Sunday, October 16, 2016

Majlis menerima kunjungan Merisik

salam rakan2 blog ..
lama tak muncul dengan entri baru ..
agak menyepi juga, minta maaf klu agak kurang bertandang ke blog rakan2 semua.
entri menerima kunjungan merisik anak kedua, yg selalu aby panggil Sheila ..
satu majlis ringkas, atas permintaan Sheila yg tak mahu majlis yg besar ..
sekadar di hadiri oleh keluarga, saudara dekat.

majlis ini adalah lanjutan kepada kunjungan keluarga teman sheila pada Hari Raya Adilfitri lepas.
bila didatangi oleh keluarga lelaki utk berkenal kenalan antara kedua dua orang tua.
pastinya aby gunakan kesempatan tu untuk bertanyakan keperluan membuat satu ikatan utk kedua dua anak kami tu .. agak terkejut juga mereka dengan pertanyaan aby tu sbb mereka datang sekadar untuk berkenalan dan tidak ada persediaan dalam menjawab persoalan aby ..
alhamdulillah, mereka juga faham kehendak aby,
sheila pun dah bercouple dengan anak mereka agak lama juga ..
memang molek la klu selepas ni keluar bersama dah ada ikatan mukadimah ..


hari yang ditetapkan 10 september, 2 hari sebelum Hari Raya Haji ..
datang la rombongan keluaga lelaki berkunjng ke kediaman aby.
tak ramai rombongan mereka , sekadar 5 buah kereta.
memang itu la yg dijanjikan jumlah orang yg akan datang. 


duduk bersila lebih mudah untuk berbicara.
sebagai first timer buat majlis menerima rombongan merisik pasti la banyak kekoknya ..
yang penting, apa yang di inginkan sepakat tercapai .


cincin gelang rotan sebagai tanda mengikat anak aby ni ..
gambar bawah kakak kepada teman sheila ..


semua gambar2 yg  farish ambil. aby pesan kt dia suruh ambil gambar sbb aby tidak akan ada masa utk ambil gambar disebabkan akan berbual dan berbincang dengan rombongan berkenaan majlis merisik ini.
sempat farish ambil gambar sheila yg duduk disebalik dinding tu 


yg menyarungkan cincin ni adalah ibu angkat teman sheila  ..
ibu yang menjaga bakal menantu sejak dari kecil lagi.





yang di pula ibu kandung bakal menantu dan bakal besan  ..
bersalaman juga dengan adik beradik keluarga lelaki tu ..


hantaran ringkas yg d terima untuk majlis tersebut




menjamu selera, hidangan yang ala kadar .



hi Jee ni .. SPM tahun ni ,,
dia pun sibuk hari tu ..


sebelum bersurai, keluarga lelaki ajak bergambar dengan sheila ..
yg disebelah sheila tu la jejaka idamannya 


lama nk menulis entri ni tp tak berkesempatan ..
akhirnya dapat juga disiapkan ..
selalu tengok dan baca majlis orang.
akhirnya dapat juga menulis untuk majlis sendiri ..

19 comments:

  1. Salam Isnin abg Aby...wahh! alhamdulillah majlis berjalan lancar.. tak lama lagi abg terima menantu lah ya.. moga dipermudahkan hingga ke hari perkhawinan Shiela.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkum salam atie ..
      minta doa atie juga moga dipertemukan dengan hari perkahwinan tu ..

      Delete
    2. InsyaAllah kami semua mendoakan..
      singgah petang2 ni...ngantuk kt opis...hihi

      Delete
    3. aameen atie ..
      tq kerana sudi singgah

      Delete
    4. melawat kawasan Parlimen.. hehe.. Lahad Datu hujan sokmo :)

      Delete
    5. jgn lupa bawak BRIM klu dtg melawat atie.
      hihi

      Delete
  2. salam aby...tahniah...seronok tak nak dapat menantu??? hehehe..nanti jgn lupa jemput kenduri kahwin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w,kum salam noe ..
      insyaallah bile sampai masa boleh jer jemput datang ke majlis kami nanti

      Delete
  3. Alhamdulillah... majlis ikatan sudah terpetri tinggal menanti majlis utk disatukan sebagai pasangan yg sah. Masa ni pasti sebulan merancang tak cukup aby.

    Apa-apa pun tahniah dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kz .
      tq atas ucapan .. kata2 kak terlalu indah .
      tk terjangkau aby buat ayat mcm tu ..
      yup, sekarang masa utk rancang hari yg akan disatukan tu

      Delete
  4. Tahniah Aby....
    Bila anak dara dah disunting ni, nampaknya tak lama lagi mantulah yor riko hihi.....
    Biasalah namanya mak bapak, ebih lebih lagi anak pompuan ye Aby. Sekurang kurangnya bila dah ada ikatan, kuranglah risau tu.

    Nasiblah Farish boleh diharap, kalau tidak, blog mmg tak berserilah sebab tak de gambo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nom ..
      btul tu, klu ada ikatan kita tau yg mereka tu serious ..
      yor harap2 iso terimo menantu lah ..

      Delete
    2. farish memang camera man.
      angger program wrestling memang okeh nde'a snap gambar2
      enggo camera gedi

      Delete
  5. alhamdulillah..tahniah bakal terima orang baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam husna ..
      tq ziarah blog aby ..
      tq juga atas ucapan tu ..

      Delete
  6. tahniah bang.. nak dpt menantu dh,.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam E'in ..
      tq ziarah blog aby
      moga2 sampai ke jinjang pelamin mereka tu ,,

      Delete
  7. Assalamualaikun aby...

    lama betul xberkunjung ke blog aby...
    tahniah diatas pertunangan anak aby, semoga kekal hingga ke jannah, Aaminn...

    ReplyDelete