
salam ramadan rakan blog ..
selamat menjalankan ibadat puasa.
moga kesemua ibadat2 yg dijalankan sepanjang bulan ramadan ini diterima Allah swt ..
petikan kata2 Imam Ghazali yg indah saya jumpa dan elok utk dikongsi bersama,
apatah pada hari pertama ramadan ini ,
Ketika berada pada waktu pagi selepas sembahyang subuh, seseorang itu hendaklah menyedarkan dirinya dengar memikirkan. Hari ini adalah hari baru yang dikurnaikan kepadaku, dipanjangkan umutku dan disambungkan nikmat ku. Seandainya aku dimatikan, maka aku akan meminta dengan bersunggh sungguh supaya dikembalikan semula kedunia ini walaupun buat sehari sahaja, untuk melakukan amal soleh sepenuhnya. Maka anggaplah yang engkau dimatikan dan hari ini, engkau telah dikembalikan semula kedunia. Awas! Awas! Dari mensia siakan hari yang diberikan ini.Setiap orang mempunyai harga yang tidak ternilai. Janganlah ia dilenyapkan oleh perasaan malas dan mementing kerehatan. Maka, akan terlepaslah diri kamu dari mencapai darjat yang tinggi bagi kamu, ketika itu ialah penyesalan yang tiada kesudahan.
dalam surah assajdah ayat 12 allah pun berfirman,
[12]Dan (sungguh ngeri) sekiranya
engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di
hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan
kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala
yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
anggapla hari ni sebagai hari yg kita dikembalikan itu ..
gunakan sebaik mungkin masa yg ada untuk beribadat kepada Allah swt,
jangan mempersia siakan masa dan gunalah
sepenunuhnya dengan kerja kerja yang sesuai.
NB ..
minta maaf tidak berkunjung keblog rakan2 ..
selps balik dari Chiang Mai,
out station ke Port Dickson,
balik petang semalam dan akan kembali kesana isnin depan ..
final exam pada sabtu / ahad ni serta minggu depan ..
masa yg terluang diguna utk mengulang kaji ..