Wednesday, November 16, 2016

Main Parkour pulak Dia ..

salam rakan2 blog ..
musim persekolahan dah hampir melaboh tirai ..
musim cuti dah mula menggamit ..
dengan SPM sedang berjalan, banyak hari persekolahan pun dikorban sama.
budak2 pun ramai yg dh tk pergi skolah ..

minat hero aby yg seorang ni ..
sekarang dah berjinak2 dengan permainan Parkour.
mungkin ada yg tak tau pasal Parkour games ni.
ianya satu jenis permainan yg boleh meringan badan, berlari sambil melompat dan membuat summersault ..( betul ke ejaan tu ) 
kalau tk ada training gustinya atau tk pegi sekolah, pastinya sebelah petang berkumpul dengan kawan2 sepermainan dan praktis berparkour ni.
katanya berparkour ni lebih puas dari wrestling


parkour ni dapat dilihat dalam movie ketika adegan kejar mengejar ..
selalunya apabila mendekati pagar atau nak membuat satu lompatan merka boleh membuat dengan langkan yg sama tanpa berhenti , atau misal ketika berlari diatas tembok, ketika hendak turun dr tembok, mereka terus membuat summersault utk turun kebawah ..


sekadar letak sekali gambar2 hero ni yang tk reti sakit bila dilambong, melambong dan dihempas.


yang baju putih tu sifarish lah dalam event gusti nya tempoh hari


dua orang sekali menghempas dia kelantai , masih carry on juga .. 


ketika menerima terjahan terbang ...  demi beraksi didepan audient, ok jer ..
sakit semua boleh  serap ..
yang penting bagi performance sebaik mungkin
mungkin hero aby ni join parkour ni sbb nak mantapkan performance dia ketika di gelanggang kot.

satu yang menarik bila sihero ni join klub gusti,
athma nya dah tiada..
mungkin ada tapi dah kurang.
diawal blog ni ada beberapa entri yg sihero ni ditahan dalam wad sbb athma ..
bila baik selepas di Wad, 4atau 6 bulan sekali akan pergi hospital utk menyedut gas ..
rasanya terkini lebih setahun dia tidak kehospital utk menyedut gas tu ..
mungkin keaktifan dia training sedikit sebanyak membantu mengurangkan athmanya ,,


lucu juga bila tengok liputan ni di Harian Metro yang lepas ..
farish yg tengah pada gambar kecil tu .. 

apapun green light dari papa nya  ..
tanpa parent dia tak dapat ditraining dengan rakan2 nya ..
sebagai budak yg baru 14 tahun, kesemua pergerakan masih dalam bantuan parentsnya ..

4 comments:

  1. salam aby..
    rasanya parkour ni dapat membantu farish dalam aksi nya di wrestling ...lagi laju dia melompat nanti...
    glemer farish masuk suratkhabar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam noe ..
      agaknya mcm tu kot noe ..
      dah 2 kali hero aby ni masuk paper ..

      Delete
  2. Tak risau ke Aby....takut patah riuk budak tu. Hish seram betul tengok kena lambung mcm tu. Lantai gelanggang tu lembut ke keras?

    ReplyDelete
  3. Casino Review | Casino Bonuses | Best Games from Real
    Discover everything about the Casino Bonuses offered by Real Players 해외배당 from our guide of Casino Bonuses. Discover the 승인 전화 없는 토토 꽁 머니 real money bonus offers 네임드사다리 offered bet365 com au by 코인 갤러리

    ReplyDelete