan dan penebusan dosa2 yg pernah dilakukan org yg berdoa ..
4. Allah mengabulkan doanya dan disimpan utk diberikan kpd org yang berdoa tu di hari kiamat kelak .

begitu la sedikat kesimpulan apabila  rasa doa kita seperti tidak dimaqbulkan ..
ianya di maqbulkan cuma kita tidak tau bila kita akan terima doa kita ..
seperkara lagi ..
apabila doa kita dimaqbulkan ..
belum pasti doa tu adalah hasil dari doa kita sendiri ..
mungkin doa tu adalah hasil dari ibu/bapa atau saudara2 kita ...
atau dari doa awam yg dibuat dimasjid2 atau dari orang2 alim utk kesejahteraan semua umat muslimin ..

sekadar contoh....

 tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau yg mati ..
semasa PRU 13 yg lps ..

sume org berdoa ..rasanya beratus ribu doa dipohon ..

ada yg berdoa, Tukar/kekal
ada yg berdoa, kekal/tukar
ada yg berdoa,Tukar/tukar
adayg berdoa Kekal/kekal ..

mungkin ada kumpulan yg doa mereka tulus mulus maka doanya utk kekal dimaqbulkan ...    


apapun ..

menjelang 10 hari terakhir ramadan ni dimana kita disaran utk mempertingkatkan amal ibadat kita,
elok juga kita perbanyakan berdoa kpd Allah swt ..mcm2 kita boleh pohon utk kesejahteraan keluarga kita serta manusia sejagat ..
wlupun kesemua manusia diatas muka bumi ini berdoa  serentak dan Allah maqbul kan kesemua doa2 manusia, tidak sedikit pun khazanah Allah akan berkurangan ..
malah Dia suka klu manusia berdoa, berdoa berdoa dan berdoa ..

 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).


P/s .
nak standardkan background colour asyik tk jadi ..


10 comments:

  1. Baru baru ada iklan kat TV pasal satu rancangan kat TV tak ingat nama Rancangan tu, tapi dihostkan oleh Imam Muda..dan panel dia Ustaz Ismail Kamus dan Nora penyanyi tu...
    Ustaz tu kata undang2 berdoa ni kena dimulakan dengan mengucapkan Alhamdulilah dan kata pujian bagi Allah dan selawat ke atas nabi...selepas tu barulah dilangsungkan dengan doa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hainom,
      Btl spt d kata. Mcm surat prmohonan juga. Di mula dgn pujian, tulisan perlu cntik dan tersusun, kertasnya pun licin elok , tidak trlipat lipat., susanan ayat bgus, baru prmohonan senang lulus. Ape tah lg doa kpd allah swt, psti tertibnya lebih lg kan

      Delete
  2. Assalamu'alaikum aby

    Syukur jika kita berada dalam golongan yg dimakbulkan doa namun diharapkan tidaklah dimakbulkan dalam keadaan istidraj seolah-olah "nah! kau nak sangat amik! tapi aku tak redha"..


    Bab nak hilangkan background tu aby copy n paste ke microsoft word dulu kmd jadikan normal kmd copy n paste pula ke dln n3 ..barulah publish..tu yg selalu kak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k werdah ..
      betul org psl istidraj tu .. tu yg org2 kafir rezekinya lebih dari org islam .. asal kita tidak minta yg bertentangan dgn syarak, insyallah, akan termaqbul tanpa istidraj.
      tq atas tunjuk ajar paste hilangkan backgroud tu ..
      jenuh buat dan preview tp tk jadi juga

      Delete
  3. Kalau boleh kakak tak mahu istidraj. Kalau ini yg jadi pada kakak ianya ujian besar - takut!!
    Berdoa mohon segala kebaikan dgn keimanan yg kukuh supaya andai diberikan apa yg dikehendaki selaras dan tidak lari dari tuntutan agama

    Moga fasa ke tiga ramadhan ini memberi segala kebaikan dlm setiap doa yg dipohon.

    ReplyDelete
  4. salam kz ...
    berbekalkan iman dan taqwa kak ...
    insyallah tidak akan berlaku istidraj tu ..
    biar doa kita agar iman kita sentiasa dikukuhkan Allah swt .
    yup... moga fasa ke 3 ramadan ni akan dapat kemaqbulan doa2 kita

    ReplyDelete
  5. salam bang..
    TQ sharing ni... takut bila ALLAH tak mahu lg mendengar doa2 kita..takut bila Allah jauh dr kita..
    istidraj juga takut..:(

    ReplyDelete
  6. salam atie ..
    tanda2 org beriman adalah org yg takutlah Allah ..
    alhamdulillah .. biar la Allah sentiasa dekat dengan kita begitu juga kita sentiasa dekat denganNya

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Wak. Satu N3 yang sangat bagus dan membantu.

    ReplyDelete
  8. salam k hanim ..
    sempena bulan ramadan ni ..
    elok juga kita sebar menyebar ilmu utk kebaikan bersama ..

    ReplyDelete