Sunday, May 24, 2015

Bila sampai Waktunya ..

salam rakan2 blog ..

Walaupun sudah 2 minggu berlalu pemergian kakak, namun aby masih teringat2 saat2 menguruskan jenazahnya. Inilah pertama kali aby kehilangan saudara perempuan. 


semuanya bermula 3 minggu sebelum kakak menghembuaskan nafas yg terakhir.

masa tu aby di dalam klas. abang telepon dari kampong, kakak yg telah pun berada didalam hospital dah tidak sedarkan diri. abang minta balik utk menziarah kakak sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.
terus aby minta diri dan terus vroom ke hospital dikampong utk ziarah kakak.
ternyata wktu tu kakak dah koma. dh tidak sedar atau tidak tahu siapa yg menziarah.
bersama sama adik beradik yang lain yg mampu kami bantu adalah membacakan yassin supaya Allah swt permudahkan segala untuk kakak ..
habis waktu lawatan aby balik ke rumah malam tu.
beberapa kali ziarah selepas tu kakak masih mcm tu juga, 
tidak sedarkan diri. tidak tahu siapa yang datang ziarah.

simpati kt abang ipar. mereka tiada anak perempuan. lima anak2nya semua lelaki.

semua dah duduk diluar. abang ipar lah yg menjaga dan mengurus kakak sejak mula sakit akibat kencing manis . memasak, memberi makan, membasuh baju, mengemas rumah dan lain2, semua dibuat oleh abang ipar. blh rasa kepayahan abang ipar bila kakak mula sakit apatah bila terlantar di hospital. ternyata abang ipar adalah orang yg amat penyabar.

2 minggu lepas, dapat panggilan dari abang yg kakak telah menghembukan nafas yg terakhir ..


innalillahi wainnailaihi rojiun ..

"sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali".

kakak menghembuskan nafas terakhirnya di hospital pd pukul 3 pg.

Awal pagi tu terus balik kampong bersama anak2 ..
sempat buat solat jenazah dan ikut ke tanah perkuburan utk urusan pengkebumian.



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ..
sempat menghadiri kesemua tiga malam majlis tahlil arwah ..

walaupun kami 12 beradik arwah adalah kakak atas aby. pastinya banyak kenangan main bersama ketika alam kanak2 masih teringat. sebagai kakak yg atas, pastinya penjagaan terhadap aby semasa kecil seperti mencuci dan mengosak baju di buat oleh arwah.


Dari 12 beradik, dua telah pulang kepangkuanNya .. Abang yg sulong telah kembali pada tahun 2005.

abang sulong ni pun baik dengan aby. masa mula2 pindah dari penang, arwah abang ni bagi aby duduk di rumah sewanya, selalu la borak2 dgn arwah abang ni yg kebetulan masa muda2 dulu penunggang moto mcm aby juga , cuma wktu tu dia memilekki moto Norton. 
pastinya banyak dibualkan sbb dari dua masa yang berbeza.

ketika menziarah arwah kakak masa awalnya, sempat juga aby bercerita kpd Jee dan farish.

beza umo antara papa dan wak ipah (nama arwah) hanya  3 tahun, sama dengan jarak umo farish dan jee. mcm sekarang farish dan jee bermain mcm tu la papa dgn wak ipah tu bermain ..

teringat juga masa kakak sulung datang menziarah arwah abang yg masa sakit ketika tu.

aby nampak air mata kakak keluar ketika melihat adiknya yg sedang sakit tenat. Jarak usia mereka 3 tahun juga.
mungkin kakak teringat kenangan ketika bermain bersama arwah abang ketika dulu kot ..
punca abang sakit adalah disebabkan kemalangan motor ..
lepas tu ada masaalah saraf . sejak tu arwah abang tk boleh mengimbangkan badan.
klu berjalan mcm org di timpa sakit Parkinson ..

Entah tiba2 hati jadi hiba dan sedih. 

Allah lebih sayangkannya mereka berdua. 
Kembali lebih awal ke pangkuanNya.
begitu la putaran hidup, 
yang kecil membesar,
yg dewasa menjadi tua.
dan yg tua akan kembali kepada penciptaNya ..

surah al Mulk ayat 2

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

semoga roh kakak dan abang dicucuri rahmatNya.

alfahihah ..



"Setiap manusia pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat.Sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dijauhkan daripad syurga,maka dia sesungguhnya telah beruntung.Kehidupan ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan."(Ali Imran:185.

Sesungguhnya kematian itu sangat mengerikan, tetapi yang lebih mengerikan lagi adalah perasaan anda hidup selama lamanya.

Kata2 dari Imam ghazali,
Mengingati mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber Tuhan dan taqarrub kepada Allah swt... 





10 comments:

  1. Takziah untuk keluarga Aby, dari Allah kita datang, dari Allah jua kita dikembalikan. In sha Allah, mereka dalam kalangan ahli-ahli syurga Amin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam haryani.
      moga dimaqbul doa haryani tu ..
      yes, dari Allah kita datang kpd Allah jua kita di kembalikan

      Delete
  2. Al-Fatihah. Takziah kang. Sebak sungguh baca entry ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ziela ..
      bila cerita psl kematian akan mendatangkan sebak sbb kita akan melalui jalan yg sama juga

      Delete
  3. Salam Aby..

    Takziah buat aby sekeluarga..semoga mereka ditempatkan dikalangan insan2 bertakwa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam noe ..
      tq atas doa tu
      moga kita semua nanti ditempatkan dikalangan insan2 bertaqwa juga ..

      Delete
  4. Salam takziah untuk keluarga aby...
    untung kakak dapat suami yang penyabar macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bunda ..
      memang suami arwah kak seorang yg baik,
      aby pun tk blh jd sebaik dia tu

      Delete
  5. salam Takziah bang... terlambat dtg sini.. turut simpati..Allah lebih sygkan mereka... Al-fatihah..moga mereka tenang disana :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam atie ..
      moga doa atie tu di maqbulkan Allah swt.
      tq

      Delete